Gengster Terguris

By Polkadot_Adwa

681K 23.7K 559

Alif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatn... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
Update !!!
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
Update !!!
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
Update !!!
Bab 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
Just Nak Bagitahu...
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87
BAB 88
BAB 89
BAB 90
BAB 91
BAB 92
BAB 93
SALAM LEBARAN
BAB 94
BAB 95
BAB 96
BAB 97
BAB 98
LAST UPDATE !!!
BAB 99
BAB 100
EPILOG
LAST WORD.
RiNdU...

Bab 24

5.9K 285 1
By Polkadot_Adwa


Hari ini genap dua minggu Layla di rumah Dayah. Irsyad mula masuk hospital untuk memulakan rawatannya di HKL. Nasib baik ada Saif, kalau tak susah sikit untuk Irsyad dapatkan rawatan. Dayah mula mencari rumah sewa berdekatan untuk Layla dan Irsyad. Ikutkan hati, Dayah mahu menjaganya. Tetapi Layla rasa dia menyusahkan Dayah bila duduk di situ. Takut Aina dan Fiya kata macam – macam padanya.

Hubungan Dayah dan Fiya juga mula renggang. Fiya keluar awal pagi dan balik lewat malam.

"Mana Fiya..?" tanya aku pada Aina.

Aina menggeleng lagi.

" Aku keluar kejap.." kata Dayah.

"Kau nak pergi mana..?" tanya Aina.

"Cari kawan kau..." balas Dayah geram.

"Aku ikut..." pinta Aina.

Cepat lah..jangan lupa kunci pintu..tutup tingkap.." arah aku.

Dayah mula masuk bilik menukar pakaian.

"Layla macam mana..?" tanya Aina.

"Dia dekat hospital lagi...nanti kita terus ambil dia.." jawab aku.

Aku dan Aina mula pergi ke tempat kami selalu lepak namun tiada kelibat dia di sana.

"Call Johan..." arah aku.

"Takde nombor.." jawab Aina.

"Tengok dalam phone aku.." balas Dayah sambil menghulur phonenya.

"Ada..ada..jap aku call.." kata Aina.

Panggilan tak berjawab. Aina try call lagi namun tak berjawab.

"Tak angkat,..mana dia pergi..." kata Aina mula risau.

Dayah lagi gelabah.

Telefon Dayah berbunyi. Nama Farid tertera di skrin.

"Dayah, ada panggilan. Farid call.." kata Aina.

Dayah terkejut. Dia memberhentikan kereta lalu mengangkat telefon.


Hello..Assalamualaikum... - Farid.

Waalaikumussalam..Farid..kau kat mana ? Kau okay ke ? - Dayah.

Aku okay... AD tak..dia kena tembak... - Farid.

Berderau darah Dayah mendengar. Dia mula cemas.

Kenapa tak bawa pergi hospital ? - Dayah.

Aku nak bawa tapi AD tak nak. Dia kata bahaya tapi dia dah kehilangan banyak darah..sebab tu aku call kau..tolong aku.. – Farid.

Asal mamat ni degil sangat.

Korang dekat mana ? – Dayah.

Rumah AD. Tempat kami culik kau haritu...jangan bawa Layla buat sementara

- Farid.

Ok...aku pergi ke sana sekarang... - Dayah.

"Aina , I need your help.." balas Dayah bila dia letak telefon.

"Kau nak minta tolong apa ? Sapa call kau tadi?" tanya Aina.

"Kawan aku sakit. Aku nak bawak adik ipar aku ke sana. Tolong ambil Layla..." pinta aku cemas.

"Okay..tapi bertenang la..kau nampak cemas sangat.." jawab Aina.

Otak aku tengah blur. Aku pun tak faham kenapa aku cemas..?

"Sapa kawan yang sakit..? Sakit apa ? Kenapa tak bawa pergi hospital..?" tanya Saif bertubi – tubi.

"Dia tak nak pergi hospital... dia bleeding banyak sangat..." kata aku.

"Bleeding sebab apa ? Kalau bleeding, kena bawa pergi hospital..kita perlukan beg darah. Saif tak boleh keluarkan beg darah sesuka hati..." bebel Saif.

"Ye la...at least Saif ada, boleh bagi dia ubat penenang, senang nak panggil ambulans..." jawab aku sinis.

"You don't answer my question.. I ask you two time..dia sakit apa? Kenapa bleeding ?" Saif bertanya lagi.

Aku mengeluh. Sorry Aliff. Aku perlu bagitahu untuk selamatkan kau.

"Dia kena tembak dengan polis..." jawab aku sepatah.

"What ?? And then you want me help him..?" tanyanya lagi dengan nada terkejut.

Aku mengangguk.

"No...no...I don't want to involved in this problem.." katanya.

"Anggap Saif tolong dia sebagai balas budi bagi pihak akak. Dia pernah tolong akak dulu..anggap kita tolong dia sebagai balas budi. Lepas ni, kita tak payah terlibat lagi.." rayu aku.

"Dia pernah tolong apa..?" tanya Saif lagi.

Dia yang tolong akak semasa nak kena culik.." beritahu aku.

Sorry Saif. Akak terpaksa tipu kau.

"What ? Akak tak bagitahu kami pun...mak bapak tahu tak ?" tanya Saif lagi.

Aku menggeleng.

"I don't want they worries about me.. lagi satu, tolong jangan bagitahu mak dengan bapak ataupun sapa – sapa je la..so can you help them ?" tanya aku balik bila kami sampai di rumah AD.

"Yela..tapi ingat jangan libatkan diri dengan mereka...kalau tak, Saif bagitahu mak dan bapak.." balas Saif.

Aku mengangguk.

Layla terkejut bila Aina yang jemputnya.

"Mana Dayah..? " tanya Layla.

"Dia ada hal.." kata Aina.

" Minta maaf la sebab menyusahkan awak, Aina.." balas Layla.

"Saya panggil Kak Layla boleh kan..?" tanya Aina.

Layla mengangguk.

"Tak apa akak, saya tolong akak, nanti mana tahu saya susah akak tolong saya balik..lagipun Dayah ada emergency. Kawan dia sakit.." tambah Aina.

Layla bertanya lagi.. "sakit apa ?".

"Saya pun tak pasti..tadi kami keluar cari Fiya... lepas tu Dayah ada dapat call dari seorang lelaki..apa namanya...Farid tak silap..yea Farid.." kata Aina.

Menyirap darah Layla mendengar nama Farid.

"Dayah kat mana sekarang..?" tanya Layla lagi.

Dia nak tahu keadaan suaminya.

Aina menjawab "Tak pastilah akak.." .

Layla menelefon Dayah . Panggilannya tak diangkat. Layla menelefon lagi dan lagi.

**********

Muka AD terlampau pucat. Terlampau banyak darah hilang.

Saif berkata.. "Kita kena bawa dia pergi hospital.." .

"No.." jawab AD perlahan.

"Tak boleh ke kita cabut peluru tu dulu, nanti kita fikir cara lain nak selamatkan dia.." bagitahu Farid.

"Too dangerous, dia kena bawa pergi hospital jugak..." Saif mengulang jawapan yang sama.

"Buang je peluru tu.."arah AD.

Degil betul. Siapa doktor sekarang ni..? Aku yang bermasalah kalau terjadi apa – apa pada kau..bebel Saif dalam hati.

Saif keluar turun ke ruang tamu.

"Akak, call ambulance untuk standby..saya bagi dia ubat penenang, kita cabut peluru. Terus bawa pergi hospital. I don't want take a big risk.. Kalau nak selamat, ambik wad VIP untuk dia nanti.." arah Saif.

Aku mengangguk. Aku mula menelefon ambulance.

Saif mula memberi ubat penenang pada AD. AD mula lali dan akhirnya pengsan. Farid memerhati. Luka di dada AD semakin bengkak kerana terlampau lama dibiarkan. Saif mula membelah bahagian luka di dada AD untuk membuang peluru. Air bisa keluar di sekeliling luka membuatkan persekitaran bilik menjadi busuk.

Peluru yang tertembak pada dada AD agak dalam. Sukar untuk Saif keluarkannya. Nyawa AD dalam bahaya. Saif terpaksa membuka lagi belahan pada dada AD. Tekanan darah AD tak stabil. Saif mula panik.

Dayah masuk dengan beberapa orang staf hospital. Mereka segera membantu Saif. Keadaan AD kritikal. Dayah mula gelabah. Saif terpaksa memberikan (AED) Automated External Defibrillation.  Keadaan AD mula kembali stabil. Peluru berjaya dikeluarkan dari dada AD. Saif menarik nafas lega.

Nota : (AED) Automated External Defibrillation  diberikan untuk orang yang berada dalam keadaan kritikal atau lebih dikenali sebagai kejutan elektrik.

"Kita kena bawa dia ke hospital sekarang...nyawa dia dalam bahaya.." kata Saif.

Farid mengangguk.

"Farid, kau naik ambulance dengan dorang..aku follow dari belakang.." arah Dayah.

Ambulance segera menuju ke hospital.

Telefon aku yang dari tadi berbunyi minta diangkat. Layla menelefon.

Assalamualaikum.. – Dayah.

Waalaikumussalam...Dayah awak kat mana? Awak jumpa Farid ke ? – Layla.

Aku lupa pesan pada Aina.

Bukan... saya keluar jumpa kawan.. - Dayah.

Dayah, please..saya nak jumpa Farid...sekejap pun jadi la..please...saya merayu.. – Layla.

Aku lemah. Haishh, nanti aku kena dengan Farid.

Layla, bersiap sekarang, tunggu saya depan rumah... kita pergi dekat dorang... saya balik sekarang. Assalamualaikum... – Dayah.

Okay..okay..Waalaikumussalam.. – Layla.

**********

Layla terkejut bila Dayah membawanya datang ke hospital.

"Kenapa kita datang sini..?" tanya Layla.

Hatinya berdebar – debar bila aku tak menjawab soalannya.

"Nurse..saya..." kata – kata aku terhenti bila Farid memanggil.

"Dayah.." panggil Farid.

Farid terkejut melihat Layla bersama aku.

Layla memukulnya bertubi -tubi bila kami menghampiri Farid.

" Sayang..sakit.." kata Farid.

"Habis tu, hati saya tak sakit, abang call Dayah minta tolong..nak call isteri sendiri tak lepas.." marah Layla.

"Kita bincang lepas ni, boleh tak, sayang..." ucap Farid sambil peluk Layla.

Layla membalas pelukannya. Rindu benar dia pada suaminya.

Aku berdehem dua tiga kali.

"Nanti sambung peluk sayang kat rumah...sekarang macam mana keadaan AD?" tanya aku.

"Operation.." jawab Farid.

Aku mengangguk.

"Excuse me, siapa penjaga pesakit En Aliff Danial..? tanya nurse.

Farid menyuruh aku menjawab. Aku memandangnya tajam. Nurse memerhatikan kami.

"Saya.." balas aku sepatah.

"Awak isterinya, puan boleh daftar wad untuk suami puan..kejap lagi dia akan dibawa ke wad..." jawab nurse sebelum meninggalkan aku.

Aku mengangguk.

"Kena ambil wad VIP untuk AD. Selamat sikit..takut polis datang cari sini.." kata aku.

"Up to you Puan Dayah..he your husband.." perli Farid.

"Kurang ajar.." balas aku tak puas hati.

**********

Layla khusyuk menceritakan perkembangan Adam pada Farid. Syukur AD dan Farid selamat. Matanya memerhati AD yang masih lena.

Dayah mula bangun. Dia perlu balik. Fiya mesti belum pulang.

"Farid, I need to go...apa – apa call me..Layla, nak ikut atau nak stay...? tanya aku.

"Ikutlah...Irsyad dekat rumah..nanti menangis pulak...by the way Dayah, terima kasih banyak – banyak..aku tak tahu nak balas budi kau macam mana...kau dah tolong macam – macam. Rawatan Irsyad, bantu Layla cari rumah baru, dan menjaga mereka bagi pihak aku..aku tak tahu nak cakap apa.." jawab Farid.

Aku tersenyum.

" In sya Allah, kalau aku susah, aku cari korang pulak..okay..Layla, jom.." kata aku.

Aku ternampak Saif sewaktu mahu balik.

"Saif.." panggil aku.

"Hmm..kenapa ?" tanya dia lagi.

"Thanks.." jawab aku sepatah.

"Sepuluh kali dah akak ucap terima kasih.Kalau berterima kasih lagi sekali, akak kena belanja saya dengan family steamboat..Ingat apa yang saya cakap dalam kereta.. " katanya.

Aku mengangguk.

"Nanti akak call..akak balik dulu... Assalamualaikum..." balas aku.

Dia menjawab.." hati – hati..Waalaikumussalam.."


**********


Mata AD berpinar –pinar. Dia memebuka matanya perlahan –lahan. Rasa sakit di dada mula datang. Dia memerhati sekeliling.

Dia mula bangun dari katil bila dia sedar dia berada di hospital namun dia lemah.

Seorang nurse masuk memeriksa dirinya.

"En. Alif Danial...awak dengar tak suara saya..?" tanya nurse.

AD mengangguk.

En. Alif nak apa – apa tak..?" tanya nurse lagi.

"Air..." balasnya lemah.

Nurse menyuakan air pada mulutnya.

"En. Alif berehat dulu..nanti saya panggil doktor. Kami akan call isteri En..." kata nurse berlalu pergi.

Berkerut muka AD mendengar nurse cakap dia ada isteri. Siapa pulak mengaku dia isteri aku ni...? Dan siapa bawa aku datang hospital ? gumam dia sendirian. AD kembali memejamkan mata untuk tidur.

Panggilan dari hospital memberitahu AD dah sedar. Dayah segera call Farid menyuruhnya segera ke sana. Dia tak dapat pergi sebab ada meeting penting. Dia ada tender dengan syarikat Bima Sakti Holding.

Mata AD terbuka bila pintu wad ditolak. Farid tersenyum dari jauh melihat AD dah sedar. Dicium pipi AD berkali – kali membuatkan AD lemas.

"Kau okay ke ?" tanya Farid.

"Hmm.." AD hanya berbunyi.

"Doktor dah check kau belum ?" tanya Farid lagi.

AD menggeleng.

"Nasib baik kau selamat..kalau tak, aku serba salah seumur hidup aku.." kata Farid.

"Siapa bawa aku datang hospital..?" AD mula bertanya.

"Kau tak ingat ke Dayah bawa doktor ke rumah kau...? Lepas cabut peluru dari badan kau terus kami bawa kau ke hospital..." balas Farid.

"Tahu, tapi siapa yang nak bawa aku ke hospital ? Kan aku cakap tak payah.." tanyanya lagi.

"Doktor tu suruh Dayah call ambulance..Dayah terus call..nyawa kau dalam bahaya..silap haribulan, kau boleh mati,.." cerita Farid.

AD mengeluh.

"Dayah mana..? Layla tahu tak pasal kita ?" soal AD lagi.

Farid menjawab "Dayah kerja . Tak boleh datang.Ada meeting penting katanya. Layla ada sini..dia tahu..dia bawa Adam jumpa doktor".

AD senyap. Kenapa akhir – akhir ini aku asyik ingat minah tu..gumam AD sendiri.

AD mula bersuara.. "cepat uruskan aku keluar.. Kalau polis datang sini, cari kita macam mana ?".

"Kau duduk diam –diam berehat. Don't worry, isteri kau dah uruskan.." kata Farid sambil tersengih.

"Isteri ?? Apa kau merepek ni..? Bila masa aku dah kawin ? Asal kau denagn nurse cakap benda yang sama..?" AD mula bertanya.

"Dayah la...dari urusan kau masuk hospital, bayaran, wad mana kau masuk semua dia uruskan..untung la ada isteri.." jelas Farid.

"Perlu la sampai beristeri bagai...dia tolong je kot.." bidas AD.

Farid ketawa.

"Nurse yang cakap, dia isteri kau...kau jangan lawan dia...dia ada kuasa sekarang ni...kau tak boleh keluar wad tanpa keizinan dia. Dia bagitahu nurse macam tu kalau kau nak keluar.." jawab Farid sambil ketawa.

"Eiii, sengal...dah, aku nak tidur..." balas AD.

"Tidurlah, nanti isteri kau datang, aku kejutkan..." usik Farid.

"Diam...!!" marah AD.

Meletus ketawa Farid bila AD marah.


Continue Reading

You'll Also Like

5.8K 274 17
||DR. JAHANAM|| โ€ข Rafie Aryien || Airish Saffiyaโ€ข [22~10~2023] start [27~12~2023] end (Mystery)~(Plot Twist)~(Lecturer) Thankyou for support my story...
205K 15.8K 83
Rule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu kel...
580K 21.1K 35
Tengku Rasyad - Ramai wanita yang meminatinya kerana pakej lengkap yang dimilikinya. Tapi Rasyad lansung tidak ambil peduli. Apa yang dia tahu,dia ti...
7.6K 479 35
๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’Š สแด€ษดแด€sแด€แดแด_ [ส€แด‡แด แด€แดแด˜][sสŸแดแดก แดœแด˜แด…แด€แด›แด‡] ๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ธ๐“ฑ๐“ญ ๐“•๐“ช๐“ฑ๐“ฒ๐“ถ ๐“ง ๐“๐“ฒ๐“ด ๐“›๐“ฒ๐”‚๐“ช๐“ท๐“ท๐“ช Kau Jalan pakai...