Taman Rekreasi Setia Indah
"Korang tengok ni, dalam masa sehari je da beribu orang mengikuti blog kita." dengan nada kegirangan Syazlin berkata sambil menyorongkan laptop nye kepada kawan-kawannya supaya mereka melihat skrin laptopnya setelah mereka semua telah berkumpul di tempat duduk yang agak lengang sikit orang melakukan aktiviti riadah.
"Wah, tak sangka blog pencarian hantu macam kite ni pon boleh naik!" kata Aqish teruja seiring dengan riak tidak percayanya.
Tujuan mereka berkumpul adalah kerana telah dihantar mesej oleh Rohayu malam tadi.
Throwback
*Perbulan Whatsapp Soul of Ghost*
Rohayu : korang esok jumpa jom?
Aqish: jumpa kat mana? Ada ap?
Am : ok jom! Kat mana?
Adam: Ayu, ko nk buat job baru yang ko ceritakan hari itu ke?
Rohayu: itu esok aku bagitahu korang. Ekh! Jap, Lin mane lin? Nape snyap je?
Aqish: Ala da tido da la tu. Mesti dia penat sebab banyk video yang dia nk upload kat blog uh
Rohayu: okey...esok kita kumpul di Taman Rekreaai Seri indah yang dekat dengan rumah adam tu. Pukul 7.00 pagi. Jangan lambat!
Aqish: cepatnya? Esok aku nk melengkor lagi la atas katil.
Rohayu : tak kira jangan nak besar kan badan je tahu la da lawa.
Am: aku ok je. Esok ada siapa2 nk tumpang x?
Aqish : aku dengan lin nk tmpang. Rumah kita kan dekat.
*Adam, Aqish dan Am membalas ok tanda bersetuju dengan pertemuan itu*
Endthrowback
"Ha, Ayu ada apa nak jumpa kami ni?Job ap?" Aqish bertanya sebagai pemula bicara.
Mereka yang lain juga melihat ke arah Rohayu dan ianya membuka mulut untuk menceritakan masalahnya.
"Takdelah, kat rumah aku tu, asal malam je aku kene kacau semenjak aku dapat kelebihan sixsense ni, aku ada nampak depan rumah aku tu ada 'benda' berkerumun dan banyak sangat macam pasar dan menakutkan." Rohayu menceritakan serba sedikit tentang masalah yang dihadapinya. Am dan Adam memandangnye dengan pandangan kerisauan dan terkejut manakala Aqish dan Lin memandangnya dengan riak yang tidak difahami Rohayu, sama ada terkejut,takut atau risau.
"Erm.. Cuba ceritakan kepada kami dengan terperinci." Syazlin berkata.
"Mula-mula ceritanya macam ni..." Rohayu memulakan cerita
Throwback
Rohayu pov
# malam sebelum pergi ke bangunan#
Selepas melihat masa hadapan tentang bangunan yang ditinggalkan aku terus tidur, masa itu jam pukul 8 malam sebab kepala aku pening sangat(efect dari tengok future). Tak sampai berapa jam dalam pukul 12 tepat aku tersedar sebab ada bunyi bising seperti bunyi *pst..pst..pst* orang bersuara dengan nada seperti berbisik tapi nada yang agak seram. Aku pon buka mata tengok sekeliling bilik aku tapi tiada apa-apa dan bunyi itu masih ada, aku lihat la keluar jendela...
Masa aku lihat keluar jendela aku lihat ada ramai orang, dan banyak ada gerai-gerai
Seperti pasar, aku amati dan amati, aku pelik dengan jualan yang mereka jual sebab apa yang aku nampak ia seperti bentuk tangan tanpa badan tegantung dan masih mempunyai darah yang menitik dekat salah satu gerai yang betul2 berhadapan dengan rumah rumah aku, bila aku tengok dekat si penjual, apa yang aku lihat adalah baju dia seperti koyak rabak, kulit muka pucat, belakangnye berlubang dan berulat dan rambutnya seperti rambut lelaki. Aku yang terkejut seperti hendak menjerit dengan segera menekup mulut supaya tidak mengeluarkan suara kerana 'benda' yang aku amati tadi, dengan tiba-tiba menoleh ke arah ku, dan aku dapat melihat dengan jelas kulit mukanya pucat, tiada bibir, dan mata sebelah kanannya berlohong gelap (tanpa biji mata/belubang) aku segera menutup langsir dan terus terjah ke arah tilam dan menyelebungi diriku dengan selimut, dan memaksa mataku memejamkan mata.
Throwback end
"Bukan malam itu je, setiap malam aku dengar bunyi bising, aku nak menjengah takut, takut aku terkantoi lagi lepastu nanti takut ' dia' datang menjengah kebilik aku. Bukan naiya hidup aku nanti kene ganggu dekat2". Rohayu berkata lagi setelah habis bercerita.
Habis sahaja Rohayu bercerita kawan-kawannya semua terlihat dengan jelas riak terkejutnya dan seakan-akan tidak percaya dengan cerita Rohayu.
"Ko biar betul Ayu? Sejak bila ko dengar dan nampak pasar itu?" Am bertanya dengan nada terkejut dan seperti tidak percaya. Rohayu dengan menunjuk riak kesiannya dengan mata seperti panda sebab tidak cukup tidur menjawab pertanyaan Am, "aku terdengar benda-benda ni semua sejak aku dapat tahu kelebihan aku ni lah."
"Owh! Maknenya pasar itu aku rasa memang da lama ada, cuma kita tidak tahu, sebab selama ni ko tiada kelebihan, betul tak?" Aqish bertanya untuk kepastian
dan Rohayu hanya menjawab "Agaknyalah."
"Tapi kalau pasar tu boleh dilihat hanya dengan kelebihan ko, macam mana kami yang lain nak tengok juga?" Syazlin berkata sambil melepaskan nafas berat seperti juga kawannya yang lain kerana kecewa mereka mungkin tidak dapat melihat pasar 'itu'.
"Itu, lin jangan risau. Sebab aku tahu caranya macam mana supaya korang juga boleh melihat pasar 'itu'." Rohayu berkata dengan yakin. Yang lain telah menunjukkan muka seperti gembira sekali kerana beepeluang untuk melihat pasar 'itu'.
"Tapi apa plan kita?" Adam bertanya.
Mereka mula berfikir untuk menjalankan rancangan.
Tiba-tiba seperti ada mentol menyala di kepala Am. Dia pon memanggil rakan-rakannya supaya mendekat supaya boleh berbisik.
"Apa kata kita menyammar dan pergi ke pasar itu? Aqish solek kita seperti hantu dan lihat dengan lebih dekat lagi apa yang ada kat pasar itu. Lin ko ada kamera kecilkan?" Am memberi cadangan.
"Ada. Kamera tu boleh pegang tapi kita kene baju dengan lengan melebihi tangan kita." Syazlin berkata.
"Ok set! Sambil tu kita boleh rakam. Dan jangan lupa kita ambil gambar dulu supaya Rohayu boleh lihat masa silam dan masa hadapan, supaya tak beri kesan keburukkan kepada kita semua kalau kita jalani plan ini." Am memberi kata putus.
Setelah mereka semua bersetuju dengan rancangan Am, mereka pon balik kerumah masing-masing dan akan berkumpul semula di rumah Rohayu setelah membawa semua barang yang di perlukan dan bermalam di rumah Rohayu beberapa malam untuk menialankan rancangan mereka yang gila itu.
-----------
Dikereta Am
"Aqish bawa semua barang-barang solek yang diperlukan, jangan terlupa, kalau ada yang da habis cakap sekarang supaya boleh pergi beli sekarang." Am memperingati Aqish
"Ok. Dan barang semua cukup." Aqish menjawab.
"Ha nie korang, nanti nak pergi rumah Rohayu nak tumpang aku ke sendiri-sendiri?" Am bertanya lagi sambil memandang dengan ekor mata ke Aqish yang duduk di sebelahnya dan Syazlin yang duduk di tempat duduk belakang kereta honda citynya itu.
"Kitorang nak tumpang, supaya senang aku nak buli ko angkat barang-barang aku." Syazlin berkata sambila mengekek ketawa.
"Apa-apa sahajalah, tapi yang pasti nanti jagan lupa bawa instant kamera tau!" Am memberi amaran.
"Ye lah datuk cerewet." Syazlin berkata dengan geram kerana tidak suka asyik diingati oleh Am yang menggap ia seperti pelupa.
Tidak lama kemudian sampailah di rumah Aqish dan Am menurunkannya di depan rumah. Setelah itu Am terus menuju ke Rumah Syazlin, walaupon rumah kawan-kawanya itu telah melepasi rumahnya ia tetap sanggup menghantar.
----------------
Rumah Rohayu
#Rohayu pov#
Tepat seperti yang telah dijanjikan, mereka semua telah berkumpul dirumah ku pada pukul 6.00 petang. Sesampai sahaja mereka dirumah aku, aku serta mak sedang menyediakan makan malam, mereka yang lain aku ajak untuk masuk ke bilikku kerana, mereka mahu mengambil gambar dahulu melalui jendela bilikku. Setelah aku menghantar mereka ke bilik aku, kembali menolong makku menyediakan makanan.
"Koraanng! Jom turun makan." aku menjerit dari tingkat bawah memanggil mereka kerana malas untuk naiki tangga. Mereka yang mendengar jeritan ku terus sahaja turun dan menuju ke dapur membontotiku.
---------
Setelah kami siap solat mahgrib berjemaah yang telah diimamkan oleh Adam, kami termasuk makku tadarus al-Quran semntara menunggu waktu isyak tiba.
Usai sahaja kami bersolat isyak, aku mengajak mereka menuju ke bilikku untuk meneruskan rancangan kami. Sesampai sahaja dibilik mereka menghulurkan aku sekeping gambar polaroid, fahamlah aku bahawa mereka mahu aku melihat masa silam tempat ini dan masa hadapan jika kami terus menjalankan rancangan kami.
Sebaik sahaja aku memagang gambar tersebut, perkara yang sama berlaku kepada aku, aku terasa seperti ada aliran elektrik yang meresap masuk ke dalam badan ku melalui tangan ku yang memegang gambar tersebut dan terus menuju ke mata dan dengan tiba-tiba badanku terasa ringan dan melayang seperti dibawa ke suatu tempat...
Flashback
Apbila buka sahaja mataku setelah pasti bahawa aku telah sampai ke suatu tempat, aku melihat sekelilingku seperti hutan dan seperti tiada tanda-tanda manusia menduduki tempat itu tidak seperti taman yang ada sekarang.
Tidak semena-mena kawasan hutan yang sunyi sepi itu bertukar menjadi ramai peniaga yang sedang meniaga di situ, tetapi peniaga tersebut bukanlah manusia kerana apa yang didagangkan tidak ada seperti dipasar yang selalu aku pergi, aku berada di tengah-tengah kawasan pasar tersebut, aku melihat ada satu gerai ini menjual pelbagai bentuk anggota badan, seperti tangan,badan, kaki dan kepala yang tergantung seperti apa yang dipasar biasa yang menjual lembu tetapi pasar ini menjual anggota badan manusia.
'Benda' yang menjual anggota badan tersebut pula adalah 'benda' yang sama seperti yang aku lihat didepan rumah aku hari itu.
Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain (memusingkan badan) . Di situ pula aku melihat ada sebalang air, semuanya bewarna merah seperti darah dan dilebel setiap balang tersebut, terlihat ada label O,AB,A dan B. Baru aku faham air tersebut adalah darah. Aku terus mengamati pula orang yang menjual darah tersebut, ia berambut panjang dan lurus, kulitnya pucat dan terdapat dua taring di mulutnya yang seperti amat tajam, pemakaian nye pula serba merah.
Tiba-tiba pasar itu menjadi ramai pengunjung ada yang seperti baru mendarat dari atas ada yang seperti terlompat-lompat. Aku sudah tidak tahan untuk melihat muka-muka mereka yang menyeramkan, terus memejamkan mata selama beberapa saat dan bila aku buka mata, aku seperti berada di tempat lain, tetapi rupanya tidak yang membezakan tempat ini lapang dan waktu telah siang serta tiada pokok-pokok dan aku dapat lihat dengan jelas terdapat papan tanda yang hanya beberapa meter dari tempat ku berdiri, aku yang berkeinginan ke papan tanda tersebut seperti terbang ke sana.
Papan tanda tersebut mengatakan yang kerja pembinaan dijalankan untuk membangunkan tempat tersebut.
Tiba-tiba badan aku seperti berpusing-pusing sehingga membuatku pening, aku yang tidak tertahan memejamkan mata,
Dan apabila ku membuka mata...
Flashback end
Apabila aku membukakan mata ku dengan perlahan aku melihat aku sedah berada didalam bilikku bersama dengan rakan-rakanku yang duduk disofa yang ada di dalam bilikku ini. Aku melihat mereka menunggu ku membuka mulut untuk membukakan cerita.
"Korang sebernanya tempat ini dulu hutan yang telah didiami oleh mahluk-mahluk halus, mereka selalu akan berkumpul ditempat ini dan menyajikan pelbagai hidangan yang mahluk seperti diorang suka. Manusia seperti kita yang telah ambil tempat mereka, tetapi mereka tidak kisah dan masih menjalankan aktivti mereka seperti biasa setiap malam iaitu menjual setiap keperluan yang mahluk seperti mereka perlukan." aku menceritakan kepada mereka
"Jadi maknenya malam ni pon ada? Dan ada banyak jenis hantu akan berkumpul di satu tempat ini?" lin mengajukan pertanyaan apabila aku selesai bercerita dan aku hanya mengangguk. Mereka yang lain setelah melihat anggukkan aku mereka tersenyum dengan lebar yang sepeti tidak takut apa yang akan mereka lihat nanti.
"Ok lah kalau macam itu, hari ini kita akan berpeluang melihat lebih banyak lagi hantu seperti yang di siarkan di filem-filem secara live dan yang real." Adam kegirangan.
"Hurm..." Am seperti berfikir. "Ok, kalau macam sekarang ko lihat pula ke masa hadapan apa yang akan berlaku kepada kita nanti jika rancangan tetap dijalankan."
Aku mengangguk dan terus beeniat untuk melihat masa hadapan. Apabila selesai sahaja aku berniat, dengan tiba-tiba aku terkujat dan..
Keadaannya seperti berbeza kerana aku merasa seperti berada dalam bilik tetapi didpean ku seperti ada skrin yang menunjukkan seperti apa yang akan berlaku kepada kami serta ditunjukkan sperti video yang ditunjukkan dengan amat pantas
Aku melihat solekkan Aqish amat menjadi dan kami berjaya menyusup masuk ke dalam pasar tersebut, tetapi dengan tiba-tiba seperti ada mahluk yang seperti manusia dan hodoh seperti zombi perasan akan kehadiran kami dan mengejar kami.
Tetapi kami dapat melarikan diri ke jalan besar yang banyak kereta. Dan tiba-tiba hari menjadi pagi.
Skrin itu tetiba menjadi seperti tv yang ketiadaan siaran dan badanku tersentap dan skrin itu menghilang seperti hilangnye paparan apabila tv ditutup.
--------
Mereka melihat Rohayu seperti tersentap dan seperti melihat sesuatu didepannya apabila Am menyuruhnya melihat masa hadapan dan Rohayu terlihat kaku tidak bergerak selam beberapa minit. Tidak lama kemudian Rohayu terlihat seperti telah kembalu ke alam nyata kerana ia telah melihat rupa kawan-kawannya yang duduk dalam keadaan seperti separuh bulatan.
Am yang melihat Rohayu telah kembali ke alam nyata mula bertanyakannya soalan yang ada difukirannya kenapa ia berkelakuan seperti tadi.
"Ayu apa yang jadi nanti? Adakah kita akan selamat?" Rohayu menarik nafas sebentar dan melepaskan nafasnya dengan tenang lalu berkata, "kita akan selamat, tapi nanti akan terkantoi dan alan dikejar." kawan-kawan perempuannya yang mendwngar kata-katanya agak terkejut tetapi masuh dalam keadaan tenang.
"Takpelah. Sekurang-kurangnya ada pengalaman dikejar.huhuhu" Aqish berkata dengan tenang walaupon ia terasa sedikit agak takut.
"Erm ok. Tapi boleh tak kita tidur sekejap?" Rohayu berkata kerana ia berasa amat pening setelah menggunakan kuasanya.
"Ok. Kita rehat. Lagipun sekarang baru pukul 9.00 malam..." Am berkata lalu memberikan cadangan, " kita mulakan rancangan kita pukul 1.00 pagi."
Mereka yang lain bersetuju. Yang lelaki disurih oleh Rohayu untuk berehat dibilik ruang tamu dibawah yang telah ditunjukkan Rohayu setelah mereka sampai petang tadi, manakala rakannya yang perempuan tidur bersama Rohayu kerana katil Rohayu agak muat juga untuk mereka bertiga.
---------------
Bersambung....