Aku Suami Kau Isteri ✅

By anissyaaa

3.8M 83.7K 2.2K

"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau n... More

prolog
bab1 - berita mengejutkan
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Author's note
Not an update
BONUS ASKI
New story
Sequel@Spin off to ASKI
Dr.Cold Mr.Sweet
ANNOUNCEMENT
eBook for ASKI
QnA section
NEW NOTICE
GENTLE WARNING
GIVEAWAY
WINNER ANNOUCEMENT
TUMPANG PROMOTE
Tumpang Promote 2
RANDOM GIVEAWAY
Announcement
List of ebook available
GIVEAWAY 7K FOLLOWERS
Give me opinion pls
COMING SOON
IMAN QAISARA 2nd Batch
IDLAN LUTH ALEXANDER
PROMO: AYYASH's Obssession
LAST DAY PROMO
BUY EBOOK AND WIN PRIZES
Aydan Haqq's
LAST DAY OFFER
10 ebooks RM20 only
PROMO LAST CALL
CONTEST SURVEY
Aydan Haqq Special
VIDEO CONTEST
PROMO EBOOK

Bab 14

59.3K 2.2K 6
By anissyaaa

Sudah hampir genap dua bulan, Qira bergelar sebagai isteri kepada Muhammad Danish Arshad. Walaupun begitu, dia masih belum mengenali Danish sepenuhnya. Danish sentiasa bersikap menjengkelkan dan dingin kepadanya. Hati lelaki itu betul-betul keras untuk difahami. Apa yang pasti dia perlu menerima baik dan buruk Danish sebagai suaminya meskipun perlukan kesabaran yang tinggi. Dia tahu ada sesuatu yang ada pada Danish yang dia sendiri masih belum dapat lihat. Sebagai isteri, Qira ingin mengenali dan memahami Danish sebetulnya. Biarlah apapun tanggapan Danish kepadanya, dia tetap akan berusaha untuk mengenali suaminya. Dia perlu mempertahankan ikatan perkahwinan ini.

Qira tersentak apabila telefonnya berdering memainkan ringtone yang telah disetkan. Dia pantas mencapai telefonnya yang berada di dalam beg. Panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Qira teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut. Seperti biasa, dia akan membiarkan saja panggilan tanpa nama itu, sehinggalah pemanggil putus asa. Sekali lagi telefonnya menjerit lantang daripada nombor yang sama. Dia terus menolak panggilan tersebut.  Tak lama selepas itu, satu mesej ringkas masuk ke peti mesejnya.

Wei kau ni tak pernah berubah kan? Selalu saja tak layan nombor yang kau tak kenal. Aku ni cassie . call back -cassie-

Mulut Qira ternganga. Cassie? Wah! Sudah lama dia tak dengar berita pasal kawannya yang sudah sekian lama tak bersua. Tanpa berlengah dia terus mendail nombor tersebut. Beberapa kali deringan panggilannya dijawab.

"Wei senget," sapa suara itu dengan geram.

Qira ketawa. "Sorry lah. Aku tak sangka pulak orang yang call aku tu engkau," balas Qira tersengih-sengih seolah-olah Cassie boleh melihatnya.

"Selamat pengantin baru untuk kau," ujar Cassie dengan ikhlas.

"Pengantin baru? Dah dua bulan kot. Kau bila nak balik sini?," soal Qira.

"Tak pasti lagilah. Sebab husband aku sibuk sikit," balas Cassie dengan Nada  sedih.

"Tak apalah. Nanti kalau kau datang, roger aku,"

"No problem,"

Setelah berbual panjang, Qira terpaksa meminta diri dahulu memandangkan dia masih di pejabat. Mereka sempat berjanji untuk berbual dengan lebih panjang lagi sekiranya masing-masing free. Sudah hampir 2 tahun , dia tidak berjumpa dengan Cassie. Dia sangat berharap suatu saat nanti masa mempertemukannya dengan kawan-kawan yang lain.

NAZRUL menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan-lahan. Dia menguak rambut. Pening kepala melihat Surat berhenti kerja untuk kali ke -7 tahun ini.

"Kali ini salah siapa pulak?" soal Nazrul kepada Danish yang bersikap bersahaja meneliti fail-fail yang berada di atas mejanya.

"Salah dia sebab tak pandai buat kerja.  Marah sikit pun dah emosi," jawab Danish tak berperasaan.

"Kawan, marah dengan tengking adalah dua perkara yang berbeza. Orang perempuan ni sensitif kalau kena tengking. Diorang mudah terasa, kau faham kan?," Nazrul menegur. Danish mengangguk acuh tak acuh.

"Tapi mak Cik tu tak ada perasaan pun aku bidas dia," balas Danish lagi. Nazrul terdiam sejenak. Timbul satu idea bernas dalam fikirannya.

"Good idea," kata Nazrul dengan senyuman penuh makna.

"Hah?!"

"Ini keputusan aku, dan no excuse. Aku akan ambil Qira untuk jadi setiusaha baru kau memandangkan hanya dia saja yang boleh layan kerenah kau. Muktamad!," ujar Nazrul nekad.

"Kau biar betul. Dia kan dah ada kerja sendiri. Bukan dia tahu apa-apa pun pasal jadi setiausaha," balas Danish.

"Pasal tu kau tak perlu bimbang. Aku akan uruskan semuanya, aku akan siapkan borang untuk pertukaran dia ke sini secepat yang mungkin," ujar Nazrul dengan yakin.

Danish menarik nafas lemah. Nampaknya dia tak mampu memgubah keputusan Nazrul. Agak-agaknya apa reaksi Qira apabila mengetahui tentang pertukarannya?

Continue Reading

You'll Also Like

173K 11.2K 33
Adam Hirdy | Azalea
1.8M 61.7K 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun b...
755K 33.1K 71
" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan...
617K 21.8K 72
MEGAT HARITH × AULIA HUMAIRA Megat Harith dan Aulia Humaira disatukan tanpa dirancang semuanya bermula apabila kedua dua insan ini ditinggalkan oleh...