𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]

By nadyyanr

2.8K 290 185

®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berp... More

₊.🎧⋆☾⋆⁺₊✧
prolog
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty one
twenty two
twenty three
twenty four
twenty five
twenty six
twenty seven
twenty eight
twenty nine
thirty
thirty-one
thirty-two
thirty three
thirty-four
thirty-five
thirty-six
thirty-seven
thirty-eight
thirty - nine
fourty
fourty-one
fourty-two
fourty-three
fourty-four
fourty-five
fourty-six
forty-seven
forty-eight
forty-nine
fifty
fifty-one
fifty-two
fifty-three
fifty-five
fifty-six
fifty-seven
fifty-eight
fifty-nine
sixty
sixty-one
sixty-two
sixty-three
sixty-four
sixty-five
sixty-six
sixty-seven
sixty-eight
sixty-nine
seventy
seventy-one
seventy-two
seventy-three
seventy-four
seventy-five
seventy-six
seventy-seven
seventy-eight
seventy-nine
eighty - END
Special Chapter #1
Special Chapter #2
🥂

fifty-four

18 3 3
By nadyyanr

"JANGAN halang kamera, tau ? Ni je satu jalan untuk kami pastikan kau selamat."




Nayla anggukkan kepala, hanya berdiri diam apabila Laura membetulkan kedudukan kamera yang diletakkan berdekatan butang baju yang dipakai.




Dari belakang, dia rasakan bahu dia disentuh. Nayla pantas menoleh, sebelum senyum apabila melihat May. Dari riak wajahnya, jelas dia risau dan memang tak setuju dengan sebarang kerja gila Nayla.



"Kau tak perlu pun nak buat semua ni. Kau boleh serahkan kepada kami. Kami boleh buat semua antara kami," May berkata sambil memandang Nayla. Nayla senyum, lalu gelengkan kepalanya. "Aku buat semua ni untuk bantu korang juga. Korang usaha untuk selamatkan aku setiap masa. Bagi aku tolong pula, ya ?"



May mengeluh lalu berdecit. "Tapi, Nayla. Yang kau nak masuk ni, markas Carlene tahu tak ? Markas orang yang dah lama sasarkan kau. Orang yang dah lama nak hapuskan kau. Kau..tak rasa ke kau tengah tempah maut kau sendiri ? Tak terlambat lagi tau kalau kita nak patah balik HQ."



Markas Carlene. Beberapa hari selepas mendengar satu persatu penjelasan yang diberikan kepadanya tentang ancaman untuknya itu, hatinya bagai tergerak untuk buat sesuatu di luar jangkaan. Dia sendiri yang meminta daripada Kapten Arman untuk masuk ke markas itu, seorang diri.




Kalau betul Carlene mahukan dia, Carlene tak perlu cederakan orang lain.



Awalnya, reaksi Kapten Arman sama juga seperti May sekarang, menolak mentah - mentah rancangan Naya tersebut. Namun, selepas dipujuk Nayla dengan mengatakan mereka cuma perlu beri apa yang Carlene nak, akhirnya seluruh unit itu bersetuju. Dengan syarat, semua pergerakan Nayla akan diawasi oleh unit itu dengan kamera  dan unit samaran.




"Tak payahlah. Aku boleh buat. Jangan risau", Nayla senyum lalu May pantas peluk tubuhnya. Erat sebelum Nayla ketawa kecil. "Dahlah ! Aku nak ceroboh masuk je, bukan nak pergi berperang. Lepaslah..," Nayla memujuk lalu May lepaskan pelukan. May usap matanya.




"Kau kalau tak ada Qaid, makin berbisa kau kan jalan sana sini ? Habis tempoh gantung dia nanti, kita dua - dua kena bebel", May peluk tubuh, mengingati rakan sekerjanya yang dah hampir beberapa hari tak nampak muka gara - gara digantung kerja atas permintaan Dato' Wildan.




Nayla angguk perlahan. "Tak pe, nanti kita cover line sama - sama," Nayla membalas. May senyum nipis.




"Nayla. Sistem keselamatan mereka dah dimatikan. Kau boleh masuk," dia dengar suara melalui earpiece di telinganya. Afiq sudah memberikan arahan mudah. Dia angguk sebelum pandang May sekilas. May terus berlari masuk semula ke dalam trak sebelum Nayla memandang ke arah bangunan di depan matanya.




Mereka alami kesukaran untuk mengesan lokasi ini pada mulanya, namun akhirnya mereka berjaya juga. Ia terletak di sebuah hutan di bahagian utara. Kalau tak terlindung oleh hutan yang tebal, markas ini akan dapat dilihat memandang kan ia terletak di atas bukit. Melalui mata kasar, ia tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kedudukan geografi yang jauh.




Nayla kemaskan perlengkapan di badannya. Kelihatannya dia masuk dengan tangan kosong. Hakikatnya, ada sepucuk pistol yang diletakkan di bahagian belakang pinggangnya dan juga jaket kalis peluru yang tersembunyi di sebalik t-shirt hitam lengan pendek yang dipakainya. Nayla lepaskan keluhan, lalu melangkah masuk.




Pintu kayu usang itu ditolaknya perlahan - lahan sebelum dia melangkah masuk. Di ruangan sunyi itu, bunyi tapak kasutnya sangat memicing telinga. Dia pandang sekeliling. Ruangan di depan matanya kelihatan seperti sebuah ruang tamu. Nayla dekati ruang tamu tersebut untuk diamati.


Ada sofa usang yang diletakkan berdekatan dinding. Meja kopi di depan sofa tersebut juga kelihatan bersepah dengan beberapa tin minuman ringan yang sudah kosong. Ruangan itu juga tidaklah bersepah seperti yang Nayla fikirkan. Cuma seperti kurang diatur dan ditinggal lama. Namun, tin minuman ringan itu sudah berikan dia satu kunci bahawa memang benar ada yang tinggal di sini.





"Nayla, tak perlu lama sangat dekat sini. Terus kepada tempat sasaran."



"Kejap. Capture ruang tamu ni. Macam ada orang tinggal sini. Tak boleh jadikan klu ke ?", Nayla menyoal separa berbisik. Afiq diam sekejap di hujung talian. Tak lama kemudian, talian disambung semula. "Dah, aku dah siap hantar dalam fail untuk analisis. Cepat, baik naik tingkat atas. Aku sensor heat dekat atas".


"Copy" Nayla membalas lalu pusingkan tubuhnya. Langkahnya dibawa mendekati tangga sebelum menaiki tangga tersebut perlahan - lahan. Satu persatu anak tangga didaki. Sampai di tingkat atas, dia dapat melihat dua buah bilik yang berada berhadapan. Hallway-nya kelihatan bersepah.


Nayla mendekati salah satu pintu tersebut sebelum dibukanya. Nayla melangkah masuk. Nayla melangkah masuk ke dalam bilik pertama di tingkat dua itu. Bau hapak menyapa deria hidunya, namun ruangannya masih dalam keadaan agak terjaga.



Ada sebuah katil bujang bersaiz sederhana dengan cadar kelabu lusuh yang masih terhampar kemas. Di sudut bilik, terdapat meja kecil dengan lampu meja yang berhabuk. Ada beberapa buku dan satu botol air mineral yang sudah kosong.


Tiada apa yang mencurigakan. Dia keluarkan telefon, ambil beberapa gambar sebagai dokumentasi sebelum bergerak ke bilik kedua yang bersebelahan. Bilik kedua pula kelihatan lebih berselerak. Ada beg pakaian yang separuh terbuka di atas lantai. Nayla dekati bag tersebut.



Beberapa helaian pakaian berselerakan — semuanya pakaian lelaki. Baju t-shirt, seluar track hitam, dan sehelai jaket denim yang kelihatan masih baru. Meja di tepi katil pula ada sisa makanan segera, bekas mi segera yang sudah keras, dan dua tin minuman yang masih belum dibuang.



"Betul - betul macam ada orang tinggal dekat sini. Dan peninggalan dia masih baru", Nayla menggumam sebelum keluarkan telefon bimbitnya. Beberapa gambar sekali lagi dia rakamkan untuk Afiq jadikan masukkan sebagai maklumat tambahan. Ketika itu juga, Nayla dapat mendengar bunyi kelipan di earpiece yang dipakai.




"Nayla, bad news. Aku dapat kesan satu lagi heat dekat tingkat lain. Tingkat tiga to be sure," Afiq berkata sebelum Nayla melangkah keluar daripada bilik tersebut. Matanya melilau memerhati sekeliling. Ruangan yang gelap serta pencahayaan yang minimum menyusahkan segalanya.





"Tangga..tangga dekat mana ?", Nayla menyoal. Dia melangkah mendekati beberapa penjuru, tapi tak pula dia berjumpa apa - apa tangga nak ke tingkat yang dikhabarkan Afiq. Nayla teruskan berjalan, hinggalah di hujung koridor, ada sesuatu yang menarik perhatian matanya.






Ada sebuah rak buku putih yang kelihatan aneh. Dia dekati rak buku yang dipenuhi dengan barang - barang tersebut. Ada beberapa buku. Nayla segera lalukan tangannya ke buku tersebut. Secara tiba - tiba, dia dengan tidak sengaja menarik bucu sebuah buku berwarna biru gelap yang bagaikan sebuah kunci rahsia. Nayla menapak ke belakang.




Pintu tersebut perlahan - lahan terbuka luas, mendedahkan sebuah tangga rahsia untuk naik ke tingkat atas. Nayla telan liur. Nampak macam rumah agam yang lama ditinggalkan, tapi tengoklah seni binanya. Sampai ada sebuah pintu rahsia yang turut membawa ke tangga rahsia.



Tanpa sebarang arahan daripada Afiq, Nayla segera lajukan langkahnya mendaki tangga tersebut. Langkahnya berhati - hati, tetapi pasti. Anak tangga tersebut agak tinggi, mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke tingkat rahsia tersebut. Tatkala sampai, Nayla hanya mampu letakkan tangan di dada.



Letih mendaki tangga dengan jantung yang berdegup dan fikiran yang berfikir macam - macam perkara negatif buatkan dia kekurangan oksigen yang dia perlukan. Nayla segera menarik nafasnya laju - laju untuk mencuri oksigen yang kian menipis.




Tidak menunggu lama, Nayla dekati sebuah bilik yang terletak di tengah - tengah ruangan. Pintu biliknya sedikit rengang, mengeluarkan cahaya biru yang menyinari ruangan yang masih gelap. Nayla telan liurnya, sebelum mendekati bilik tersebut. Baru dia mahu menolak pintu, earpicenya berbunyi kencang.





"Nayla ! Jangan ! Mungkin bahaya !"



Amaran Afiq buatkan Nayla segera alihkan tangannya. Dia menapak ke belakang. "Tapi kenapa ? Mungkin mastermind dia dekat dalam ni," Nayla berkata sebelum dia dengar Afiq berdecit. "Aku tahu… tapi kita tak ada data cukup lagi. Kalau kau masuk sekarang, kau mungkin perangkap diri sendiri!" suara Afiq kedengaran tegang, penuh kerisauan.





"Tolong, Nayla. Tunggu aku sampai—"




"Tak, Afiq." Nayla potong tegas. Nafasnya dah tak teratur. "Kalau aku tunggu, kita mungkin hilang peluang ni. Kau pun tahu, bilik ni tak boleh kesan guna scanner. Mesti ada sebab kenapa."





"Nayla, tolonglah. Jangan buat ikut kepala sendiri lagi," Afiq cuba pujuk, tapi Nayla dah pun genggam tombol pintu.






"Aku janji aku hati-hati." Mata Nayla tajam pandang cahaya biru yang membias dari dalam bilik. "Kalau aku tak ambil risiko ni sekarang, kita mungkin tak akan tahu siapa dalang sebenar. Aku takkan biar semua ni berakhir tanpa jawapan."





Dan sebelum Afiq sempat sambung kata, Nayla tolak pintu perlahan-lahan dan melangkah masuk ke dalam bilik misteri itu.




Dia mendekati sebuah meja yang kelihatan penuh dengan alatan elektronik yang dia tak dapat kenal pasti. Matanya melilau memerhatikan meja tersebut sebelum matanya tertumpu pada monitor komputer yang memancarkan cahaya biru dengan lambang bunga lili berwarna putih. Nayla ketap gigi.







Lambang Carlene. Dia dah sempat tengok semalam dari tablet May.







Nayla berundur ke belakang, sebelum terlanggar sebuah meja. Nayla pusingkan tubuh, pandang ke arah meja tersebut. Ada barang - barang penting, buku nota dan kunci motosikal yang sempat Nayla kenal pasti jenamanya. Sebuah kunci motosikal berjenama Ducati.





Di sebalik timbunan buku nota tersebut, sesuatu yang berkilau mencuri pandangannya. Tangannya lantas mengalihkan buku tersebut lalu seutas gelang bead berwarna hitam berkilau diangkatnya. Ditenungnya gelang tersebut sambil laju tangannya membelek - belek.




Klik !






"Eh ?", sedang dia membelek - belek, tangannya bagai tertekan satu butang rahsia yang membuatkan gelang tersebut seolah patah dua. Ada sebuah pendrive kecil yang menjadi sambungan antara dua gelang tersebut. Untuk seketika, genggamannya pada gelang tersebut tererat.





"Qaid, jangan pakai gelanglah. Haram".





"Ewah, kau tu vaping tak haram ? Lagipun gelang ni, penting. Sorry to say, tapi kalau kau nak, aku tak akan bagi".



"Siapa nak gelang kau ? Perasan"






Genggamannya pada gelang tersebut terlepas, lantai ia menemui lantai.




"Kau siapa ? Kenapa kau adㅡwait, daylight ?"





Nayla menoleh ke belakang. Seketika, dia rasa terhina.




⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹


Now Playing : Kalimah Janji - Aiman Hakim Ridza & Ernie Zakri





"DAYLIGHT, aku boleh explain.."



"Jangan..dekat !"




Nayla mengundurkan tubuhnya daripada susuk lelaki yang sedang mendekati ke arahnya. Dadanya berombak kencang, antara menahan rasa gemuruh, terkejut, sakit atau rasa..terkhianati ?





"Nayla, aku boleh explain ! Please, calm down and dengar explanation aku", dia terus mendekati Nayla yang masih menjauhkan diri daripadanya. Nayla berhenti apabila belakang badannya sudah bertemu dinding.




Nayla gelengkan kepalanya. Dia terus merenung lelaki itu dengan matanya yang garang dan kelihatan berkaca. "Kau masih boleh suruh aku bertenang ? Kau suruh aku bertenang dalam situasi macam ni ? Kau buat lawak ke, Qaid ? Lawak kau tak jadi sebab aku tak nak gelak sikit pun !"






Dia mungkin boleh agak dia akan jumpa salah satu daripada Carlene di dalam rumah ni. Tapi, siapa sangka dia jumpa Qaid, orang yang dia dah letakkan kepercayaan tinggi ?




Qaid bagai mati kata. Rambutnya yang kelihatan serabut dan tidak tersisir kemas seperti biasa diraup ke belakang. Dia cuba dekati Nayla lagi, cuba untuk berikan dia penjelasan sepatutnya Nayla dengar.




"Nayla, aku tak ada niat nak tipu kau, atau buat kau rasa terkhianati. Aku, buat semua benda ni bersebab. Ya, aku memang dah lama dengan mereka, aku dah lama dengan Carlene. Tapi, aku buat semua ni untuk lindung kau, Nayla," Qaid berkata, suaranya lirih.




"Lindung ?” Nayla ketawa sinis, sambil menyeka air mata yang hampir gugur. “Lindung aku dengan tipu aku hidup-hidup selama ni ? Dengan sembunyikan fakta kau tahu siapa Carlene, daripada kami semua ?," sambungnya sambil genggam tangannya sendiri kemas - kemas. 




"Macam macam aku nak terima hakikat yang kau adalah sebahagian daripada orang yang berkali - kali cuba nak bunuh aku ? Lindung apa macam tu, Qaid ? Lindung aku dengan masa yang sama dedahkan aku dekat mana ?", Nayla berhenti lalu gelengkan kepalanya. Dia dekatkan dirinya ke arah Qaid.


"Kau memang nak tengok aku mati ke ?"






Mata Qaid membulat sebelum dia gelengkan kepalanya. "Ya Allah, kenapa kau cakap macam tu ? Nayla, aku cuba untuk jaga kau. Kenapa pula aku nak tengok kau mati ? Aku sayang kau, Nayla !", Qaid berkata, suaranya tinggi dan kedengaran getaran di hujung bicaranya.





Nafas Nayla tersekat. Kata-kata Qaid buat jantungnya berdegup lebih laju, bukan kerana gembira, tapi lebih kepada keliru dan sakit. Untuk pertama kalinya, dia mendengar luahan hati lelaki itu. Tapi sayangnya, rasa sakit sudah melebihi segalanya. Tangannya mengigil.



“Sayang ?” Nadanya hampir berbisik, tapi penuh dengan kesinisan. Nayla jatuhkan tangan ke sisinya sebelum matanya tajam memandang ke arah Qaid.





"Berpuluh orang cakap sayang dekat aku, tapi ikhlasnya aku sendiri tak pasti. Kalau betul kau sayang aku, kau takkan khianat aku macam ni. Kau takkan tipu kami, kau takkan tipu aku! You wouldn’t be such a dog that bites the hand that helped you all this time. Kau takkan khianat ACES, Qaid!"



Qaid melangkah setapak ke depan, seolah mahu meegang bahu Nayla, tapi gadis itu cepat-cepat undur. Tangan Qaid laju dia tepis. "Jangan sentuh aku. Don't touch me with your filthy hand." Qaid raup wajahnya lagi, bagaikan ada sedikit rasa putus asa dalam dirinya.






"Kau dah hancurkan kepercayaan aku, sekarang kau nak datang dengan muka tak bersalah ? Minta simpati untuk dimaafkan ? Kau ingat aku senang nak lupakan semuanya ke ? Mana akal kau ?" Nayla menyoal kasar. Air matanya sudah luruh setitik ke pipinya.



"Berapa kali aku hampir mati, Qaid? Berapa kali aku kena berdepan dengan Carlene, tanpa tahu yang orang yang aku anggap knight in shining armor aku, rupa-rupanya ada hubungan dengan mereka ? Apa niat kau sebenarnya ? ”



"Nayla, tolong dengar aku," suara Qaid kedengaran bergetar, matanya kemerahan menahan air mata sendiri. "Carlene, mereka tak macam yang kau fikirkan. Mereka bukan macam apa yang kita faham. Tolong, tenangkan diri kau, biarkan aku cerita semua dekat kau. Please, Nayla. Aku bukan musuh."


"Nak terangkan apa lagi ?! Aku dah tak boleh percayakan kau ! Aku dah puas percayakan kau, tapi kau buang kepercayaan aku macam tu je ! Aku penat ! Aku penat dengan penipuan semua orang," Nayla sandarkan tubuh ke dinding, lalu perlahan - lahan tubuhnya jatuh menyentuh lantai. Lutut dibawa rapat ke dada, sebelum tangisannya kedengaran di sela lengannya.






"Daylight.."






"Jangan cakap..dengan aku. Aku..serabut..," Nayla berkata di sela tangisannya. Puas butir mutiara itu disekanya, namun ia tetap berlumba - lumba jatuh menyentuh pipinya. Qaid hanya mampu memandang. Langkahnya perlahan mendekati Nayla, lalu dia berlutut di depan Nayla.






"Nayla, pandang aku," Qaid meminta lalu Nayla gelengkan kepalanya. "Kau tak sayang aku. Sayang apa kalau macam ni. Kau tipu aku. Kenapa ?", Nayla bertanya lalu mengelap air matanya. Qaid jatuh terduduk di depannya, sebelum meraup rambutnya sebelum memegang kepalanya sendiri. Keluhan berat dia lepaskan. Qaid pandang wajah Nayla.


"Siapa..kau sebenarnya, Qaid ? Siapa kau pada Carlene ?", Nayla menyoal, masih tidak mengangkat kepalanya. Dia dapat dengar Qaid lepaskan keluhan berat, sebelum Qaid berdecit. Nayla angkat muka akhirnya untuk memandang Qaid.





"Aku..Lyan. Carlene's hacker and weapon dealer. I'm part of Carlene, since the day one".




Nayla gelengkan kepalanya, lalu tangisannya pecah lagi. Air matanya laju diseka sebelum Qaid tiba - tiba capai pergelangan tangannya. Nayla pandang ke arah Qaid yang sudah mencapai tangannya. Riak wajah Qaid dipandangnya. Mata koko cair lelaki tersebut kelihatan merah, pedih dengan air mata.





Qaid dekatkan tangan Nayla ke wajahnya sebelum tangan Nayla yang digenggam kemas itu dipukul kuat ke pipinya. Mata Nayla pandang ke Qaid, yang turut mengalirkan air matanya. Tangannya masih dibuat Qaid untuk memukul pipinya sendiri. Bibirnya bergetar sebelum Qaid genggam kemas tangan Nayla.





"Qaid..".




"Pukul aku, Nayla. Pukul aku sampai aku berdarah - darah, kalau itu buat kau lega".





Nayla pandang wajah Qaid yang dibasahi air mata.



"Qaid.."

"Aku penipu. Aku tipu kau. Aku tipu orang yang aku sayang."




Nayla hanya pandang Qaid yang terus gunakan tangannya untuk memukulnya. Kemudian, Qaid genggam tangannya kemas sebelum menunduk dan sembunyikan wajahnya. Melalui bahunya yang turun naik, Nayla dapat mengetahui bahawa lelaki itu sedang menyembunyikan tangisannya.






"Aku minta maaf, daylight. Aku minta maaf. Kalau kau nak, panggil ACES. Lelaki tak guna macam aku ni layak ditahan polis,"







Nayla juga tak dapat tahan air matanya. "Qaid, kenapa ? Kau kata kau sayang aku.."




- nadya, 070625

Continue Reading

You'll Also Like

192K 2.1K 23
KAPTEN LUTH ASYRAF | HAIRA SOFIA Terbitan : Fajar Pakeer Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasa...
692K 12.7K 24
Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah...
12.6K 637 54
•MY FIRST BOOK Erfan Miqael | Erlenna Sophiah Pertemuan tanpa sengaja antara dua jiwa, Erfan Miqael dan Erlenna Sophiah membuka satu bab baharu dala...
74.2K 3.5K 55
Qaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa r...
Wattpad App - Unlock exclusive features