[C] PELUKAN TERAKHIR

By hnhwi_

5.7K 369 5

- THE HEART THAT CHOSE TO STAY - She's tired of fighting and just wants the pain to end. He's not ready to gi... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
EPILOG
🤍🤍

BAB 14

88 7 0
By hnhwi_

Malam itu, selepas makan malam dan solat berjemaah bersama, suasana di ruang tamu masih hangat dengan perbualan dan gelak tawa. Puan Reyhan muncul daripada dapur, membawa semangkuk besar potongan buah dan meletakkan di atas meja kopi.

"Hannah suka buah apa? Mama ada potong melon, epal dengan tembikai sikit," tanya Puan Reyhan sambil mengambil tempat duduk di sebelah Hannah. Puan Reyhan juga menukar panggilan daripada 'Aunty' kepada 'Mama".

"Hannah suka melon, Aunty," jawab Hannah, sedikit terkejut apabila Puan Reyhan menukar panggilan kepada panggilan 'mama'.

"Alaa. Jangan panggil Aunty dah. Panggil Mama je," pinta Puan Reyhan.

"Ambil banyak-banyak. Mama potong khas untuk Hannah," nadanya penuh dengan kelembutan dan kasih. Puan Reyhan menolak pinggan kecil ke arah Hannah, seolah-olah memujuk anak kandung sendiri untuk makan dengan banyak.

Hannah terkedu buat sementara waktu. Ini kali pertama seseorang melayan betul-betul seperti selayaknya seorang ibu.

"Terima kasih... Ma...ma.." ujar Hannah. Lidahnya gugup menyebut panggilan itu.

"Ya Allah... sukanya Mama, kamu panggil macam tu," ujar Puan Reyhan, lalu memeluk Hannah erat. Gembira Hannah memanggilnya dengan panggilan yang dipinta.

Di hujung ruang tamu, Encik Andika pula sedang berbual dengan Fayyadh, bertanya tentang praktikal dan perancangannya selepas tamat pengajian.

"Kalau nak cari kerja, Uncle ada kenalan dekat satu architecture company ni. Uncle boleh tolong tengok kan ada kekosongan ke tak," ujar Encik Andika.

"Serius ke, Uncle? Saya tak tahu nak cakap apa ni," Fayyadh sedikit terkejut. Tangannya mengusap belakang kepala.

"Tak payah malu-malu. Kamu kawan Aman. Kira kamu ni anak Uncle juga. Kita tolong mana yang boleh."

Fayyadh senyum. Dia menundukkan kepala. Bukan kerana segan tetapi kerana terharu.

Aman hanya duduk memerhati dari sudut sofa. Pada ibunya yang masih berbual dengan Hannah, menghulurkan tisu pada Hannah yang tiba-tiba mengelap mata. Dan pada bapanya yang sedang menepuk bahu Fayyadh dan bergelak tawa bersama.

Dia menarik nafas panjang. Dalam diam, dia tahu, jika satu hari nanti dia tiada, orang-orang yang dia sayang masih akan menjaga satu sama lain.

Dalam dunia kecil di ruang tamu rumahnya itu, Aman melihat harapan. Walaupun tubuhnya semakin lemah tetapi hatinya kuat. Lebih kuat daripada sebelumnya.

🌙

Pagi menjelma. Bau roti bakar dan nasi goreng memenuhi udara. Di ruang makan, Hannah menyusun pinggan di atas meja makan, senyuman tidak lekang daripada wajahnya.

"Fayyadh, bawakan susu ni ke meja," ujar Puan Reyhan dari arah dapur.

"Baik, Aunty," balas Fayyadh sambil bangun dari kerusi. Dia mengenakan t-shirt putih dan seluar slack, rambut masih sedikit kusut. Langkah dihalakan ke arah dapur.

Encik Andika muncul dari arah tangga dan menuju ke arah meja makan. Kerusi ditarik perlahan.

"Selamat pagi, Hannah," sapa Encik Andika.

"Selamat pagi, Uncle," jawab Hannah dengan perlahan.

"Awal bangun pagi ni."

"Nak tolong Mama masak, tu yang awal bangun," Hannah duduk bertentangan dengan Fayyadh.

Aman pula muncul beberapa minit kemudian. Dia mengambil tempat duduk di tepi Hannah tanpa banyak bicara.

"Aman, nak roti ke nasi goreng?" soal Puan Reyhan.

"Nasi goreng, Ma. Kalau roti ada lebih, Aman nak juga," jawab Aman, disambut dengan gelak kecil dari Hannah dan Fayyadh.

Mereka semua makan bersama. Suasana dipenuhi dengan gurau senda, celoteh Fayyadh yang sempat mengusik Aman, dan tawa kecil Puan Reyhan yang gembira melihat Aman dan rakan-rakannya begitu mesra.

Hannah memandang ke sekeliling. Encik Andika yang sedang menyuap nasi, Puan Reyhan yang tidak henti menambah nasi ke dalam pinggan, Fayyadh yang tidak henti bercakap dan Aman yang duduk tenang disisinya.

Dia tidak pernah rasa begini. Sudah lama tidak merasa suasana bersama keluarga begini.

"Terima kasih..." bisiknya perlahan.

"Untuk apa?" Aman menoleh.

"Untuk semua ni."

Aman hanya senyum, tapi cukup untuk membuatkan Hannah cair.

🌙

Malam semakin larut. Angin berhembus lembut, membawa bau rumput basah dan udara yang nyaman selepas hujan petang tadi.

Di luar, Aman duduk di atas bangku halaman rumah. Hannah duduk disebelahnya, manakala Fayyadh bersandar pada dinding sambil memegang cawan berisi teh panas yang dibancuh oleh Puan Reyhan tadi.

"Rasa macam mimpikan? Kita bertiga sekali dekat sini," Fayyadh membuka bicara, matanya memandang ke arah langit malam.

Aman menganggukkan kepala. Wajahnya dipandang Hannah. Ada cahaya pada mata Aman malam ini.

"Keluarga kau baik sangat, Aman. Aku tak pernah rasa layanan macam ni," kata Hannah.

Aman menoleh, memandang Hannah bersertakan satu senyuman.

"Sebab tu aku nak kau tahu yang kau layak untuk rasa semua ni. Kasih sayang. Ketenangan dan rasa selamat," Ini yang dia mahukan, untuk Hannah tahu tidak semua ibu bapa itu kejam.

"Kadang-kadang aku takut. Takut semua yang aku rasa ni akan hilang. Macam semua yang aku pernah sayang."

Fayyadh berjalan ke arah mereka, meletakkan cawan yang dipegangnya di atas meja dan duduk mencangkung di hadapan Hannah.

"Kau dah tak seorang diri dah lepas ni. Apa-apa jadi, kami ada. Aku, Aman, keluarga dia. Kami takkan tinggalkan kau," kata Fayyadh dengan nada yang lembut.

Hannah memandang Fayyadh lalu dialihkan pandangan ke Aman. Senyuman mereka sama, senyuman yang meyakinkan.

"Terima kasih. Aku tak tahu apa yang aku buat sampai layak untuk dapat semua ni. Aku bersyukur sangat."

Malam itu, mereka duduk bertiga dalam diam yang selesa. Tidak banyak kata-kata yang perlu diucap. Cukuplah kehadiran dan kasih yang hadir, menjadi penawar kepada luka yang mereka semua simpan.

🌙

"Aman betul ke larat nak balik uni ni?" soal Puan Reyhan. Hati penuh kerisauan, takut anak bujangnya rebah lagi di kampus.

"Kamu baru keluar dari hospital. Tak payah lah tergesa-gesa sangat," kata Encik Andika pula sambil meletakkan surat khabar yang dibaca ke atas meja.

"Tinggal seminggu aje kuliah Mama.. Papa... Habis aje final exam, Aman terus balik. Kalau ada apa-apa, Aman terus call," wajah Puan Reyhan dipandang lama.

"Tolong tengok kan Aman ya. Kalau degil, cubit pipi dia untuk Aunty," mata Puan Reyhan jatuh pada Hannah, kemudian Fayyadh.

"InsyaAllah, Mama. Hannah jaga dia."

"Fayyadh.." panggil Encik Andika dengan nada yang serius.

"Fayyadh jadi abang dekat sana. Kalau Aman buat hal, cepat-cepat beritahu Uncle."

"Siap, Uncle," Fayyadh mengangkat tangan gaya tabik, membuat semua orang ketawa kecil, meredakan suasana sebak.

Puan Reyhan menghulurkan bekas makanan yang sudah dibungkus.

"Ini untuk makan dalam kereta nanti. Dah sampai call Mama."

"Terima kasih, Ma.. Pa.." Aman mencium tangan kedua orang tuanya. Hannah dan Fayyadh juga ikut bersalaman. Rumah itu kembali sepi selepas pintu utama ditutup.

Continue Reading

You'll Also Like

313K 10.8K 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kera...
1.2M 56.6K 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, d...
435K 5.3K 17
Perkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah...
630 66 15
(unedited) Najmi hidup sebatang kara. Dia tak punya kawan, keluarga mahupun kekasih. Dia hanya keseorangan. Dia tidak ada masalah dengan itu. Dia suk...
Wattpad App - Unlock exclusive features