Ruang Bahagia

By dianaelias_

10.3K 237 53

Pertemuan dengan lelaki mat saleh celup di traffic light dalam keadaan diri yang baru lepas putus tunang mula... More

Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
READ THIS!!
Bab 30
Bab 31
ANNOUNCEMENT!

Bab 3

686 23 0
By dianaelias_

Memandangkan hari ini masih hujung minggu, selepas bersarapan dengan mummy dan daddynya, Aqish ke taman mini di sayap kiri rumah untuk menyiram pokok bunga dan menghirup udara segar bagi menenangkan fikiran yang agak kusut. Bukan agak, tapi memang kusut dengan kejadian semalam. Sungguh dia trauma. Mujurlah dia tak di apa-apakan. Hanya tangan, leher dan pipinya yang meninggalkan kesan merah-merah akibat cengkaman dan pautan Danish yang kuat. Kurang asam betul dia tu, mummy dengan daddy dia cubit dia pun tak pernah, Danish boleh selamba badak cengkam, paut tengkuk dia macam dia ni anak patung. Ciss!

Pokok-pokok bunga yang berbagai jenis itu disiram dengan memggunakan bekas yang memang disediakan untuk menyiram pokok bunga. Mereka sudah banyak berbakti untuk Aqish. Merekalah yang menjadi penenang hati Aqish saat dia dalam keresahan. Kalau malam-malam dia tak boleh tidur, di sinilah tempat dia lepak seorang diri. Bila dia bosan, pokok-pokok bunga inilah yang selalu mendengar dia bercakap.

Entah kenapa dari semalam lagi fikiran Aqish asyik dihantui dengan kejadian sewaktu berada di dalam kereta Danish. Berani sungguh Danish memperlakukan perkara tersebut kepada dia. Sesedap hati aje Danish nak cium dia, cengkam pipi dan tangan dia, paut tengkuk dia. Memang menyesal betul dulu dia tak belajar taekwondo, silat ataupun karate. Kalau tak memang dah nahas Danish dikerjakannya. Tapi main dengan perkataan 'kalau' ni sampai kiamat pun tak habis kerana perkataan kalau ni ibarat suatu impian yang apabila kita berusaha untuk mendapatkannya, maka kita akan memperolehinya, tetapi jika kita tidak berusaha, maka perkataan kalau itu akan selalu menemani bibir. Mujurlah hero dia datang untuk menyelamatkannya semalam. Dengan kedatangan heronya, Aqish jadi bersemangat balik untuk melepaskan diri daripada Danish dan keluar dari kereta neraka mamat tu walaupun masa tu dia tak tahu pun lagi bahawa heronya itu sebenarnya orang yang dilihat dekat lampu isyarat, yang dia cakap mustahil untuk dia jumpa kali kedua. Alih-alih lelaki tu sebenarnya jiran dia aje.

Haihh. Kenapalah hati aku berbunga riang ni. Wahaii hati, kau jangan cakap yang kau dah jatuh cinta dengan Farish. Kau tak ingat ke semalam baru kau disakitkan, dilunyai, disiat, dikoyak rabak dan dipermainkan. Kau tak ingat ke wahai cik hati? Takkan kau tak reti serik. Aku dah takut nak jatuh cinta. Cukuplah cinta pertama aku dipermainkan dan dikhianati. Cukuplah sekali sahaja. Aku takkan biarkan kau disakiti untuk kali kedua, wahai cik hati. Tak sanggup aku nak menanggung seksa itu lagi. Betapa tergamaknya Danish buat aku macam tu, dia permainkan perasaan aku tanpa belas kasihan. Lepas tu boleh pula dia berpakat dengan family dia untuk mempergunakan aku demi mendapatkan syarikat daddynya dalam kata lain syarikat yang Aqish pegang sekarang. Apa jenis manusialah macam tu, memang tak berhati perut langsung.

Semalam semasa Aqish menceritakan perkara sebenar kepada Tan Sri Hakim dan Puan Sri Rose, dia orang terus angin satu badan, terutama sekali daddynya. Puan Sri Rose pula mengucap panjang. Mereka memang tak sangka yang keluarga Danish sanggup berbuat sedemikian kepada kami. Especially, bila Aqish cerita part yang dalam kereta. Memang meletup terus daddynya. Aqish yang bercerita pun rasa bercampur baur habis perasaannya, nak aje dia tumbuk dinding untuk lepaskan apa yang terbuku di hati. Tapi mujurlah dia tak gila lagi untuk sakitkan diri sendiri hanya kerana mamat tak guna tu.

Semalam Tan Sri Hakim juga ada cakap, hari ni dia akan pergi bersemuka dengan keluarga Danish. Bukan untuk cari gaduh dan memperbesarkan masalah kerana dia seorang yang cukup berfikiran rasional. Jadi tak mungkin untuk dia pergi bergaduh dengan keluarga Danish kerana benda itu hanya akan menjatuhkan reputasinya. Tetapi dia nak jumpa keluarga Danish untuk beri amaran supaya jangan cuba dekati keluarganya lagi, kalau tak dia tak akan teragak-agak untuk mufliskan syarikat Dato Fattah. Tan Sri Hakim memang tak pernah bermain-main dengan kata-katanya. Lagipun benda tu tak mustahil untuk dia buat, kerana dia seorang yang berpengaruh.

"Matilah pokok tu kalau terlebih siram."

Suara orang menegur mematikan lamunan panjang Aqish. Cepat-cepat dia berhenti menyiram pokok bunga ros itu. Memang mati betul-betullah jawabnya pokok ni. Mana taknya, nak habis satu bekas air disiramnya pokok itu saja. Termenung punya pasallah ni.

"Haihh... tak habis-habis lagi termenung."

Aqish mencari-cari dari mana datangnya suara itu. Macam dia kenal aje suara tu. Aqish mendongakkan sedikit kepalanya memandang ke atas tembok tinggi yang memisahkan rumahnya dan jiran sebelah. Seperti yang dia jangka. Kepala Farish terjengul di atas tembok itu ditemani senyuman yang menguntum di bibir.

"Ishh awak ni. Lain kali bagilah salam dulu." Ujar Aqish.

"Yalah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Kan bagus macam tu. Saya pelik sebenarnya, kenapa awak tinggi sangat ni?" Soal Aqish. Kebingungan.

"Saya berdiri di atas kerusi yang diletakkan di atas meja. Masa nak panjat tembok ni tadi baru saya perasan yang tembok belakang ni tinggi sangat, sebelum ni masa saya datang tengok-tengok rumah ni dan masa pindah ke sini tak pula saya perasan. Dah macam tembok istana pun ada saya tengok." Ujar Farish bersama tawa di bibir. Aqish yang mendengar juga turut ketawa.

"Nampak sangat awak ni seorang yang tidak fokus."

"Ehh, mana ada." Nafi Farish.

"Adalah."

"Takde."

"Ada."

"Takde."

"Ada."

"Takde."

"Ada."

"Takde."

"Ada."

"Yelah yelah. Ada." Farish mengalah.

Aqish ketawa senang. Inilah dia yang sebenarnya, seorang yang tak mudah mengalah, terutama sekali apabila berperang mulut sebab itulah sewaktu di sekolah menengah dia selalu mendapat anugerah pendebat yang terbaik.

"Saya jadi tertanya-tanyalah. Awak termenungkan apa tadi? Sepanjang saya lihat lebih sepuluh minit awak termenung, tu tak dikira lagi dengan yang sebelum saya lihat?" Farish meluahkan apa yang bermain di mindanya.

Aqish hanya tersenyum. Soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Dia pun sebenarnya tak tahu nak jawab apa. Sebab terlalu banyak benda yang dimenungkan tadi. Tentang Farish sekali pun termasuk.

"Awak fikirkan tentang semalam ke?" Tanya Farish lagi, tidak berputus asa apabila soalannya tadi tidak berjawab.

Kepala Aqish anggukan. Kesian pula dia tengok Farish ni. Kalau dia jadi Farish pun mesti dia tertanya-tanya, tapi apakan daya untuk diceritakan semua benda kepada lelaki di hadapannya itu. Kalau Farish boleh baca apa yang dimenungkannya tadi mesti dia akan pening. Mana taknya, semua benda dicampur adukkan. Lagipun Aqish sebenarnya malas nak panjangkan cerita.

"Dahlah. Awak tak payah fikirkan sangatlah ye. Benda dah lepas. Mungkin itu dugaan yang Allah berikan untuk awak. Lagipun orang macam tu tak layak untuk difikirkan, buat semak otak aje nanti." Pujuk Farish bersama senyuman manis yang masih tak tercabut dari bibir.

Aqish ketawa kecil mendengarkan kata-kata semangat yang diungkapkan oleh Farish.

"Selain daripada dugaan, Allah juga hantar awak untuk tolong selamatkan saya semalam. Dan disebabkan awak telah selamatkan saya, awak boleh minta apa saja yang awak inginkan. In Shaa Allah saya akan tunaikan." Balas Aqish.

Farish mengusap dagunya menandakan dia sedang berfikir. Aqish pula hanya menanti dengan penuh sabar.

"Emmm... saya nak kereta Lamborghini Aventador awak." Setelah lama berfikir, akhirnya Farish bersuara.

"Boleh, tapi awak kena bagi Lamborghini Veneno awak dekat saya. Kita tukar." Jawab Aqish. Tapi takut juga dia kalau Farish betul-betul bersetuju dengan kata-katanya. Dia sayang gila-gila kot kereta dia tu.

"Ehh, tak tak, saya gurau aje. Takkanlah sebagai hadiah nak main tukar kereta pulak. Tapi saya nak ajak awak keluar makan malam dengan saya malam ni. Boleh?" Aqish di hadapannya dipandang penuh tekun untuk menunggu jawapan.

Setelah berkira-kira, Aqish menjawab, "In Shaa Allah, boleh."

"Thank you." Ucap Farish gembira. Bibirnya merekah-rekah panjang dengan senyuman.

"Welcome." Senyuman Farish, Aqish balas dengan senyuman.

"Saya masuk rumah dulu ye. Lagipun saya tahu awak mesti dah sakit tengkuk mendongak macam tu sedari tadi lagi. Saya yang menunduk ni pun dah rasa macam tengkuk saya dah patah, inikan pula awak yang mendongak. Nanti pukul lapan malam saya jemput. Bye, take care. Assalamualaikum." Setelah mendengar Aqish menjawab salamnya, Farish terus hilang di sebalik tembok itu.

Aqish menggerakkan tengkuknya ke kanan dan kiri. Memang tengkuk dia sakit dari tadi lagi, tapi dia aje buat-buat tak tahu, nak jaga hati Farish punya pasal. Fuhh! Rasa macam kena stroke tengkuk pun ada sekarang ni. Sakitnya tak payah cakaplah, memang tak terluah dengan kata-kata.

Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Kejap, tadi aku bersetuju untuk keluar makan malam dengan Farish, kan. Alamak! Apa aku dah buat ni. Betul ke apa yang aku buat ni. Kalau aku jatuh cinta dengan dia nanti macam mana? Tak tak, aku takkan jatuh cinta dengan dia. Dia hanya jiran aku a.k.a hero aku. Lagipun aku buat semua ni sebab untuk membalas jasa dia yang telah selamatkan aku semalam, kalau takde dia semalam, aku pun tak tahu apa yang akan berlaku pada aku. Memang tak dapat di bayangkan. Hishh, takut pula aku bila difikirkan balik. Minta jauhlah. Tapi memang sudah dijauhkan pun. Alhamdulillah!

Bekas penyiram pokok bunga Aqish letakkan ke atas rumput. Di luar rumahnya itu memang dipenuhi dengan rumput yang di tanam, sampaikan nak nampak tanah sedikit pun susah. Tapi taklah pula rumput tu panjang macam lalang kerana sebulan sekali mummynya akan mengupah orang untuk memotong rumput-rumput itu.

Badan Aqish pusing, sudah berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah. Namun belum sempat kakinya melangkah, namanya dipanggil.

"Aqish."

Aqish memusingkan badan memandang Farish yang berkeadaan seperti tadi, hanya kepalanya terjengul di atas tembok.

"Ada apa?" Senyuman membelah bibir Aqish apabila melihat seraut wajah milik Farish.

"Saya nak nombor telefon awak boleh? Senang sikit saya nak contact nanti." Wajah Aqish yang dihiasi dengan senyuman dipandang. Sungguh dia tak boleh menafikan kecantikkan perempuan di hadapannya itu. Hatinya pula terusik dengan perwatakan Aqish.

Baru sahaja Aqish membuka mulut untuk membalas pertanyaan Farish tadi, dilihatnya Farish tiba-tiba hilang dan...

Gedebuk!!

Aqish terpaku. Terkejut pastinya, dalam sekelip mata sahaja semuanya berlaku, tadi elok aje dia tengok Farish duduk tersenyum atas tu tiba-tiba hilang dan bunyi macam orang jatuh. Japp! Jatuh? Farish jatuh ke?

"Farish. Awak ok tak?" Aqish bersuara penuh cemas. Mahu dijenguk Farish disebelah, tidak boleh. Tembok pemisah rumahnya dan Farish cukup tinggi. Takkan dia nak panjat pulak.

Setelah menunggu beberapa minit, tetapi masih tiada balasan daripada Farish, Aqish segera melangkah keluar dari pagar rumahnya dan masuk ke dalam kawasan rumah Farish. Mujurlah pintu pagar kecil rumah Farish tidak berkunci dan ia memudahkan Aqish untuk menerjah masuk ke rumah Farish. Sebelah kanan rumah Farish dituju. Langkah kaki dihayun selaju mungkin. Di dalam mindanya hanya memikirkan satu, iaitu keadaan Farish. Risau juga dia lelaki itu cedera parah. Tembok pemisah rumahnya dan Farish itu bukannya rendah, tengok sajalah tadi, Farish cakap dia berdiri di atas kerusi yang diletakkan di atas meja. Gila tak tinggi tu. Mahu patah kaki kalau jatuh.

Dalam melangkah mata Aqish melilau mencari Farish. Apabila matanya dapat menangkap kelibat seseorang yang sedang terlentang di atas tanah di sebelah meja, dia segera mendekati.

"Awak ok ke tak ni?" Aqish duduk melutut di sebelah Farish yang sedang memegang kepalanya dengan mata yang tertutup.

"Tak berapa." Jawab Farish jujur. Matanya masih tak dibuka. Kepalanya bukan main berdenyut lagi. Mungkin akibat terhempas di atas tanah ini tadi. Tak sangka pula dalam dia ralik menatap wajah Aqish tiba-tiba kakinya tergelincir dan dia jatuh ke tanah. Mujurlah juga dia jatuh ke tanah, bukan jatuh atas meja ataupun terkena meja, kalau tak memang pecahlah kepala dia.

"Ada rasa terseliuh dekat mana-mana ke?" Aqish memandang Farish. Hanya memandang dan bertanya yang boleh dia buat ketika itu. Yalah, takkan dia nak tolong angkat Farish bangun pulak, dia mana berani nak bersentuhan dengan lelaki ajnabi kalau tak dirasakan ia betul-betul darurat. Lagipun dilihatnya tak ada pula Farish cedera parah di mana-mana.

"Tak kot. Cuma kepala saya berdenyut." Farish mengurut kepalanya perlahan.

Aqish menarik nafas lega. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Farish tak mengalami cedera yang serius. Hanya kepalanya yang berdenyut mungkin sebab terhempas atas tanah. "Habis tu macam mana ni?"

"Biar ajelah saya baring atas tanah ni. Nanti saya ok saya bangun. Awak pergilah balik. Sorry susahkan awak." Farish membuka kelopak matanya untuk memandang wajah Aqish.

"Mana ada awak susahkan saya. Saya datang ni bukannya tolong awak apa-apa pun. Terjah rumah awak adalah. Tak apalah, saya tunggu dekat sini aje sampai awak bangun, ok?"

Farish mengangguk sedikit bagi menjawab soalan Aqish. Senyuman diukirkan juga buat Aqish walaupun kepalanya tengah berdenyut.

Aqish turut tersenyum, berharap senyumannya itu dapat mengurangkan kesakitan yang Farish rasakan ketika itu.

"Apa yang sudah berlaku ni? Kenapa sorang tengah terbaring sorang melutut?" Tegur Puan Sri Zahra, ibu kepada Farish.

Aqish yang mendengar seseorang menegur, segera berdiri dan memandang wanita yang pernah dilihatnya pagi semalam sewaktu keluar dari rumah untuk pergi berjumpa dengan kawan-kawannya. Wanita itu didekati dan mereka bersalaman.

"Nama saya Aqish. Rumah saya sebelah ni. Maaf ye aunty saya terjah masuk kawasan rumah aunty macam tu aje. Tadi masa tengah berbual dengan saya Farish terjatuh, risau juga saya kalau dia cedera. Tu yang saya cepat-cepat datang dan masuk rumah aunty tanpa minta izin. Maaf ye aunty." Jelas Aqish kepada wanita di hadapannya tanpa dipinta. Risau juga dia dimarahi dan dianggap tidak beradab kerana masuk kawasan rumah orang tanpa meminta izin.

"Tak apa, tak perlu minta maaf. Aunty faham." Senyuman terukir di bibir Puan Sri Zahra. Raut wajah perempuan di hadapannya dipandang. Tak perlu Aqish memperkenalkan diri dia sudah tahu nama anak perempuan jirannya itu kerana Farish sudah terlebih dahulu memperkenalkan kepadanya semalam bahawa gerangan yang berdiri dihadapannya itu bernama Aqish Natasha selepas disoal olehnya apabila pulang ke rumah semalam dengan muka yang lebam. Lagipun itu bukan kali pertama dia melihat Aqish, tapi kali kedua. Dapat dia lihat wajah anak lelakinya berseri dan matanya menunjukkan sinar yang tak pernah dilihatnya sebelum ini apabila bercakap tentang Aqish dan firasatnya kuat mengatakan bahawa ada suatu perasaan yang disembunyikan oleh Farish. Perasaan yang buat pertama kalinya wujud dalam hati anak lelakinya itu.

"Terima kasih aunty." Ucap Aqish bersama keluhan lega dilepaskan. Mujurlah wanita itu tidak memarahinya.

Puan Sri Zahra menguntum senyum sebagai tanda membalas ucapan Aqish. Dia kemudiannya duduk bercangkung di sebelah Farish.

"Sampai bila Farish nak baring dekat sini ni?" Tanya Puan Sri Zahra.

"Sampai kesakitan di kepala Farish hilang." Jawab Farish dengan mata yang terpejam rapat dan dahi yang berkerut akibat menahan sakit.

"Marilah kita masuk dalam rumah dulu. Biar umi tolong. Nak tunggu sakit kepala Farish tu hilang belum tentu lagi bila. Lagipun kotorlah baring dekat sini." Ujar Puan Sri Zahra. Anak lelakinya cuba dibangunkan dan Farish hanya menurut. Seboleh mungkin Farish tahan kesakitan pada kepalanya.

Aqish hanya melihat. Rasa bersalah mula menyerbu diri. Mana taknya dia hanya melihat tanpa membantu sedangkan Puan Sri Zahra bukannya kuat sangat untuk membantu anak lelakinya yang badan sasa macam tu masuk ke dalam rumah. Sungguh dia buntu sama ada mahu menolong ataupun tidak. Setelah lama berkira-kira, Puan Sri Zahra dan Farish didekati Aqish. Dia mula membantu Puan Sri Zahra memapah Farish yang berjalan terhuyung-hayang itu.

Sampai sahaja di ruang tamu tingkat bawah rumah, Farish direbahkan ke atas sofa panjang. Kemudian Aqish menarik nafas lega. Akhirnya selamat juga Farish direbahkan ke atas sofa. Tercungap-cungap Aqish bernafas. Walaupun dia dan Puan Sri Zahra hanya memapah bukannya mengangkat Farish, tapi beratnya Farish hanya Allah SWT yang tahu. Mahu tercabut tangannya dirasakan saat itu. Itulah Farish, bina sangat badan tu besar-besar, tengok sekarang dah menyusahkan orang lain bila dalam kecemasan macam ni. Kan bagus kalau dia kecil macam aku ni aje, senang pun senang nak papah. Tapi kecil macam aku ni pun masalah juga, ramai orang kutuk. Haihh... nasiblah. Setiap benda kan ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. Redha ajelah.

"Aunty, saya balik dulu ye. Takut mummy tercari-cari pula nanti." Pinta Aqish setelah nafasnya sudah kembali stabil. Puan Sri Zahra didekati.

"Baiklah." Balas Puan Sri Zahra. Huluran tangan dari Aqish disambut dan Aqish yang tunduk mencium tangannya dipandang. Baik sungguh budak ni. Sopan sahaja tingkahnya. Detik hati Puan Sri Zahra.

Selesai bersalaman dengan Puan Sri Zahra, langkah kaki Aqish atur untuk keluar dari rumah itu.

"Aqish."

Belum sempat Aqish meneruskan langkah kaki yang ketiga, kedengaran namanya dipanggil. Badannya dipusing menghadap Farish. Kemudian dia mendekatkan diri dengan Farish.

"Ada apa awak panggil saya?" Tanya Aqish kepada Farish.

Dengan dahi yang berkerut seribu, Farish menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan iphone 6 plus miliknya.

"Phone number." Farish menghulurkan telefon bimbitnya kepada Aqish.

Dengan teragak-agak Aqish menyambut huluran Farish. Dapat dia lihat gambar Farish yang memakai kot pejabat bersandar pada meja dan sekeliling Farish di dalam gambar yang kelihatan seperti di dalam bilik pejabat menghiasi skrin utama. Handsome. Detik hati Aqish. Ehh! Apa aku buat ni. Yang aku tatap gambar dia lama-lama ni kenapa. Aduu.. Cepat-cepat Aqish kembali ke tujuan Farish memberikan telefon bimbit itu kepadanya tadi apabila sudah tersedar dengan kesilapan sendiri. Skrin telefon ditekan-tekan untuk memasukkan nombor telefonnya sebelum telefon itu diletakkan di atas meja berdekatan sofa tempat Farish berbaring.

"Saya letak phone awak atas meja ni. Saya balik dulu, ok?" Aqish bersuara.

Farish membuka kelopak matanya perlahan untuk melihat Aqish walaupun sakit di kepala jelas terasa.

"Ok." Balas Farish bersama senyuman di bibir. Apabila melihat Aqish membalas senyumannaya dan berlalu pergi dari situ, matanya kembali di pejam rapat. Kenapalah kepala aku ni tak berhenti-henti lagi sakitnya. Bukan setakat nak berhenti, berkurang pun tak, malah lebih terasa sakit lagi adalah. Haihhh.. sabar ajelah. Apa-apa hal, makan malam aku dengan Aqish malam ni tetap perlu diteruskan. In Shaa Allah.

Continue Reading

You'll Also Like

7.8K 660 26
Bukan mudah untuk lalui kehidupan dengan tenang jika masa silam sering menghantui hidup kita. Itulah yang sering dialami oleh Alya. Namun semuanya b...
1.6K 63 1
Aressa kehilangan ingatannya akibat kemalangan yang menimpa dirinya. Dirinya langsung tidak mengingati kehidupan silamnya. Hilangnya ingatannya Aress...
687 18 5
Setelah lebih sepuluh tahun menetap di luar negara, Widad Warda akhirnya pulang ke Malaysia setelah menerima tawaran kerja di Kuala Lumpur. Kepulanga...
830 101 19
Dia tidak meminta untuk jatuh cinta. Apatah lagi, jatuh cinta dalam doa. Aleena Naura hanyalah gadis biasa. Hidupnya berkisar antara gerai nasi lemak...
Wattpad App - Unlock exclusive features