ROYALIZE

By laurengates01

18.8K 1.1K 38

DANIEL ROYALIZE menyayangi satu-satunya keluarga yang tinggal, Damia. Kasih yang teramat melebihi nyawa sendi... More

1. Royalize
2. Dunia Magik
3. Tongkat sihir, Catten
4. Cornerludge
5. Kapal Memoir Feather
6. Teman Baru
7. Pemilihan
8. Profesor
9. Uji
10. Istimewa
11. Semangat
12. Damia Tunggu Justin
13. Aku takkan lupa...
14.Biar saya uruskan...
15. Jiwa yang kacau
16. Sisi gelap
17. Darkline, Goldsilv
18. Teka teki
19. Hari pertama pesta
20. Jawapan dan kesimpulan
21. Upacara Sumpah Setia
22. Tahun Dua
23. Vampire
24. Kembali ke Featherave
25. Pelan Parti
26. Pewarisan
27. Berdua
28. Serangan
29. Marviel Menunggu
31. Janji
32. Kelas Posyen
33. Santai
34. Satu terpisah dua
35. Justin lagi
36. Tahun Tiga
37. Penulenan
38. Memori Kembali
39. Yang satu lagi
40. Declan
41. Kesan
42. Hachimaru
43. Dia
44. Yang Sulung
45. Dela
46. Kelahiran semula
47. Kembali
48. Rintihan
49. Kehilangan
50. Berkongsi
51. Terhakis
52. Roshane dan Kuasanya
53. Ekstrak
54. Tuan
55. Berjumpa
56. Bertemu lagi
57. Sentuhan
58. Posyen Perencat
59.Manipulasi
60. Evander
61. Pasak
62. BOOM
63. Ya Hana

30. Declan Noblesse

327 23 0
By laurengates01

Lelaki berambut perang segak beruniform Redane, senyuman tak betah pudar dari wajahnya. Declan menarik bola cahaya paling hujung di bawah nama Royalize. Dia menyentuh bibirnya dengan jari telunjuk.

"Saya kenal sangat adik beradik ni!" ujar Declan teruja. "Si adik comel aje, pandai dan pendiam. Tetapi si kakak..." Wajah Declan berubah geram. "Penyibuk, bising, asyik-asyik cari pasal dengan orang."

Profesor Steveness mengetuk kepala Declan dengan wajah yang tenang walaupun Declan mengadu sakit.

"Siapa suruh buat masalah, ada aja peraturan disiplin kamu langgar. Arabella Cuma jalankan tugas dia." Leter Profesor Steveness. "Kamu ingat saya tak tahu letupan di makmal posyen kerja kamu." Geram juga apabila helah si Declan menyebabkan kerosakan harta benda. Nasib baik sekolah ni, sekolah keluarga dia yang punya.

"Profesor tahu?" Declan tersengih tak bersalah. Dia menumbuk tangannya sendiri, akhirnya dia mendapat idea. "Patutlah dia tahu saya yang yang buat, dia goldenic juga!" Luah Declan, hairan juga dia bagaiman Arabella tahu yang kejadian hari itu adalah angkara dia. Helahnya itu bergantung dengan sihir darahnya.

Profesor Steveness menggeleng, dia menunjukkan bola cahaya yang dipegang oleh Declan. Declan mengekor matanya pada bola cahaya itu.

Secara teknikal tiada yang aneh, nama pun bola cahaya, ia bercahaya. Eh, cahaya putih?

"Oh, Bella Silverillica macam Daisy." Daisy adiknya yang baru tahun ke dua. "Eh, Sejak bila mereka Royalize bukan mereka Winchester?"

Profesor Steveness mengetuk kepala Declan geram. Setelah lama berbual baru dia menyedari fakta tersebut. "Winchester nama keluarga ibu mereka."

Declan mengangkat kening, seraya faham. Dia tahu apa yang terjadi pada Royalize, ayahnya pernah memberitahunya apa yang terjadi.

+_+

Declan menepuk dahinya, dia mengeluh. Adik-beradik Royalize ni langsung tidak mempunyai idea tentang sejarah keturunan mereka. Dia faham mereka cuma dibesarkan oleh ibu mereka yang merupakan manusia tanpa sihir, oleh sebab itu dia cuba mengajar mereka. namun tengoklah hasilnya...

"Sejak kau tahu, tentang 'hebat'nya darah kau ni, kau asyik gunakan untuk menyembuh"

"Apa kau sibuk." Balas Arabella jengkel.

"Ish, minah kerek ni. Nak juga makan kasut aku." Ujar Declan geram. "Kau perasan tak perubahan pada kawan-kawan kau?"

"Sibuk nak tahu kenapa?" balas Arabella kemudiannya dia membuang pandangannya daripada Declan. Dia sedari ada perubahan pada kawannya tetapi mustahil dia mengaku depan Declan.

"Kau faham konsep tuan-hamba?" Soal Declan. "Tiada yang percuma. Walaupun kau berniat nak bagi percuma!" Tegas Declan sebelum Arabella memintas. "Secara teorinya, apabila kau beri darah dengan niat nak 'selamat'kan 'nyawa' diorang, diorang berhutang nyawa dengan kau dan sebagai pembayaran, nyawa yang kau 'selamat'kan tu milik kau."

Declan memandang Arabella yang masih memeluk tubuh dan memberi raut wajah yang jelas tidak mempercayainya.

"Lazimnya sekarang kau tak rasa sangat apa bezanya. Tetapi dalam situasi yang terdesak, masa tu kau tahu beza bumi dengan langit. Bila-bila masa aje, nyawa diorang tu kau boleh korbankan."

"Aku takkan buat begitu," balas Arabella cuba membela diri.

"Memang kau takkan buat. Tetapi sebagai Goldsilv, nyawa kau akan diutamakan terlebih dahulu dan kuasa dalam darah kau yang akan buat keputusan. Lepas tu..."

Declan terdiam apabila Arabella menarik lengan bajunya. Wajah bengis gadis itu berubah, Nampak comel apabila kebimbangan menguasainya.

"Apa yang aku patut buat?" Soal Arabella, jelas gusar dengan fakta tersebut.

Aduh! Declan menepuk dahinya. Nampak comel pula pengawas dihadapannya itu. Dia mengosok atas kepala Arabella. "Jangan bimbang. Aku akan jaga kau. Lepas ni, jangan bagi darah kau sesuka hati."

Wajah Arabella merona merah. Dia menolak kasar tangan Declan. lantas meninggalkan Declan.

"Apa salah aku kali ni?" Declan mengarukan kepalanya.

"Declan, kau buat lagi"

Declan menoleh. "Ivan"

Ivan tersenyum."Declan".

Declan popular dengan kenakalannya walaupun dia memiliki rupa namun perangainya amat nakal cukup untuk menjauhkan perempuan daripadanya.

"Maaflah, aku tak sekasanova kau" balas Declan. Ivan Royalize, Goldenic.

"Bukan kasanova tetapi budiman" Ivan membalas.

Ivan Royalize merangkap adik Arabella Royalize hanya muda setahun daripada Declan. Adik-beradik yang cemerlang kalau Declan perlu terangkan, jika si kakak Pengawas, si adik pula ahli majlis pelajar Yellowish dan setentunya akademik tidak seteruk dia.

"Biarlah, aku malas nak faham." Declan mengalah, malas berfikir lagi.

+_=

Declan dan Ivan bersantai di bilik waris Featherave Declan. Ivan juga mempunyai keistimewaan itu sebaik sahaja Declan mengesahkan dan membenarkan asses pada Royalize sebelum masanya. Dan seperti yang sekian maklum, Goldsilv cuma akan ada 4 pewaris kuasa dan oleh itu 4 buah bilik waris sememang telah lama wujud.

Declan membelek buku-buku di rak biliknya. Sebagai pewaris sulung, dia pemegang jurnal nenek moyangnya. "Hari ni kita belajar pasal..."

Ivan menggeleng. "Hari ni saya nak tahu pasal ayah saya"

Declan terdiam. "Jurnal ayah kau?"

"Tiada klu yang kukuh, cuma ayah tulis dia diperhati"

Declan menarik salah satu Jurnal milik moyang mereka, seraya buku itu dilempar di hadapan Ivan. Jurnal itu terapung di udara. Declan memetik jarinya, buku itu terbuka sendiri dan cahaya keluar dari buku itu memaparkan sebaris ayat.

...Ku beri nyawa ku kepada mu sebagai ganti setiap nyawa keturunan ku yang diragut, wujudnya tiada jejak...

"Ini perjanjian antara Sophiel Goldsilv dan penjaga masa. Ini lah perjanjian yang menghapus Goldsilv dari sejarah." Ujar Declan. "Sehebat mana pun satu keturunan, ia pasti ada kelemahan."

"Setiap generasi ada empat pewaris?" Ivan meneka.

"Jika dibandingkan dengan keluarga hebat yang lain, itu antara kelebihan kita. Keluarga lain limitasi pewarisnya cuma satu untuk satu generasi."

Ivan tidak mengerti.

"Kelemahan keturunan kita terletak pada ini" Declan menunjukkan matanya. Mata Goldenicnya telah mencapai tahap matang, serpihan emasnya telah bercantum membentuk simbol.

"Kita satu-satunya keturunan yang kuasanya boleh diragut." Declan menutup Jurnal Sophiel. Teringat pesan ayahnya, itulah alasan kenapa kuasa miliknya tidak boleh diketahui sesiapa.

"Keluarga kita diburu, dibunuh. Perjanjian itu dibuat, agar pembunuh keluarga kita tidak dapat menyambung pemburuannya tetapi terpaksa bermula dari kosong. Walaupun hakikatnya dia pada mulanya memiliki semua maklumat tentang kita."

Ivan tertunduk. "Ayah cuma dalam memori kami, selain kami tiada siapa kenal ayah walaupun kenalan rapat ibu." Matanya berkaca. "Sebab ayah dibunuh, kewujudannya dipadam dari memori orang yang mengenalinya. Mati tidak dipinta, terseksa, pergi tiada jejak, kejam."

"Ini untuk melindungi keluarga kita."

Ayahnya menceritakan bagaimana dia mengetahui kepergian ayah Ivan. Ayahnya bertemu dengan kawan-kawan rapat, duduk minum bersama, berseloroh, bila ayahnya bercerita kisah lucu dia dengan Royalize, kawannya bertanya siapa Royalize sedangkan mereka juga berkawan dengan Royalize. Peritnya mengetahui berita melalui situasi ini.

"Miho, keluarga yang dikenali sebagai musang berekor sembilan. Kuasanya hebat, begitu jua kelemahannya. Nyawanya terletak pada objek rapuh, mutiara kaca. Pernah bertemu, berunding agar nyawa dipindahkan ke tubuh. Namun pertukarannya tidak adil, Goldsilv menidakkan kerana tiada kemampuan tetapi Miho enggan menerima hakikat, bersumpah Goldsilv terhapus dari dunia."

Jelas Declan. Setiap jurnal nenek moyang pasti tersebut nama keluarga itu. Sebagai pengingatan yang jelas.

"Darkline, keluarga yang tercemar dengan kejahatan. Kuasa telah membutakannya."

Declan menepuk bahu Ivan. Kesiannya pada saudara yang tidak lagi berbapa...

+_=

Daniel menutup Jurnal Declan. Malangnya keturunannya.

Api. mayat. ayah. ibu. kejam.

"Daniel..." Daniel tersentak, dia sedar dari memorinya. Terasa pipinya basah dek air mata. Pantas dia menghapuskan.

"Bukankah kau terlalu mudah memakai fasiliti Goldsilv umpama kau sebahagian daripadanya." tegur Daniel. Justin tidak berkata apa sekadar berdiam.

"Kau goldsilv walaupun bukan pada keturunan. Aku tahu dari siapa kau dapat" Daniel merenung Justin, "Persoalannya, kenapa?"

Justin terus membisu. Daniel beremosi malam itu.

Daniel bertemu dengan Justin apabila Justin memasuki Featherave. Justin selalu mengekorinya, pada mulanya dia menyangka Justin cuma mengaguminya sehinggalah Justin menikamnya dan menghisap darahnya. Dia boleh sahaja menepis serangan Justin tetapi mata Justin yang bersinar dengan serpihan emas dan perak mengkakukannya, dia terlalu terkejut dengan fakta itu.

Bila dia mengarahkan Justin berundur. Justin berundur, menunjukkan ikatan tuan-hamba terbentuk.

Dia soal siasat Justin namun tiada satu pun maklumat dia dapati. Justin yatim-piatu yang tinggal di rumah kebajikan vampire di dunia magik, menyambung pelajaran di Featherave dibawah program bantuan pelajar terasing. Dia tahu justin tidak menipunya, arahan daripadanya adalah mutlak.

"Ada apa kau datang ke mari?" soal Daniel.

"Tentang serangan hari tu dan serangan tahun lepas." ujar Justin.

Daniel termangu, dia menyentuh dagunya kemudian bibirnya. matanya menunduk kebawah. "Tahun lepas?" tidak pasti apa yang dimaksudkan Justin.

"Bloodywolf"


Continue Reading

You'll Also Like

69K 231 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
9.9K 68 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
540K 36.8K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
493K 1.2K 17
Mula mula