Kau yang pertama

By jasMineMj

180K 4.6K 1.6K

kau yang pertama aku cinta yang pertama aku sayang juga yang pertama membuat aku terluka. Apa yang aku tak fa... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
bab 25
bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
bab 43
bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
bab 49
bab 50
Bab 51
Bab 52
bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87

bab 31

1.6K 47 12
By jasMineMj

aku gagahkan jua diriku untuk ke sekolah. Ku pasang azam dengan penuh semangat untuk tidak mencampur adukan kehidupan malam ku dengan pelajaran. Tahun ini aku akan menghadapi PMR. Jadi amat wajarlah aku menumpukan perhatian pada pelajaran.

"Nah, Dila", Andy memberikan sesuatu kepada ku. aku belek beg kotak yang dihulurkannya.

"kain kurung. Terima kasih ya", ucapku.

"Sama-sama Adila", balasnya.

"Assalammualaikum kelas", suara guru lelaki yang memberi salam.

kami berdiri serentak dan membalas salam tersebut.

"Saya Ustaz Hamdi akan mengajar pendidikan Islam untuk kelas kamu tahun ini, jadi sila kenalkan diri", terang Ustaz Hamdi itu.

"Syukurlah, Andy tak da kak Wiyah tahun ini", bisik ku kepada Andy.

"Awak. sila kenalkan diri", suara itu untuk aku.Aku berdiri.

"Seffrina Adila Husain", aku duduk setelah menyebut nama ku.

Pandangannya beralih kepada Andy. Andy juga sepertiku memperkenalkan dirinya. Di belakang Andy ialah Rizal, dibelakang aku ialah Saiful. beralih ke baris lain. sesi pengenalan bersama ustaz Hamdi itu.

Sesi pengajaran dan pembelajaran di mulakan aku mula memberikan perhatian menyeluruh memandangkan azam aku tahun ini tidak membuat sebarang masalah dan spekulasi.

setelah selesai pengajaran dari Ustaz Hamdi itu, masuk cikgu bahasaMelayu kami. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Julia. matanya terus tertancap ke arah ku.

"Apa khabar Merak?", pertanyaan itu memang ditujukan untuk aku.

"Baik dan amat amat sihat cikgu. Terima kasih kerana tanya", aku menjawab. Mata-mata yang baru mengenaliku memerhatikan dengan pandangan yang penuh dengan seribu satu pertanyaan. Peduli apa aku.

"Dila, mengapa cikgu Julia gelar awak Merak ya?", tanya Andy.

"itu rahsia kami berdua. Janganlah sibuk.", bisikku perlahan.

"tapi.."
"Tak payah nak sibuk nanti dia tengok kau bercakap dengan aku dia panggil kau gagak pulak", kataku.

Andy diam. mengalih pandangannya ke papan hitam.

Loceng rehat dibunyikan. Setelah cikgu Julia keluar aku, Andy dan Saiful melangkah ke kantin. Sempat juga aku jeling ke kelas 3B melihat Alexander sedang duduk membaca buku. Tak makankah dia. Hatiku bertanya. Jangan sibuk Adila. Ermm akal cukup cepat memantau. ku biarkan hati dan akal bermonolog dalam diriku.

"Makan apa Dila?", tanya Andy.

"Nasi ayam dan cola", aku menghulur not lima ringgit kepada Andy. Dia ambil.

Dia akan ambil kerana menjadi isu jika aku makan percuma aku tak akan makan. Aku masih ada duit lagi abah masih boleh tanggung makan minum aku. itu tanggung jawab abah bukan kawan-kawan aku. cuma dengan Alexander sahaja aku beralah.

"Adila, kau ni aku tengok resah gelisah aje. Mengapa?", Saiful perasaan gelagat Adila yang kelihatan pelik baginya.

"Aku rasa nak balik. tak da mood", kataku.

"Hari pertama Dila. engkau dah macam ni", kata Saiful.

" kau tahu perasaan tu tak dapat dikawal. kalau aku rasa boring memang boringlah", kataku membela perasaan ysng bergelojak ingin pulang.

"Ke tak da cinta hati yang boleh menyeronokan kau lagi", Saiful menyakitkan hati.

"Aku dah ada cinta hati baru", aku senyum menjongket kening.

"Really? Siapa?", tanyanya.

"Adalah, jom ke kelas. nanti tunggu cikgu geografi dengan kita pula", ajak ku.

"Adila, cerita apa?", tanya Andy yang datang dari tandas.

"tak da pa lah", aku memandang wajah Saiful mohon memahami tidak memberitahu Andy ini.

kami berlalu ke kelas. Menghabiskan pengajaran dan pembelajaran dengan masa yang berbaki sebelum pulang tepat jam 130 petang.

*****************************************

Loceng akhir yang ku harapkan kunjung juga. Aku mengemas beg dan terus teruja keluar dari kelas. setelah melalui lima belas minit perjalanan sampai juga aku di lorong menuju ke rumah. Tiada wajah Shamsul duduk bertenggek di tepi tembok parit itu. Aku hanya melintasi dengan rasa yang hampa.

Apabila sampai di rumah aku lihat kak Ngah sedang duduk goyang kaki di sofa sambil menonton tv.

"Wah, seronoknya kak Ngah", aku menegurnya.

"Mestilah. Duduk bersenang je lah", balasnya.

"Dila, ummi masak kari ayam, jomlah makan", pelawa ummi.

Aku terus ke dapur. Menjamu selera. setelah itu aku terus naik ke bilik. Menyiapkan kerja sekolah dan menelaah buku teks sejarah. buku teks itu perlu di baca sebelum guru mengajar barulah pembelajaran esok mudah di hadam. Latihan matematik pula perlu disiapkan. Pelajaran tetap pelajaran. setelah siap semuanya aku mengosok baju. mengemas jadual esok dan membaringkan diri. Tidur sebentar. jam lima nanti aku bangun dan mandi serta mencuci uniform.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 114 21
Kehilangan isteri tercinta pada lima tahun yang lalu cukup membuatkan Haidar Iskandar terseksa. Perpisahan yang berpunca dari manusia yang cukup toks...
862K 25.4K 41
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 5 ) RANKING NO 1 TULUS๐Ÿ… RANKING NO 1 DERITA ๐Ÿ… Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...
1.3M 29.1K 59
โ› ๐ˆ ๐ฐ๐ข๐ฌ๐ก ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฆ๐ž ๐ฅ๐ข๐ค๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฐ๐š๐ฒ ๐ˆ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
Wattpad App - Unlock exclusive features