Let's fix it ❤️‍🩹✔️

By liyaaa49

1.1K 44 0

Mengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan c... More

✨00✨
✨01✨
✨02✨
✨03✨
✨04✨
✨05✨
✨06✨
✨07✨
✨08✨
✨09✨
✨10✨
✨11✨
✨12✨
✨13✨
✨14✨
✨15✨
✨16✨
✨17✨
✨18✨
✨19✨
✨20✨
✨21✨
✨22✨
✨23✨
✨24✨
✨25✨
✨26✨
✨27✨
✨29✨
✨30✨
✨31✨
✨32✨
✨33✨
✨34✨
✨35✨
✨36✨
✨37✨
✨38✨
✨39✨
✨40✨
✨41✨
✨42✨
✨43✨
✨44✨
✨45✨
✨46✨
✨47✨
✨48✨
✨50✨
✨49✨
✨51✨
✨52✨
✨53✨
✨54✨
✨55✨
✨56✨
✨57✨
✨58✨
✨59✨
✨60✨
✨61✨
✨62✨
✨63✨
✨64✨
✨65✨
✨66✨
✨67✨
✨68 ✨
✨69 ✨
✨70✨
✨71✨
✨72✨
✨73✨
✨74✨
✨75✨
✨76✨
✨77✨
✨78✨
✨79✨
✨80✨
✨81✨
✨82✨
✨83✨
✨84✨
✨85✨
✨86✨
✨87✨
✨88✨
✨89✨
✨90✨
✨91✨
✨92✨
✨93✨
✨94✨
✨95✨
✨96✨
✨97✨
✨98✨
✨99✨
✨100✨
✨101✨
✨102✨
✨103✨
✨104✨
✨105✨
✨106✨
✨107✨
✨108✨
✨109✨
✨110✨
✨111✨
✨112✨
✨113✨
✨114✨
✨115✨
✨116✨
✨117✨
✨118✨
✨119✨
✨120✨
Epilogue

✨28✨

9 0 0
By liyaaa49

"Aku tak faham ka kau ni man, kau dah kena reject kot bro" soal daniel hairan rakannya yang masih tidak berputus asa

"Dia reject sebab dia belum ready, dia kena curang 5 kali kot bro, kalau aku kena macam tu, setahun pun belum tentu aku boleh sembuh" balas aiman

"Kau sanggup tunggu?" Soal daniel lagi

Selamba lelaki itu mengangguk.

"Haih, aku tak nafikan dia memang ada ciri ii ideal type, tapi kalau aku jadi kau aku dah tak senang duduk dah"

"Kenapa pula?" Soal aiman

"Ye la kalau hubungan tanpa status ni bila ii masa je dia boleh kena rembat bro, dia tu pula apa je yang dia takda? Cantik, famous, kelakar, semua dia ada, siapa yang taknak?" Terang daniel bersungguh ii

"Dia bukan perempuan yang mudah kena rembat la, aku percaya dia takkan jatuh dalam tangan orang lain" kata aiman

"Eleh yakin je kau"

"Yah, aku boleh rasa la yang dia pun ada perasaan yang sama dekat aku. Cuma dia perlukan masa je untuk buka hati dia balik" kata aiman lagi

"Ni, airil dah tahu ke yang kau tengah talking stage dengan perempuan?" Soal daniel

"Tak. Kau jangan bagitahu dia pula eh" jegil aiman

"Memang la aku tak bagitahu. Kalau dia tahu dari orang lain macam mana?" Soal daniel lagi

"Aku malas la fikir" balas aiman terus menarik selimut bersedia untuk tidur

Daniel berdecit.

Airil selaku kawan baik dan ketua Fashion Flair itu merupakan seorang yang sangat suka mengongkong kehidupan rakan ii nya. Hubungan aiman pun pernah terputus kerana Airil minta lelaki itu untuk putuskan hubungan tersebut. Dengan alasan aiman patut fokus kerja berbanding fokus kepada kekasihnya. Aiman pun hanya menurut perintah demi pertahankan persahabatan.

_

"Apa yang kau menungkan?" Soal haris dari jauh melihat kawan baiknya itu termenung jauh

"aku teringatkan auliya" kata numan sambil layan temenung

"mesti dia dah jumpa lelaki yang betul ii boleh gantikan tempat aku kan" kata numan lagi

"em, aku tak berani nak cakap la isu tu, kita tak tahu kan kehidupan dia sekarang, adriana pun tak tahu sangat dia dah ada boyfriend ke belum" balas haris

"mustahil lah takda boyfriend, dia tu almost perfect, mesti ada punya" kata numan

"ris, nak dekat 3 tahun dah, masih lagi takda perempuan yang dapat gantikan tempat auliya, takda sorang pun macam auliya, betul lah apa yang irfan cakap dulu, aku takkan jumpa perempuan macam auliya dah" luah numan

"em... adriana ada cakap yang auliya dapat sambung belajar dekat university yang korang pernah plan waktu korang bersama dulu" kata haris

"aku tahu, dia ada bagitahu dalam live tiktok dia" kata numan

"kau taknak pergi ke? pergi sana jumpa auliya" 

"huh taknakla, kalau aku pergi sana semata ii nak jumpa dia tapi dia taknak jumpa aku, tak ke sia ii tu?" balas numan

"kau ni, belum cuba belum tahu"

"taknak, aku dah survey dah, dekat university tu ada course yang aku nak, so aku kena belajar betul ii then aku nak sambung degree dekat university tu, boleh la jumpa auliya" terang numan

"menarik menarik" 

_

"nenekk buat apa tu?" tegur aiman dari jauh berjalan menuju ke neneknya di pondok depan rumah neneknya itu

"tak buat apa pun, ambil angin je" balas wanita itu

terus lelaki itu baringkan dirinya dan letakkan kepalanya di atas paha neneknya itu.

"mama kamu buat apa? kerja tak habis ii lagi?" soal wanita itu 

"hmm macam biasa la nek" keluh aiman

"alohh kesian cucu nenek bosan ye" kata wanita itu mengusap lembut kepala cucu kesayangannya 

"bila auliya nak datang lagi?" soal nenek tiba ii

"hahahaha nenek ni, auliya baru je balik beberapa minggu lepas, nanti ii aiman bawa la dia datang sini lagi" balas aiman dengan ketawa

"kamu tu nanti ii padahal tak bawa pun" jeling nenek

"nenek, tunggu la cuti semester depan ke cuti apa ii ke aiman ajak la dia datang" balas aiman memujuk neneknya itu

nenek hanya diam dan melayan angin sepoi ii bahasa itu.

"nenek suka auliya?" soal aiman

"suka, nenek lagi sukakan auliya berbanding perempuan ii yang kamu bawa sebelum ni" balas nenek

"iya? bagi 100 sebab kenapa nenek sukakan auliya" 

"ish kamu ni main ii eh" bebel nenek mencubit ii manja cucunya yang dah berdekah itu

"hahahaha okay la okay la bagi beberapa sebab je kenapa nenek sukakan auliya" kata aiman 

"nenek suka la auliya tu baik budaknya, ringan tulang, suka tolong nenek, bangun awal pagi, buatkan sarapan, kalau tengok nenek buat kerja mesti nak tolong, suka memasak, takda nak geli ii masuk dapur, pandai ambil hati, pandai borak dengan orang tua, takda la nak berkepit ja dengan kamu, bagus la, nenek suka la" kata nenek 

aiman mendengar dengan teliti. mujur lah neneknya suka.

"kamu tak suka?" soal nenek pula

"suka la nenek, bagus la kalau nenek sukakan auliya, mama sukakan dia, lega hati aiman dengar" balas aiman

lega hatinya. sebelum ini dia pernah kenalkan dua orang perempuan pada keluarganya tapi kedua ii mereka tak dapat menambat hati orang tuanya. pertama kali dia kenalkan seorang perempuan, orang tuanya kurang berkenan dengan sifat terlalu manja gadis itu. asyik nak berkepit je dengan aiman. langsung taknak berpisah dengan lelaki itu. 

kali ke dua pula, orang tuanya kurang berkenan dengan sikap kurang sopan gadis itu. cantik dah cantik dah cuma bila bercakap, kurang sopan. ada saja tak kena di mata gadis itu. itu membuatkan orang tua aiman sedikit terasa dengan sikap gadis itu. tetapi, walaupun orang tuanya tidak berkenan dengan kedua ii gadis itu, mereka sikit pun tidak menyuruh aiman berpisah dengan mereka. mereka percaya akan jodoh yang telah ditetapkan untuk cucunya itu. wajar lah manusia gagal dalam percintaan. jika tidak pernah gagal, kita tidak akan belajar untuk jadi dan dapatkan yang lebih baik. jadi, mereka hanya biarkan cucu mereka itu pilih jalan hidupnya sendiri. 

"kalau suka, cepat ii lah ikat dia, ajak dia ke peringkat seterusnya, lama ii nanti melepas pula" kata nenek

"eh nenek ni, awal lagi lah, dia pun muda lagi, aiman nak bagi dia ruang dulu, ruang untuk belajar, bekerja" balas aiman

"nenek tak minta kamu kahwin hari ni aiman, nenek minta kamu ajak dia ke peringkat seterusnya dulu, mengenal hati budi lebih dalam ke, bagitahu yang kamu serious dengan dia, jadi bolehtak kalau kita jaga hati kita sampai tiba masanya" kata nenek dengan lebih teliti

"hmmm. tengok la dulu nek" keluh aiman. bukannya dia taknak tapi dia dah pernah ditolak, jadi dia perlu bagi masa dulu untuk auliya sembuh dari masa lalunya

"nenek ni dah tua tau man. nenek bukan je nak tengok kamu habis belajar dan bekerja. tapi nenek nak juga tengok kamu kahwin. kahwin dengan perempua  yang baik ii, macam auliya, nenek nak sangat tengok kamu kahwin dengan auliya" kata neneknya

"nenek ni pun dah tak lama kat sini" sambung neneknya lagi

"nenek. apa pula cakap macam tu. aiman tak suka la nenek cakap macam tu" marah aiman

"nenek kena cakap la nak bagi kamu sedar yang nenek ni pinjaman Allah je, bila ii masa je nenek boleh pergi, nenek ni pun bukannya sihat mana dah sekarang" kata nenek lagi

"nenek. nenek tak boleh tinggalkan aiman. aiman perlukan nenek okay. nenek kena tengok aiman berjaya. nenek kena tengok aiman kahwin dengan auliya macam yang nenek harapkan. nenek kena tengok cicit nenek nanti" kata aiman terus memeluk susuk tubuh neneknya dengan sebak

jujur dia tak boleh bayang macam mana kehidupannya kalau neneknya pergi. nenek lah sumber semangatnya untuk berjaya. nenek lah yang menjaga dan besarkan dia dari kecil hingga sekarang. nenek la yang ada ketika dia susah. nenek juga perlu ada ketika dia senang nanti. 

..TBC..

Continue Reading

You'll Also Like

86.6K 2.8K 55
[Complete] HIS QUEENSHA by Nana khairi Pertemuan semula yang membuahkan bunga-bunga cinta namun disangkal atas sebab yang hanya mereka tahu. Queensh...
328 9 20
~En~ I am falling deeper to the darkness. Seems like there is no light until he comes and gives me hope. ~Af a.k.a Chua~ There is no more space for m...
3K 49 6
Takkan tergoda, takkan terjatuh di tangan orang yang salah - Adam
Wattpad App - Unlock exclusive features