Biasa

By HusnaNabila90

2 0 0

Kisah-kisah yang biasa di kota raya, tapi diasingkan kerana penafian atau memalukan. More

Orang-Orang Malam

2 0 0
By HusnaNabila90

Aku bukan orang-orang malam seperti subjek-subjek di dalam Kumpulan Cerpen Atas Nama Malam oleh Seno Gumira Ajidarma. Tapi selepas membacanya, jiwa ini terusik juga dari satu muka surat ke muka surat seterusnya. Kenapa mesti "orang-orang" dan "malam" dikaitkan dengan sisi tak bermoral? Malam? Gelap? Mesti tak bermoral? Manusia-manusia yang hidup tanpa moral? Ringkas sungguh pemikiran itu!

Aku mahu jerit, "Hoi! Simpleton!" Tapi mulut terbungkam dan aku terus menatap keluasan langit petang itu. Sudah hampir sebulan masih membengkak dalam jiwa. "Simpleton betul... Hmm... Tapi tak baik kata begitu pada orang. Tapi...geram." Suara hati terus menjerit-jerit.

Langit biru ku lihat dari balik salah satu dinding kaca unit sebuah kondominium be"servis" mulai meredup. Matahari entah di mana. Di belakang bangunan kah?

Apa-apa pun, aku mesti sebut "kondominium" walaupun unit ini tiada kaitan dengan aku. Aku hanya menumpang senang.

Sebulan yang lepas, aku tidak kisah dengan "kondominium beservis" atau orang-orang malam. Kini, aku sebut. Seperti malam itu gelap, gelap itu berstatus tidak bermoral, aku sebut kondominium itu agar ada status! Walaupun aku sendiri tak tahu apakah status yang dilambangkan oleh kondominium beservis? Atau bersama dengan seseorang yang mampu tinggal di situ.

Ya... Aku sebenarnya tidak tahu, tapi acah-acah tahu. Petang-petang yang bakal gelap ini, aku meragam! Dingin ruang itu tidak menyejukkan hati yang membengkak nanah! Inflammation kata orang, dijangkiti kuman dari simpleton!

Ruang tamu berpenghawa dingin semakin sejuk berbanding jam 4 petang tadi. "Simpleton! Pui! Kalau simpleton jumpa orang-orang malam, apa mereka buat? Kita tahu apa yang dorang akan buat! Pui!"

Sekarang, aku tidak pasti sudah jam berapa selepas habis membaca. Tubuh masih terbaring selesa di atas sofa dari mula buku dibuka, sehingga tamat cerita. Berselimut. Setitis air pun aku belum teguk.

Ah, karya ini memang enak dibaca! Tetapi kini aku resah. Boleh rasa jiwaku membengkak. Adakah karya ini sepatutnya enak dibaca? "Am I normal?"

Aku sama sekali tidak berpandangan sorot kepada subjek-subjek yang disebut di dalam naskah kecil berkulit hitam dan ungu. Teruja, aku benar-benar ambil berat akan setiap kisah mereka itu. Si pembancuh air arak? Si kupu-kupu malam? Si anak yang lahir tanpa tahu siapa ibu dan bapanya? Aku kisah. Itu sahaja. Adakah aku ialah mereka? Bukan. Adakah aku kesian? Tidak. Tapi aku ambil berat.

Apa? Apa lagi? Tujukan kepada aku! Aku katakan. Berikan pada aku, aku boleh hadapinya. Akhirnya, buku itu terletak senget di atas meja kopi kekasih ku. Kekasihku datang dengan tiba-tiba dengan senyumnya. Ah, salah satu senyuman kegemaran aku.

"Ok ke tu?"
"Sejuk."
"Alahai, kesiannya."

Dia menyelit selimut empuk ke bawah kakiku, membalut kemas, agar terawat sejuk itu. Satu kucupan. Haaa... Terlupa sedetik dua yang aku sedang marah.

"Terima kasih, awak."

Dia kembali ke kerja-kerjanya.

Dari bait-bait memetik variasi Martini, whisky atay whiskey, kerja-kerja ketika keterdesakan hidup, cinta-cinta hangat yang kekadang hanya 5 minit, ganja dan butiran rupa tatu yang lebar-lebar pada tubuh telah menangkap perhatian ku dan mengasyikkan imaginasi aku. Tidak lupa juga ayatnya yang lancar ditulis pada cerpen terakhir, "...dengan mudah melorotkan celananya yang ketat itu."

Panas pembacaan aku pada petang Sabtu sementara menanti kekasihku yang sedang bekerja keras di bilik "pejabat"nya. Secara jujurnya, terbeliak dan terkedip-kedip juga mataku membaca sorotan peristiwa dalam cerpen yang berkenaan.

Koleksi panas ini, semuanya terlahir di tahun 90-an, di Indonesia. Tiba-tiba aku tersengih kerana teringat beberapa karya dari Malaysia tahun 80-an dan 90-an yang membuat pembaca panas tubuh. Dan entah mengapa, aku bersyukur karya-karya ini sudah diterbit. Jika cubaan ini dilakukan kini, di Malaysia, kemungkinan akan terpetik ayat "Kerasukan apa ini dowh? What the fuck? Tak bermoral! Memang layak kena kecam!!!" Kata salah satu blok NETIZEN.

Zaman sudah berubah. Orang-orang malam pun sudah berubah. Cara mengecam juga sudah berubah.

Aku, si Millennial yang tidak melatah dengan "orang-orang malam." Dan kini aku termenung. Berulang-ulang kali aku terfikir, "That's what gives me away to certain people, isn't it? Damn it? Adakah aku akan dihukum oleh manusia-manusia dengan herd mentality?"

Ketik-ketik dari pejabat kekasihku semakin jelas. Tekun dia bekerja. Aku ingin asyik bekerja dan poket ku stabil sepertinya. Aku mahukanAku terus termenung. "Aku kena cari kerja tempat lain! Aku tak boleh kerja di tempat macam tu! Tak selamat! Kalaulah mereka tahu tatu aku... Argh! Cukuplah syak wasangka dan umpat mengumpat hanya sebab aku tak bertudung dan tak ke surau. Cukuplah. Aku datang situ nak kerja. Tapi pilihan peribadi pula jadi isu."

Aku tak melatah dengan orang-orang malam. "Malam? Hanya kerana malam, tidak bermaksud gelap itu tidak bermoral."

Setahu aku, aku bukan orang-orang malam. Tapi...Aku ada tatu kecil, tersorok. Aku pernah minum arak, sudah lama berhenti. Aku pernah merasa ganja, sudah lama berhenti. Aku hanya guna magic mushrooms hanya beberapa kali dan tidak lagi menginginkannya. Aku tak buat masalah dan hanya nikmati muzik. Ini zaman sudah moden!

Bukan lagi zaman penyalahgunaan! Zaman Woodstock dan Golden Triangle sudah lama tamat! Aku merasa rimas apabila menonton Where The Buffalo Roam (1980) dan Fear and Loathing in Vegas (1998).

Aku tidak pernah bersugar daddy atau berkahwin demi kelangsungan hidup. Aku tak reti merayu domba pada suami orang atau mencuri.

Entahlah... Jika benar aku orang-orang malam sekalipun, tidak bermaksud aku wajar dipijak-pijak sesuka hati. Hati aku benar-benar membengkak dengan kelompok Netizen yang Simpleton.

"Hidup dorang bosan, awak... Bersabarlah."
"Pelik gila dengan orang claimed dia Netizen depan mata. Kemudian bawa drama-drama Netizen ke dunia realiti."
"Iyalah... Sebenarnya, lebih kurang je komen-komen di medsos tu. Kan? Cuma medium lain."

Aku menggolek diri jatuh dari sofa. Kekasihku menggeleng-gelengkan kepala sambil terus tersenyum. "Skor tak siap lagi. Tapi ada show malam ini."

Buku apa yang harus aku baca selepas ini?

"Awak siap-siaplah dulu."

Orang-orang malam? So? Kau yang siang sangat tu pun keluar malam dan membuli. Hish! Rimas aku!

Continue Reading

You'll Also Like

235K 5.2K 18
𝙋𝙚𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙋𝙋𝙒 𝘿𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙞𝙡𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙈𝙖𝙢𝙥𝙞𝙧!!!🔞 ꧁༺ 20 𝓐𝓹𝓻𝓲𝓵 2025 ༻꧂
2.5M 65.9K 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahw...
2K 224 37
"Pilih sama ada bercerai atau melahirkan zuriat untuk anak aku" - Puan Lashira. Itu harga cagaran yang harus dibayar. Imani Naila hanyalah seorang is...
Wattpad App - Unlock exclusive features