The Rejected Princess : (Meet...

Da firanaylaa

144K 5.7K 365

[COMPLETED] [This is the raw version of TRP] Alya Natasha, gadis biasa yang terjebak dengan dunia Andalusia... Altro

Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Epilog

Chapter 16

3.8K 207 17
Da firanaylaa

Matanya tercelik akibat biasan pancaran matahari dari beranda kamar itu. Dia dapat merasakan selimut tebal yang menyelubungi tubuhnya. Entah bila pula selimut itu muncul. 

Kemudian matanya terarah ke Loius yang tidur disampingnya. Denguran halus kedengaran.

Lycia dapat rasakan sesuatu yang aneh di dahinya. Seperti benda yang basah. "Tuala rupanya". Dia mencapai tuala kecil yang berada di atas dahinya lalu diletakkan di atas dahi Loius. Riak wajah Loius berubah sedikit. 

Saja Lycia hendak mengacau Loius. Dia juga nampak raut keletihan di wajah kembarnya itu. Pasti dia penat menjaga puteri itu.

Sweet seh kembar aku. Sape nak Louis!

Dia mengalihkan pandangannya ke beranda. Langit sudah membiru. Agaknya sudah pukul berapa sekarang ni. Kemudian dia mengerling ke arah jam loceng yang berada di meja kecil. Dah pagi. 

Lycia menongkat badannya perlahan-lahan untuk duduk berlunjur. Takut Loius terjaga pula.

"Kau dah bangun ke?"

Tiba-tiba Loius bersuara. 

Loius pula duduk berlunjur di samping Lycia. Jari jemarinya mengosok matanya yang mengantuk itu. Kemudian Loius meramas-ramas rambut blonde miliknya. "Aku kacau tidur kau ke? Sorry hehehe"ujar Lycia. 

"Tak adalah. Aku memang nak bangun pun"kemudian mengalihkan tuala kecil yang berada di atas dahinya.

Loius meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi Lycia. Tak panas. "Aku dah sihat lah"ujar Lycia. "Aku tahu kau dah sihat. Tapi kau tetap kena makan ubat tau" Loius memperingatkan Lycia tentang janjinya semalam. "Alah...dah sihat dah kan. Tak payahlah makan ubat. Membazir je"kata Lycia. 

"Kalau macam tu..... bila nye nak sihat, Lycia" 

Lycia hanya mengangkat bahu kemudian bangkit dari katil itu.

Sebaik sahaja Lycia berada di hadapan pintu kamar itu, Loius bersuara. "Jangan lupa janji kita dengan Armedia pukul 10. Kat pekan. Jangan buat-buat lupa pula" 

"Ye...aku tahu. Aku belum nyanyuk lagilah"kemudian bergegas keluar dari kamar Loius. Sakit pula hatinya bila Loius menyebut nama gadis itu.

Sebab dia cipta lebih banyak kenangan dengan kembar aku. Berbanding aku yang menghilang untuk 4 tahun di dunia manusia. 

Tapi siapa kata aku benci dunia tu?

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Lycia memakai baju blouse merah dan jeans putih. Dan juga topi putih sebagai penyamaran. Louis pula mengenakan t-shirt biru, jeans kelabu dan topi hitam. 

Mereka mengatur langkah keluar dari istana selepas mendapat kebenaran nenda. Namun tepat jam 2 mereka harus pulang ke istana semula untuk mengukur baju untuk majlis yang akan diadakan lusa. Entah majlis apa. Nendanya merahsiakan hal itu dari mereka.

Lycia berjalan lambat mengekori dua pasangan sahabat itu. Malas mahu berjalan beriringan. Bukan apa. Dari tadi asyik berkepit sahaja. Tu tangan Loius tu. Dah mula lah nak merayap. Berpeluk-pelukan bagai. 

Bermesra-mesra bagai. Meluat pula rasanya. Daripada tidak berbuat apa-apa, dia mendengar lagu di Ipod kecilnya.

Akhirnya mereka berhenti seketika di sebuah cafe kecil di pekan Delarose itu. Lycia masih dengan halnya. Malas hendak mendengar Loius dan Armedia berbual tentang masa lalu mereka yang langsung tiada kaitan dengannya. 

Sekali sekala air jusnya dihirup sedikit untuk menghilangkan rasa dahaga. Kadang-kadang terfikir juga motif dia berada di situ selain menemankan kembarnya berdating dengan Armedia.

Lain kali kalau nak dating, jangan ajak aku. Buat sakit mata je. 

Dengan earphone yang masih terpasang di cuping telinga, dia mengerling ke arah jam tangannya. 1.55 petang. Lagi 5 minit sebelum pukul dua. Baik bergerak sekarang sebelum nenda naik hantu. 

Dia menoleh ke arah Loius dan Armedia yang duduk di hadapannnya. Masih asyik berbual. Dia malas hendak kacau perbualan mereka jadi dia meninggalkan nota kecil di atas meja makan cafe itu dan beredar dari situ.

Wei....aku gerak dulu. Dah pukul 2.

Pendek sahaja nota ringkasnya itu. Malas dia hendak menulis panjang lebar. Buang dakwat kolotnya pula. Lycia menoleh ke belakang setelah beredar keluar dari cafe itu. Masih tiada kelibat Loius. Hm.... mungkin dia tak perasan nota tu. 

Sungguh dia terasa dengan perbuatan Loius sepanjang outing itu. Loius langsung mengendahkannya. Tapi adakah benar dia betul-betul diabaikan ke-?

Ahh outing pebende borak berdua. Baik aku balik 

Ya....dia tak makan ubat lagi. Dia merasai suhu badannya. Panas. Tak apela. Lambat-laun baik juga nanti. Cuma masa yang menentukan. 

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

"Chin up"

Juruukur wanita itu berkata untuk mengukur lehernya. Lycia menurut seperti yang disuruh. Penat juga berdiri lama-lama di ruang tamu ini. Namun apakan daya. Perintah nenda harus dilaksanakan. 

Sesekali fikirannya melayang memikirkan majlis apa yang akan diadakan lusa. Pusing kepalanya mencari jawapan. Namun tiada apa-apa.

"Wei....Lycia"panggil Loius.

Putera itu juga sedang diukur badannya oleh juruukur lelaki di sebelahnya. Meluat pula Lycia mendengar suara Loius. Entah kenapa. Mungkin kerana Armedia. 

Entahlah. Abaikan. Makin pusing kepalanya memikirkan hal itu.

"Kau marah ke?"

Berbunyi lagi putera itu. Masih yidak mahu mengaku kalah. Selagi Lycia tak bersuara, selagi tu dia berkata-kata. Ah...bengangnya. Tak sedar kah dia bahawa Lycia tidak mahu bercakap dengannya. 

Tak nak. 

Lycia mengendahkan pertanyaan Louis. Biarlah dia nak cakap apa pun. Dia sudah penat melayan. Penat tahu tak?

"Kenapa kau marah?"

Sudah disumpah seranah putera itu di dalam hati Lycia. Ah....diamlah. Dia langsung tak sebut apa-apa tentang marah. Apa yang putera itu nak sebenarnya? Apa lagi yang dia tak puas? Duduk diam-diam kat situ boleh tak? 

Bising mengalahkan murai. Eh....kenapa aku jadi emo ni? Lantak dia lah nak cakap apa. Mulut dia. Suka hati dia lah. Inilah padahnya tak makan ubat. Emo melebihkan drama queen. Kata hatinya.

"Lycia...."

"Lycia...."

"Lycia...."

"Lycia...."

"Lycia Nyllora Quintessa.....sampai bila kau nak duduk macam tunggul kayu kat situ. Juruukur dah balik 15 minit yang lepas lah. Woi....kau dengar tak?"ujar Loius sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan gadis itu. 

Mujur sahaja kata-kata itu menerjah masuk ke pendengarannya. Jika tidak, pasti dia terpacak di situ sampai malam.

"Ah-h? Apa dia?"ujar Lycia sebaik sahaja sedar dari khayalan panjangnya itu. Loius hanya menggeleng kepala. 

"Tak ada apa-apa. Eh...kau fikir pasal apa tadi? Aku tanya kau banyak kali tapi tak jawab"kata putera itu. Lycia terdiam. Kalau aku jawab 'kau tanya apa tadi?' Mesti dia ulang balik soalan tu. So.... hatinya berfikir. 

"Oh... aku fikir tentang majlis lusa yang nenda buat. Tu je" sambil mengalihkan pandangan ke ruang tamu itu.

"Oh...pasal tu"itu sahaja yang dibalasnya. 

"Lycia kau marah dengan aku ke? Kenapa?"soal Loius. Lycia mengeluh. Tak kira apa yang dia buat, soalan itu seakan-akan menghantui dirinya. Dia dah penat mahu berdalih lagi lalu menjawab. "Ye"jawabnya pendek. 

"Kalau ye, kenapa? Aku buat salah ke?"tanya Loius lagi. "Entah aku pun tak tahu"jawabnya sesenang jawab ABC.

Lycia mengatur langkahnya ke taman. 

Harap Loius tak mengikutnya. Namun hampa. Loius duduk di hadapannya di meja batu yang tersedia di situ. Meja itu di kelilingi pokok-pokok hedge yang tinggi. Terapat juga bunga-bunga yang ditanam di situ. Lycia menongkat dagunya di atas meja itu. 

Bosan barangkali apabila melihat wajah Loius.

"Lycia....jawablah. Kenapa kau marah aku?"muncul lagi soalan itu. Lycia mengeluh kebosanan. Kalau tak soalan lain, tak boleh ke? Asyik itu aje yang terpacul keluar dari mulut putera itu. "Aku tak tahu lah. Tu je" balasnya.

"Kau marah sebab Armedia ke?"

Lycia menggeleng kepala. Menidakkan perkaranya benar. Loius merenung ke dalam mata biru puteri itu apabila merasakan jawapan sebenarnya berbeza. Lycia mengalihkan pandangannya apabila mata biru Loius merenungnya. 

"Taklah, Loius"marahnya. Dia tak suka apabila Loius merenungnya dengan mata biru itu. Sungguh dia tak suka dan rimas.

"Kau ni dah kenapa Lycia? Kau sihat tak?"

Loius cuba merasa suhu badan Lycia di dahi puteri itu, namun Lycia mengelak. "Jangan sentuh aku lah!! Kau tu siapa nak sentuh aku!!"marahnya lalu melangkah pergi dari situ. Dia tak bertindak mahu berkasar dengan Loius namun kepalanya makin pusing. 

Fikirannya sudah tidak boleh berfikir secara rasional lagi. Yang penting dia mahu tidur untuk menghilangkan rasa pening.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Lycia mencucuk makanan hijau yang berada di atas pinggan kaca itu. Sungguh dia tiada mood untuk makan. Lebih-lebih lagi apabila Loius berada di sebelah.Dia rasa kekok pula. Dia masih rasa bersalah tentang perkara yang berlaku petang tadi. 

Namun egonya menghalang dia untuk meminta maaf.

Louis pula sama seperti Lycia. Tiada selera langsung hendak menjamah makanan di hadapannya itu. Hatinya masih lagi marah dengan sikap kasar puteri itu. Dia masih lagi terasa dengan kata-kata Lycia. Sampai begitu sekali Lycia membencinya. 

Sungguh dia benar-benar terkejut dengan perubahan sikap Lycia. Kenapa agaknya?

Heiera Imperia Le Lynx memerhati gelagat suram kedua-dua cucunya itu. Hairan permaisuri itu dibuatnya. Selalunya ada sahaja benda yang ingin didebatkan putera puteri itu. Namun lain pula kali ini. 

Diam membisu seperti tiada mulut. Agaknya apa yang terjadi pada mereka berdua. Sudahlah majlis itu lusa. Dengan perangai mereka seperti ini, musnahlah majlis itu nanti.

"Kamu berdua ni kenapa? Ada masalah ke?"

Seperti biasa nenda dapat menghidu keganjilan sikap mereka berdua. Dan seperti biasa mereka berdua hanya membisu. Takut terlepas kata di hadapan nenda pula. Masing-masing mengendahkan kata-kata permaisuri itu. 

Heiera mengeluh. Payah benar hendak membuat mereka berdua berdamai.

"Cuba cerita dengan nenda. Apa yang berlaku sebenarnya?"

Permaisuri itu masih tidak mahu mengalah dengan cucu-cucunya yang keras kepala itu. Degil sungguh mereka ni. Oleh sebab mereka sudah tidak tahan dengan pertanyaan nendanya, satu perkara berlaku yang membuktikan bahawa mereka benar-benar kembar.

"Lycia masuk bilik dulu"

"Loius masuk bilik dulu"

Serentak mereka berkata sambil berdiri. Sejurus itu juga mereka saling berpandangan. Geram apabila perlakuannya itu ditiru. Jelingan tajam dilontarkan pada pihak lawan masing-masing. Kemudian mereka mengangkat kaki dari dewan makan itu. Meninggalkan Heiera sendirian. Heiera mengeleng kepalanya.

"Apa pula lah yang mereka gaduhkan kali ini?"

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Loius terpaksa melintasi kamar Lycia memandangkan kamarnya berada bersebelahan dengan kembarnya itu. Dah nasib...nak buat macam mana? Sewaktu dia melintasi kamar itu. Dia terdengar sesuatu yang ganjil datang dari dalam bilik puteri itu. 

Kakinya berhenti di hadapan pintu kamar itu. Kemudian dilekapkan telinganya di pintu itu agar dapat mendengarnya dengan lebih jelas.

"Loius...."

"Loius......."

"Loius..........."

"Kau kat mana........"bunyi teresak-esak mula kedengaran. Naik risau Loius dibuatnya.

"Jangan tinggalkan aku.....Jangan tinggalkan aku macam bonda"

"Aku takut....takut"

"Aku nampak nenda dah tak ada"

Terkedu Loius dibuatnya. Mengigau agaknya. Pasti mimpi itu menyeramkan. Kesianlah pulak. Kena kejutkan dia. Sewaktu dia ingin menolak pintu kamar itu, egonya menghalang. Dia masih marah lagi dengan Lycia. 

Ayat kasar puteri itu menerobos ke dalam hatinya.

"Ah....lantak dia. Apa aku kisah"kemudian berlalu ke biliknya. Meninggalkan Lycia yang mengigau sambil teresak-esak. Kerana ego dia sanggup mengabaikan kembarnya. Kerana ego juga dia menjadi seorang yang tidak berperikemanusiaan. 

Namun bukan salah dia seorang. Salah Lycia juga. Berkata-kata melulu tanpa berfikir. Sudah bersalah....tak mahu mengaku. Tak mahu minta maaf. 

Inilah padahnya kalau tak makan ubat. Tiber

Continua a leggere

Ti piacerà anche

53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...
179K 11.3K 74
Apa yang anda akan lakukan apabila pengetua anda menyuruh anda menjaga lima orang pelajar yang mempunyai elemen?...Itu lah apa yang terjadi kepada Am...
1M 54.4K 70
Tak payah bacalah.Cerita ni mengarut .Serius tak tipu. Tapiii buat siapa yang degil,Sis ucapkan : Selamat membaca Vote and comment P/s :typo...