Ayra Untuk Affan

Por Kay-laa

254K 11K 300

Affan - lelaki dengan perwatakan selamba dan suka mengusik.Anak orang ternama yang lebih memilih untuk berjay... Más

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
EPILOG

Bab 51

4K 165 4
Por Kay-laa

WAJAH yang sedang tidur itu ditenung dalam.Melihat isterinya yang langsung tak dapat tidur lena sejak dua hari lepas itu buat Affan pun sekejap-sekejap terjaga.

Semua gara-gara Is tak guna itu..

Setiap kali Affan teringat akan kejadian malam itu pasti berdetap rahangnya menahan marah di dalam hati.Mujur Ayra tak diapa-apakan.Nasib baik Affan yang sedang berbual dengan Khairul di ruang depan rumah Nek Mah turun nak periksa bunyi periuk jatuh itu.Kalau tidak,tak tahulah..

Entah bila Is tu sampai ke kampung pun tak tahu sedangkan pak long dan mak long kata mereka berdua saja yang dapat balik kenduri tempoh hari.

Sejurus selepas kejadian malam itu,terus Affan ambil keputusan bawa Ayra balik ke rumah waktu itu juga.Biarlah orang nak cakap apa.Dia tak nak Ayra berlama-lama di rumah neneknya.Puan Fatimah dan Nek Mah juga faham.

Bukan dia tak risau akan keadaan mak long Ayra selepas dibawa ambulans malam itu tapi Ayra keutamaan dia.Mujur juga mak long Ayra dah stabil selepas sehari ditahan di kecemasan.Pak long Ayra yang maklumkan di dalam group whatsApp keluarga besar Ayra.

Kenduri tahlil untuk arwah atuk Ayra juga terpaksa dibatalkan dan Nek Mah cuma hantar makanan ke surau sekali untuk mendoakan kesihatan Puan Zainab yang dikejarkan ke kecemasan.

Is pula Affan tak tahu.Ikut hati memang dia dah nak buat laporan polis sebab menyerang Ayra malam itu tapi Ayra tak nak.Affan pun tak nak memaksa faham Ayra masih trauma.

Namun,Affan tetap akan cuba pujuk Ayra semula.Dia tak percaya semudah tu Is akan serik.Sekurangnya apa-apa jadi nanti dah pernah ada laporan.

"Tak nak!Tak nak!Abang Is tak nak!"Ayra tiba-tiba menjerit tak keruan dengan mata terpejam.

Affan yang tadi termenung sendiri terus tersentak.

"Sayang.."Dipanggil lembut Ayra sambil Affan duduk.

"Tak nak!Lepaslah!"Ayra dah menjerit sambil teresak-esak dengan tangan menolak kuat tak tentu arah.

Pantas tangan Ayra dipegang.Lagi kuat Ayra meronta dalam ketakutan dan peluh yang merenik pada dahinya.

"Sayang..sayang.."Affan cuba memujuk.Ayra yang masih tak sedar dari mimpi ngeri itu dipeluk.

"Lepas!Lepas!"Dada Affan dipukul kuat dengan jeritan Ayra yang semakin keras.

"Sayang!B ni.."Affan menguatkan suaranya sedikit supaya Ayra sedar.

Pergerakan Ayra terhenti serentak matanya terbuka luas memandang lama wajah Affan.Esakannya kedengaran.Nafasnya kelihatan laju ketakutan.

"Ni Affan?Suami Ayra?"Ayra bertanya bingung.Bagai baru tersedar dalam dimensi lain.

Affan mengangguk laju.

"Ya,sayang.."Affan mengucup dahi isterinya.

Baju Affan ditarik dan Ayra menyembamkan wajahnya pada dada Affan.Pipinya semakin basah dengan air mata.

"B..Ay-ayra takut.."Ayra menangis teresak-esak dalam dakapan suaminya.

"Shh.."Rambut lembut Ayra diusap memujuk.

"B ada..Selagi b ada tak ada siapa boleh sakitkan sayang.."Affan memujuk lagi.

Sebelah tangannya memeluk bahu Ayra erat bagai tak nak dilepaskan.

Sakit Ayra..sakit juga Affan.

"Ja-jangan tinggal say-sayang.."Ayra menuturkan dalam suara tersekat-sekat.

"Never,sayang.Selagi Allah pinjamkan nyawa.B akan selalu ada."Affan membalas.

Tangan Ayra jatuh melingkari pinggang suaminya.Dipeluk erat.

.

.

.

IS melangkah ke arah bilik wad kelas pertama dengan pintu bertutup yang menempatkan mamanya itu.

Belum sempat tangannya mencapai tombol pintu wad untuk dibuka,pintu itu dah dibuka terlebih dahulu dari arah dalam.

Is terdiam memandang muka abahnya yang sedang berdiri tegak di depan pintu bilik wad yang separuh terbuka itu.

Encik Azman menapak keluar dan menutup semula pintu rapat sebagai isyarat tak membenarkan Is untuk masuk.

"Tak payah masuk.Mama kamu nak rehat."Encik Azman bersuara dingin dan melabuhkan duduk di atas kerusi bersebelahan pintu wad itu.

Is menoleh ke arah Encik Azman.

"Dah banyak hari mama tak nak jumpa Is.Is dapat jumpa sekejap pun jadilah abah."Is bersuara sedikit tak berpuas hati.

Sia-sia dia minta cutinya dipanjangkan tapi dilayan seperti ini.

Encik Azman merengus perlahan sambil menggelengkan kepalanya.Anaknya itu langsung tak rasa malu atau bersalah lepas apa dah jadi beberapa malam lepas.

Is dipandang sekilas.

"Kamu nak buat mama kamu tambah sakit lagi ke?Dia masuk hospital ni pun sebab kamu tahu?"Encik Azman menunjuk ke arah pintu wad dengan wajah serius memandang Is yang masih berdiri itu.

"Ya,Is tahu Is salah.Benda tu dah lama abah.Is cuba nak bertanggungjawab tapi Ayra tak nak.Apa Is boleh buat?"Is membela diri.

Malam itu pun kalau bukan Ayra yang sengaja memprovokasi dirinya pasti Is takkan hilang kawalan bertindak seperti itu.

Encik Azman lagi sekali menggelengkan kepala.Ikhlas ke anaknya itu mengakui kesilapan diri?

"Habistu malam haritu tu kamu buat apa pada Ayra?"Mencerlung mata Encik Azman pandang ke arah Is.

Entah mana silap didikan dia dan isterinya sampai anaknya itu boleh bertindak sebegitu?

Is diam lama.

"Ya..malam tu Is salah.Is ikutkan emosi.Semua sebab Ayra ugut Is abah.Is tak nak mama tahu sebab tak nak jadi macamnilah..Is tak buat apa pun pada Ayra.."Is membalas.

"Astaghfirullah.."Kasar Encik Azman meraup wajahnya.

"Kamu dengar tak apa kamu cakap ni Is?Tak ada rasa sesal ke?Masih nak letak salah tu pada orang lain?Tak nampak keadaan Ayra tu macam mana malam tu?Tu kamu kata tak ada buat apa-apa?"Encik Azman menyambung.

"Apa lagi Is nak buat abah?Ayra tak nak Is kahwin dengan dia.."Diulang lagi untuk membela diri.

"Kamu nak kahwin dengan Ayra masa tu sebab nak tutup perangai busuk kamu tu.Kalau kamu betul baik Is nak tebus salah,kamu terus terang dengan mama abah ni pasal perbuatan terkutuk kamu sebelum-sebelum tu.Malu abah dengan mama ni Is.Mak lang cerita dah semuanya.Apa salah dalam didikan mama abah ni Is sampai macamtu sekali kamu buat sepupu kamu?Ikut sangat nafsu!Tak ada alasan kamu muda ke pengaruh rakan sebaya ke ke apa waktu tu!"Suara Encik Azman ditahan supaya tak terlalu meninggi sampai mengganggu mereka yang lain di dalam wad perempuan itu.

"Lagipun,kamu ingat ada ke perempuan nak kahwin dengan orang yang dah hancurkan hidup dia?"Encik Azman menambah.

"Sekarang ni..Affan tu nak buat report pasal kamu serang Ayra malam tu.Mak lang kamu yang bagitahu abah.Kenapalah kamu ni tak fikir panjang sebelum buat benda bodoh macamtu!"Ayat Encik Azman buat Is laju angkat kepala.

Cuak juga Is jadinya.Kalau Affan sampai betul buat laporan akan kejadian malam itu habislah kerjayanya.

"Sekarang ni tak payah kacau mama kamu.Dia pun tak nak jumpa kamu.Dia kecewa dengan kamu.Pasal report tu pandai-pandai kamulah nak selesaikan dengan Affan."Encik Azman bangun dari duduknya dan berlalu pergi dengan hati kecewa.

Anak yang dibanggakan rupa-rupanya anak yang menconteng arang ke muka dibelakangnya.

Is diam.Tangannya dikepalkan menahan rasa geram.

Ditolak kasar rambutnya ke belakang.Macam mana benda ni boleh jadi serabut macamni pulak?!

.

.

.

BUBUR nasi yang dah masak itu dimatikan apinya.Dulang dari tepi sinki ditarik dan diletakkan atas meja.Mangkuk dicapai dan bubur nasi tadi disenduk ke dalamnya.

Affan mengangkat dulang yang dah berisi bubur dan air kosong itu dan dia melangkah ke arah bilik tidur dia dan Ayra.Pintu bilik yang memang dah terbuka sedikit itu ditolak dengan belakang badan.

"Sayang?"Ayra yang sedang duduk termenung di atas katil itu dipanggil.

Dia tahu fikiran Ayra tak ada di situ.Nampak saja jasadnya ada di situ sambil mata pandang telefon di dalam tangan tapi Affan tahu isterinya mengelamun jauh.

Dulang diletakkan atas meja di sisi katil.

"Sayang.."Affan memanggil sekali lagi sambil perlahan menarik telefon dari tangan Ayra.

Ayra tersentak dan terus memandang Affan.

"Ya,b?Sorry..tak perasan b masuk."Ayra menjawab dengan rasa serba salah.

Sejak kejadian itu,konsentrasinya entah ke mana-mana.Kerja lama dia pun dia terpaksa berhenti.Itu pun atas nasihat Affan.Malamnya kadang lena kadang tidak.Sentiasa takut.

Ubat dan temujanji doktor juga dah berapa kali dia tak pergi biarpun Affan memujuk.Dia tak ada hati.Dia nak berbaring dan berkurung saja.

Dia tahu ummi dan ibu risau tapi dia tak mampu tipu diri dia sendiri.Rasa semua terlalu berat.Kasihan juga dengan Affan yang kadang rasa berat nak pergi kerja sebab risau tentang diri Ayra.Sampaikan Affan ada upah seorang pembantu rumah sementara untuk datang pada siang hari dan tengok-tengokkan Ayra.

"Makan ya?B masak bubur.."Affan memujuk.

Risau tengok isterinya yang dah kelihatan sedikit kurus itu.

"Tak selera.."Ayra menggeleng perlahan.

Ditenung kosong bubur nasi disebelahnya itu.Perutnya langsung tak lapar.Langsung tak berkeroncong.Dia memang tak ada selera.Dia rasa kosong.Rasa tak nak jumpa sesiapa atau ke mana-mana.Rasa sedih sahaja yang luar biasa.

"B suap.Okay?"Affan memujuk lagi.

"Ayra tak nak.."Ayra menggeleng dengan air mata tiba-tiba menitik laju.

Dia rasa dia dah susahkan suaminya.Dia nak jaga hati Affan tapi dia memang tak ada rasa nak makan.

"Hey kenapa nangis ni?"Affan letakkan semula mangkuk bubur tadi.

Pipi Ayra ditarik supaya muka Ayra menghadapnya.Diseka air mata isterinya yang dah teresak-esak itu.

"Ay-Ayra ni susahkan b je kan?Lepas satu..satu masalah yang ja-jadi."Ayra bersuara sambil menunduk.

"Mana ada sayang.B tak pernah rasa sayang susahkan pun.B faham.."Affan mengusap tangan Ayra yang turut basah dengan air mata Ayra yang berjujuran laju.

Dia tahu Ayra dalam fasa trauma.Dia tahu Ayra relapse semula.Dia tak kisah untuk bersabar melayan Ayra.Cuma dia risau kalau Ayra kembali buat perkara yang akan cederakan diri Ayra sendiri.

"Ayra tak boleh makan.Ayra minta maaf."Ayra meluah dalam sedunya.

"Tak ada apa sayang..Okay tak apa..Kalau sayang tak nak makan.Minum air ni boleh?B ada buat hot chocolate jugak."Mug disebelah gelas berisi air kosong di dalam dulang itu diambil dan disua pada isterinya.

"Please?"Affan separuh merayu sambil pandang wajah Ayra.

Lambat-lambat Ayra menyambut.

Telefon pintar Affan yang ada di atas meja solek di dalam bilik mereka itu tiba-tiba berbunyi nyaring menandakan ada panggilan yang masuk.

"Sayang minum tau."Affan mengucup dahi Ayra sebelum dia bangun dan berjalan ke arah meja solek.

Telefon pintar dicapai dengan kerutan pada dahinya.Nama Izzat yang memanggil pada waktu begini buat Affan sedikit hairan.

Dia pandang Ayra sekilas lantas diangkat panggilan itu dan berjalan keluar dari bilik.Ayra membuang pandang ke arah luar tingkap bilik yang langsirnya terbuka luas sambil masih memegang mug.

"Kenapa Izzat?"Affan bertanya setelah menjawab salam yang diberi Izzat dari talian sebelah sana.

"Bila kau free?"Izzat menyoal.

"Tak tahu lagi.Harini free tapi tulah aku jaga Ayra.Kenapa,Jat?"Affan menyoal semula.

Izzat terangguk-angguk walaupun Affan tak dapat melihat perlakuannya.Dia maklum dengan keadaan Ayra yang masih belum membaik sepenuhnya setelah malam itu.Jangankan Ayra,ibunya juga kalau boleh setiap waktu mak bertanyakan tentang Ayra dan duduk sekali dengan Ayra dan Affan kerana risau.Namun,Affan meyakinkan yang dia boleh jaga Ayra jadi ibunya tak perlu bimbang.

"Emm..ni Is."Izzat berhenti sebentar.

"Kenapa dengan dia?"Nada suara Affan berubah dingin mendengar nama itu.

"Dia ada sini.Jumpa aku dengan ibu."Izzat memberitahu lambat-lambat.

"Buat apa?"Nada Affan masih sama seperti tadi.

"Dia nak minta aku pujuk kau ajak jumpa."Izzat memberitahu dengan keluhan berat.

"Kenapa?Tak puas lagi rasa penumbuk aku?"Affan membalas laju.

"Dia nak minta maaf,Fan."Perlahan nada Izzat menuturkan.

Dia sendiri pun rasa bersalah nak menyampaikan tapi tengok wajah sugul dan kesal Is tu buat dia rasa tak sampai hati.

"Huh.."Affan ketawa sinis.

"Yeke?"Affan ragu-ragu.

"Cakap dengan dia tunggu dekat balai je lah.Settled sana."Affan masih berdegil.

"Fan.."Izzat memanggil Affan perlahan.

"Kita jumpa dia dulu..Dengar apa dia nak cakap.Dari situ kita buat apa kita nak buat."Izzat memujuk.

Affan terdiam sejenak sebelum merengus perlahan.

"Tengoklah macam mana.Apa-apa nanti aku bagitahu."Affan membalas acuh tak acuh.

"Emm okay.Apa-apa bagitahu aku."Izzat bersuara.

"Okay."Affan menjawab ringkas sebelum talian dimatikan.

Tak ada angin tak ada ribut baru sekarang nak minta maaf?Minta maaf untuk lepaskan diri sendiri saja atau minta maaf sebab memang dah insaf?

Sedikit pun sangsi dalam hati Affan ni tak hilang.

Seguir leyendo

También te gustarán

469K 15.4K 80
SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya...
532K 7.7K 13
Tengku Aryan...seorang lelaki tampan yang agak menggoda. Begitulah perumpamaan bagi Tengku Aryan dalam hidup Nayra. Dirinya yang sentiasa menjadi dam...
204K 4.4K 51
COMPLETED✔️(FIRST BOOK) Dia mungkin tidak sweet seperti gula, Dia mungkin juga tidak seromantis romeo, Dirinya juga mungkin tidak sesempurna bida...
8.5K 320 53
Follow and share thanks for your support. CINTA SANG PUTERA Antara takhta dan cinta, dia harus memilih... Putera Luqman Shah Al-Razi, satu-satunya z...
Wattpad App - Desbloquea funciones exclusivas