Beautiful Lies

By appleflakes

10.7M 469K 43.9K

Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia More

Beautiful Lies
Bab 2
Bab 3 | Part 1
Bab 4
Bab 5 | Part 2
Bab 6 | Part 3
Bab 7 | Part 4
Bab 8 | Part 5
Bab 9 | Part 6
Bab 10 | Part 7
Bab 11 | Part 8
Bab 12 | Part 9
Bab 13 | Part 10
Bab 14
Bab 15 | Part 11
Bab 16 | Part 12
Bab 17 | Part 13
Bab 18 | Part 14
Bab 19 | Part 15
Bab 20 | Part 16
Bab 21 | Part 17
Bab 22 | Part 18
Bab 23 | Part 19
Bab 24 | Part 20
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
character aesthetics
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
-
Special Chapter | Part 1
Special Chapter | Part 2
Special Chapter | Part 3
-

Bab 1

352K 10.8K 1.9K
By appleflakes

Leka dia memerhati deretan minyak wangi di satu sudut berhampiran meja solek, susunannya sangat rapi dan mengikut saiz dan ketinggian botol. Dia dengan pantas mencapai botol minyak wangi Chanel N°5 lalu disemburkan pada bawah tapak tangannya sebelum dibawa pada bahagian leher. Untuk kali terakhir, dia memandang lagi penampilan diri melalui pantulan cermin besar. Setelah berpuas hati, Melissa melangkah keluar dari walk-in closet lalu menghampiri sepupunya yang sedang menunggu di birai katil sambil membelek telefon di tangannya. Anak orang kaya, dalam bilik pun ada bilik untuk pakaian. Pakaian pun ada biliknya sendiri, hish! Tadi pun sempat juga dia menggeledah walk-in closet milik sepupunya itu. Pergh, baju banyak gila. Kasut, tas tangan, jam dan aksesori semuanya ada dan jumlahnya memang banyak. Tersusun elok dan rapi.

"Kalau aku tak pergi, tak boleh ke? Penatlah." Melissa mengambil tempat duduk di tepi Tengku Nadya. Sebaik saja menjejakkan kaki ke Malaysia, terus saja Tengku Nadya mengheretnya ke butik untuk mencari pakaian yang sesuai. Katanya ada majlis ulang tahun perkahwinan yang perlu dihadiri. Tapi tidak sangka pula Tengku Nadya mengajaknya sekali ke majlis itu, tak sempat nak rehat pun lepas sampai ke Malaysia.

"Kena pergi jugak. Kau belum kenal lagi family belah papa aku, bila lagi nak kenal dorang kan?" Tengku Nadya mengalihkan tumpuannya kepada Melissa yang berada di tepinya. Walaupun usia mereka hanya berbeza dua tahun namun dia dan Melissa lebih selesa membahasakan diri dengan aku dan kau. Tengku Nadya memerhatikan sepupunya itu dari atas ke bawah. 

Sebaik sahaja mendengar ayat 'family belah papa aku' terus saja dia melepaskan satu keluhan. Bunyinya kedengaran agak berat. 'Family belah papa aku' itu bermaksud kerabat-kerabat Tengku Nadya. Bila difikirkan balik kenapa namanya hanya Melissa Sofia dan Nadya pula boleh ada Tengku pada permulaan namanya, dia mengeluh lagi. Ceritanya begini, Tengku Nadya mendapat nama Tengku kerana papanya, Tengku Nazman yang mempunyai pangkal nama itu. Manakala mamanya, Sarah hanyalah orang biasa-biasa saja. Nak dijadikan cerita Sarah mempunyai abang yang bernama Hisham. Hisham pula merupakan ayah Melissa. Kadang-kadang dia sendiri bingung dengan salasilah keluarganya.

"Penatlah. Aku nak rehat," ujar Melissa lagi. Memang betul sekarang ni dia penat sangat sebab hampir 13 jam berada di dalam pesawat dan sekarang ni kena ikut Tengku Nadya ke majlis pulak.

"Ah! No, no and no! Kau dah siap dan kau dah janji. So kena ikut, jom pergi," ajak Tengku Nadya sambil bangun dari tempat duduknya. Tangan Melissa ditarik supaya mengikut langkahnya.

"Kau mesti suka sebab cousins aku belah papa semua handsome. Trust me. Mana tahu jumpa jodoh nanti," kata Tengku Nadya cuba mengumpan Melissa.

"Banyaklah kau punya jodoh." Melissa berjalan seiring dengan Tengku Nadya lalu menuju ke arah kereta.

"Aku serious tau Mel, ada yang sorang ni. Handsome sangat. Kau mesti suka."

༺──────────────༻

Melissa dan Tengku Nadya berjalan masuk ke lobi hotel dan segera menuju ke ballroom yang sudah dipenuhi dengan kehadiran tetamu untuk meraikan majlis ulang tahun perkahwinan Tengku Fahrin dan Tengku Azalia yang ke-28. Melissa hanya mengikut saja langkah Tengku Nadya dari belakang kerana dia masih belum menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya, nanti kang sesat pulak kat sini.

"You look great tonight."

Suara itu menarik perhatian Melissa setelah Tengku Nadya menghentikan langkahnya. Seakan sama dengan seseorang, seseorang yang dikenalinya. Dengan pantas anak matanya memandang tepat ke arah pemilik suara itu. Raut wajah itu juga seakan sama, ada iras-iras dan auranya terlalu berbeza. Renungan mata lelaki yang sedang berdiri di depannya ini sangat berlainan, tidak sama.

"Excuse me? I always look great. Everyday, not only tonight," kata Tengku Nadya seraya membetulkan kata-kata lelaki di hadapannya itu.

"Whatever." Tengku Aizat mula menayangkan muka menyampahnya. Puji cantik malam ini pun tak kena, dikata pula cantik tiap-tiap hari. Serba-serbi tak kena. Pandangan matanya tertacap pada gadis yang berdiri di sisi Tengku Nadya. Cantik orangnya, sangat manis kerana bertudung.

"Kawan Nad ke?" Pertanyaan itu akhirnya terpacul keluar dari mulutnya.

"Nope, my cousin," jawab Tengku Nadya. Aik? Sejak bila pula buaya darat ini berminat dengan perempuan yang bertudung. Sejak bila pula seleranya bertukar?

"Your cousin? So maknanya my cousin jugak la ni?" Tengku Aizat bertanya kebingungan. Sejak bila pula gadis yang berada di tepi Tengku Nadya mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya? Setahunya daddynya hanya mempunyai dua orang adik sahaja, Tengku Nazman dan Tengku Halina. Tapi Tengku Halina hanya mempunyai dua orang anak sahaja iaitu Hana dan Haikal.

"Dia ni sepupu aku belah mama, jadi tak ada kaitan dengan kau," jawab Tengku Nadya. Kaitannya adalah sepupu kepada sepupu? Entah la nak.

"Aizat, ni Melissa. Mel, ni Aizat Fahri." Seolah-olah faham dengan isyarat mata yang dihantar oleh Tengku Aizat terus Tengku Nadya memperkenalkan Melissa kepada Tengku Aizat. Huh! Tak boleh tengok perempuan cantik.

Terkejut sedikit Melissa selepas mendengar nama yang disebut oleh Tengku Nadya. Bukan saja muka dan suara yang hampir sama tapi juga nama pun sama dengan seseorang yang dikenalinya.

"Ohh! Boleh panggil Lisa?" Tanya Tengku Aizat sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.

"I prefer Mel, sebab tak biasa dengar orang panggil Lisa," jawab Melissa dengan tenang. Huluran tangan Tengku Aizat dibiarkan begitu saja.

Tengku Aizat menarik kembali tangannya lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Riak wajahnya cuba dikawal. Malu sungguh! Rasanya ini kali pertama huluran tangannya dibiarkan sepi.

"Abang dengan adik kau kat mana?" Soal Tengku Nadya untuk menghilangkan rasa janggal yang terjadi apabila Melissa tidak menyambut huluran salam Tengku Aizat. Matanya meninjau keadaan sekeliling, mencari seseorang.

"Airin dengan kawan-kawan dia kat sebelah sana. Aiden kat sana dengan mummy dan daddy. Parents Ryna baru datang tadi," jawab Tengku Aizat sambil menunjukkan keberadaan adik dan abangnya.

"Mel, jom jumpa aunty dengan uncle," ajak Tengku Nadya. Wajah Melissa yang sedikit gelisah membuatkan dia tertanya-tanya. Kenapa? Apa yang terjadi?

Melissa hanya mengangguk lemah dan hanya mengekori langkah Tengku Nadya dari belakang seperti biasa. Tengku Aizat ada menyebut satu nama yang mengingatkan dia kepada seseorang sebentar tadi. Hatinya mula dipagut gelisah dan jiwanya seakan tidak tenang bila mengenangkan sebaris nama itu. Orang yang sama kah?

"Uncle, aunty. Happy anniversary." Tengku Nadya menghampiri Tengku Azalia lalu dipeluk wanita itu.

"Thank you, sayang." Tengku Azalia mengutumkan senyuman yang paling manis untuk anak saudaranya itu.

Setelah beberapa minit berbual-bual kosong dengan Tengku Azalia dan Tengku Fahrin, Tengku Nadya menariknya ke tempat lain pula. Kali ini pandangan matanya bertemu dengan seorang lelaki sedang membelakangi mereka berdua, lengkap memakai sut Armani. Melissa kembali menyedapkan hatinya dengan kata-kata, mungkin pelanduk dua serupa.

"Aiden!"

Melissa kembali memejamkan matanya, terpaksa dia melupakan kata-katanya sebentar tadi untuk menyedapkan hati. Bukan pelanduk dua serupa tetapi berkemungkinan orang yang sama. Nama yang sama dan dari belakang pun sama dengan lelaki yang pernah dia tinggalkan. Dia masih ingat walaupun sudah dua tahun berlalu semenjak kejadian itu.

"Mentang-mentanglah dah ada Ryna. Kau lupakan aku." Tengku Nadya berkata sambil memerli. Jarak umur dia dan Tengku Aiden hanya dua tahun tetapi dia lebih selesa membahasakan diri dengan aku-kau sama seperti ketika bercakap dengan Melissa.

"Aku lebih rela dengan kau daripada dengan dia." Tengku Aiden membalas kembali sambil mencebikkan bibirnya.

Tengku Nadya sudah ketawa terbahak-bahak selepas mendengar apa yang keluar dari mulut sepupunya itu. Bukan dia tidak tahu yang Tengku Aiden dan Sharifah Ezryna disatukan dengan ikatan pertunangan bulan lepas kerana aturan keluarga. Masih segar di ingatannya bulan lepas ketika Tengku Aiden menolak rancangan itu tetapi setelah diugut dengan pelbagai cara akhirnya Tengku Aiden menerima Sharifah Ezryna sebagai tunangnya. Dia sendiri pun hairan kenapa Tengku Aiden tentang pertunangan ini habis-habisan. Sharifah Ezryna ni dahla cantik, datang pulak dari keturunan yang baik-baik. Nak kata Tengku Aiden ni ke arah 'tu' tak juga sebab Tengku Aiden dah banyak berubah setelah pulang dari luar negara dua tahun lepas. Perangainya yang tak semenggah tu dah lama hilang.

Tengku Aiden memandang ke arah gadis yang berdiri di belakang Tengku Nadya, sepertinya sedang mengelak dari bertemu pandang dengannya. Wajahnya yang dipalingkan ke kiri sukar untuk dia kenal pasti siapa gadis itu. Macam pernah nampak tapi kat mana?

"Mel, aku kenalkan ni abang kepada si Aizat tu. Aiden Fahmi and Aiden this is my..." Belum sempat Tengku Nadya menghabiskan kata-katanya, Tengku Aiden terlebih dulu memotong.

"Melissa." Nama yang selalu bermain di fikirannya terpacul keluar dari mulutnya. Wajah gadis yang dari tadi menunduk kini memandang tepat ke arahnya. Tadi dia tidak mengenal pasti siapa gadis itu kerana wajahnya yang menunduk dan apabila diteliti dengan betul gadis itu ialah Melissa. Alasan kedua kerana Melissa kini sudah bertudung, Melissa yang dia kenal dulu tidak bertudung. Entah kenapa terasa lapang dan tenang dadanya saat ini apabila melihat penampilan terbaru Melissa.

Melissa memandang tepat ke arah mata lelaki itu. Bagaikan ada tarikan yang membuatkan dia ingin terus memandang sepasang mata itu. Tarikan yang ada pada Tengku Aiden tidak pernah mengecewakannya. Perasaan cinta dan sayang yang sudah lama dilupakan mula kembali memenuhi segenap ruangan hati, mengisi setiap pelosok dadanya. Bagaikan sedang mengkhianati dirinya ketika ini kerana dia sudah berjanji walau apa pun yang terjadi, lelaki ini sudah mati di dalam hatinya. Namun kenangan dua tahun lalu datang kembali, sakitnya hidup di dalam sebuah dusta membuatkan luka lama kembali berdarah.

"Wait a minute, both of you know each other?" Tengku Nadya bertanya kebingungan. Macam mana Tengku Aiden boleh mengetahui nama Melissa dan sekarang ni siap pandang macam dah lama kenal.

"Sayang, you pergi mana?"

Pertanyaaan bercampur dengan nada suara yang gedik dan mengada-ngada itu membuatkan ketiga-tiganya memandang ke arah pemilik suara itu. Sharifah Ezryna datang memaut lengan Tengku Aiden dan bibirnya dicebikkan tanda sedang merajuk.

"Ada banyak lagi tetamu kat sini. I bukan nak layan you sorang je," tegas Tengku Aiden untuk kesekian kalinya. Pautan tangan Sharifah Ezryna di lengannya cuba dirungkaikan tetapi tidak berjaya.

Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu, Tengku Aiden terus mengalihkan pandangan matanya ke arah Melissa. Raut wajah itu sudah berubah.

"Tapi I kan tunang you. Kena la dapat layanan yang special sikit," rengek Sharifah Ezryna seolah-olah sedang meminta perhatian dari Tengku Aiden.

"Tak payah nak mengada." Tengku Aiden berkata sambil menarik lengannya dari pautan Sharifah Ezryna. Wajah Melissa yang sudah pucat itu dipandang lagi. Isyarat mata dihantar supaya tidak salah sangka dengan situasi yang terjadi saat ini.

"Nad, aku nak balik. Aku rasa macam tak sihat. Maybe sebab aku tak rehat lagi, kau terus ajak aku datang sini." Melissa mencipta alasan. Rasa tidak sihat bukan kerana itu sebenarnya tetapi kerana pertemuan antara dia dan Tengku Aiden setelah dua tahun. Dan juga dengan situasi yang tidak dijangka, Tengku Aiden sudah bertunang.

"Kita kan baru je sampai. Makan pun belum lagi."

"Please, aku nak balik," rayu Melissa sekali lagi.

"Okay, fine. Ni kunci kereta, kau pergi dulu. Tunggu dalam kereta, aku nak jumpa Aunty Lina kejap. Lepas tu nak jumpa dengan uncle dengan aunty sebelum balik." Tengku Nadya mengalah dan menyerahkan kunci kereta.

Kunci kereta disambut dan tanpa berlengah lagi dia terus pergi meninggalkan ballroom itu. Dia menuju ka arah lif dan segera turun ke basement hotel untuk mencari Suzuki Swift milik Tengku Nadya. Sebaik saja jumpa kereta itu, terus saja dia memboloskan diri ke tempat duduk penumpang.

Nafasnya diburu dengan segera, diatur supaya sekata. Ditarik dan kemudian dihembus perlahan-lahan. Tubuhnya disandarkan pada kerusi kereta, tangannya naik memicit kepala dengan perlahan manakala matanya dipejamkan rapat. Otaknya mula memproses apa yang terjadi dan cuba mencerna kembali situasi tadi.

Tengku Aiden mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Dan sudah bertunang.

Perasaan kecewa kian mencengkam jiwanya, sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi Melissa kenapa pula kau kecewa? Bukankah dia sudah mati di dalam hati kau? Dan bukankah kau yang meninggalkannya dua tahun lalu? Pertanyaan itu bermain di fikirannya.

Pintu kereta di sebelah dibuka, Tengku Nadya sudah datang maknanya boleh la dia balik. Matanya masih lagi terpejam rapat. Jari-jemarinya diraih dan dikucup seketika. Aik? Dah buang tebiat ke Nadya ni? Bisiknya di dalam hati. Tangan yang sedang menggenggam tangannya pun macam besar sangat dan agak kasar. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Sebaik saja melihat siapa yang sedang memegang tangannya, makin besar bukaan kelopak matanya.

"What are you doing here? Keluar sekarang!" Melissa merentap kasar tangannya dari genggaman Tengku Aiden. Suaranya sudah meninggi, kalau ada orang dengar lagi bagus.

"No, saya tak akan keluar. I miss you so much." Tengku Aiden cuba meraih kembali tangan Melissa namun ditepis kasar oleh Melissa.

"Saya tak kenal siapa awak jadi tolong keluar sekarang," ujar Melissa lagi. Nada suaranya makin lama makin meninggi.

"I'm your husband and you're my wife!" Tengku Aiden mula mengingatkan Melissa mengenai status mereka yang sebenarnya.

"Awak jangan nak mengarut. Saya tak kenal siapa pun awak, then awak kata yang awak ni suami saya?" Tanya Melissa dengan sinis.

"Melissa, jangan buat-buat tak kenal siapa saya." Suara Tengku Aiden yang tadinya seakan memujuk kini tegas bunyinya.

"Seriously, saya memang tak kenal siapa awak. Oh, awak sepupu Nad. Tu je yang saya tahu. So, boleh tak keluar sekarang." Sekali lagi Melissa menyuruh Tengku Aiden keluar dari kereta namun lelaki itu masih lagi berdegil.

"Saya bukan setakat sepupu Nad. Ada lagi. Tell me who am I to you, now." Tengku Aiden berkata dengan nada suara yang cukup tegas. Entah kenapa rasa tercabar pula dengan sikap Melissa ketika ini.

"Itu je yang saya tahu. Awak sepupu Nad sebelah papa dia dan saya pulak sepupu dia sebelah mama dia. So basically we are connected because of Nad. That's all. So, Tengku boleh tolong keluar tak sekarang?"

"Cuba ingat balik siapa saya."

"Macam mana saya nak ingat siapa awak sedangkan saya tak kenal siapa awak?" Melissa bertanya kegeraman. Rasa nak sekeh je kepala Tengku Aiden. Memang dia ingat siapa lelaki ini di dalam hidupnya tetapi sengaja dia buat-buat tak kenal.

"Oh, yea? Tak kenal siapa saya? Tak ingat siapa saya? Maybe this will cure your memory." Tengku Aiden memusingkan tubuhnya sedikit untuk menghadap ke arah Melissa dan segara memaut erat leher Melissa dengan tangan kanannya.

"What are you trying to do?" Melissa cuba menolak dada Tengku Aiden yang semakin rapat dengannya. Namun tangkas Tengku Aiden memegang kedua-kedua belah tangannya dengan kiri dan ditekankan ke atas ribanya. Tak berjaya dengan cara itu, dia cuba menjauhkan kepalanya tetapi pautan tangan Tengku Aiden di lehernya membuatkan segala-galanya terbatas.

"Lepaslah, sa..." Kata-katanya mati di situ apabila bibir Tengku Aiden bertaut dengan bibirnya. Tangan kanan lelaki itu semakin kuat memeluk lehernya untuk mendekatkan jarak antara mereka berdua.

Melissa cuba menarik tangannya dari genggaman Tengku Aiden namun kudratnya sebagai perempuan tidak mampu dan juga saat ini Tengku Aiden sedang menggunakan kelemahannya. Melalui sentuhan dan cara yang digunakan saat ini membuatkan dia rela dengan sentuhan Tengku Aiden. Bibir yang lembut meniti di bibirnya membuatkan dia hanyut di dalam dunia yang dicipta oleh lelaki itu. Dia dapat merasakan Tengku Aiden sedang tersenyum ketika bibir mereka masih lagi bertaut.

"It seems like you're enjoying this kiss, right?" Tanya Tengku Aiden selepas melepaskan tautan bibirnya. Nafasnya sedikit tercungap.

"No, I didn't," jawab Melissa acuh tak acuh. Pasti mukanya sekarang mukanya sudah merah. Macam mana dia boleh biarkan je Tengku Aiden menyentuhnya.

"But you kissed me back, sayang." Tengku Aiden merenung ke arah si isteri. Tangannya mula membelai lembut pipi Melissa.

"No, I don't. Awak ambik kesempatan ke atas saya. Awak keluar sekarang." Melissa sekali lagi menyuruh Tengku Aiden keluar dari kereta.

"Sekarang ni awak kenal tak siapa saya?" Tengku Aiden bertanya sekali lagi.

"Tak kenal. Boleh tak keluar sekarang?"

"Tak kenal siapa saya but you let a stranger like me touch and kiss you. Dengan orang lain awak macam ni jugak ke?" Tanya Tengku Aiden dengan soalan yang cuba menguji Melissa.

"Awak siapa nak judge saya? Dan awak sendiri pun kenal saya ni macam mana kan? Perangai saya macam mana kan?" Terasa apabila Tengku Aiden mempersoalkan peribadinya yang satu itu. Walaupun membesar di luar negara tapi dia tahu batasnya sebagai orang Islam.

"Dari apa yang awak cakap tadi macam saya dah lama kenal awak tapi awak kata awak tak kenal siapa saya?"

Pertanyaan Tengku Aiden membuatkan Melissa terdiam. Tak guna! Sengaja menjeratnya.

"Keluar sekarang."

"Ingat tak apa yang awak kata masa awak pergi dulu? Kalau betul awak jodoh saya biarkan takdir yang bawa saya kepada awak. Kan? But it seems like awak sendiri yang cari takdir tu."

Melissa dibesarkan oleh keluarga angkatnya di luar negara setelah kematian ibu dan ayahnya. Untuk apa Melissa datang ke Malaysia sedangkan kehidupannya di sana jauh lebih baik?

"Keluar." Hanya sepatah perkataan saja yang keluar dari mulutnya.

Tekaan Tengku semuanya tepat. Jujur dia kata dia sangat rindukan suaminya itu. Dia kembali semula ke Malaysia kerana Tengku Aiden. Tiada sebab lain. Bukan kerana kerja, pekerjaannya di Perancis di syarikat keluarga angkatnya sudah kukuh. Rindu pada saudara-mara ada juga sedikit. Tapi saudara-maranya di sini tak ramai kerana ayahnya, Hisham hanya mempunyai seorang adik iaitu, Sarah; mama Tengku Nadya. Ibunya pula bukan berasal dari Malaysia.

"Melissa, cuba sejukkan hati tu. Hilangkan semua perasaan marah. Jangan biarkan ego tu menguasai diri." Tengku Aiden lagi.

"Awak tipu saya."

"Benda tu dah lama Melissa, saya tahu salah saya. Beri saya peluang untuk saya betulkan keadaan." Tengku Aiden meraih jari-jemari Melissa, digenggam terlebih dahulu sebelum dikucup lembut. Tiada penolakan kali ini.

"Beri saya masa, tolong keluar sekarang." Melissa menarik tangannya dari genggaman Tengku Aiden.

"Okay, tapi sebelum tu nak cakap something."

"Apa?"

"Awak cantik sangat bila pakai ni." Tengku Aiden mengusap perlahan kepala Melissa yang tertutup kemas dengan selendang berwarna putih.

"Hanya saya saja yang boleh nampak apa yang ada disebalik hijab ni. Rasa istimewa sangat." Tengku Aiden mengusap perlahan pipi Melissa.

"Thank you sayang. I love you," kata Tengku Aiden lagi. Bibirnya singgah di dahi Melissa.

Selepas itu, Tengku Aiden keluar dari kereta dan Melissa hanya memandang kelibat suaminya itu hilang. Bibirnya mula menguntumkan senyuman. Pintu kereta di buka sekali lagi, kali ini bukan Tengku Aiden tapi Tengku Nadya.

"Aik! Tadi kata tak sihat. Sekarang ni boleh sengih pulak. Ada apa-apa ke?"

"Tak ada apa-apa. Jomlah balik."

༺──────────────༻

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53.2K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
936K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
21.2K 1.3K 6
Selepas setahun dititahkan untuk kembali ke United Kingdom, Qirana mula sebati dengan kehidupannya sebaik seorang puteri diraja. Teringat kembali ka...
155K 13.7K 60
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...