Love Me Back | Kyungsoo

By aesthecrome

64.2K 5.5K 301

LOVE IN THE AIR mengisahkan Hera yang meminati Kyungsoo dalam diam, namun Kyungsoo sering bersikap kasar terh... More

Author Note
BAB SATU
BAB DUA
BAB TIGA
BAB EMPAT
BAB LIMA
BAB ENAM
BAB TUJUH
BAB LAPAN
BAB SEMBILAN
BAB SEPULUH
BAB DUA BELAS
BAB TIGA BELAS
BAB EMPAT BELAS
BAB LIMA BELAS
PLS READ
BAB ENAM BELAS
BAB TUJUH BELAS
BAB LAPAN BELAS
BAB SEMBILAN BELAS
BAB DUA PULUH
EPILOGUE
SPECIAL CHAPTER ❀

BAB SEBELAS

2.3K 222 23
By aesthecrome

Hera baru sahaja bangun dari tidurnya. Perlahan-lahan dia menaikkan batang tubuhnya. "Aduh sakitnya!" dia mengeluh sebaik sahaja dia merasa sakit pada tulang belakangnya. Maklumlah, baru sahaja balik daripada kem perkhemahan.

Tiba-tiba dia terdengar telefon bimbitnya mengeluarkan bunyi bip. Dia segera mencapai telefon bimbit itu untuk memeriksa bunyi bip itu. Rupa-rupanya dia telah menerima satu pesanan ringkas.

From: Luhan

MORNING PRINCESS! Did you sleep well? I hope so sebab baru balik dari kem kan? Anyway don't forget your breakfast! ;)

Hera tersengih apabila membaca pesanan daripada Luhan. Baru sahaja dia hendak menekan papan kekunci, dia teringat akan Kyungsoo yang sedang demam.

"Mamat tu dah okay ke belum ek? Dia dah pergi klinik ke belum? Hmm mungkin dah. Tapi mungkin belum? Hmm," fikir Hera.

Dia pun pergi ke group " Kelas 1-2" di aplikasi whatssap untuk mencari nombor telefon Kyungsoo.

To: Kyungsoo

YAH JERK!

Hera menggeleng-geleng kepalanya. Takkan nak tulis macam tu kat orang yang tengah sakit kan? Hera pun mula memadam mesej itu, kemudian menaipnya semula.

To: Kyungsoo

Kyungsoo, em kau dah sihat? Demam kau dah okay?

Hera pun menghantar pesanan itu kepada Kyungsoo. Akhirnya dia mendapat 'bluetick' dan Kyungsoo masih lagi dalam mod 'typing'. Hera terkejut. Hatinya berdebar-debar kerana tidak menyangka yang Kyungsoo akan membalas mesejnya.

Kyungsoo's POV

Kyungsoo sedang sibuk bermain video game di dalam bilik tidurnya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi notification dari telefon bimbitnya.

"Siapa pula mesej aku pagi-pagi ni?" fikir Kyungsoo.

Dia pun mencapai telefon bimbitnya untuk memeriksa pesanannya. Apabila dia membuka notification nya, dia terkejut apabila dia mendapat mesej daripada Hera.

From: Hera

Kyungsoo, emm kau dah sihat? Demam kau dah okay?

Kyungsoo tersengih apabila dia mendapat mesej daripada Hera. "Ingat juga minah ni kat aku," kata Kyungsoo tersengih.

Kyungsoo pun mula menaip mesej untuk Hera.

Aku okay. Thanks sebab risaukan aku. Kalau ada masa datanglah rumah aku. Kalau boleh masakkan aku spagetti sekali eh? Hehehe.

Kyungsoo terdiam sejenak. "Kalau aku balas macam ni, nanti dia ingat aku baik dengan dia pula? Emm," kata Kyungsoo kepada dirinya.

Dia pun mula memadamkan mesej yang belum dihantar itu dan mula menaip mesej baru.

To: Hera.

Daripada kau risaukan aku, baik kau risaukan Luhan. Dia kan orang yang paling baik dengan kau. Aku ni jahat.

Kyungsoo pun mula menghantar pesanan itu kepada Hera. Dalam hatinya, dia nak sangat Hera datang melawatnya.

Hera POV

From: Kyungsoo

Daripada kau risaukan aku, baik kau risaukan Luhan. Dia kan orang yang paling baik dengan kau. Aku ni jahat.

Terkejut Hera apabila dia membaca mesej Kyungsoo. Perasaannya mula bercampur. Marah, sedih, serba salah semua bercampur.

To: Kyungsoo

Kenapa tiba-tiba cakap pasal Luhan? Apa kena mengena Luhan dengan demam kau?

Hera menghantar pesanan itu kepada Kyungsoo. Beberapa minit kemudian, dia menerima mesej daripada Kyungsoo.

From: Kyungsoo

Nothing. Tak payah risau pasal aku.

Hera terdiam. Mungkin Kyungsoo betul-betul tidak suka apabila Hera sibuk ambil tahu tentangnya. Hera pun mendiamkan diri. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas katil dan berjalan keluar menuju ke dapur.

Dia berjalan melintasi ruang tamu, tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan pintu.

Tuk tuk tuk!

Hera segera berlari menuju ke pintu utama. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia terkejut apabila dia ternampak semua ahli EXO kecuali Kyungsoo di hadapan pintu rumahnya.

"Eh?! Korang buat apa kat sini??" tanya Hera.

"Kitorang nak ajak awak pergi rumah Kyungsoo, jomlah lawat dia." kata Chen.

"Ha'ah, jomlah pergi. Alang-alang tengah cuti sekolah ni," kata Baekhyun.

"Betul betul betul!" kata Sehun.

"Jomlah Hera," kata Luhan.

Hera mula berfikir tentang pelawaan mereka. Patut ke dia pergi? Tiba-tiba sahaja mesej Kyungsoo muncul di dalam mindanya.

"Tak payah risau pasal aku,"

Hera memandang semua ahli EXO. "Sorry, tapi saya tak boleh pergi." kata Hera.

"Alah kenapa?" tanya ahli EXO serentak.

"Saya...banyak kerja nak buat." kata Hera.

"Alah jomlah Hera." kata Luhan.

"Pleaseeee!" Rayu ahli EXO sambi membuat aegyo.

Hera pun berfikir untuk sementara waktu.

"Okay. Tapi biar saya mandi dulu." kata Hera.

"Okay!" mereka semua menjerit gembira.

Hera segera berlari menuju ke kamarnya untuk membersihkan diri. Apabila dia sudah bersiap, dia pun mencapai telefon bimbit dan dompetnya untuk dibawa bersama.

------

Sebelum mereka bergerak ke rumah Kyungsoo, mereka bergerak menuju ke rumah Sojin dan Jessie.

Destinasi pertama mereka ialah rumah Jessie Chua, kawan kepada Hera yang merupakan gadis campuran Korea dan Cina. Dia mempunyai seorang adik lelaki yang dinamakan Jason Chua, yang merupakan kawan baik dan rakan sekelas Sehun dan Kai. (Maklumlah Sehun dan Kai adalah ahli termuda)

Semua ahli EXO dan Hera turun daripada van yang dipandu Suho apabila mereka tiba di rumah Jessie.

"Suho hyung, ini rumah kawan Sehunlah. Kenapa pergi sini?" tanya Sehun.

"Kita kan nak ambil kawan akak Hera." kata Suho.

"Siapa?" tanya Sehun.

"Jessie Chua," kata Suho.

Sehun menggaru-garu kepalanya kerana dia tidak mengenal gadis yang dimaksudkan oleh Suho hyung. Dia pun mula berjalan mendekati Hera.

"Kak Hera, Jessie Chua tu siapa? Yang mana?" tanya Sehun.

"Eh? Dia kawan akaklah. Kenapa?" tanya Hera pula.

"Yang mana eh?" tanya Sehun.

"Nanti Sehun tengoklah muka dia." kata Hera tersenyum.

Chen pun mula mengetuk pintu rumah Jessie. "Do you wanna visit Kyungsoo? Come on lets go to him~" Chen mula meniru watak Anna dalam Frozen.

"Kau dah kenapa samdol?" tanya Baekhyun.

"Hei! Nama aku Chenlah!"

Tanpa disedari, mereka mula bertekak dan pintu akhirnya dibuka.

"Kau patut dipanggil Chendol!" marah Baekhyun.

"Kaulah! Kau tu pondan! Pakai make-up!" marah Chen pula.

"Hoi ni apa bergaduh depan rumah orang ni?!". Mereka terkejut apabila mereka terdengar suara yang lain menjerit.

Mereka pun mengalihkan pandangan mereka. Rupa-rupanya seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu rumah tersebut. Rambutnya blonde, matanya sepet, senyumannya seperti Baekhyun. Rupa-rupanya adik lelaki Jessie, Jason.

"Bro!" kata Sehun berlari mendekati kawan baiknya, Jason.

"Eh kau datang Sehun!" kata Jason gembira. Mereka berdua mula berpelukkan seperti kanak-kanak yang dah lama tak berjumpa. Semua ahli EXO yang lain termasuk Hera terkejut apabila memandang gelagat mereka berdua. Mata mereka semua membesar seperti burung hantu.

"Ehem!"

Jason dan Sehun berhenti berpelukkan apabila dia terdengar suara lain. Rupa-rupanya Jessie, kakak Jason.

"Kau buat apa ni, Jason? Pergilah masuk dalam sana. Sibuk je!" marah Jessie.

"Apa? Adik jumpa kawan adik je!" Balas Jason.

Jessie pun mengalihkan pandangannya kepada kawan yang dimaksudkan oleh Jason, Sehun. Budak lelaki yang meminta makanan daripadanya di kem tempoh hari.

Sehun pula sudah ternganga apabila memandang Jessie yang cantik berpakaian sweatshirt berwarna merah dan skinny jeans berwarna putih bersama kasut converse berwarna merah. Dia juga memakai beanie berwarna hitam untuk melindungi kepalanya.
"Eh akak roti!" kata Sehun gembira.

"Roti kau panggil akak aku, Sehun?" tanya Jason.

"Takdelah. Haritu masa pergi kem, akak kau bagi aku roti sebab aku lapar gila masa tu." kata Sehun.

"Oh, patutlah." kata Jason menganggukkan kepalanya.

"Okay semua, dah siap?" tanya Suho.

"Dah." Jawab yang lain serentak.

"Okay mari kita pergi!" kata Suho bersemangat.

"Eh eh habis saya macam mana?" tanya Jason.

"Kau duduk rumah sidai baju sana!" marah Jessie.

"Alah! Sehun! Nanti petang datang rumah aku eh?!" jerit Jason.

"Okay chingu!" kata Sehun tersenyum.

Mereka semua berjalan menuju ke van untuk pergi ke destinasi yang seterusnya.

Di dalam van tersebut, Chanyeol bermain gitar mengikut rentak lagu "XOXO. Baekhyun, Chen, Suho dan Luhan menyanyikan lagu itu bersama. Tao dan Kris menyanyi part rap. Xiumin, Sehun, Lay dan Kai hanya menari dengan menggerakkan kepala dan tangan mereka kerana mereka berada di dalam van. Hera dan Jessie berbual bersama.

Sedang mereka sibuk bergembira, tiba-tiba mereka dikejutkan oleh suara Jessie.

"Nanti!"

Dengan suara itu, Suho menekan brek secara mengejut menyebabkan mereka semua terhumban ke hadapan tetapi disebabkan kerusi di dalam van itu agak tinggi maka mereka semua dihalang oleh ketinggian kerusi itu.

Chanyeol, Baekhyun dan Chen yang duduk di barisan belakang pemandu sudah pun tertimpa antara satu sama lain. Barisan seterusnya, Kris sudah jatuh terduduk di atas lantai van bersama Tao dan Xiumin. Barisan belakang sekali iaitu Sehun, Luhan, Hera dan Jessie masih lagi dalam keadaan yang baik.

"Aduh sakitnya!" rungut ahli EXO apabila mereka tercedera sedikit disebabkan brek mengejut yang dilakukan oleh Suho.

"Awak okay?" tanya Luhan kepada Hera.

"Suho hyung! Kenapa buat macam tu?"tanya Chen sambil menggosok-gosok kepalanya akibat ditimpa oleh Baekhyun.

"Tadi hyung dengar suara Jessie jerit nanti, so hyung pun berhentilah. Hyung ingat ada apa tadi." terang Suho.

"Kenapa Jessie jerit-jerit?" tanya Xiumin.

"Saya dapat mesej daripada Sojin. Katanya dia tak boleh join kita sebab dia ada hal. Sebab tu saya jerit sebab nak bagitahu pasal tu supaya kita boleh jalan terus pergi rumah Kyungsoo," jelas Jessie.

"Alahai pasal tu je??" tanya Baekhyun.

"Ha'ah," jawab Jessie serba salah.

" Aduhai Jessie, kalau ya pun cakap je elok-elok, tak payahla jerit nantiiiiii!" kata Kris cuba meniru suara Jessie sebentar tadi.

"Janganlah marah akak Jessie! Dia tak sengaja kan!" marah Sehun pula.

"Alah Sehun, rileklah," Kata Kai yang berada di tempat duduk penumpang bersebelahan Suho.

"Hahaha padan muka! Kena marah dengan Sehun!" kata Lay yang duduk bersebelahan Kai.

"Kau diam. pergi tidur sana!" marah Tao.

"Taknak. Tapi bagus juga idea kau tu. Okaylah aku tidur dulu!" kata Lay. Dia meletakkan kepalanya di bahu Kai sebagai bantal.

"Wuu Kailay!" kata Chanyeol.

"No shipping," Kata Baekhyun serius.

Mereka semua membetulkan posisi mereka semula sebelum bergerak menuju ke rumah Kyungsoo.

Bersambung ......

-----------------------------------------------

Chansoo Notes:

Hi! Sorry kalau bab ni panjang sangat hehehe. Saya harap anda terhibur! Sorry sebab saya cut bab ni hehehe, saya akan sambung di dalam bab seterusnya. Komen dan votes! Gumawo!

Continue Reading

You'll Also Like

6.4K 292 9
wang yibo β™‘ xiao zhan wyibo yg baru putus cinta dengan kekasih terus pergi ke pantai untuk menenangkan diri... namun tidak disangka dia menemukan seb...
543 90 40
Triangle love dalam persahabatan. Dua lelaki mencintai seorang perempuan. Mencintai, menyayangi dan memberikan segalanya, Park Sung Hoon. Mencintai...
Wattpad App - Unlock exclusive features