Keadaan kafe pada petang ini agak lengang. Hanya beberapa saja meja yang diduduki pelanggan. Laura dan Arsyakayla tidak habis-habis bergelak ketawa. Disebabkan sudah bertahun mereka tidak berjumpa, maka banyaklah cerita-cerita yang hendak mereka kongsikan.
"So apa cerita dengan Abang hensem?" Tanya Laura sambil menguntum senyum.
Arsyakayla berkerut dahi mendengar soalan itu. Abang hensem? Siapa? Mikhail? Halif?
"Abang hensem? Siapa? Mikhail ke Abang Halif?" Tanyanya ingin kepastian. Dia kemudiannya mengambil minumannya dan dihirupnya.
"Ishh adakah patut mereka berdua itu aku panggil abang hensm? Kau nak betul-betul lupa ke buat-buat lupa? Siapa lagi abang hensem kalau bukan Tuah Akalil. Lelaki pujaan hati aku."
Hampir tersembur air yang diminum Arsyakayla apabila mendengar nama Tuah disebut. Dia meletakkan semula gelasnya dan mengambil tisu untuk mengelap mulutnya. Mata tidak lekang memandang ke arah Laura. Senyuman kecil diberikan.
Persiang baru ke?
Sofea.
Ariana
Sekarang Laura pula?
Haish banyaknya pesaing.
Pesaing? Apa kau merepak ni Arsyakayla Lycra? Sedar Arsya sedar hubungan korang hanya sebatas majikan dan bodyguard saja! Tak lebih!
"Ermm Tuah? Okey. Dia still dengan kami. Ada saja dekat rumah sana." Ucap Arsyakayla.
Wajah Laura berubah makin ceria. "Really? Ahh please bawa aku pergi rumah kau. Aku nak jumpa lelaki pujaan hati aku." Ucap Laura gedik.
Arsyakayla hanya tersenyum saja walaupun sekarang dia rasa nak hempuk Laura apabila melihat kegedikan Laura itu.
"Eh jap. Kau tak jealous kan kalau aku mengorat abang hensem?" Tanya Laura mengusik. Arsyakayla agak terkejut dengan soalan itu. Cemburu?
Oh memang tak lah.
Betul ke tak cemburu?
Arsyakayla menggelengkan kepalanya tanda tidak. "Arghh baguslah."
Arsyakayla menganggukkan kepalanya lalu mengambil minumannya semula dan menghirupnya sedikit. Tiba-tiba hatinya rasa panas pula sekarang.
Sedang dia memandang sekeliling tiba-tiba matanya terarah pada sosok tubuh seorang yang dan beberapa orang dibelakangnya memandang ke arahnya dari lair cafe.
Air liur ditelan kesat.
Waktu-waktu tak bersama Tuah lah muncul orang-orang yang bermasalah ini ya. Dia harap tak ada sesiapa yang laporkan pada Tuah. Kalau tidak habislah dia nanti.
"Laura. Ermm kau tunggu kejap eh aku nak pergi kedai depan sana nak beli barang sikit." Pamit Arsyakayla sambil bangun. Laura hanya menganggukkan kepalanya saja.
Arsyakayla mulai berjalan keluar daripada cafe lalu menuju ke arah mereka.
"Mr.Claus."
"Arsyakayla."
Arsyakayla mengangukkan kepalanya. "Why are you here?"
"Come to see you." Jawab Mr.Claus dengan senyuman.
"What's the matter is?" Tanya Arsyakayla dengan senyuman juga.
"I just want to remind you that you still have 2 days more to think about my offer."
Arsyakayla memalingkan wajahnya ke arah lain. Hati semakin gusar apabila diingat tentang tawaran itu. Dia memang sudah buat keputusan. Tapi dia belum minta pendapat daripada Daddynya mahupun Tuah. Tak sangka Mr.Claus boleh cari dia sekarang.
"I hope your answers not disappointed me." Ucap Mr.Claus seakan-akan berharap dia menerima tawaran itu.
Arsyakayla hanya tersenyum kecil saja. Masih tidak tahu untuk jawab apa. Jari-jemari dimainnya untuk mengawal kegusaran hati.
"Let's not bother you. I may leave now. See you in two days later." Ucap Mr.Claus pamit.
Arsyakayla menganggukkan kepalanya saja. Namun hati dan fikiran masih kusut untuk memberi jawapan sekarang atau nanti.
'apa-apa yang kau buat, apa-apa keputusan kau tolong fikir tentang diri kau dan keselamatan kau.'
Pesanan Tuah kembali berlayar difikirkan. Dia kena belajar buat keputusan sendiri. Dia tak boleh harap sesiapa untuk tolong dia. Cepat atau lambat dia akan bersendirian juga suatu hari nanti.
Arsyakayla memandang ke arah mr.Claus yang berjalan meninggalkannya itu.
"Mr.Claus." laung Arsyakayla kuat membuatkan langkah Mr.Claus terhenti lalu memandang ke arah Arsyakayla.
Kau boleh Arsyakayla. Kau boleh.
****
Tuah masuk ke dalam rumahnya. Matanya meliar mencari penghuni dalam rumah itu tapi langsung tak terlintas. Kakinya mulai melangkah naik ke atas. Bilik Mak Su Ainul didekatinya. Terlihat pintu bilik terbuka sedikit membuatkan Tuah bertindak untuk menjenguk ke dalam.
"Takdir mempertemukan kita kembali Bima. Namun pertemuan ini bukan soal hati dan perasaan. Tapi soal tanggungjawab yang harus saya laksanakan."
Mendengar nama Kekanda Bima, Tuah memejam mata menahan geram. Betullah apa yang Akmal dan Amir berita MakSu Ainul pergi rumah Kekanda Bima.
Apa yang MakSu Ainul cuba buat?
"Jadi betullah MakSu pergi jumpa Kekanda Bima?" Ucap Tuah sambil masuk ke dalam.
MakSu Ainul terkejut melihat Tuah. Pantas tangannya menyimpan kembali barang-barang ke dalam kotak berwarna merah itu.
"Tuah."
"Jawab Tuah. Betullah MakSu Ainul jumpa Kekanda Bima?"
MakSu Ainul bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah Tuah. Perlahan kepalanya dianggukkan.
Tuah berkerut dahi. MakSu Ainul memang tak boleh dijangka tindakannya. Walaupun tindakannya betul tapi tindakan MakSu Ainul kadang-kadang menggagalkan rancangannya.
"Jawab soalan Tuah tanpa berdalih. Macam mana Maksu Ainul kenal dia? Apa tujuan MakSu Ainul jumpa dia?" Tanya Tuah tegas.
MakSu Ainul memalingkan wajahnya. Kemudian dia melangkah ke arah balkoni bilik yang pintunya sudah terbuka luas itu.
Siapa yang beritahu Tuah dia jumpa Kekanda Bima? Rasanya di pergi ke sana tanpa beritahu sesiapa. Ke ada orang ekori dia?
Akmal? Amir?
"MakSu jawab soalan saya." Tegas Tuah lagi.
MakSu Ainul memandang ke arah Tuah sebelum dia menghela nafas berat. Dia menggerakkan kepala tanda menyuruh Tuah datang kepadanya. Tuah tanpa basa basi terus melangkah mendekati MakSu Ainul.
Dari mana dia nak mulai cerita?
"Ye Maksu kenal dia. Sangat kenal. Setiap sisi dia Maksu kenal. Langkah, sikap dan tindakan dia Maksu hafal. Dia sangat dekat dengan Maksu satu ketika dahulu."
MakSu Ainul memusingkan badannya menghadap Tuah. Dia memandang tepat ke adah mata Tuah.
"Dia bekas suami Maksu." Sambung MakSu Ainul.
Tuah yang mendengarnya terkejut. Tak sangka lelaki itu bekas Suami Maksu Ainul. Patutlah tak pernah nampak. Tapi macam mana boleh kenal? Yang paling membuatkan dia tertanya-tanya. Adakah sebelum ini MakSu sudah tahu Kekanda Bima,Tuan Hanz, Abang Long Jugah dan Tan Sri Aariz itu Keluarga?
"Jadi Maksu tahu mereka semua satu keluarga?"
MakSu Ainul menggelengkan kepalanya membuatkan Dahi Tuah berkerut lagi.
"Maksu Ainul cuma tahu Ayahanda Andika dan Abang Long Jugah saja. Tuan Hanz dan Tan Sri Aariz Maksu tak pernah kenal. Maksu pernah dengar mereka ada adik lagi dan ada juga terdengar tentang mereka berdua tapi tak tahu pula 2 orang yang selalu disebut itu Tuan Hanz dan Tan Sri Aariz." Ucap MakSu Ainul jujur.
Ya memang dia tak kenal Tuan Hanz dan Tan Sri Aariz. Pernah dengar cerita mereka tapi dia sejenis tak mahu ikut campur urusan keluarga orang lain
"Apa motif MakSu jumpa Kekanda Bima?"
Sekali lagi MakSu Ainul terdiam. Apa yang dia nak jawab? Kalau dia jujur pasti Tuah marah. Dia takin Tuah tak menolak tawaran. Lebih baik dia lakukan perkara ini sembunyi-sembunyi. Toling Tuah dalam diam.
Tapi alasan apa yang dia nak beri?
"Urusan orang Tua Tuah. Jangan masuk campur. Kamu budak lagi. Lagipun MakSu terkejut tahu mereka adik beradik itu juga salah satu sebab MakSu jumpa dia." Ucap MakSu Ainul memberi alasan. Dia harap Tuah percaya.
Tiba-tiba telefon pintar Tuah berbunyi menandakan mesej masuk. Segara dia mengambil telefon daripada poket lalu memeriksa pesanan itu.
~ Aku nak jumpa kau. Hal mustahak. Ini berkaitan Arsyakayla Lycra.~ Hanz
Berkerut dahi Tuah membacanya. Apa lagilah masalah yang timbul berkaitan Arsyakayla ini. Betul-betul buat dia tak tentu arah.
Tuah memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam poket.
Baru saja hendak bersuara matanya terarah pada cincin yang tersarung pada jari manis MakSu Ainul itu. Lantas dia meraih tangan MakSu Ainul membuat MakSu Ainul terkejut.
"Tuah tak pernah nampak pun cincin ini. Cincin baru?" Tanya Tuah serius. MakSu Ainul terkejut terus menarik tangannya semula.
"Cincin lama. MakSu baru jumpa." Ucap MakSu Ainul agak gagap.
Tuah mendiamkan dirinya. Cincin lama? Pantas Tuah memandang ke arah kotak mereka yang ada diatas katil itu. Mungkin cincin itu datang dari kotak itu.
"Tuah nak keluar ada kerja. Kita belum habis cakap lagi MakSu. Settle kerja Tuah nak jumpa Maksu lagi. Assalamualaikum." Ucap Tuah lalu menyalami MakSu Ainul dan pergi.
Maksu Ainul menghela nafas lega apabila Tuah sudahpun keluar dari biliknya itu.
"Fuh... Lega. Ughh. Kalau kantoi mampus kau Ainul." Ucap MakSu Ainul sambil mengurut dadanya.
MakSu Ainul memandang ke arah jarinya yang tersarung cincin itu. Cincin yang bermakna baginya. Cincin yang mengikat tali perhubungan yang sah dia bersama lelaki pujaan hatinya.
"Alangkah indahnya jika kita disatukan dalam keadaan yang ketika itu baik-baik saja. Mungkin pengakhiran hubungan kita tidak menyakitkan."
****
"Beritahu Deniz Lie Hua yang kau akan kahwinkan aku dengan Arsyakayla."
Tan Sri Aariz menghela nafas panjang. Dia kena kuat dan berani ini untuk keselamatan Arsyakayla. Semua musuhnya tahu kelemahan dia.
"Tan Sri Aariz. Lama betul kau tak datang sini. Busy betul kau." Ucap Deniz Lie Hua sambil berjalan mendekati Tan Sri Aariz yang berada diruang tamu itu. Sempat dia mengarahkan orang-orangnya untuk menyediakan minum buat Tan Sri Aariz.
"Macam kau tak tahu pula apa yang jadi pada aku sekarang."
Deniz menganggu kepalanya faham. "Lepas satu, satu lagi masalah datang. Kenapa kau tolak tawaran aku untuk bantu kau?"
Tan Sri Aariz tersenyum kecil. Menerima tawaran Deniz Lie Hua akan menambah beban padanya. Deniz Lie Hua memang baik tapi dia ada sisi gelap yang sukar untuk dijangka. Kemahuannya memberi kesan pada orang sekeliling.
"Kau dah banyak tolong aku. Bahkan masalah aku hampir semua kau yang bantu. Aku tak nak susahkan kau lagi Deniz."
"Itu tugas aku. Kau dibawah pengawasan aku. Sudah tentu aku bertangungjawab untuk jaga dan lindungi kau serta keluarga kau. Apa gunanya kau masuk kumpulan aku, jadi ahli aku tapi aku tak tolong kau." Ucap Deniz Lie Hua menjelaskan tanggungjawabnya sebagai ketua.
Tan Sri Aariz hanya tersenyum saja. Biarlah kali ini dia yang selesai sendiri.
"Macam mana dengan Mr.Claus? Kau dah settle masalah dengan dia?" Tanya Deniz Lie Hua.
Tan Sri Aariz menggelengkan kepalanya.
"Itulah kau. Aku nak tolong kau tak kasi. Kalau aku tolong sudah lama masalah kau dengan Mr.Claus selesai. Aku tahu cara untuk berunding dengan dia. Aariz bagilah aku tolong kau." Ucap Deniz Lie Hua.
"Kau tak akan dapat tolong aku. Deniz kalau soal duit aku boleh kasi walaupun benda itu merugikan aku. Tapi dia tak mahu duit sebagai ganti. Mereka masuk sesuatu daripada aku. Dan bukan saja aku malah kau juga tak mampu berikan apa yang dia mahu." Ucap Tan Sri Aariz jelaskan pada Deniz Lie Hua. Nada akhir bernada sinis membuat Deniz Lie Hua berkerut dahi.
Selain daripada tidak mahu Deniz Lie Hua masuk campur dia juga ada alasan lain kenapa tak mahu Deniz Lie Hua bantu. Dia tahu Deniz Lie Hua tak akan mampu.
"Kau jangan pandang rendah pada aku. Eh aku Deniz Lie Hua. Ketua Elite Syndicate. Apa perkara yang aku tak mampu buat? Kau bagi tahu sekarang." Ucap Deniz Lie Hua dengan nada yang emosi. Tercabar dia dengan ucapan Tan Sri Aariz.
Tan Sri Aariz tersenyum sinis ke arah Deniz Lie Hua membuat Deniz Lie Hua bangun lalu mendekati Tan Sri Aariz.
"Jangan cabar aku! Beritahu aku apa yang dia mahukan!"
"Arsyakayla."
"Hah?!"
"Ya mereka nak anak aku." Ucap Tan Sri Aariz lagi.
Makin berkerut dahi Deniz Lie Hua mendengarnya. "Tapi kenapa? Kenapa mereka mahukan Arsyakayla?"
"Aku tak ada jawapan lain selain daripada Arsyakayla ialah kelemahan aku. Kenapa aku fikir itu saja satu-satunya jawapan untuk soalan kau? Sebab kau juga gunakan Arsyakayla dalam perjanjian kita." Ucap Tan Sri Aariz. Deniz Lie Hua menelan air liurnya. Dia kembali ke tempat duduknya semula.
Wajahnya jelas menggambarkan bahawa fikiran mulai dipenuhi dengan pelbagai persoalan.
"Jangan samakan aku dengan Orang tua itu. Logik untuk aku gunakan kau sebab perjanjian perniagaan. Kalau orang tua itu tak logik langsung. Melainkan dia nak jatuhkan kau." Ucap Deniz Lie Hua serius.
Tan Sri Aariz hanya mendiamkan dirinya saja. Tidak lama kemudian orang-orang Deniz datang membawa minuman buatnya.
"Jadi apa tujuan kau datang ke sini?" Tanya Deniz Lie Hua sambil mencapai cawan miliknya.
"Memandang Mr.Claus nakkan Arsyakayla dan aku sudah tentu takkan serahkan Arsyakayla pada dia. Jadi aku kena selamatkan Arsyakayla terlebih dahulu sebelum aku lawan Mr.Claus." ucap Tan Sri Aariz mengutarakan hasratnya itu.
Deniz Lie Hua tersenyum lebar. "Finally kau minta tolong aku juga."
Ucapan Deniz Lie Hua membuat Tan Sri Aaeiz berkerut dahi. Nampak yang Deniz Lie Hua sudah salah faham.
"Bila aku cakap aku minta tolong kau?" Tanya Tan Sri Aariz nada sinis. Serta merta wajah Deniz Lie Hua bertukar serius dan bengis.
"Macam aku cakap aku akan selesaikan masalah aku sendiri tanpa bantuan sesiapa. Aku cuma datang nak beritahu kau rancangan aku untuk selamatkan Arsyakayla."
Deniz Lie Hua mengangguk kepalanya faham. Namun wajahnya jelas curiga dengan Tan Sri Aariz. "Apa rancangan kau?"
"Aku akan kahwinkan Arysakayla dengan Tuah Akalil."
Serta merta mata Deniz Lie Hua terbuntang luas mendengar ucapan Tan Sri Aariz. Wajahnya jelas terkejut dengan keputusan Tan Sri Aariz itu.
"Kau tak akan buat perkara itu!!!"
****
Assalamualaikum semua. Saya minta maaf asyik lewat update chapter baru 😭😭😭
Tapi jangan risau in Shaa Allah saya akan mula konsisten dalam meng-update chapter baru kerana kerja diluar saya sudah selesai 🥰🥰
Hopefully masih ada yang sudi baca✨