Jung Kook P.O.V
"Eun Ji? Eun Ji!!!" suara Ji Min dapat perhatian ramai.IU aku tolak sampai dia jatuh terduduk.Bibir aku kesat dengan kasar.Aku meluru ke arah Eun Ji.
Kamu kena pakai rantai tu selalu.Jaga baik-baik.Ingat nasihat nenek,bila terdetik perasaan suka terhadap Eun Ji,cepat-cepatlah buang.Sebab kalau kamu bermesra atau pun berkucup dengan perempuan lain, Eun Ji akan cedera.Bukan luaran tapi dalamannya.Petanda Eun Ji tercedera,kamu lihat pada rantai itu kerana rantai itu adalah jiwa Eun Ji.
Terngiang-ngiang pesanan nenek.
"Biar saya hantar dia pergi bilik rawatan!" kata Ji Min.Dia dah bersiap sedia untuk mengangkat tubuh Eun Ji.
"takpe,biar saya bawa dia." kataku.Ji Min hanya mengangguk.Tubuh kecil Eun Ji tu aku dukung.Badannya terasa menggeletar.
"Nanti dulu,Jung Kook!" jerit IU seraya menarik tangan aku sehingga hampir membuatkan Eun Ji terjatuh dari pegangan aku.
"berani awak dukung perempuan lain tanpa izin saya, saya tak..."
"pergi mampus dengan hubungan rekaan awak tu! Awak fikir lawak ke awak buat macam ni lepas tu tanpa segan silu awak cium saya depan orang ramai.Jadi mahal sikitlah,jangan jadi perempuan murahan! Mudah sangat cium lelaki! Entah-entah dah banyak lelaki awak cium! Ingat,sekarang ni saya masih bersabar! Kalau awak berani dekatkan diri awak dengan saya dan Eun Ji,saya simbah mulut awak guna asid!!!" tempik aku.Aku tak kira kalau mereka nak mengata atau memfitnah aku tapi Eun Ji tak bersalah dalam hal ni!
Langkah aku lajukan.Tiba-tiba aku rasa dada aku dicengkam.Bila aku lihat,Eun Ji sedang menangis.Aku letakkan dia dikerusi berehat di tepi tandas perempuan.Rasa bersalah mula menebal.
"awak okey?"
"sa...kit..."katanya perlahan.Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan.
"maaf,maafkan saya Eun Ji..."bisikku.Bila aku lihat,dia kembali diam.Rupanya dia telah tertidur.Tubuhnya aku angkat sekali lagi dan membawanya ke bilik rawatan.Nurse kat dalam tu takde lalu aku hanya masuk dan letakkan Eun Ji di katil ketiga dan paling hujung sekali.Wajah tenangnya aku tenung.Kemudian aku keluarkan rantai delima tu.Bila aku perhatikan,rantai delima itu retak sedikit.
"Jung...Kook..." Eun Ji menarik hujung lengan baju aku.
"ya,Eun Ji?"tanyaku.
Maafkan aku Eun Ji...maafkan aku...
Mata Eun Ji bergenang.
"Jangan sebut lagi perkataan maaf..."
"kenapa?"tanyaku.
"Ianya...cukup menyakitkan..."sambung Eun Ji,empangan air matanya tumpah.Dia menangis teresak-esak.Badan dia mengiringkan ke arah kiri.Membelakangi aku.Esakannya semakin perlahan.
Pap!
Nak tergolek ke belakang aku dibuatnya bila dia bangun laju tiba-tiba! Tak ubah macam mayat hidup semula! Kemudian dia pandang aku sambil tersengih.
"Lapar la..."dia menepuk-nepuk perutnya.
Haih...dia ni dah kenapa?
Pintu bilik muzik itu dibuka.Suga,Ji Min,V,J-hope dan Rap Monster datang tergesa-gesa ke arah aku dan Eun Ji.
"Eun Ji awak tak apa-apa?"tanya Rap Monster bimbang.Eun Ji menggeleng ceria.Semua menghela nafas lega.
"Habis tu kenapa awak pengsan tadi?"tanya Ji Min pula.
"Ouh,tadi saya lapar la...tak makan masa rehat tadi." jawapan Eun Ji membuatkan mereka ketawa.Aku pun turut ketawa namun ketawa yang penuh kepura-puraan.Sebab mungkin dalam hati Eun Ji dia masih lagi sakit tapi tak nak orang lain tau.
Kami mula berlatih.Sorang demi sorang memuji aku dan Eun Ji sebab hebat menari.Well,tengok hidung la.
"Persembahan kita akan berlangsung selepas habis persembahan yang ketiga.Macam yang kita berlatih, permulaan kita lagu Attack On Bangtan.Kemudian lagu Just one day diikuti danger dan i need u."terang Rap Monster.
"Tapi tak pelik ke kalau saya sorang je perempuan dalam grup ni? BTS kan ada 7 orang je tapi sekarang ni kita ada 8 orang..."tanya Eun Ji.
"Hmm,itu awak jangan risau.Sebab kitorang ada plan sesuatu..." jelas Jin.Dia memandang aku dan Eun Ji berganti-ganti kemudian menguntumkan senyuman.
"konsep pakaian kita merah putih gaya hip hop.Jadi sekarang saya nak ukur saiz baju korang.Petang ni saya nak pergi beli.Jung Kook,awak teman saya boleh?"
Pelawaan Suga aku terima.Baju sweater hitam aku capai dan topi DOPE aku sarungkan ke kepala.
"Eun Ji,dah siap ke belum?" aku mengetuk pintu bilik Eun Ji.
"Kejap!" jerit Eun Ji dari dalam.Pintu biliknya dibuka.
Wah,cantiknya dia!
Eun Ji mengenakan Baju blaus putih dan seluar fit hitam.Rambut panjangnya diikat ponytail dan rambut bangnya dibiarkan seperti biasa.Sangat comel!
"kenapa tengok macam tu?" katanya.Cepat-cepat aku melarikan pandangan ke arah lain.
"Cepatlah,Suga mesti dah lama tunggu." aku menarik tangannya.Sungguh,tak tau kenapa tapi hati aku bahagia bila buat begitu.
"Hai Suga maaf kami lambat!" tegur Eun Ji kepada Suga.Muka Suga masam.Aku rasa dia dah lama kot tunggu.
"Ouh, takpe..."kata Suga.Mukanya masih masam.
"Maaflah,jangan merajuk dengan kami..."kataku.
"saya tak merajuk dengan korang cuma..."
"hai Jung Kook!" tegur suatu suara yang tersangatlah aku kenal.Toleh belakang,IU sedang pegang aiskrim di tangannya.Aku nampak dia menjeling Eun Ji disebelah aku.Bila aku pandang Eun Ji,dia juga sedang menjeling IU.
Good Eun Ji!
"maaf,kebetulan saya jumpa dia lepas tu terus dia nak ikut kita."jelas Suga.Mukanya jelas terpancar seribu satu penyesalan.
"takpe,kita abaikan je dia sampai dia give up."bisik aku ke telinga Suga.Dia ketawa mengekek begitu juga Eun Ji.Bila aku pandang Eun Ji,dia buat wink.Mulut dia bergerak mengatakan sesuatu dan aku faham.Dia juga dengar apa yang aku cakap dekat Suga sebab diakan ada super power.Aku menarik tangan Eun Ji mesra,biar si IU tu nampak.
"Eun Ji,awak nak aiskrim?" tanya aku mesra.Aku beri isyarat mata kepada dia kemudian dia ketawa.
"Mestilah nak darling..." giliran aku pula ketawa mendengar jawapan dia.Suga hanya tersenyum nakal ke arah aku.Dia menunjukkam signal 'okey' ke arah aku.Kami mula berbelanja tanpa menghiraukan IU yang ikut kami dibelakang.
"Wah,cantiknya gelang ni!"
"Baju ni cantik kenapa pilih yang tu?"
"hei awak tak dengar ke?"
"Hello~"
"boleh tak awak pandang saya semasa saya sedang bercakap dengan awak?!"
Mulut menahan ketawa mendengar keluhan dari mulut IU,padan muka.Orang tak pelawa nak ikut,dia yang ikut jadi,jangan banyak songeh!
"Eun Ji,jom temankan saya pergi ke kawasan wanita!"
Kata IU sambil menarik tangan Eun Ji,tanpa jawapan yang keluar dari Eun Ji,dia terus diheret oleh IU.Kesian pula aku tengok tapi Eun Ji cakap biar je.Mata terus fokus balik pada pemilihan baju.
Eun Ji P.O.V
"auw!" jeritku bila IU menghentakkan diri ku di dinding rak baju tu.Sedikit tersembunyi kawasan itu.
"Apa masalah kau hah?"tempik IU namun suaranya masih dikawal lagi.
"kau tu,apa masalah kau? Nak meroyan tetiba?"
"Apesal kau menggatal dengan Jung Kook hah?! Sedarlah Jung Kook tu suka aku! Jangan nak perasan sorang-sorang!"
"siapa yang perasan sekarang ni? Kau! Jung Kook tak suka kau malah dia benci kau tahu tak? Hanya disebabkan kau cium dia hari tu kau nak cakap yang Jung Kook suka kau,tapi sebenarnya Jung Kook nak je tampar kau haritu.Kau dah lupa ke yang haritu Jung Kook dah ugut kau? Tak serik-serik lagi ke?"balasku seperti apa yang aku lihat di drama.Biasanya kalau keadaan macam ni watak perempuan baik akan melawan kata-kata watak perempuan jahat.Huhu,berguna jugak aku tengok drama tu.
"Mulut kau jaga perempuan sundal!!!" jerit IU.Tangannya diangkat mahu menampar aku,aku hanya memejamkan mata.
"IU!!!!" jerit satu suara.Bila aku buka mata,satu susuk tubuh megah berdiri dihadapan aku.Bila aku amati, jejaka itu adalah Ji Min.Apa dia buat kat sini?
"lepas la!"jerit IU sambil merentap tangannya.Kemudian dia berlalu dari situ.Dihentak kuat-kuat kaki yang memakai kasut tumit setinggi jari hantu aku.Huh! Padan muka!
"Gumawo Oppa..."ucapku perlahan.
"It's okay.Awak temankan Suga berbelanjakan? Awak dengan Suga je ke?"tanya Ji Min.
"Taklah,saya datang dengan Jung Kook sekali."
"ouh" jawab Ji Min ringkas.Jujur aku kata,Ji Min...bukan macam orang lain.Aku tak boleh baca isi hati Ji Min.Susah.
"Awak buat apa kat sini?"tanya aku.
"Ah,saya cuma..."jawab Ji Min tak habis.Dia menggaru kepala dia.
"...saya beli barang dapur!"jawabnya.Aku hanya mengagguk.Tak tahu sama ada dia berbohong atau tidak.
"Mana barangnya?"tanya aku lagi.
"saya dah masukkan dalam kereta, kebetulan saya nak beli donat kat Big Apple nampak IU tarik awak tu yang saya cepat-cepat masuk."
Donat? Sedapnya!
"kalau awak tak keberatan,jomlah joint kitorang sekali!"ajakku.Sengaja sebenarnya nak mencuba gunakan perkataan Joint tu.Hehe.
"Ouh,boleh ke?" tanya dia.Aku mengangguk.
"Jomlah cari diorang."
"awak sesat ke?"tanya Ji Min.Aku terketawa.
"Takdelah,tadikan IU tarik saya pergi sini." dia pun ketawa perlahan.Kami berjalan menuju ke kawasan pakaian lelaki.Kelihatan Jung Kook sedang membawa baju.Bukan,timbunan baju.
"Semua ni ke kostum kita?!" tanyaku serentak dengan Ji Min.Kemudian kami berpandangan sesama dan ketawa.
"Tak tau,pening aku layan si Suga ni" jawab Jung Kook.
Aik,asal plak Ji Min ni dengan Eun Ji?
Telinga aku menangkap suara hati Jung Kook.
"Ji Min selamatkan saya tadi tau daripada kena tampar dengan IU!" jawab aku bersungguh-sungguh.Jung Kook teebeliak matanya manakala Suga yang sibuk memilih baju pun terberhenti dan menoleh.
"apa?" tanya Jung Kook.
"IU nak tampar kau?" sambungnya.Aku menangguk.
"kenapa pula?" tanya Suga.
"Dia bengang sebab saya cakap Jung Kook tak suka dia cium Jung Kook." kataku selamba tanpa memandang muka Jung Kook dah merah.
"Ya!" jerit Jung Kook namun suaranya dikawal.Kami disitu tergelak bersama-sama.
Jung Kook P.O.V
Selesai beli baju,kami pergi ke restoran Pizza Hut atas permintaan Eun Ji.
Habislah...
"Unnie,pizza combo barbecue saiz besar satu!" order Eun Ji.Nak ketawa aku melihat reaksi Suga dan Ji Min.Nasib baik Eun Ji kawal nafsu makan dia dengan berkongsi.Kalau Suga dan Ji Min takde, alamat tak merasalah aku pizza tu.
"Jung Kook,tadi kau datang dengan Eun Ji kan?"tanya Suga.Aku mengangguk.
"Korang duduk satu rumah ke?"
Uhuk!
Tersedak aku,nasib baik Ji Min hulurkan air kalau tak,mati tercekik aku dibuatnya kat situ.
Aku memandang Eun Ji.Dia buat reaksi selamba.Nafas berat aku hembuskan.
"Ya,kitorang tinggal satu rumah."
"woah~!" jerit Suga dan Ji Min.Eun Ji yang dari selamba dah merah muka.
"Betul ke Eun Ji? Korang...couple ke?"tanya Ji Min.Ada sedikit nada desakan.
"kitorang duduk serumah tapi bukan 'kapal'!" kata Eun Ji.Mulutnya separuh penuh membuatkan dia nampak macam tupai.Comel!
Aku tergelak dia sebut 'kapal'.
"kapal?" tanya Suga.Muka Eun Ji memerah sekali lagi.
"maksud saya...Cou...ple..."Jawab Eun Ji.Suaranya perlahan dan dia tunduk menggigit pizzanya.Suga ketawa namun aku lihat reaksi kecewa Ji Min.
Mamat ni suka Eun Ji ke?
"Bye Eun Ji!"lambai Ji Min kepada Eun Ji.Eun Ji melambai dia balik dengan ceria.
"Ji Min tu baikkan?" tanya Eun Ji.Aku hanya mendiamkan diri.
Ugh,sakitnya hati aku! Tak tau kenapa!
"Hmm,dia memang baik pun."jawab aku.
"Bagi kau...Ji Min tu macam mana?"tanya aku.
"Macam mana yang mana?"tanya Eun Ji balik.
"Yelah,macam perasaan kau kat dia ke...kau...suka dia ke?"tergetar sikit hati aku.Berdup-dap jantung berdetap.
"Entahlah,mungkin..."kata Eun Ji perlahan.Sempat aku kerling dia.Ada senyuman dibibirnya.Cis!
"Ya,ingat! Kau tu watak komik yang bukan manusia! Jangan nak menggatal pulak!" marah aku.Panas tetiba hati.
"Kenapa nak marah tetiba pulak ni?" tanya Eun Ji.Mulut dimuncungkan.Geram pulak aku tengok.Rasa nak gigit je!
Eh,jap.Aku ni dah kenapa?
Argh! Makin hari,makin susah nak faham hati aku ni!