Mr. Sour Talker

By de4djane

821K 28K 868

Hish. Kalau ikutkan hati aku ni, nak je aku bakar kau hidup-hidup wahai Encik Harraz Aqeef! Tak adalah aku ke... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
Author's Note
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 19
Author's Note
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
Author's Note
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
Ehem
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
Mana Snow?
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
Hey?
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60

BAB 18

14.1K 525 4
By de4djane

"Assalamualaikum! Mama, papa! I'm home!" Ainal menjerit di depan pintu rumah mamanya. Dia tersenyum bahagia.

"Woi, tak payah jerit. Malu je jiran tengok. Tekan jelah loceng tu," bebel Harraz, geram. Naik pecah gegendang telinganya tatkala Ainal memekik di sebelahnya. Ainal mencebik.

Bahunya ditolak Harraz ke arah loceng rumah teres mamanya itu. Belum sempat jari telunjuknya sampai ke punat loceng, pintu rumah itu terkuak dari dalam. Terjengul wajah bersih Puan Julia.

"Waalaikumussalam. Ainal! Harraz!  Ya Allah, baru je papa cakap nak jumpa korang berdua. Panjang umur. Abang, meh sini. Anak dan menantu kita datang ni!" Puan Julia merangkul tubuh Ainal ke dalam pelukan eratnya. Tidak semena-mena gadis itu mengalirkan air matanya. Rindu yang bercambah dalam hati kian menghilang.

"Eh? Janganlah nangis. Nanti mama nangislah sayang. Dah, jom masuk. Harraz, meh masuk ya." ujar Puan Julia sambil menyambut salam menantunya.

Mereka ke sofa diiringi dengan Puan Julia. Encik Rahman yang baru sahaja turun ke tingkat bawah terus menerpa Harraz lalu bersalaman dengannya.

"Duduk dulu ya semua? Mama buat air kejap. And, Ainal. You too. Duduk sini," Puan Julia menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri kanan sambil memandang anak gadisnya yang sudah mula mengangkat punggung. Kakinya pantas mengatur langkah ke dapur.

"Papa sihat?" Harraz membuka bicara.

"Alhamdulillah, Raz. Macam ni jelah hendaknya. Hmm. Dah alang-alang kamu berdua dah ada ni. Eloklah papa bagitahu," jawab Encik Rahman mesra.

Ainal dan Harraz saling berpandangan. Wajah mereka jelas dengan kerutan yang terbentuk di dahi.

"Bagitahu apa papa?" Harraz menfokuskan matanya pada Encik Rahman.

"Lagi dua minggu, papa dengan mama nak pergi umrah." ucap Encik Rahman. Ainal tersenyum lebar.

"Yeke, pa? Wah! Bestnya! Ainal nak ikut!" Ainal bersorak riang.

"Mana boleh sayang. Ainal kan tengah SPM waktu tu," Puan Julia mencelah sambil menatang dulang yang terisi jus oren dan tiga potong kek blueberry cheese kegemaran anaknya.

"Alaaa. SPM boleh repeat kan? Ainal nak ikut mama dengan papa," Ainal memuncungkan bibir tanda protes. Dia berpeluk tubuh.

Puan Julia tersenyum melihat tingkah anaknya. Ainal memang lebih manja dengannya. Manja tak manja, kadang-kadang keras kepala.

"Tak boleh, Ainal. Umrah pun Ainal boleh buat repeat. Siap boleh buat banyak kali pulak tu. SPM tu penting. Tak payahlah repeat ya?" Encik Rahman memujuk. Ainal hanya menundukkan kepalanya.

"Sayang, jangan macam ni. Sayang kan SPM minggu depan. Umrah tu sayang boleh buat bila-bila je kan? Nanti abang bawa sayang buat umrah eh? Kalau nak ajak mama, papa, daddy dengan ummi sekalipun, abang tak kisah. Okay sayang?" Harraz mencuba nasib pula setelah melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Jatuh kasihan pula dia melihat wajah keruh gadis itu.

"Hmm, yelah. But, make sure. Papa dengan mama balik cepat tau! Nanti Ainal rindu," Ainal memandang tepat ke arah wajah mama dan papanya. Kedua-dua orang tua itu hanya mengangguk bersama senyuman di bibir.

"Yelah, princess mama ni. Mama janji. Ni, rasa kek favourite Ainal ni. Mama buat special tau," Puan Julia menyuakan piring yang diisi sepotong kek blueberry cheese kepada Ainal dan Harraz.

"Hmm! Sedapnya! Rindu kek mama ni tau!" gumam Ainal sambil melelapkan matanya cuba merasai kelembapan kek itu di dalam mulutnya.

"Kalau nak lagi, ada tu haa kat dapur. Bawa baliklah nanti ke rumah kamu berdua," Puan Julia ketawa kecil melihat kesungguhan Ainal menikmati kek kegemarannya. Sesekali bibir gadis itu, dikesat jarinya dek kerana comot. Encik Rahman pula terkadang ketawa sambil bercerita itu ini tentang kenangan keluarga mereka.

Harraz yang menjadi pemerhati hanya tersenyum memandang tiga beranak itu leka meluangkan masa bersama. Patutlah tika dia ingin menguji Ainal supaya tidak pulang ke rumah keluarga mertuanya, gadis itu mula terasa ingin menangis. Rupa-rupanya, hubungan antara mereka bertiga sangat erat. Saling menyayangi dan memerlukan.

Harraz jadi cemburu. Sewaktu dia berada di zaman sekolah, dia tidak pernah merasa hubungan kekeluargaan yang sebegitu. Ummi dan daddynya amat sibuk menguruskan syarikat besar mereka itu. Sehinggakan tiada masa yang diperuntukkan untuk dia dan adiknya, Haniz. Setelah Hana dilahirkan, tumpuan ummi dan daddynya dilebihkan pada Hana. Sebagai anak lelaki sulung, Harraz selalu dimuakan dengan kehidupan berdikari. Daddynya hanya memberikan wang sebagai ganti masa terluang dan kasih sayang.

Disebabkan itulah, Harraz berubah sikap 360°. Daripada seorang lelaki yang ceria, berkata sopan, cool menjadi serius, dingin, pemarah dan Mr. Sour Talker. Dia serik menjadi seseorang yang bersifat positif. Baginya, tiada apa yang dia bakal kecapi jika dia terus menjadi 'dia' yang dahulu.

"Harraz? Eh, Harraz? Dengar tak apa yang papa cakap tadi? Termenung pulak dia," tegur Encik Rahman. Tersentak Harraz daripada lamunannya.

"Ya, papa? Sorry. Papa cakap apa eh tadi?" Harraz senyum malu.

"Papa cakap yang papa nak kamu berdua bermalam kat sini. Esok baru balik. Ainal ni masih tak puas lagi, jumpa mamanya," ujar Encik Rahman. Harraz merenung wajah Ainal yang beriak mengharap. Haish. Kesian pulak budak ni.

"Hmm, boleh juga tu, papa. Harraz pun dah lama tak borak dengan papa," jawapan Harraz mengundang jeritan gembira Ainal. Bersorak riang gadis itu sambil terloncat-loncat manja.

"Yeay! Yeay! Thank you, my husband! Love you!" membulat mata Harraz. Ainal terus berhenti meloncat. Ops. Terlepas. Wajah Encik Rahman dan Puan Julia dihiasi dengan senyuman penuh makna.

Terkedu Ainal serta-merta. Ya Allah, apasal mulut ni cabul sangat?! Malunya. Ainal mengoyak senyum plastik untuk menutup malu. Sempat dia kerling ke arah Harraz, lelaki itu menaikkan kening kirinya tinggi dan......

tersenyum dengan senyuman yang sukar ditafsirkan Ainal.

Lain macam.

-----

Ainal mengelap rambutnya yang basah dengan sehelai tuala kecil sambil berjalan ke arah meja solek. Dia duduk di kerusi yang disediakan untuk bersiap. Losyen Carrie Junior dicapai dan disapukan cecair itu pada lengan dan lehernya perlahan. Harraz yang baru menapak masuk ke dalam bilik, terhidu akan bau harum losyen bayi memenuhi bilik itu. Matanya tertancap pada Ainal yang leka menyapu losyen pada leher.

"Kau saja kan?" Harraz merapati Ainal di meja solek.

"Saja apa?" soalan dibalas soalan.

"Sajalah. Saja pakai losyen ni sekarang,"

Ainal menjungkitkan keningnya.

"Memang rutin saya okay. Lepas mandi, pakai losyen. Sejak zaman sekolah lagi tau. So tak ada kena mengena dengan saja awak tu,"

"Tak boleh ke kalau kau tak payah pakai losyen tu apa,"

"Apa pasal pulak?"

"Sebab aku ter---"

Fuh. Nasib baik sempat brek. Kalau tak, mahu aku kena ketawa dengan Ainal ni tujuh hari, tujuh malam.

"Ter apa?" soal Ainal, hairan.

Tergoda dengan kaulah, Ainal bebal. Haish. Dapat gelaran dah. Harraz bermonolog dalam hati.

"Sebab aku ter---terpaksa tutup hidung aku. Tahan nafas. Bau losyen kau ni busuk. Eeee," sejurus itu Harraz menerobos ke dalam bilik air. Laju gila. Ainal yang masih kurang faham dengan alasan Harraz, hanya menempekkan lagi losyen pada lengannya. Ah. Peduli apa aku. Aku yang pakai losyen, kau yang panas.

Selang beberapa minit, Ainal menapak keluar dari biliknya. Kelibat Puan Julia dicarinya di sekeliling rumah. Sempat juga dia singgah di dapur untuk membuat dua kole susu panas. Akhirnya, dia ke bilik bacaan di tingkat bawah berhadapan dengan ruang tamu dan terjumpalah mamanya.

"Hai, mama. Nah, susu panas." tegur Ainal seraya menghulurkan sebiji kole kepada mamanya.

"Thanks, my dear. Harraz mana? Tidur?" Puan Julia bertanya sambil mencicip perlahan susu panas yang disediakan anak daranya itu.

"Mandi, ma. Kejap lagi dia tidurlah tu kut," jawab Ainal. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang diduduki mamanya. Kolenya diletakkan di atas meja kayu di depan sofa itu.

Puan Julia tersenyum manis. Pipi Ainal dicubitnya perlahan.

"Ainal. Mama nak tanya sikit ni," Puan Julia membuka bicara.

"Tanya apa?"

"Ainal bahagia dengan Harraz?" tersentak Ainal dengan soalan maut mamanya. Riak wajahnya yang terkejut dikawal dengan senyuman plastik.

"Apalah soalan mama ni. Mestilah Ainal bahagia. Happy tau. Abang Harraz tu romantik sangat," ucap Ainal. Mana mungkin dia akan menceritakan soal layanan Harraz yang agak dingin dengannya. Dia tak mahu hati mamanya gusar.

"Betul ke ni?"

"Yes, mama. I'm good after all," Ainal menggenggam erat tangan Puan Julia untuk menyalurkan keyakinan.

"Alhamdulillah. Lega hati mama dengar macam tu. Mama risau sangat tau, takut Ainal tak berapa gembira dengan---"

"Tak adalah, ma. Abang Harraz jaga Ainal baik-baik je. Ainal happy dapat suami yang penyayang macam dia," ujar Ainal dengan suara yang ceria. Walaupun hatinya tak seceria nada itu, Ainal ikhlas memuji suaminya.

"By the way, mama. Abang Harraz jadi cikgu sekolah Ainal hari tu, ma. Terkejut Ainal tau. Yelah, tak pernah pulak Ainal nampak dia kat sekolah, tiba-tiba hari tu dia datang kelas Ainal and ajar kelas Ainal subjek Addmaths. Fuh! Tak sangka!" Ainal bercerita panjang. Wajah Puan Julia berubah riak.

"Mama tahu,"

Kening Ainal bertaut. Aik?

"Macam mana mama tahu? Ainal baru cakap kat mama hari ni kut,"

"Mama tahu. Papa pun tahu,"

"Apa ni? Mama? Macam mana mama dengan papa boleh tahu?" Ainal mula mengasak Puan Julia dengan soalan yang bertubi-tubi.

"Sebenarnya, papa yang suruh Harraz jadi cikgu praktikal sekolah Ainal. Papa risau dengan Ainal. Yelah, Ainal dah duduk jauh dengan kami. Jadi, tak ada siapa yang lebih dewasa boleh tengokkan Ainal. Cikgu Sara kan dah pindah. Mama dengan papa tak nak benda lama terulang lagi,"

"So, papa jadikan Harraz sebagai cikgu Ainal tapi dalam masa yang sama, bodyguard Ainal? Macam tu?" Puan Julia mengangguk.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Hish. Buat terkejut Ainal je, mama ni." Ainal tersenyum lega.

"Kadang-kadang, surprise ni kan seronok. Hahaha,"

"Mama! Eeee," lengan Puan Julia ditampar lembut. Puan Julia hanya tergelak kecil. Sejurus itu, Ainal melentokkan kepalanya pada riba Puan Julia. Rambutnya diusap perlahan wanita tua itu.

"Tapi kan, ma. Abang Harraz tu tak kerja ke? Macam ada banyak masa pulak dia tu nak ikut arahan papa," Ainal mengusap dagunya bagai ada janggut tertumbuh disitu.

"Harraz tu belajar lagilah. Sekarang ni, dia tengah cuti semester. Sebab tu dia boleh tolong papa jadi cikgu Ainal," jawab Puan Julia.

"Oh patutlah," Ainal menggumam kecil. Baik juga eh Harraz Aqeef ni, actually.

Banyak benda lagi yang aku tak tahu pasal Encik Sour Talker tu. Siapa diri dia yang sebenarnya pun aku masih tak tahu.

Ini bermakna, aku kena melebihkan lagi usaha dalam misi pencungkilan identiti lelaki yang bergelar suami kepadaku ini. Ya! Ya! Ya! Aku mesti menang dalam misi ni supaya aku dapat tawan hati dia pula.

Eh?

Errr. Tak salahkan kalau berangan tinggi macam tu?

----

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 93.9K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...
1.7M 92.9K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
762K 40.4K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...