Cinta Saya Untuk Awak

By afiraaysha

274K 7.6K 274

"Saya dah cinta dia sejak zaman sekolah menengah lagi." - Camilla Ibrahim Namun,cintanya itu hanya bertepuk s... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
NOTE
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
NOTE II
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 56
Bab 57
Epilog

Bab 55

3.6K 96 12
By afiraaysha

"Allah knows who belongs in your life and who doesn't. Trust and let go. Whoever is meant to be there,will still be there."


Bab 55


Mila dan Raimi memakai pakaian yang warna sedondon. Warna pink menjadi  pilihan mereka. Well,lebih kepada pilihan Raimi. Gara-gara bekas tersebut pada tiga bulan yang lalu.


Shawl berwarna navy blue dililit dengan kemas lalu dicucuk dengan pin. Mila melihat cermin untuk kali terakhir sebelum mengambil beg Chanelnya yang dibelikan oleh Raimi semasa bertugas di Singapura selama empat hari.


"Okey ke?" tanya Mila. Takut penampilannya pada malam ni agak keterlaluan.


Ray memandang Mila dari atas hingga ke bawah,"Beautiful as always,Zaraa." katanya sambil memberi Mila senyuman nakal lalu mengenyit matanya.


Mila menjeling,perangai buaya suaminya dah muncul."Kesat senyuman abang tu," katanya sambil memberi Raimi tisu dan bergelak kecil,"Teksi dah tunggu di bawah ni...Jom!" ajak Mila. Kesian pula pemandu teksi tunggu lama.


Mila memaut tangannya dengan Ray dan mereka berdua berjalan keluar dari bilik hotel itu.


-


Lebih kurang 15 minit,mereka tiba di Dewan Perdana Felda. Mila berasa gelisah. Kali pertama dia akan bertemu dengan mamat itu selepas setahun lebih. Selepas kemalangan itu. Selepas dia mengetahui perkara itu. Selepas dia....berkahwin.


Dia langsung tidak beritahu Faris bahawa dia telah kahwin. Faris juga tidak mengambil berat tentang dirinya. Namun,tak tahulah jika Faris tahu melalui gambar-gambar yang telah dimuatnaik ke Facebook oleh orang lain.


"Zaraa,look at me. Don't be nervous,okay? I'm here with you." ujar Ray. Mila mengangguk lalu memegang tangan Ray dengan lebih kuat.


"Mila! Raimi! Sini!" pekik Yani. Yani yang duduk di sofa sebelum masuk ke dewan resepsi itu melambai-lambai tatkala melihat kelibat mereka.


Mila dan Ray membalas lambaian tersebut lalu berjalan menuju ke Yani.


-


"Mama....Faris nervous." ujar Faris sambil melihat cermin. Penampilannya pada malam itu disemak dengan teliti.


"Nak nervous tuk apa ni? Kan nikah dah selesai..tinggal resepsi ni je." balas Puan Sri Surraya. 


"Ya lah,sayang. Tak payahlah nak nervous." ujar perempuan yang berjaya menakhluki hati Faris.


"Ya lah. Faris tak nervous nervous lagi ni." katanya.  Senyuman yang dipamerkan oleh mama dan isterinya amat menenangkan. Dia turut membalas senyuman tersebut.


Knock Knock


"Masuk je. Pintu tak kunci."  ujar Shaheera dengan lembut.


Aqmar masuk ke bilik tersebut,"Bro. Kawan-kawan you dah sampai."


Arahan Faris ditunaikan. Faris telah menyuruh Aqmar untuk memberitahu dirinya apabila kawan-kawannya telah sampai.


Faris mengangguk,"Siapa?"


"Hmm,Camilla,Yani,Amirul,Udin,Tina,Lee dan seorang lelaki. Tak kenal pula siapa." katanya. 


"Hmmm,kawan-kawan U dah sampai tak?" tanyanya lagi.


"Dah kut. Tapi mereka semua sudah duduk dalam dewan." jawabnya.


"Kalau begitu,suruhlah kumpulan pengawas tu masuk sini dulu. Arahan ketua pengawas.Kan lama dah tak jumpa." katanya sambil bersenyum.


Faris menoleh melihat Shaheera," Shana,Shana nak panggil kawan-kawan Shana juga ke?" soalnya.


Shaheera menggeleng kepalanya. Malas dia nak layan kerenah kawan-kawannya sebelum resepsi bermula.


Aqmar meminta diri untuk memanggil kawan-kawan Faris.


-


"Napa Jamila dan Alif tak dapat datang ni?" tanya Tina. Dia berharap sangat untuk bertemu dengan mereka juga.


"Jamila kat Cardiff,UK manakala Alif pula balik kampung. Atoknya sakit." jawab Lee.


"Mila ni juga satu! Kahwin diam-diam je." sinis Tina secara tiba-tiba,"Nak juga hadir majlis perkahwinan Mila." ujarnya dengan nada sedih.


Mila yang terdengar namanya kena sebut,terus menoleh untuk menghadap Tina,"Alaa. Maaflah korang." katanya sambil bersengih.


"Sayang,abang ke toilet dulu." kata Raimi. Mila mengangguk lalu sambung berborak dengan Yani.


Sejurus,Udin,Lee dan Tina memandang Mila. 


"Kenapa korang tengok saya macam tu?" soalnya,kening turut diangkat.


"Selama ni,saya fikir Mila akan end up sama Faris tau tak." Tina memulakan bicara.


Udin dan Lee mengangguk manakala Yani dan Amirul hanya menjadi pendengar setia.


"Dah ternyata di Luh Mahfuz,Faris bukan jodoh saya lah korang." jawabnya. 


"Tak sangka Faris berkahwin dengan Shaheera pula ni. Masa saya baca kad jemputan,terkejut saya. Beberapa kali saya baca untuk memastikan nama pengantin perempuan tu." kata Udin.


"Same as me.Kami fikir korang suka sama suka tau tak." kata Lee.


Mila memberi mereka satu senyuman yang tawar,"Semua ini takdir Allah. Saya redha je dengan penentuan Yang Maha Esa. Sudah ternyata Raimi tu jodoh saya." 


"Eh,dahlah pasal Mila dan Faris ni. Raimi dah nak datang tu." sampuk Yani.Dia tahu cerita yang sebenarnya. Rasanya,dia dapat agak perasaan Mila pada waktu itu.


"Assalamualaikum korang. Saya Aqmar ni. Faris suruh korang masuk ke bilik persiapan dulu. Nak jumpa dengan korang. Katanya,arahan ketua pengawas." Kekok pula perasaan Aqmar. Maklumlah,lama dah tak berjumpa..


"Hmm..baik juga." jawab Lee,mewakili jawapan semua orang.


Mila memandang Raimi yang semakin hampir dengan mereka. Lengan Raimi dipaut. Dengan itu,mereka semua berjalan ke tempat tujuan yang dipimpin oleh Aqmar.


-





















Continue Reading

You'll Also Like

89.9K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...
23.2K 1K 31
[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
457K 14.2K 38
Dia sepupunya.Dia seseorang yang paling dibencinya.Mereka berdua telah mengistiharkan perang antara satu sama lain. Tapi dapatkah Alia dan Mirza mer...