Apa kau rasa manusia itu tidak bertalam?
apa kau yakin kau tersangat jujur pada diri kau?
apa kau tahu kau juga sedang bertalam?
tidak percaya?
meh aku list kan satu per satu.
Di hadapan ibu ayah kau, kau lah malaikat.
Di hadapan adik beradik kau, kau bagai anjing dan kucing.
di hadapan rakan-rakan kau, kau bagai isi dengan kuku.
Di hadapan pendidik kau, kau lah ulat buku.
Di hadapan masyarakat, kau tersangatlah pemalu.
Di hadapan sepupu sepapat kau, kau bagai insan tersempurna.
Di hadapan pakcik makcik kau, kau lah manusia yang ringan tulang.
Jadi, kau masih mahu menolak falsafah aku?