Aku Suami Kau Isteri ✅

By anissyaaa

3.8M 84.1K 2.2K

"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau n... More

prolog
bab1 - berita mengejutkan
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Author's note
Not an update
BONUS ASKI
New story
Sequel@Spin off to ASKI
Dr.Cold Mr.Sweet
ANNOUNCEMENT
eBook for ASKI
QnA section
NEW NOTICE
GENTLE WARNING
GIVEAWAY
WINNER ANNOUCEMENT
TUMPANG PROMOTE
Tumpang Promote 2
RANDOM GIVEAWAY
Announcement
List of ebook available
GIVEAWAY 7K FOLLOWERS
Give me opinion pls
COMING SOON
IMAN QAISARA 2nd Batch
IDLAN LUTH ALEXANDER
PROMO: AYYASH's Obssession
LAST DAY PROMO
BUY EBOOK AND WIN PRIZES
Aydan Haqq's
LAST DAY OFFER
10 ebooks RM20 only
PROMO LAST CALL
CONTEST SURVEY
Aydan Haqq Special
VIDEO CONTEST
PROMO EBOOK
PROMO EBOOK

Bab 7

67.9K 2.4K 48
By anissyaaa

Mata Qira tak berkelip memandang Danish yang memakai baju tanpa lengan dan seluar trek berwarna putih yang sedondon. Ringkas tapi tetap nampak macho dan handsome. Lebih-lebih lagi dengan badannya yang sasa ala-ala taecyon daripada kumpulan 2pm. Melihat dari gaya pemakaianya Danish, mungkin lelaki itu ingin pergi bersukan.

"Wei!" Qira tersentak apabila Danish menepuk meja makan dengan kuat.
"Kau ni memang mata keranjang kan?" Danish menyindir sebaik perasan Qira tak berkelip memandangnya. Dia duduk di kerusi dan menjamah nasi goreng yang sudah dihidangkan di atas meja.

"Eh! Saya bukan mata keranjang okey. Tapi saya minat pemain bola keranjang yang cool dan handsome. So, you better watch your mouth danish arshad," tingkah Qira dengan geram. Dia menjeling.

"Pemain bola keranjang," kata Danish dengan nada mengejak diselakan tawa kecil.

"Awak tak payahlah nak sindir saya. Saya memang dah lama minat pada pemain bola keranjang plus pulak orang yang macam Alex," jelas Qira cuba mempertahankan apa yang diminatinya. Danish mengukir senyuman nipis.

"Mengarut! Kalau macam tu apasal kau tak kahwin saja kalau dah minat sangat," balas Danish seperti biasa. Wajahnya lansung tak mempamerkan sebarang riak.

"Apa boleh buat. Saya dan pemain bola keranjang tak ditakdirkan bersama. Allah dah tulis jodoh saya dengan orang yang tak berperasaan," getus Qira selamba. Sempat juga dia mengutuk Danish.

Tanpa sedar satu senyuman terukir di bibir Danish. Danish meneruskan suapannya. Walaupun dia tahu kata-kata Qira itu ditujukan untuk memerlinya tapi dia sendiri tak pasti apa yang membuatkan dia tak jadi ingin meningkah kata-kata gadis itu.

KEBOSANAN mula melanda dirinya yang tinggal bersendirian di rumah besar itu. Sudan berkali-kali dia ulang alik tempat duduk. Sekejap di dapur, sekejap di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tapi tak ada satu drama pun yang dapat menghilangkan kebosanannya. Sebentar tadi dia sempat berbual dengan Mak Nab dan mencungkil serba sedikit tentang Danish.

Menurut Mak Mah  setiap hujung minggu Danish akan keluar untuk lepak bersama kawan-kawannya dan hanya akan pulang pada waktu tengah hari kecuali jika kawannya ada hal masing-masing. Danish pula akan menghabiskan dengan berboxing dalam sebuah bilik yang disediakan di belakang rumah itu. Qira sempat meninjau bilik yang dimaksudkan oleh Mak Nab itu. Di dalammya terdapat pelbagai alat untuk berboxing dan juga peralatan gym yang lain. Memandangkan Qira tak berminat dengan semua itu, dia terus melangkah kembali ke dalam rumah.

Televisyen ditutup. Kaki diatur ke luar kawasan rumah.Matanya  meliar ke sekitar untuk mencari sesuatu yang seronok untuk dilakukan. Matanya tertancap pada sebuah kolam ikan yang tak jauh dari situ. Qira mendekati kolam ikan yang terletak di hujung pagar. Ditepi kolam itu terdapat sebuah pondok cantik berserta kerusi dan meja diukir indah daripada kayu -kayan yang terbaik. Qira bertinggung di tepi kolam sambil membuang pandangan ke arah ikan yang sedang gembira berenang-renang.

"Wahai ikan, seandainya kau mampu bercakap macam dalam cerita dongeng yang sering disiarkan di TV. Pasti akan kebosanan macam ini," ujarnya seraya mengeluh berat. Ikan dalam kolam itu pasti menganggapnya gila kerana bercakap sendirian. Sekali lagi dia menghela nafas lemah.

Satu titisan air jatuh menimpa wajahnya. Perlahan-lahan dia mendongak bimbang kalau ada burung yang sedang berterbangan di langit sengaja membuang air ke atasnya. Tiada seekor burung pun yang kelihatan. Tiba-tiba gerimis mula membasahi bumi. Qira mengukir senyuman. Akhirnya, ada juga sesuatu yang mampu buat dia rasa seronok. Gerimis yang renyai itu mula bertukar menjadi hujan yang lebat. Qira mendepakan tangannya bagi menyambut kahadiran air yang sudah membasahi seluruh tubuhnya.

DANISH melepaskan penat dengan berbaring ke atas sofa. Dia dan rakannya yang lain terpaksa melakukan latihan yang intensif memandangkan game akan diadakan lebih kurang seminggu lagi. Kebiasaanya mereka mengadakan latihan setiap hujung minggu kerana kesibukan yang dialami oleh mereka semua. Kalau dulu sebelum mempunyai kerjaya mereka sering menghabiskan masa di gelanggang dan berboxing bersama-sama.

"Danish," sapaan daripada Mak Nab mencantas lamunan Danish. Dia membuka mata dan memandang wajah tua yang sedang gelisah itu. Ada sesuatu yang berlakukah.

Danish mengurut dahinya seraya menarik nafas lemah. Dia bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh sambil melihat seorang makcik tak cukup umur sedang main hujan di halaman rumahnya. Mengalahkan budak-budak. Danish malas melayan Qira yang tak ubah seperti kanak-kanak bawah umur itu. Dia mencapai jus oren dan dituangkan ke dalam gelas. Dia duduk di kerusi yang tidak jauh dari situ.

Danish menangkap reaksi Mak Nab yang tidak senang duduk itu. Satu keningnya terangkat. Terserlah ketampanannya di situ.

"Biarkan saja Mak Nab," kata Danish kepada Mak Nab. Malas nak peduli.

"Tapi...," Mak Nab kelihatan teragak-agak untuk bersuara. " Dah lebih 4 jam dia berjemur dalam hujan, Mak Nab takut dia demam panas nanti," Mak Nab akhirnya menyuarakan kebimbangannya.

"What?!"

Danish jelas terkejut. 4 jam? Nak bunuh diri ke apa nenek kebayan ni? Tak reti sejuk ke..

"Tolong ambilkan tuala," katanya kepada Mak Nab. Tanpa disuruh kali kedua, Mak Nab segera bergegas ke bilik tamu yang tidak jauh situ.

"Wei nenek kebayan! Boleh tak kau jangan berlagak nak jadi budak-budak. Masuk cepat," lantang suara Danish berkata melawan bunyi hujan yang agak bingit itu.

Qira tidak menghiraukan panggilan Danish. Lagilah dia seronok untuk berjemur dalam hujan itu. Dia terus berpusing-pusing seolah sedang menari. Bibirnya sudah hampir kebiruan pucat akibat kesejukan dan badannya menggigil.

"Degil betul!," kata Danish yang geram apabila tak diendahkan. Dia meredah hujan itu.

Qira tergamam saat tubuhnya tiba-tiba melayang dan kakinya tak menjejak tanah. Dia dicempung oleh Danish. Qira masih lagi terkedu setelah Danish menurunkannya. Serentak itu juga, dia mula merasakan kesejukan yang mula menular hingga ke tulangnya. Dia memeluk tubuhnya.

"Lap badan kau dan pergi naik mandi sekarang!" Ujar Danish berbentuk arahan. Sehelai tuala diletakkan di atas kepala Qira. Qira menurut tanpa membantah. Tak sempat nak bertengkar dalam keadaanya yang sebegitu. Mak Nab mengiringi Qira ke biliknya.

Setelah membersihkan diri dengan air panas yang sederhana, Qira merebahkan badannya ke atas katil. Mujurlah bilik air dalam rumah itu dilengkapi dengan pemanas air. Dia menarik selimutnya yang tebal membaluti tubuhnya yang mula kembali menggigil. Tubuhnya menjadi seram sejuk. Badannya juga semakin lemah dan kepalanya mula berdenyut. Dia sudah berasa tidak sedap badan.

Walaupun dia dapat rasakan yang seluruh suhu badannya meningkat. Namun Qira tetap berasa sejuk semacam. Pasti tanda-tanda dia mahu demam. Pintu bilik dikuak daripada luar. Danish mendekati Qira yang terbaring di atas katil.

"Kau nak makan tak?" Seperti biasa lansung tiada kelembutan dalam bicaranya. Tiada jawapan daripada Qira. Mata Qira tertutup rapat. Tidur agaknya. Dia cuba mengejutkan gadis itu. Lengan gadis itu ditolak kasar. Seketika dia dapat merasakan lengan gadis itu yang panas. Perlahan -lahan dia meletakkan tapak tangan di atas dahi Qira. Juga panas.

"Mak cik ni," keluhnya. Dia menggeleng lemah. Danish menutup kipas angin dalam bilik itu dan meningkatkan suhu penghawa dingin. Dia segera melangkah turun ke dapur menemui Mak Nab. .

"Mak Nab , tolong sediakan bubur dan semangkuk air limau nipis," ujarnya pada Mak Nab. Mak Nab mengangguk. Tangannya pantas mencapai rice cooker untuk memasak nasi bagi dijadikan bubur. Sementara menunggu nasi menjadi bubur. Mak Nab menyediakan semangkuk air limau nipis.

Danish mencapai telefonnya yang terletak di atas meja kaca di ruang tamu. Dia mendail nombor seseorang. Panggilan bersambung. Dua deringan panggilannya berjawab.

"Danish , ada masalah lagi?," suara seorang lelaki terus menyapanya.

"Tak. Aku okey. Kau boleh datang ke rumah aku sekarang?" Danish pantas mengubah topik.

"Baik. Saya sampai dalam 30 minit," balas Doktor Fizo sebelum Danish memutuskan talian. Doktor Fizo merupakan doktor peribadinya sejak 3 tahun yang lalu. Danish lebih gemar memanggil doktornya itu berbanding ke hospital.

Dia kembali ke dapur. Air limau nipis yang disediakan oleh Mak Nab di atas meja di ambil sebelum menuju ke bilik Qira.

Dia mencapai sapu tangan kecil di dalam almari baju dan dicelup ke dalam air campuran limau nipis tadi. Kain itu diperah sedikit sebelum diletakkan ke atas dahi Qira untuk meredakan suhunya.

Seperti yang dikatakan oleh Doktor Fizo, dia tiba di rumah Danish 25 minit selepas Danish menelefonya. Kedatangan Doktor Fizo disambut oleh Danish.

"Siapa yang sakit?" Dia bertanya sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah banglo itu. Danish tidak kelihatan seperti orang yang sedang sakit. Lagipun dia kenal benar dengan Danish apabila lelaki itu sakit.

"Isteri aku," jawabnya tak beriak.
Doktor Fizo melahirkan riak terkejut. 

"Isteri?" Soalnya hairan. Danish tidak membalas sebaliknya menggamit Doktor Fizo mengikutnya.

"SUHU badan agak panas tapi belum sampai ke tahap yang tinggi lagi. Bibir dia pucat sangat. Dia berendam dalam air batu ke? " Doktor  Fizo mendongak memandang Danish. Danish mengalihkan pandangannya daripada renungan tajam Doktor Fizo. "Teruk juga demam isteri kau ni. Mungkin dia perlukan rehat 2 atau 3 hari. Aku sarankan dia makan ubat supaya demam panas dia tak berlarutan. Kalau bertambah teruk, ianya akan jadi semakin parah," jelas Doktor Fizo setelah memeriksa keadaan pesakitnya. Danish mendengar setiap penjelasan dengan teliti.

"Ingat Danish, demam panas tak boleh dibuat main," katanya seraya mengerling pada Danish.

Doktor Fizo memberikan ubat yang diperlukan kepada Danish. Setelah itu, Danish menghantar Doktor Fizo ke pintu hadapan apabila doktornya itu meminta diri untuk pulang. Mak Nab menyerahkan semangku bubur kepada Danish.

Qira membuka matanya perlahan-lahan. Berat dan berpinar. Kepalanya seakan berpusing sedikit. Lantas dia memicit kepalanya dan menyedari kehadiran sehelai tuala basah di dahinya. Mesti Mak Nab yang letak, desis hatinya. Seraya itu juga Danish melangkah masuk ke biliknya dengan membawa dulang makanan.

"Nah! Kau makan ni, lepas tu makan ubat. Nanti kau dah sihat kau pergilah terjun dalam laut pulak," sindir Danish meletakkan makanan ke atas meja. Qira mencebik. Tak hormat orang sakit lansung. Qira menjengukkan kepala untuk melihat makanan apa yang disediakan. Dia menarik bubur apabila ianya hanya semangkuk bubur.

"Bubur saja?" Soalnya.

"Kau tak payah banyak songeh. Mak Nab masak tu dah kira baik. Kau nak makan ataupun tak, lantak. Perut kau yang lapar bukan perut aku," balas Danish menjeling tajam. Dia meletakkan plastik ubat ke atas dulang itu sebelum berlalu ke balkoni bilik itu.

Qira menjulingkan matanya atas. Bengang. Seketika kepalanya kembali berdenyut. Dia merebahkan semula kepalanya ke atas bantal. Tak boleh jadi ni. Aku mesti cepat sembuh supaya dapat balas dendam pada mamat zombi tu. Lantas mangkuk yang berisi bubur itu dicapai.

Baru beberapa suap, Qira segera meletakkan semula mangkuk bubur itu. Lidahnya seolah-olah hilang deria rasa terhadap apa yang dimakannya. Kalau lah dia boleh makan kek black forest kegemarannya itu pasti habis dimakannya. Matanya berhenti pada plastik ubat yang berada di atas meja. Dia mengambil plastik itu dan mengeluarkan sekeping tablet ubat.
Dia paling alah dengan ubat. Dulu dia pernah cuba menelan ubat batuk akibat batuknya sudah di tahap teruk. Sikit sahaja ubat itu disukat dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Belum sempat ubat itu singgah di esofogusnya, dia kembali memuntahkan ubat tersebut. Pelik dengan rasa ubat itu.

Kalau ubat selsema yang kecil tu berapa biji pun dia sanggup telan. "Kalau aku tak makan, mesti zombi tu mengamuk nanti," omelnya sendirian. Dia mencapai sesuatu dari dalam laci. Sehelai tuala kecil. Dia mengeluarkan sebiji ubat dan dimasukkan dalam kain tersebut berniat untuk menghapuskannya.

Pap!! Tangannya diketuk oleh seseorang. Perlahan-lahan Qira mendongak. Danish memandangnya dengan pandangan tajam. Habislah! Sejak bila pulak dia ada dekat sini.

"Kau makan ubat tu sebelum aku paksa kau telan," katanya dengan wajah yang serius. Qira menarik nafas lemah.

"Kejap lagi saya makanlah," balas Qira

"Sekarang!" Tengking Danish tiba-tiba membuatkan Qira terperanjat. Qira mendengus marah. Hampir gugur jantungnya. "Tak payahlah marah-marah, datang bulan agaknya," omel Qira perlahan tetapi tetap didengari jelas oleh Danish. Mahu tak mahu Qira mencapai segelas air suam yang berada di atas meja. Dia menutup hidungnya rapat sebelum mencampakkan ubat yang agak besar itu ke dalam mulutnya. Pantas air suam itu diteguk rakus. Menghilangkan kesan ubat pada tekaknya dengan segera. Kus semangat.

"Macam budak-budak,"
Telinga Qira dapat menangkap sesuatu daripada mulut Danish sebelum lelaki itu berlalu. Satu sindiran. Huh! Siaplah kau nanti. Aku takkan lepaskan kau lain kali. Qira berazam dalam hati. Dia menarik selimut menutupi badannya kembali. Dia perlukan rehat untuk segera sembuh. Kalau tidak, seminggulah dia terlentang di atas katil nanti.

Continue Reading

You'll Also Like

Dia By Am

Poetry

73.3K 3.8K 60
Hanya Dia yang sentiasa ada, Dia segalanya, Dia yang pertama. Kau yang kedua. 25.06.2016 - 31.12.2016
sepi By Am

Poetry

164K 9.5K 100
hanya engkau memahami diri kau, usah resah meluahkan kepada yang lain, Tuhan sentiasa ada, untuk mendengar kisah sepi yang melanda jiwa. 22.01.2016...
79.2K 3.9K 41
📌C O M P L E T E📌 "Kau orang nak apa?"- Hannah Damia "-Aku tahu kau tengah sedih Hannah. Lepas ni jom??"-Raden Faiq Amsyar. "Angin takde ribut takd...
8.8K 655 42
Cover by: @Dreamy_Sakura "Adoii!! " - Aira Amina "Ehh kau buta eh pompuan? " - Aiman Syafiq "Amboi amboi, kau yang langgar aku, aku pulak yang dibu...