THE ALCHEMIST (EDITING)

By Alexna_Syufa

104K 7.9K 344

"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur... More

•Opening•
Bab 1: Syah
Bab 2: Wanita Misteri
Bab 3: Pixie
Bab 4: Kifft
Bab 5: Elf
Bab 7: Selamatkan dia!
Bab 8: Oh Tidak!
Bab 9: Penawar?
Bab 10: Racun Sumpahan
Bab 11: Sudah Sampai!
Bab 12: Fellex
Bab 13: Seorang Archer?
Bab 14: Serangan Goblin
Bab 15: Zinnt
Bab 16: Jenaka Fellex
Bab 17: Cabaran
Bab 18: Shasha
Bab 19: Sungai Berasid
Bab 20: King Control
Bab 21: Penjaga Sungai Berasid
Bab 22: Golem?
Bab 23: Tenaga Misteri
Bab 24: Zinnt Yang Disyaki
Bab 25: Penculikan
Bab 26: Siapa Syah Sebenarnya?
Bab 27: Pengakuan
Bab 28: Kisah Lampau (i)
Bab 29: Kisah Lampau (ii)
Bab 30: Jurang Kekayaan
Bab 31: Hampir Mati
Bab 32: Kegilaan Harta
Bab 33: Istana Misteri
Bab 34: Lady Autumn
Bab 35: Selamat tinggal,Syah.
Bab 36: First Kiss?!
Bab 37: Siapa Lady Winter?
Bab 38: Tolong!
Bab 39: Pembunuh!
Bab 40: Mati?
Bab 41: Terselamat
Bab 42: Pertukaran
Bab 43: Cubit? Apa bendanya tu?
Bab 44: Siap kau,Syah!
Bab 45: Tak Boleh!
Bab 46: Godaan
Bab 47: Ivy,Si Pemuda Misteri
Bab 48: Salah Faham!
Bab 49: Berpecah
Bab 50: Rahsia
Bab 51: Bahaya
Bab 52: Pergi mati!
Bab 53: Viola Kematian
Bab 54: Raksasa Yang Kejam
Bab 55: Cagaran Sebuah Ciuman
Bab 56: 'Serangan' Syah?!
Bab 57: Ada 'Sesuatu'
Bab 58: Arien
Bab 59: Naga?
Bab 60: Dragon Knight
Bab 61: Dragon Slayer
Bab 62: Kucing
Bab 63: Tolong Ajarkan Aku!
Bab 64: Pengsan
Bab 65: Kebenaran
Bab 66: Kenyataan
Bab 67: Putik Cinta

Bab 6: The Undead Ghoul

1.9K 133 4
By Alexna_Syufa

CAHAYA yang menyinar terik agak menyakitkan mata Syah.Perlahan-lahan,kelopak matanya dibuka.Syah memandang sekeliling.

Hmm? Dia sekarang berada di tengah-tengah padang rumput yang menghijau.Cahaya disitu berkelip-kelipan dan datangnya dari satu arah yang langsung tidak diketahui.Cantik.Macam ada debu berkilauan di dalam cahaya itu.

Aik? Syah baru perasan.Siapa yang letakkan dia disini? Dia berjalan sendirikah?? Atau...

"Oh.Kamu dah bangun pun.Semalaman kamu pengsan sebab terkejut.Jadi,saya jemur kamu di situ.Seronok bukan,tidur di bawah matahari? Hahaha." Kutuk Elf semalam itu kepada Syah.

Elf itu masih seronok berteduh di bawah salah satu pokok.Siap goyang-goyang kaki ke sini dan ke sana pulak tu.

Syah buat muka bingung.Dia mengaru-garu kepala sekali dua.Dia masih tak faham apa yg telah berlaku sebenarnya. Semua ini terlalu pantas baginya.

"Aik? Kenapa jemur saya bawah panas? Nak bunuh saya ke apa?" Syah berpura-pura marah.Dia bercekak pinggang di situ.

"Oh,yakah? Sebenarnya cahaya yang panas tu,Cahaya Sinaran Hutan.Kamu takkan mati pun kalau duduk dekat situ lama-lama.Cahaya Sinaran Hutan itu hanya menyembuhkan,bukan membunuh.Kalau saya nak membunuh kamu..saya akan buat begini.." ujar Elf itu seraya dia bingkas bangun.

Elf itu meletakkan ibu jari dan jari penunjuknya ke bibir lalu meniup ia sekuat hati.Bunyi yang keluar dari mulutnya seekan-ekan bunyi bersiul.

Tiba-tiba,muncul seekor kuda putih dari semak-samun yang berdekatn.Namun apa yang mengejutkan,ia lompat melepasi kepala Syah!

Hampir-hampir saja kuda itu merempuh Syah tadi.Hampir-hampir! Syah mengurut dada.Terkejut yang bukan kepalang.

Elf itu tersengih lalu ketawa mengekek.Kuda putih itu dibelai-belainya pula.

"Awak ni dah gila ke apa?! Kalau kuda tu tak melompat tadi,dah tentu saya mati sekarang ni tau! Eii! Geramnya! Awak ni memang tak ada adab!"

    Syah pantas berdiri.Dia betul-betul sakit hati.

Syah terus sahaja meluru ke arah Elf tersebut.Macam rasa nak bagi dua atau tiga penumbuk aje dekat Elf yg sebelum ni.

Syah terus saja mencekik kolar baju Elf tu.Mereka bergulingan diatas tanah,bergelut sesama sendiri.Elf tu masih lagi ketawa lucu.

"Kalau awak buat lagi macam tu,awak selayaknya dapat penumbuk saya.Benda-benda macam ni,tak lawak okey! Ia melibatkan nyawa,tahu tak?! Berhentilah ketawa woi!" Ucap Syah dengan rasa sakit hati.

Penumbuk ditayangkan untuk membuatkan kata-katanya kelihatan lebih serius.Elf itu mengangkat kedua-dua belah tangan separas dada,tanda mengalah.

"Hahaha! Bertenang laa..Takkan nak bergurau sikit pun,tak boleh? Kuda saya memang sudah terlatih.Tak adanya dia akan rempuh orang sesuka hati..Hahaha! Muka kamu dah macam Troll dah saya tengok.Hahaha! Serupa benar macam Troll tu.Adik beradik ke? Hahaha!" Dalam ketawa,Elf itu menunjuk ke arah belakang Syah.

Leher baju Elf itu dilepas kasar.Syah terus saja membuang pandang ke belakang.Ternyata Elf itu tidak menipu ataupun mereka-reka cerita.

Dari kejauhan,seekor Troll  sedang merenung mereka dengan pandangan maut.Air liurnya tidak henti-henti meleleh keluar.Nampaknya Troll tu sudah terbayang-bayang keenakan daging seorang Elf dan seorang manusia dihadapannya kini.

"Kurang asam betullah awak ni! Nak bandingkan rupa handsome saya dengan muka hodoh Troll tu pulak!" Syah menolak perlahan bahu Elf tu.

Ada ke patut samakan muka dia dengan muka Troll tu? Euww! Tolong sikit! Elf itu masih ketawa mengekek.

Mereka berdua bingkas bangun.Habuk-habuk dan rumput kering yang melekat di baju,ditepis menggunakan tangan.

Syah terus sahaja menyenggol lengan Elf itu.

"Psst..Dah berapa lama dia dekat situ?" Bisik Syah,perlahan.

   Elf yang berada disebelahnya sudah tersengih-sengih.Dia cuba untuk menahan ketawanya.

"Sejak semalam.Seronok betul saya tengok dia merenung kamu yang sedang pengsan.Huahaha!"

Elf itu ketawa lagi.Tawa yang cuba ditahan tadi,meledak jua.Mata Syah sudah membulat.

"Apa?! Merenung saya sejak semalam?! Gila! Tak guna betullah awak ni!" Jerit Syah agak tidak percaya.

   Maknanya,sudah semalaman Troll itu menunggunya untuk dijadikan makanan! Dan keselamatan dia memang terancam ketika itu!

Teruknya perangai Elf ni! Syah menumbuk lengan Elf itu sekuat hati.Elf ni memang gila.Nampak je baik tapi sebenarnya perangai jahat nak mampus!! Nauzubillah..

••••••••••••••••••••••❄•••••••••••••••••••••••

"CIS! Berani betul si Zamry tu halang kerja aku! Kalau tak,dah lama si Syah tu mati dibunuh! Tak guna punya bangsat! Penyibuk nombor 2 terbesar dalam rancangan aku!" Amuk Kifft penuh amarah.Buku-buku Spell yang berada diatas meja, dibaling ke lantai.

Dia sungguh marah.Sudahlah tadi anak-anak belaannya mati dibunuh Zamry. Ingat,senang ke nak menyeru makhluk ghaib tu? Banyak Mana yang diperlukan sebenarnya!

"Tak apa..tak apa..Kalau raksasa pemusnah yang terhebat aku kau boleh bunuh,aku akan seru yang lebih hebat dari tu lagi! Biar kali ini yang lebih hebat sehinggakan tiada sesiapa mampu membunuhnya! Hahaha!" Jerit Necromancer itu seorang diri.

"Wahai buku yang paling terunggul.Datanglah kepadaku dan tunjukkanlah ciptaan yang tiada matinya lagi!" Seru Kifft bersama mata yang merah menyala.

Dengan serta-merta,salah satu buku spell yang terlarang terapung-apungan di udara.Helaian buku itu diselak laju dengan sendirinya tanpa disentuh Kifft.

Kifft masih dengan ketawa kejamnya.Kilat yang berdentuman di ruang angkasa itu merupakan melodi indah buatnya.

Tiba-tiba, buku itu berhenti terselak.Ia berhenti di muka surat 666.Kifft mengambil buku itu dengan sebelah tangan.

"Ohh...bagus! Bagus! Hahaha! Inilah apa yg aku cari!" Ucap Kifft bersama tawa jahatnya.

Dia berjalan kearah lohong hitam miliknya.Lohong hitam yang terlalu dalam tanpa penghujung itu direnung Kifft.Putaran-putaran hitam bercampur merah,jelas kelihatan bagaikan satu pusaran air.

"Sekarang..kau hidupkanlah raksasa ini..." Arah Kifft.Dia mengoyakkan muka surat 666 tadi lalu dibuang ke dalam lohong itu.

Kilat dan api berpancaran dari lohong selepas muka surat 666 itu dimasukkan.Necromancer gila itu ketawa kejam.Dia mendepakan kedua-dua belah tangan,menyeru raksasa yang baharu.

"Marilah ke sini..Jadilah hambaku buat selamanya!" Jerit Kifft lagi.

Semakin lama,sesusuk tubuh jelas kelihatan keluar dari lohong kegelapan itu.Kifft tersenyum.Tiada satu pun raksasa ciptaannya yang pernah gagal.

Raksasa yang baru muncul tadi pegun melihat tubuh badannya sendiri.Segala anggota badannya digerak-gerakan sebelum dia tersenyum jahat.Rupa dan susuk badannya kelihatan sama sahaja seperti manusia biasa.Penyamaran yang hebat.

Raksasa itu turun dari apungan sehingga kakinya menjejak tanah.

"Tuan!" Ucap raksasa itu seraya berlutut dihadapan Kifft.

   Bahu raksasa itu dipegang dan ditepuk-tepuk perlahan oleh Kifft.

Tiba-tiba,..

   ..Kifft menikam raksasa itu tepat di jantung! Langsung tiada walau sekelumit pun rasa kasihan dalam diri Kifft tika ini.

Jelas kelihatan pedang itu menembusi badan raksasa ciptaannya sendiri!

Sepantas kilat,Kifft menarik pedangnya semula.Darah yang berwarna hijau terang,bersemburan di merata tempat dari tubuh raksasa itu.

Namun,badan raksasa yang ditikamnya tadi langsung tidak menampakkan sebarang luka atau kesan.Pelik.

Raksasa itu meraba-raba tubuh badannya sendiri.Dia terpingga-pingga.Pelik.Dia tak mati? Tak ada luka? Tak sakit?

Kifft tersenyun lebar.Ciptaannya ini benar-benar seperti yang diinginkan olehnya! Raksasa yang hidup tiada matinya lagi! The Undead Ghoul!

   "Wahai hambaku..aku ada satu tugasan buatmu.Ekori seorang Alchemist yang bernama Syah dan bunuhnya dengan tanganmu sendiri..Mulai hari ini nama kamu adalah..."

   Selepas Kifft habis bersuara,The Undead Ghoul itu mengangguk faham.Raksasa itu tersenyum lebar.Macam menarik.

   "Sekarang,aku akan buatkan kau kelihatan seperti manusia biasa.Bau dan warna darah kau mestilah diubah.Ingat.Jangan sesekali kau bocorkan rahsia." Pesan Kifft sebelum dia menyihir raksasa itu dengan sihir saktinya.


                           →to be continued..

Continue Reading

You'll Also Like

373K 1.1K 16
cite aku treka dan tulis time 1st mco dulu
61.9K 320 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
224K 1.2K 15
Hye korang... Now aku nak share semula satu cerita best yang aku selalu baca dari dulu lagi... Tapi aku pun x tahu laa cerita ni kejap ada kejap xda...
480K 1.2K 17
Mula mula