Psyco Cintaku!

By CUBLINE

6.3K 284 23

Aku Ayie. Bakal suami Reen. Tunang aku jadi psyco sejak aku bertunang dengan dia.Tapi aku takkan lepaskan dia... More

p.c part 1
p.c. part2
p.c. part3
p.c part 4
p.c part 5
p.c part6
p.c. part 8
cubline words.
p.c

p.c part 7.

567 28 1
By CUBLINE

#cerita ni takkan melalut lama-lama. Saya janji. *.*.
.......................

Pandangan Ayie jatuh pada bracelet ditangan. Ukiran Reen&Ayie diusap. Entah kenapa dia belikan time outstation haritu. Ayie memandang langit. Bintang. Subhanallah. Dia meraup muka. Terbayang rambut highlight midnight blue plus hijau dengan singlet yang ditutup cardigan. Dengan muka tak bermekap seperti selalu. Lipstick ungu bercelak hitam. Itu bukan Reen yang dia kenal. Tapi malam tu apa yang dia nampak seolah Reen yang bebas. Reen yang puas dengan apa dia buat. Ayie menarik nafas lepas. Teringat kata Aryana tempoh lalu.

"You've changed" Aryana menongkat dagu.
"Salah i ke?" Ayie memandangnya.
"Tak salah untuk you pilih cinta you. You jugak berhak pilih untuk kebahagiaan you tau.," Aryana menggenggam tangan Ayie.

Ayie mengeluh berat. Terkejut. Memang dia terkejut. Reen yang dia kenal bukan budak backstreet. Reen yang dia kenal typical perempuan shopping bloody messy lovey dovey. Ayie merenung pagar. Angin malam ni sejuk. Reen tak balik lagi. Ayie memejam mata. Entah apa yang dia nak buat kalau itu Reen dia.
Bunyi kereta menderum masuk. Ayie merenung Reen keluar dari kereta Dora. Masih Reen yang sama dia jumpa tadi. Reen tarik nafas dalam sebelum menuju arah Ayie. Kerusi disebelah Ayie ditarik. Diam.
"I..." Reen tarik nafas.
"I masuk dulu. Goodnight. Jangan lupa kunci pintu. One more thing . Do what you want. I tak marah you." Ayie melangkah masuk meninggalkan Reen.

Reen memandang langit. Air matanya mula mengalir. Isnt it fair to me just because i'm being myself? Ma pa. Reen tak kuat. Hood cardigan ditarik rapat menutup kepala. Lutut dipeluk. Reen melepaskan tangisan. Tangisan yang dipendam selama ini.

Ayie memandang dari balcony. Dadanya sebak melihat sedu Reen dibawah. I just dont understand myself Reen.

-----------------------------

Sudah dua minggu Reen dan Ayie begitu. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Reen dengan egonya. Ayie dengan muka toyanya.

Reen berjalan menyusuri padang di kawasan perumahannya. Sekumpulan remaja menghentak deck di ramp dengan aksi masing-masing. Reen tersenyum lepas malam tu deck dia dah tak jejek ramp. Entah. Rasa bersalah untuk Ayie mungkin. Reen duduk dibangku. Seorang budak sebaya Afiq terkial-kial bermain deck.
"Adik. Sini jap" Reen menggamit.
"Kenapa kak," budak itu duduk sebelah Reen.
"Kenapa main skate?"
"Entah. Mungkin sebab nampak cool tak ingat. Mungkin sebab skate tak ada dalam sukan sekolah. Mungkin main skate lagi macho dari main girls," Reen tergelak dengan jawapan budak tu. Deck ditangan dicapai Reen. Dia bangun. Memulakan aksi longboard. Budak tu dah jatuh rahang tengok. Reen berhenti depan kerusi sebelum angkat deck bagi balik pada budak tu. Gelengannya buat Reen kelam. Huh?!.
"Sana" muncungnya pada ramp yang penuh.
"Ramai sangat laa," Reen ketap bibir. Cari mati betul budak tu.
"Amann!!!.. ada orang nak pinjam ramp buat show," budak tu menjerit pada orang yang berada diatas ramp. Jari telunjuk dan ibu jari bersatu diangkat sebelum ramp dah kosong. Reen memanjat ramp. Wheel diuji. Hmmm karat. Redah jelah.
Sekali lagi deck budak tu di tolak sebelum Reen membuat loncatan menyambar deck meluncur kebawah.

"Cantik trick. Nice show. Nice comeback" muka Ayie terbayang.

Backflip 180' membuat budak-budak di bawah bersorak.

"Do what you want. I tak marah you," yang tak bercakap tu bukan marah ke. Reen dah sebak.

Deck melayang sebelum tailspin sempat dibuat. Deck yang sepatutnya melekat pada sneakers hilang sebelum Reen rebah ditengah ramp.
Reen cuba bangun tapi mata masih pinau.
"Abang man!!! Ada orang jatuh." Jeritan dari seorang budak menggamit Abang Man itu kemari.

"Ya, Allah. Angkat dia cepat. Biar Abang Man bawak pergi klinik.

Sampai di klinik. Reen dipapah masuk ke bilik doktor yang kosong. Abang Man menunggu diluar. Terdengar suara perempuan bercakap di luar dengan Abang Man lalu masuk ke dalam.
Mata Reen terpejam menahan sakit. Tangan aku terseliuh nih. Sakit sangat sampai tak boleh gerak.
"Macam mana boleh jatuh ni," Reen buka mata. Aryana. Doktor. Aryana senyum sambil lincah memeriksa Reen. Reen tersenyum kelat.
"I dah call Ayie. Japgi dia datang."
"Kenapa call dia. I boleh balik dengan Abang Man la." Reen menelan liur. Bala apa pulak.
Mati dia kalau Ayie tahu dia main tadi.
"Mana boleh you balik dengan tunang I. I jeles laa." Aryana tergelak. Kening Reen terangkat.
"Ni mesti Ayie tak cakap lagi. I kawan jelah dengan dia. Dia nak cakap dekat you katanya time i dah tunang tu. Entah dekat dia. I pun dah sebulan lebih tak contact dia. Entah sihat ke tidak. Baru tadi i call suruh datang ambil you sebab japgi i nak dating dengan abang i," Terang Aryana panjang. Aku masih kelam. Apa cuba buat ni Ayie.?.
"Auchh" aku memandang tangan yang dipegang Aryana.
"Kita x-tray kejap okay." Aku hanya mengangguk.

Tangan aku patah. Mata Reen jatuh pada tangan yang bersimen. Tangan kanan pulak tu. Senyum terjongket dibibir. Derhaka dekat suami. Karma. Haha.

"Dah selesai," suara Ayie di muka pintu buat aku gementar.
"Dah. Boleh ambil ubat dekat luar," seusai ayat itu aku bangun. Kaki terjengket sedikit akibat terseliuh.

Ayie memapah aku duduk dikerusi. Dia bangun ke kaunter ubat.
"Terima kasih," aku kalih pada Abang Man.
"Nohal laa."
"Boleh tanya sikit tak," Abang Man angkat kening lepas aku tanya.
"Berapa lama dah bertunang dengan Aryana.".
"Setahun dah. Insyallah walimah bulan depan."
Jawapan Abang Man buat aku sesak nafas. Maknanya time aku jumpa dia awal dulu memang dia dah bertunang. Kenapa Ayie?. Mesti ada sesuatu.

----------------------

"Nak balik rumah mama." Aku bersuara pelan dalam kereta.
"Esok." Ayie membalas sepatah. Reen dah sebak. Haila Reen sejak bila kau belajar silibus menangis setiap hari ni. Reen tarik nafas. Bunyi esakan kedengaran. Reen gigit bibir. Terlepas pulak. Feeling terlebih nampaknya. Ayie masih fokus dijalan. Reen mengeluh lega.

--------------------
Perutnya pedih. Dari petang tak makan. Tadi Ayie ajak makan nasi goreng yang dibelinya dia mengelak. Bukan tak mahu makan. Mengantuknya lebih menguasai. Dia terlelap sekejap sebelum perutnya menjerit lagi. Pedih sangat ni. Reen memandang jam di phone. 3:30.
Ayie disebelah nyenyak tidur.
Reen terjengket turun ke dapur. Kaki pedih. Tangan tak boleh gerak. Perut sakit. Angin perut sudah naik ke kepala. Berdenyut.
Reen membuka fridge. Nasi goreng bungkus itu dipanas dalam microwave.
Tangan kiri terketar-ketar menyuap sesudu nasi goreng. Hasilnya nasi tumpah ke lantai. Reen meletak sudu. Membasuh tangan di sinki sebelum duduk semula di meja makan. Nasi dipandang. Air matanya mula mengalir. Azabnya. Reen sejak bila zaman hati batu kau dah cair. Reen mengelap air mata. Dia bangun membuka peti di atas. Mencari panadol untuk kepala yang berdenyut. Tingginya. First aid kit dicapai oleh tangan belakang. Reen tak menoleh. Ayie meletaknya diatas meja. Reen mencapai panadol selepas menuang segelas air. Perutnya pedih.
"Kenapa tak kejut," soalan Ayie hanya mampu digeleng. Dia sangat lemah. Ayie menarik Reen duduk di kerusi sebelahnya. Nasi di pinggan disudu mengangkat ke mulut Reen.
"Makan. Dari tadi perut kosong." Suara Ayie lembut memujuk. Cair.
Reen membuka mulut. Mukanya ditahan dari sebak. Lapar sangat.
Pinggan yang sudah kosong dibasuh.
"Tidur bilik bawah je jap gi. Payah kaki tu nak naik tangga," Ayie mengeluar arahan mandatori. Reen hanya mengangguk. Kenapa Ayie selalu buat dia rasa serba salah.

Aku berjalan ke bilik bawah. Ayie mengikut dari belakang.
"Nak balik rumah mama nak bawak baju apa," Aku menggeleng.
"Baju rumah mama dah ada. You nak bawak baju apa?" Terasa kekok dengan perbualan pagi itu. "Nanti i kemas sendiri."

Solat subuh berkumandang. Ayie ke surau seperti selalu.

Reen cuba memanjat tangga.
"Laaa.. you nak apa nanti i ambilkan. Nanti bengkak kaki tu lagi," Ayie menahan Reen.
"I nak mandi la. Nak siap laa." Reen terduduk ditangga. Kakinya berdenyut.
"Mandi dekat bawah nanti i ambilkan baju you." Ayie memapah Reen ke bilik. Ayie please jangan gentleman sangat. Hati besi i dah cair tau. Reen menggumam dalam hati.

Reen duduk di katil. Mana Ayie ni kata nak ambilkan baju. Xperia ditangan berbunyi.

-nak makan apa

Mesej dari mama buat dia senyum.

+sambal tumis udang dengan ayam rempah boleh tak.
-okaylah tuan puteri.
+tengkiu ma. Best mama ever.
-orang masak baru nak best ever apa.

Mesej mama buat aku sengih. Ma miss you.

"Nah baju....." Ayie menelan liur. Mukannya merah. Hati aku pecah. Terkejut dengan Ayie di depan pintu. Aku mengambil baju ditangan Ayie . Segera menutup pintu. Aku memegang pipi yang tebal seinci. Malu dengan keadaan dirinya yang hanya berkemban tadi.

--------------------

Dalam kereta aku dan Ayie hanya diam. Malu beb!.

"Assalamualaikum mama." Aku menjerit. Bau sambal tumis membuatkan aku melangkah ke dapur. Papa hanya menggeleng sambil menyambut Ayie.
"Sejak bila bermanja-manja budak tu entah," Ayie tergelak dengan kata ayah mertuanya.
"Sihat?" Papa menarik Ayie ke sofa.
"Alhamdulillah." Ayie menahan suara.

.
"Mama," Reen memeluknya dari belakang.
" Ish budak ni buang tebiat peluk orang." Mama lincah mengangkat pinggan ke meja makan. Reen menarik muka.
"Dahla orang jarang balik. Sampai hati mama buat macam ni,"
"Anak bertuah sampai hati lagi apa segala sambal tumis ayam rempah semua dah siap. Meh sini nak cium dahi sikit. Nak baca doa pelembut hati sikit," Reen tergelak riang selepas mamanya mencium dahinya. Mama pun buang tebiat kiss orang.
Ayie menarik kerusi sebelah papa yang dah baca doa. Muka Reen ceria. Sama macam masa dia buat comeback malam tu. Ayie mula membuat pengiraan. Dia tak bahagia dengan aku. That's all.

"Ma bilik depan kosong kan," aku bertanya rendah pada mama.
"Kosong. Dah bersih. Kenapa dengan bilik Reen?" Mama saja buat muka tak faham.
"Takkan kot maa," aku jeling mama.
"Korek mata tu jap lagi kang," mama menbilas air di sinki kepada Reen.
"Maaa!!!"

-------------------
"Kosongnya bilik you" Ayie bertanya setelah memasuki bilik itu.
"Bilik i atas. Tapi i bet you tak sanggup tidur," Reen menyusun baju Ayie dalam almari.
"Selerak."
"Of coz not. I bela saka dalam bilik you."
"Iye. Saka tu rupa macam you tak." Ayie dah start merapu.
"Sebijik. I takut you confius."
"Saka you pandai flip macam you tak."
"Keji. Mestilah pandai. Dia yang flip malam tu. Bukannya Reen." Putus fius punya Ayie.
"Saka you pernah balik rumah kita tak?" Ayie sengih. Pekebendelah mamat nih.
"So far not yet. I tahu you takkan boleh terima saka i tu,"
"Belum cuba belum tahu." Aku juling mati ke atas dengan ayat Ayie.
"You dah berapa lama," Ayie masih bercakap.
"Apa yang lama,"
"Main,".
"Since form 4,"
"How?".
"I tak ada kawan dekat rumah. Diorang je kawan i,"
"Owh"
"It's a crime for you,"
"I didnt say it"
"So why,"
"I just terkejut. That's all."

Reen baring sebelah Ayie.
"Itu je cara i hidup. I bukan kaki shopping. I bukan kaki make up macam yang you selalu tengok. I bukan typical bloody messy pink lovey dovey gossip," Ayie tergelak dengan ayat aku.
"Anything else yang i tak tahu pasal you,?"
"I dengan saka i dah mula sayang you," Reen mengetap bibir bawah. Menahan muka. Ayie tenang tidak berkocak. Bibirnya didekat dengan muka Reen.
Reen menutup mata.
Sebelum bibirnya bersatu.
Reen tahan muka yang tebal seinci. Dia mengiring membelakangi Ayie.
"Reen..."suara Ayie disahut Reen perlahan.
"I cant..."suara Ayie sebak. Aku pusing menghadap Ayie. Pipi Ayie disentuh. Untuk kali pertama egonya turun untuk seorang lelaki.
"I tak paksa you untuk terima i. I tak paksa you untuk sayang i. You boleh pilih. I tahu i siapa. I tak layak untuk you. You berhak pilih. Percayalah. I takkan desak or marah you apa pun keputusan you.," aku bersungguh. Biarpun hati dah retak sedikit.
Ayie memeluk Reen.
"No.. bukan sebab tu," pelukannya semakin erat. Reen dah menangis di bahu Ayie.
"Why..?" Suaranya perlahan bertanya.
"I......" Ayie tak mampu menahan egonya untuk menangis. I sayang you Reen. Tapi i tak boleh.

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
2.4K 224 56
"Awanama Kosmos", makhluk jelik yang datangnya dari luar galaksi telah bereaksi dengan bahan ujikaji yang ada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) me...