Suamiku Paling Sweet

By karyaseni2u

199K 4.6K 469

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10

Bab 4

12.8K 314 7
By karyaseni2u

 "Hore... Boleh belajar panjat pokok. Cepatlah, kakak." Hafiy semakin teruja.

"Kejaplah... Kakak nak ready dulu. Pertama, nak panjat pokok, you must get ready." Entah petua mana yang mengarut aku turunkan kepada Hafiy. Haha.

"I'm ready. I'm ready." Hafiy dah melompat-lompat kegembiraan. Aku membetul-betulkan tudung, baju dan seluar. Tak kena gayanya, mahu terselak semuanya. Nasib baik jugalah rumah jiran tak ada orang. Kalau tak, mahu dapat serangan jantung dia orang tengok gadis bertudung panjat pokok jambu.

"Kakak... Lambat lagi ke?" Hafiy dah tak sabar-sabar.

"Sabarlah dulu. Bersabar kan separuh daripada iman." Aku sengaja melengah-lengahkan masa. Di samping itu, boleh juga aku nak berkenal mesra dengan Hafiy.

"Hafiy... Nak panjat pokok ni, daddy Hafiy tak marah ke?" Aku cuba menggertak Hafiy. Manalah tahu kot-kot dah beralih hati lepas dengar nama daddynya.

"Mummy kakak tak marah ke kakak panjat pokok?" soal Hafiy balik. Nasib baik aku tak panjat pokok lagi. Kalau tak, dah sembah bumi dah aku. Tak pasal-pasal rancangan aku terlaksana belum masanya.

Aku sengih kat Hafiy. Mahu aku kena kejar dengan parang kalau mama tahu aku panjat pokok. Tak cukup dengan tu, mungkin 'mahkamah' di dalam rumah turut mengambil tindakan.

"Kakak dah besar. Mestilah mama kakak tak marah. Hafiy tu kecik lagi."

"Kakak ni bisinglah. Cepatlah kakak," gesa Hafiy lagi.

"Yalah... Yalah..." Aku menurut. Karang budak ni boring, lain pula jadinya.

"Hafiy, kalau akak tanya Hafiy jawab tau. Jangan diam pula," pesan aku. Hafiy buat tanda okey dengan jarinya. Comel betul!

Ada sebab aku nak dia jawab semua persoalan aku. Sebab aku tak nak dia diam. Apabila seseorang budak diam, maknanya dia sedang fokuskan sesuatu. Sebab aku tak nak dia fokus kepada perkara lainlah aku nak dia jawab soalan aku. Hehe... Bijak juga rancangan aku.

"Hafiy, are you ready?" soal aku gembira.

"I'm ready."

"Ala... Excited la sikit, Hafiy. Kuat lagi. Are you ready?"

"Yeah... I'm ready!" Hafiy melompat-lompat gembira.

"Sure ready?" jerit aku.

"Sure ready!" Hafiy jerit sama.

"Okey... Let's go!" Aku tergelak sendiri. Sejak bilalah aku terlebih makan gula ni? Haha... Sengal betul!

Aku mula memanjat. Pokok jambu air ni boleh tahan tingginya.

"Hafiy, cuba Hafiy tengok ada tak buah jambu?"

Apabila aku melihat mata Hafiy melilau mencari jambu, aku terus memanjat secepat mungkin.

"Tak ada, kakak," jawab Hafiy. Ketika Hafiy kembali berpaling kepada aku, aku dah hampir naik ke atas pokok. Memanglah tak ada sebab sekarang ni bukan musim jambu. Haha. Sengaja aku nak auta Hafiy.

"Dah sampai atas. Macam tu la caranya nak panjat pokok." Aku sengih kat Hafiy.

"Wah... Kakak betul-betul pandailah. Hafiy nak panjat juga. Hafiy nak panjat juga." Hafiy menepuk tangan beberapa kali. Gembira benar dia.

"Nampak tak macam mana kakak panjat tadi?" soal aku. Dia diam.

"Tak ingatlah, kakak. Kakak suruh Hafiy cari jambu tadi." Muka Hafiy dah masam.

"Ala... Hafiy ni. Penat kakak panjat, tahu tak? Masa cari jambu, masa tu pun boleh tengok kakak." Aku pura-pura marah.

"Jangan marah Hafiy. Sorry. Kakak tunjuk sekali lagi, boleh tak? Bolehlah... Bolehlah... Please?" Hafiy cuba membodek aku dengan gaya comelnya. Alahai... Comelnya budak ni! Nak cubit-cubit aje rasanya pipi dia.

"Kakak tunjuk sekali lagi. Tapi, kali ni kalau Hafiy pandang tempat lain, kakak merajuk. Tak nak ajar Hafiy lagi."

Aku turun dari pokok. Nampak gayanya semuanya berjalan dengan lancar kali ni. Tinggal misi terakhir aje iaitu buat-buat jatuh dari pokok. Sebab bak kata abang...

"Kalau kita tak nak kucing kencing merata, kita kena ajar dia macam mana nak kencing dalam toilet. Baru kucing tu belajar."

Maksudnya, kalau aku tak nak Hafiy panjat pokok dan membahayakan diri sendiri, aku kena tunjukkan bagaimana panjat pokok boleh membahayakan. Baru Hafiy boleh belajar. Kanak-kanak harus belajar daripada pengalaman.

"Kakak start ni," kata aku. Kali ni Hafiy betul-betul fokus. Aku kena buat sesuatu yang mengganggu fokus dia.

"Hafiy, Hafiy tak takut daddy marah ke panjat pokok?" soal aku balik.

"Tak. Sebab Hafiy dah call daddy." Aku terkejut. Boleh pakai ke kata-kata Hafiy ni? Entah-entah dia sengaja nak auta aku. Orang cakap kanak-kanak tak reti menipu, ya ke?

"Habis, daddy tak marah?" selidik aku. Gila sporting kalau tak marah anak kecil dia nak panjat pokok.

Aku dah sampai atas sambil bertenggek di atas dahan pokok. Penat!

"Tak... Daddy cakap dia nak balik tengok Hafiy panjat pokok. Daddy suruh tunggu dia." Aku ketawa. Waras ke tak daddy Hafiy ni? Entah-entah ni pun satu peperangan psikologi. Hafiy takkan panjat pokok kalau daddy dia tak ada. Jadi, selagi daddy Hafiy tak balik, selagi itulah Hafiy takkan panjat pokok. Macam itulah agaknya. Biar Hafiy terus menunggu sampai malam. Betul juga. Takkanlah dia nak balik.

"Hafiy nak tunggu daddy Hafiy balik dulu ke?" soal aku.

"Mestilah. Daddy kan nak tengok Hafiy panjat pokok."

"Kalau macam tu, kakak turun dulu. Kita tunggu daddy Hafiy sama-sama." Aku mula memanjat turun. Masa untuk jalankan misi! Kenalah sampai kat tempat rendah dulu, baru buat-buat jatuh. Kalau tak, mahu patah tulang aku kalau tak kena gayanya. Tak pasal-pasal diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri.

"Hafiy!"

Suara asing yang garau itu membuatkan aku betul-betul terkejut. Malaun mana pula yang buat aku terkejut sakan ni? Setahu aku abang aje yang selalu buat aku macam tu. Terkejut punya pasal, keseimbangan badan aku mula hilang. Tangan yang menggenggam dahan pokok tak sempat berpaut balik. Graviti bagaikan menarik aku.

"Mama!" Aku menjerit ketika jatuh.

"Hey, watch out!" Pada masa yang sama suara garau itu menjerit.

Terasa badan melayang-layang sebelum jatuh ke bumi. Bukan! Ada tangan asing yang cuba menyambut aku. Tapi tindakannya sedikit terlambat sebab akhirnya kedua-duanya turut sama terjatuh. Aku jatuh terhempap di atas dada lelaki itu.

"Daddy... Kakak..." Aku mendengar Hafiy memanggil.

"Are you alright?" soal lelaki itu.

Aku angkat muka. Perkara pertama yang aku nampak. Matanya! Terpanah seketika dengan tusukan lembut anak mata biru-hijaunya. Cantiknya mata dia! Begitu secocok dengan raut tampannya. Aku terus mengalihkan pandangan mata. Baru tersedar yang aku masih di atas dadanya. Apabila cuba bangun, tangannya masih memeluk pinggang aku.

Ewah, sedara! Best peluk pinggang anak dara orang? Segera aku berdehem sebelum dia cepat-cepat mengalihkan tangannya. Aku terus duduk di atas tanah.

"I'm okay."

Dia turut bangun sambil menepuk-nepuk baju kemeja ungu mudanya dan seluar slek hitamnya yang dah kotor.

"Kakak... Kakak okey? Kakak sakit?" Hafiy tanya aku. Terharu aku dengan keprihatinan Hafiy.

"Kakak okey."

Shit! Hancur ana punya program. Patutnya aku jatuh masa nak sampai tanah dah. Lepas tu buat berkerut-kerut muka macam menahan sakit yang melampau untuk buatkan Hafiy takut untuk panjat pokok. Hancur... Hancur... Memang aku jatuh, tapi tak seperti yang aku rencanakan. Aku pandang atas pokok. Gila tinggi masa aku jatuh. Nasib baik tak jadi arwah aje aku tadi. Semuanya daddy Hafiy punya pasal.

Aku cuba bangun. Argh... Kaki aku! Aku kembali terjatuh.

"Kakak..." Hafiy memanggil aku.

"Kaki kakak sakit, Hafiy. Aduh..." adu aku. Serius sakit! Berkerut-kerut muka aku menahan sakit. Kali ni bukan lakonan drama queen.

"Jom saya bawa awak masuk." Daddy Hafiy menawar budi. Dia cuba mendukung aku sebelum aku mengelak.

"Tak apa... Hafiy, panggilkan Bik Santi," arah aku. Cuba menolak budi. Eee... Tak naklah aku kena dukung. Selagi ada cara lain, selagi itulah aku takkan benarkan dia dukung aku. Dia ingat dia tu abang aku ke?

Hafiy patuh. Terkocoh-kocoh dia berlari memasuki rumah. Maka, tinggallah aku dan daddy Hafiy berdua. Terasa orang sebelah aku ni macam nak lancarkan perang!

"Awak ni tak ada kerja lain ke nak buat selain ajar anak saya panjat pokok? Nasib baik saya cepat sampai, kalau tak memang nasib anak saya sama macam ni." Dia memarahi aku.

Rasa nak cekik aje mamat ni. Dia yang datang tersalah masa. Kalau tak mesti dah lancar semua rancangan aku.

"Saya tahu apa yang saya buat, sedara. And you, ruin my plan," balas aku geram. Oleh sebab aku tak tahu nak panggil apa, aku bahasakan dia sebagai sedara aje.

"My mom gave me a very handsome name. Izz Haikal. My name is Izz Haikal. And not sedara. Do call me Izz. I'm Hafiy's daddy." Dia memperkenalkan diri.

Aku senyum. Kalau dah daddy Hafiy begini kacak, patutlah Hafiy comel sangat. Tapi, kenapa aku nampak muka Hafiy dengan daddynya tak sama? Ooo... Mungkin Hafiy ikut mummy dia. Mesti mummy Hafiy juga cantik orangnya. Tapi aku tertanya-tanya. Mummy Hafiy ni sebenarnya masih hidup atau dah meninggal? Kalau hidup lagi, kenapa bercerai? Suami bukan main kacak, kalau aku jadi isteri dia, nak lepas pun sayang. Entah-entah daddy Hafiy ni curang tak? Dah macam-macam persepsi buruk aku tanamkan di dalam kepala.

"Kalau anak saya jatuh masa panjat pokok nanti, tahulah saya nak buat apa." Lelaki bernama Izz itu mengugut aku. Rasa gerun? Haha... Sikit pun tak. Bukan akulah weh.

"Don't worry. Hafiy takkan panjat pokok. Percayalah." Aku menjawab yakin. Over confident terlebih aku ni.

"Awak belum kenal macam mana sikap Hafiy. Dua hari awak kenal dia tak cukup." Izz membalas.

"I promise you that Hafiy will never talk about climbing tree in future. Trust me."

"Yakin sangat kenapa?" soal dia dengan dahi berkerut.

Ketika itulah Hafiy bersama Bik Santi datang. Lega betul rasanya. Nasib baik ada Bik Santi. Kalau tak, menangis aku kalau ada mamat tu aje. Aku lebih rela telefon abang daripada didukung Izz.

"Waduh... Gimana bisa jatuh, non?" Bik Santi membebel panjang.

"Kakak... Sakit lagi ke? Mesti sakitkan kalau jatuh?" Hafiy menyoal siasat.

"Memang sakit, Hafiy. Tiap kali panjat pokok, memang selalu jatuh. Sakit sangat. Hafiy nak belajar panjat pokok, kan? Daddy Hafiy dah sampai. Hafiy pula panjat pokok, ya?" Aku makin mengaduh kesakitan. Sengaja.

Bulat mata Izz mendengar kata-kata aku. Pastinya tak senang duduk kalau Hafiy bersetuju. Memang kena bersedia untuk menyambut Hafiy yang pasti akan terjatuh.

"Tak nak... Hafiy tak nak jatuh. Sakit. Hafiy tak nak sakit macam kakak. Kesian kakak. Tak nak belajar panjat pokok dah. Nanti jatuh." Hafiy menggeleng-geleng kepala.

Aku senyum. Tak sia-sia aku jatuh. Penakut juga budak ni rupa-rupanya. Nasib baik juga dia takut sakit. Kalau tak? Memang matilah aku kena kapak dengan daddy Hafiy. Aku nampak wajah Izz kelegaan.

"Memang sakit. Lain kali, jangan nak cuba panjat pokok," nasihat aku.

Bik Santi menolong aku bangun. Sebelum melangkah pergi, sempat aku berpaling ke arah Izz.

"Because he learnt something precious," kata aku. Hanya kami berdua yang faham.

Continue Reading

You'll Also Like

157K 12K 68
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
41.1K 647 42
takde pape pun
17.4K 2.5K 37
3rd Tengku The Series Dua Hira. Anak yang 'tidak bertuah' yang menjadi cinderella tanpa rela dalam keluarga. "Kau ingat aku tauke balak ke apa? Asal...
1.9M 86.1K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...