[COMPLETED] In A Revenge Of L...

By SuamikuKacakGila27

832K 44.6K 2.7K

"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Bol... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
The Ending Of In A Revenge Of Love...
62 (Special Chapter)
Speacial Chapter For 2016 ^_^

34

10.4K 654 21
By SuamikuKacakGila27

"Oo... omma?"

Puan Kim memandang anaknya dengan wajah yang menunjukkan pelbagai riak. Bingung, terkejut, sedih. Semuanya ada membuatkan Kai kerisauan. Adakah Puan Kim mendengar segala apa yang berlaku tadi? Oh Tuhan! Dugaan apakah ini?

"Oo... omma buat apa kat..."

"Ikut omma ke cafe. Sekarang." Terus Puan Kim berlalu dari situ meninggalkan Kai yang terpinga-pinga melihat susuk tubuhnya pergi itu. Suara itu juga kedengaran agak tegas dari biasa. Seperti Kai mempunyai salah yang sangat besar.

Tanpa berlengah, Kai segera membuntuti langkah ibunya yang sudah jauh itu untuk ke kafe hospital. Setibanya di sana, Kai terus ke meja yang Puan Kim duduk. Kerusi ditarik dan punggung dilabuh.

"Omma nak cakap pasal ap..."

"Hye Jin Young. Kamu tampar dia?" Jerkah Puan Kim membuatkan Kai terkedu. Sah! Puan Kim dengar rupanya setiap apa yang mereka bualkan di dalam bilik tadi.

"Kai tak sengaja, omma."

"Janganlah memaksa hati perempuan, Kai. Omma dengar semuanya tadi. Jin Young macam... terpaksa. Kan? Kai, cinta tak boleh dipaksa."

"Tapi boleh berputik..."

"Dengan cara memaksa. Macam tu?"

Kai diam. Dia menekur memandang tangannya kanannya yang sudah naik pada wajah Jin Young tadi. Menyesal. Sungguh, hatinya seolah meronta mahu memutarkan kembali masa tadi. Dia mahu pergi membetulkan semula keadaan.

"Dia pregnant. Sebab tu dia cakap yang bukan-bukan. Tolonglah, sayang. Jangan sakitkan perempuan. Omma perempuan, omma tahu macam mana rasanya." Kata Puan Kim yang seakan-akan merayu meminta Kai memahami situasi Jin Young. Anaknya seakan-akan memaksa Jin Young supaya membalas cintanya semula. Puan Kim dapat melihat dari air muka Kai, yang lelaki itu sangatlah mencintai Jin Young. Tetapi Jin Young? Serasanya tadi, Jin Young tidur, tetapi dia berpatah balik semula apabila Jin Young memekik menyeru nama anaknya. Sebab itulah dia tergerak hati ke sana semula dan mendengar dari awal. Apa sebenarnya yang berlaku. Betapa terkejutnya dia bila terdengar bunyi tamparan. Dari pelosok celah-celah pintu itu, dia dapat mendengar dengan jelas sekali bagaimana pergaduhan itu berlaku. Pergaduhan itu telah memberikannya satu maksud yang Jin Young seperti memasang angin dendam terhadap Kai.

"Kai cintakan dia, omma. Kai nak dia, jadi isteri Kai. Dia beri Kai 2 month untuk ambil hati dia. Kalau Kai gagal, dia nak gugurkan anak tu." Kata Kai dalam nada yang penuh risau. Risau sebenarnya. Buatnya Jin Young tiba-tiba bertindak luar kawalan, tak ke gila?!
"Gugur?" Puan Kim agak terkejut di situ. Sehingga macam tu sekali Jin Young membencikan anak lelakinya ini hingga sanggup digugurkan anak dari benih Kai itu. Puan Kim meraup wajahnya beberapa kali. Dia perlu membantu anaknya.

"Ya. Kai tak nak, omma. Kai sayang dia, sayang anak Kai. Tapi kalau dah tak ada jodoh, takkan nak paksa." Kai pasrah. Dia sudah tidak mampu hendak kata apa lagi.

"Omma boleh tolong Kai."

Kai mengerutkan dahinya. "Tolong?"

Puan Kim mengangguk.

"Apa dia?"

Bersambung...

Rasa ayat macam keling. Tak ada idea ahh... sorry kalau boring atau pening. Pendek eh? Ha tu ahh... x de idea dah.. sorry! Kbye.

Continue Reading

You'll Also Like

677K 27.2K 55
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot...
324 157 9
Love Or Friendship? 'Just because of love,our friendship broke.' 'I didnt hope all this happen.' 'I hate you! You are not my friend anymore!' 'Whatev...
477K 38K 57
"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabk...
23.8K 1.5K 16
S H O R T S TO R Y Ini bukan kisah dari benci jadi cinta mahupun dari cinta menjadi benci.Bukan juga kisah kahwin paksa ataupun kisah cinta yang ro...
Wattpad App - Unlock exclusive features