Let's fix it ❤️‍🩹✔️

By liyaaa49

1.1K 44 0

Mengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan c... More

✨00✨
✨01✨
✨02✨
✨03✨
✨04✨
✨05✨
✨06✨
✨07✨
✨08✨
✨09✨
✨10✨
✨11✨
✨12✨
✨13✨
✨14✨
✨15✨
✨16✨
✨17✨
✨18✨
✨19✨
✨20✨
✨21✨
✨22✨
✨23✨
✨24✨
✨25✨
✨26✨
✨27✨
✨28✨
✨29✨
✨30✨
✨31✨
✨32✨
✨33✨
✨34✨
✨35✨
✨36✨
✨37✨
✨38✨
✨39✨
✨40✨
✨41✨
✨42✨
✨43✨
✨44✨
✨45✨
✨46✨
✨47✨
✨48✨
✨50✨
✨49✨
✨51✨
✨52✨
✨53✨
✨54✨
✨55✨
✨56✨
✨57✨
✨58✨
✨59✨
✨60✨
✨61✨
✨62✨
✨63✨
✨64✨
✨65✨
✨66✨
✨67✨
✨68 ✨
✨69 ✨
✨70✨
✨71✨
✨72✨
✨73✨
✨74✨
✨75✨
✨76✨
✨77✨
✨78✨
✨79✨
✨80✨
✨81✨
✨82✨
✨83✨
✨84✨
✨85✨
✨86✨
✨87✨
✨88✨
✨89✨
✨90✨
✨91✨
✨92✨
✨93✨
✨94✨
✨95✨
✨96✨
✨97✨
✨98✨
✨99✨
✨100✨
✨101✨
✨102✨
✨103✨
✨104✨
✨105✨
✨106✨
✨107✨
✨108✨
✨109✨
✨110✨
✨111✨
✨112✨
✨113✨
✨114✨
✨115✨
✨117✨
✨118✨
✨119✨
✨120✨
Epilogue

✨116✨

1 0 0
By liyaaa49

Dari luar gym Daniel melihat susuk tubuh Farhana yang sedang kusyuk bersenam menggunakan treadmill. Memandangkan malam pun sudah lewat, hanya ada Farhana saja di dalam gym itu.

"Farhana" sapa Daniel

Tapi gadis itu langsung tak menyahut, sikit pun tak sedar akan kehadiran lelaki itu.

"Oi Farhana"

"Hellooooo Farhanaaa"

Daniel mengeluh. Panggilannya langsung nak berjawab. Terus dia menapak mendekati gadis itu. Patut lah gadis itu tak endahkan panggilannya, kedua dua lubang telinga gadis itu disumbatkan earpod. Ini kalau ada gempa bumi pun belum tentu dia sedar.

"ALYEA FARHANA!" lantang suara Daniel memanggil betul betul di tepi telinga gadis itu

"Apa!? Ahh-"
Terkejut Farhana melihat kehadiran Daniel di situ, kakinya yang tadi ligat berlari di atas treadmill terhenti dan hampir terjatuh tapi sepantas kilat Daniel menyambut gadis itu menahan gadis itu dari terjatuh. Entah kenapa dua hati itu berdebar laju dan saling bertentang mata.

"Woww, pantas. Macam hindustan" kata Farhana cepat cepat sedarkan dirinya dari lamunan dan betulkan posisi dari dipegang lelaki itu

"Macam hindustan kau kata? Aku ni punyala handsome, putih. Baru nak fefeeling korea kau dah potong cakap macam hindustan" cebik Daniel

Farhana menjeling. Perasan! Macam korea konon!

"Mana kau tahu aku kat sini?" Soal Farhana

"Ibu bagitahu. Nahh aku ada belikan aiskrim. Kau kan suka makan aiskrim lepas bersenam" kata Daniel dan hulurkan ice cream solero kegemaran gadis itu

Entah kenapa tindakan lelaki itu buatnya terasa sebak. Tambahan pula dia teringat tentang perbalahan dia bersama Fairel siang tadi lagi buatnya sebak. Air mata Farhana mula bergenang dan akhirnya gugur. Terus Farhana menangis teresak esak.

"Eh eh kau kenapa ni? Kau okay tak? Aku ada buat salah ke? Aku ada salah cakap ke? Kau terseliuh ke waktu nak jatuh tadi?" Soal Daniel panik dengan perubahan emosi mendadak gadis itu

Tetapi gadis itu langsung tak menjawab, tangisan teresak esak itu berlanjutan tanpa henti.

"Hey hey relax relax, jom duduk dulu"
kata Daniel terus menarik lengan gadis itu keluar dari gym dan duduk di bangku yang tersedia di luar gym

Setelah beberapa minit berlalu akhirnya gadis itu kembali tenang. Aiskrim yang dibeli Daniel sebentar tadi dia makan untuk tenangkan hati dan fikirannya.

"Kenapa kau nangis?" Soal Daniel

"Entah.
Tiba tiba pula aku emosi malam ni. Aku pun tak tahu kenapa" jawab gadis itu bersahaja

Daniel menggaru garu kepalanya yang tidak gatal hairan dengan jawapan gadis itu.

"Fairel jumpa kau tadi?"

Farhana mengangguk.

"Apa lagi yang dia nak?"

"Dia selalu ikut kita, dia tengok kita selalu keluar. Dia ingat kita ada hubungan. Dia cakap aku murah sebab cepat sangat dapat pengganti" luah Farhana

"Eh apasal biadab sangat? Habis tu kau tak tampar ke mulut celupar dia tu?" Soal Daniel geram

Farhana menggeleng.

"Melampau la dia tu. Kalau aku jumpa dia siap la dia. Lepas ni kalau dia kacau kau lagi kau bagitahu aku, biar aku ajar dia cukup cukup" pesan Daniel bersungguh

"Cis, kau nak buat apa? Tumbuk dia?"

"Kalau itu yang perlu, pijak pun aku boleh" balas Daniel bersahaja

"Yah, dia tu tentera tau, kau akan kalah" kata Farhana

"Setakat tentera aku tak takut lah, kau nampak aje aku macam ni tapi sebenarnya aku lagi kuat dari dia. Penumbuk aku ni halau kena muka dia, boleh pecah gigi dia" kata Daniel cuba meyakinkan gadis itu

Cetus ketawa Farhana mendengarnya.

_

"Aii, korang datang sekali ke?" Soal Auliya hairan Farhana dan Daniel datang serentak ke rumahnya

"Mana ada!"

Jawab Daniel dan Farhana serentak.

"Masuk lah, korang macam tahu tahu je kan akh baru siap masak. Jom lah dinner sekali" ajak Auliya

>>

"Hairan kan abang, diorang berdua senyap pula hari ni, kalau tak asyik bergaduh aje" Auliya bersuara sambil menikmati makanannya

"Dah sekufu agaknya" jawab Aiman melirik ke arah Daniel yang dah menjegilkan matanya

"Kan depan rezeki ni. Takkan nak bergaduh depan rezeki pula" kata Daniel

"Kitaorang bergaduh salah. Tak bergaduh pun salah" kata Farhana pula

"Tak salah. Cuma hairan aje. Tak pernah korang macam ni" kata Auliya

"Kitaorang dah takut nak bergaduh. Nanti Aiman marah kitaorang pula" kata Farhana melirik ke arah Aiman yang dah tersenyum

>>

"Daniel mana?" Soal Farhana mencari cari kelibat lelaki itu

"Ada kat balkoni atas dengan Aiman. Kenapa? Dah rindu?" Sengaja Auliya mengusik rakannya

"Ish kau ni beragak sikit eh" bidas gadis itu

"Aku dengar Fairel cari kau dekat office hari tu? Apa jadi? Teruk ke korang bergaduh?" Soal Auliya ingin tahu

"Malas aku nak layan mamat tu. Dia yang curang lepas tu nak cakap aku murah pula sebab nampak aku keluar dengan Daniel. Dia ingat aku ni ada hubungan dengan si Daniel tu" jelas Farhana

"Kalau ada hubungan pun apa salahnya"

"Ish kau ni ke situ pula. Taknak lah aku" bidas Farhana

"Kenapa? Eh Daniel tu baik tau, rugi tau. Lagi satu si Daniel tu dah ada semua benda, rumah, kereta, CEO company, duit kahwin pun dah cukup. Tinggal naik pelamin aje" kata Auliya cuba menarik perhatian Farhana

"Ish taknak lah. Aku anggap dia kawan aje. Lagipun, he is not my type. Dia tu macam budak hingusan aje" balas Farhana

"Amboi kau. Budak hingusan eh kau panggil dia. Jangan sampai nanti dia tunjuk aset dia dekat kau, meleleh air liur kau nanti. Termakan dengan kata kata sendiri pula" bidas Auliya

"Aset apa je yang dia ada?" Decit Farhana tidak percaya

"Dia ada roti bun 6 ketul tau. Jangan sampai dia tunjuk depan kau. Terkeluar biji mata kau nanti" kata Auliya

"Eee mana kau tahu!? Jangan nak buat cerita eh aku takkan termakan dengan cerita rekaan kau" jeling Farhana

"Eh aku tahu la, dia selalu tidur rumah aku, setakat abs perut dia tu dah selalu dah dia tayang dalam rumah ni. Aku dah lali dah."

"Aku report Aiman!" Kata Farhana

"Aiman pun tahu! Bukannya dia bogel pun. Biasa la kalau tak berbaju tu. Tapi otot otot suami aku lagi seksi la"

Farhana menjeling.

"Tapi kan babe, kalau la kau memang dijodohkan dengan Daniel, aku la manusia paling happy"

"Apahal pula?" Soal Farhana

"Sebab Daniel tu memang baik orangnya, aku percaya dia akan jadi suami yang baik untuk isteri dia"

Farhana hanya diam tak bersuara. Entah kenapa sejak dua menjak ini dia selalu fikirkan Daniel, tapi dia masih nafikan perasaan yang timbul terhadap lelaki itu.

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

1.1K 152 13
(ebook revamp version boleh claim di ig @hanzerry) | 2023 | - "tidak ada gadis secantik dia." ini kisah dia dan aku. di mana kami sama-sama keliru. m...
544K 23.1K 49
[COMPLETED] ... You are the light to my darkness. / / / / / / / / / / Kahwin paksa? Tak pelik bagi keluarga Ammara...
[OG] Identity By .

Teen Fiction

648K 31.4K 85
Beautiful cover by @prncsiman Aryana Aqilah. Siapa sangka gadis yang dingin ini bisa mengubah hidup seorang Tengku Adam Iman Hanafie? "You're my Miel...
Wattpad App - Unlock exclusive features