"Pss.. psss,"
Aku memandang ke kiri. Sejak bila Aifyn jadi ular ni?
Aku mengangkat kening.
Fyn menggengam tangan kanannya sebelum menegakkan jari telunjuk dan jari hantu. Okey. Dua?
Tangan kiri Fyn pula menunjukkan kepadaku tapak tangannya. Lima? Soalan dua puluh lima? Okay.
Aku memandang sekilas ke arah kertas di mejaku kemudian memandang wajah cemas Fyn kembali.
Aku menyentuh dahiku. Harap-haraplah minah ni faham maksud aku. Beberapa kali aku menyentuh dahi sambil membuat mulut menyebut huruf A.
Akhirnya, Fyn mengangguk faham. Dia menggumam thanks kepadaku. Aku mengenyit mata kepadanya. Jangan salah faham. Maksud kenyitan mata pada kami ialah not-a-big-deal.
"Kuiz ini akan tamat lagi lima minit. Yang dah siap, please check your answer," arah cikgu Ali selaku guru Biologi kelas 5 Hobbit.
Setelah dua kali meneliti jawapan-jawapanku, akhirnya aku berpuas hati. Batang pen ditutup kemas. Uh, laparlah pulak.
Oh, talk about lapar, esok ialah Hari Ulangtahun tau? Walaupun lapar dengan Hari Ulangtahun tu tak berkait... biarlah! Dah teringat, nak buat macam mana, kan?
Hakhak. Tengoklah, petang nanti aku heret Fyn pergi mall nak beli apron untuk ahli.
"Rayyan, kutip kertas-kertas jawapan ni dan hantar ke meja saya sekarang," arahan cikgu Ali dibalas dengan anggukan dari Rayyan.
Saat Rayyan mengutip kertas di meja aku, pandangan langsung tidak kuhadiahkan buatnya. Hah. Padan muka kau. Ish.
Dan saat itulah speaker sekolah bergema alunan lagu pendek menandakan ada pengumuman.
"Ehem... ehem... hai," dengan suara yang tenang dan mendatar tu, aku rasa mata aku hampir terkeluar. Biasanya, yang buat pengumuman bukankah kerani sekolah iaitu Kak Hani? But why... ini bukankah suara-.
"Ni Adam. Dari kelas 5 Hozean. Juga player DHK, position main attacker. Kenal, kan? I hope so. Saya ada satu pengumuman nak buat."
Mungkin jawatan Pengumum Sekolah telah dicipta dan disandang oleh Adam. Tak mustahil. Tapi, tak perlu lah nak perkenalkan diri, kan? Macam melebih je.
"Semua orang tahu bahawasanya sepanjang seminggu persekolahan ini, satu sekolah kecoh tentang gossip berkaitan pengurus kelab bola sepak iaitu Aryka Sofea."
Seriously, Adam? Ini ke yang kau kata 'tak mengaibkan' tu? Aku ingatkan kita dah kawan. Rupanya betul sangkaan aku. Kau memang nak kenakan aku. Kalau... kalau... kalau ya pun, tak perlu lah sekarang, kan?! Dahlah Rayyan tengah berdiri sebelah aku sekarang ni. Semakin tebal muka aku, tau?!
"Saya ingin menafikan kesahihan gossip tersebut. Saya, Adam, tak pernah menganggap atau even rasa yang Aryka ni gedik. Plus, I think she's a good manager and the right one for us. Do not need to exist the, what? Persatuan untuk memaksa pemecatan dia? Kalau saya jumpa siapa yang mula-mula wrote the message, lunyai dia nanti."
Tiba-tiba bunyi ketukan bertalu didengari.
"Adam Darwish! Open the door!"
"Haks. Game start. Oh, guys. Dengar tak saya cakap apa? Ingat ni. Kalau korang menyebarkan berita yang tidak benar, itu adalah fitnah. Dan bila fitnah dapat apa?"
"Dosaaa," serentak kelas aku menjawab.
"Right. Tahu, pun. Kalau tahu, nak buat lagi, tak?"
"Tak nakk," lagi, kelas aku menjawab serentak. Eh.. korang ni form five ke five years old? Cikgu Ali yang turut mendengar dah geleng-geleng kepala.
"Good. That's all from me. Got to go now. Bye," ssup! Alunan lagu pendek kedengaran lagi bagi mengakhiri pengunguman.
Aku memandang Fyn. Fyn memandang aku dengan beribu ayat tak terluah bermain di mindanya.
Aku memandang Rayyan dengan hujung mata pula. Dia tenang mengutip kertas jawapan dari classmates aku yang lain. Err?
Akhirnya, waktu rehat bermula. Cikgu Ali telah keluar dari kelas. Rayyan pula pergi menghantar kertas jawapan ke meja cikgu Ali. Aku? Aku tengah kemas buku-buku atas meja. Lepastu, keluar rehat dengan Fyn, lah.
"Aryka, kami mintak maaf," aku mengangkat wajah. Ada Zety, Sarah, Sofia, Yasmin, dan Jannah. Mereka berwajah sayu. Aku tersenyum.
"Jangan risau. Aku maafkan korang," ucapku ikhlas dari hati.
"Aku pun, Ryka. Aku... banyak mengumpatkan kau sebelum ni. Tak padan dengan lelaki, kan?" Hadi yang berada di hujung pintu kelas bersuara.
"Em... aku pun. Aku pun banyak salah jugak dengan kau," Farraz berhenti meneguk air semata-mata nak cakap itu. Terharu aku dibuatnya.
Dalam masa yang sama, aku masih sedih. Mereka hanya mintak maaf bila Adam suruh. Kalau tak, mereka mesti percaya aku ni... aish. Apa-apa pun, aku gembira jugak. Tak lagi dipulaukan macam sebelum-sebelum ni.
Dan sesi bermaafan itu diteruskan sampai ke orang terakhir, Ika. Tapi, ada seorang lagi yang aku nantikan. Ahli kelas yang betul-betul terakhir. Yang aku tak pasti kalau dia akan mintak maaf atau maafkan aku sampai aku mati. Rayyan.
KRINGGG!!
Aku memperbetulkan urat-urat leher yang terasa lenguh. Wah. Balik rumah, tidur best ni.
Rayyan bangun dan mengucapkan salam kepada cikgu Syalela sebelum beliau melangkah keluar dari kelas.
"Wuwuwu. Tak sabarnya. Esok Hari Ulangtahun~" ujar Fyn yang kulihat sudah menggeliat ke kiri dan ke kanan. Mana taknya, subjek Sejarah adalah subjek yang paling membosankan dalam hidup dia. Termasuk aku. Asyik rasa nak tidur aja.
Fyn dah mula mengemas buku-bukunya ke dalam beg. Aku turut melakukan perkara yang sama.
"Jom," ajak Fyn yang sudah berdiri.
"Erm.. kau baliklah dulu.. err.. aku.. kena settle benda dekat bilik kelab jap," tipuku. Hohohoh. Maaf Fyn. Kalau aku cakap mesti kau fikir lain.
Fyn mengangkat sebelah kening dan memandangku dengan riak tidak percaya.
"Betullah. Kau pergi lah balik dulu. Jangan risau. Aku dah bagitahu pakcik Sahir. Kejap je pon," tipuku lagi. Aih.. mesti banyak dah kumpul dosa menipu ni. Maaf pakcik Sahir sebab kena tunggu lama sikit.
"Hmm.. okay lah. Aku balik dulu. Take care."
"Alright, no worries," balasku.
Fyn melangkah keluar dari kelas. Aku menunggu beberapa minit. Setelah betul-betul pasti bahawa Fyn dah pergi, aku bangun, memikul beg dan mula melangkah ke arah destinasiku.
Jauh juga tempat yang ku tuju kali ini. Lebih jauh dari bilik kelab. Heh.. tapi tetap dalam kawasan sekolah jugak. Tapi! Kena menyeberang dua blok lepastu naik tangga ke tingkat empat. Wuuh. Letih tu. Sebab tulah ramai orang yang tak nak datang dihumban ke kelas tahanan ni.
Tapi dia tu, steady je. Tak pernah belajar dari kesilapan. Tak perit ke? Dahlah takde kipas dalam kelas tu. Duduk sorang-sorang sampai pukul lima. Wahh. Boleh gila dibuatnya. Tapi budak tu.. entahlah. Kesalahan yang dia buat kali ni, walaupun salah di mata orang lain, tapi jernih di mata aku. Mana taknya.. dia tolong bersihkan nama aku kot. Tu yang aku rela nak datang melawat ni. Kalau tak.. hmph.
"Aku dah buat, kan?"
"Aku tak suruh pun kau buat. Kau tau tak tindakan kau ni memusnahkan diri kau sendiri."
Apa pulak yang dibualkan tu? Aku cuba mengintai dari celah-celah tingkap kelas yang sedikit terbuka. Oh, Arif tengah bercakap dengan Adam rupanya. Adam ke tu? Entahlah.. aku tak nampak sebab dia membelakangi aku. Hentam ajalah.
"Ceh.. memusnahkan lah sangat, encik ketua pelajar."
"Hm.. handphone kau, headphone kau. Kau tau tak itu barang larangan? Yang kau bawak jugak kenapa?"
"That's my problem. Eh.. bukan kau bawak jugak ke? Semalam kau call-"
"Aku ada program Dengue Patrol. Aku boleh bawak. Dengan keizinan pengetua," lantas Arif memotong percakapan Adam. Ayat terakhir keras ditekan.
"Huh.. whatever," Adam mengalihkan wajah dan saat itu, pandangan kami bertaut. Reaksi terkejut pantas bertukar dengan senyuman. Kenyitan mata kiri dihadiahkan buatku.
Aduh, Adam. Mengapa? Tambah lagi dengan tahi lalat di bawah mata kiri kau tu, lembik lutut aku dibuatnya.
"Stalker much?" Soal Adam ke arahku membuatkan Arif juga memandang aku.
Aku mengukirkan senyuman teragak-agak. Err.. hai?