TERNYATA KAMU

By Kay-laa

136K 4.7K 100

EMIIR ASYTAR X MARDHIYAH ELINA "Kahwin dengan abang,Dee."Emiir menuturkan tenang sambil mata masih membuang p... More

PROLOG
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
EPILOG

Bab 1

3.1K 99 5
By Kay-laa

Tiga tahun kemudian ...

PELUH yang merenik pada dahi Emiir lap dengan hujung lengan baju.Cuaca sekarang panas sungguh.

"Rehat dulu!"Emiir melaung ke arah beberapa orang pekerjanya yang sedang menyusun kerusi dan meja bawah khemah yang baru mereka pasang sebentar tadi.

Emiir berjalan ke arah platform yang dia dan pekerjanya telah susun membentuk sebuah pentas.Air mineral sejuk dikeluarkan dari dalam plastik putih.Penutup dibuka dan laju dia meneguk untuk menghilangkan dahaga.

Pekerja yang lain turut sama berehat.Masing-masing duduk mengibas badan yang rasa berbahang.Matahari terik memacak atas kepala sampai kulit pun rasa perit.

"Ni air..minum dulu.."Emiir mencapai dua botol besar air mineral dan dihulur kepada pekerja-pekerjanya.

"Abang Emiir!"Emiir menoleh ke belakang mencari suara perempuan yang memanggilnya itu.

"Ouh..Tasha."Emiir menarik senyum segaris sebelum pandang ke depan semula.

"Abang Emiir dah makan?"Gadis dengan tudung hitam,blouse biru dan seluar jeans hitam itu sudah berdiri di sisi Emiir.

Emiir menggeleng.

"Abang baru siap pasang khemah.Ada sikit lagi nak settled ni.."Emiir menunjuk ke arah bawah khemah.

"Ouh..ingat nak ajak abang lunch.Tasha pun tengah rehat ni.."Gadis dengan nama Tasha itu tersenyum manja memandang wajah Emiir dari sisi.

"Tasha pergilah.Abang nak tolong budak-budak abang ni siapkan.."Emiir menolak baik pelawaan Tasha yang merupakan anak kepada kawan baik papa dan mamanya itu.

Khemah yang sedang dia pasang ini pun untuk majlis soft launching produk kosmetik milik syarikat mama Tasha.Tasha pula ditugaskan mamanya untuk datang dan pastikan kalau ada apa-apa susunan yang mereka perlu ubah.

"Alah..tak nak lunch sorang."Tasha dah menayang muka sedih.

"Tak apa bang.Pergi je.Sikit je tinggal ni,kitorang boleh siapkan."Arif salah seorang pekerjanya mencelah.

"Haa tu!Jom!"Mata Tasha dah bersinar teruja.

"Betul ke?"Emiir memandang Arif meminta kepastian.

"Betul boss."Arif mengangkat ibu jarinya tanda bagus ke arah Emiir.

"Abang pergi dating..jangan risau."Arif sengih mengusik.

Tasha pula dah tersenyum malu disebelah Emiir.

"Banyaklah kau.."Emiir ketawa halus sambil menggelengkan kepala dengan usikan pekerjanya itu.

"Apa-apa call abang eh."Emiir memberikan arahan.

Pekerja yang lain mengangguk.

"Jom..naik kereta abang."Emiir dah berjalan beriringan dengan Tasha.

Kalau ikutkan dia belum begitu lapar tapi bila Tasha dah mula buat muka sedih jadi serba salah pula.Mengenangkan Tasha itu anak kawan baik mama dan papa saja jadi dia terima pelawaannya.

.

.

.

NASI putih dengan ayam masak lemak dalam pinggan disuap masuk sedikit ke dalam mulut menggunakan sudu.

"Tak sedap ke Tasha?"Emiir menegur Tasha yang kelihatan terkulat-kulat menyuap masuk nasi dan lauk dihadapannya.

Nak kata tak sedap.Pada selera Emiir sedap saja semuanya.

Nak kata Tasha tak makan tapi tak ada pula Tasha sebut apa-apa masa mereka berdua melangkah masuk ke dalam kedai makan itu tadi.Jadi,Emiir anggap Tasha okay saja.

"Haa?"Tasha tersentak dengan soalan Emiir.

"Tak adalah.Sedap!"Tasha memaksa senyum dan berbohong.Tak nak Abang Emiir perasan kekoknya duduk di dalam kedai makan yang sesak dengan orang itu.

Dia membayangkan tadi Emiir nak bawa dia ke restoran mahal atau kafe.Boleh dia memesan salad atau makanan western.Dia bukannya biasa makan lauk nasi campur seperti ini tapi sebab tak nak Emiir cop dia mengada-ngada jadi dia diam saja.

Jatuh sahamnya depan Emiir nanti!

"Kalau Tasha nak ambil lauk apa-apa lagi..ambil je.Abang Emiir belanja."Emiir memberitahu.

"Okay."Tasha menjawab ringkas.

Dalam pinggan ni pun tak tahu berapa lama dia nak telan untuk habiskan.Tengok lauk yang bersusun tadi pun seleranya langsung mati.

Emiir sambung menyuap nasi berlauk itu ke dalam mulut dengan penuh berselera.Buffet lauk dan ulam-ulaman tadi semua membangkitkan seleranya yang mulanya tak rasa lapar.

Walaupun dia dilahirkan dari keluarga yang berada tapi dia memang lebih gemar lauk-lauk seperti ini.Keluarganya juga sudah biasa makan di tempat-tempat sebegini walaupun mereka lebih daripada mampu untuk makan di hotel setiap hari.

Mama dan papa juga tak pernah kisah untuk makan di mana-mana kedai makan atau warung walaupun berpangkat Datin dan Dato'.Dia dan adik lelakinya memang dididik untuk sentiasa bersyukur dan merendah diri.Jadi bab makan memang Emiir tidak pernah ada masalah.

.

.

.

"TERIMA kasih Abang Emiir belanja Tasha tadi."Tasha memandang Emiir disebelah setelah kereta yang dipandu Emiir berhenti di hadapan bangunan pejabat milik mama Tasha.

"Sama-sama."Emiir senyum segaris.

"Emm..abang."Tasha yang tadi baru mahu membuka pintu berhenti dan menoleh semula ke arah Emiir.

"Yup?"Emiir memandang Tasha.Menunggu untuk Tasha menyambung percakapannya.

"Next weekend abang free tak?"Tasha bertanya.

"Tak pasti pulak.Tak tengok lagi jadual.Kenapa?"Emiir bertanya semula.Hairan juga bila Tasha menyoal tentang kelapangan waktunya.

"Kalau abang free..teman Tasha pergi wedding kawan Tasha boleh?"Pandangannya jatuh pada Emiir dengan mata penuh berharap.

"Bukan apa..kawan Tasha semua bawak plus one.Tasha je nanti datang sendiri."Tasha mencebik manja.

"Boleh eh?"Tasha mencuba nasib bila melihat Emiir masih diam.

"Err.."Emiir diam sebentar.Belakang leher diusap perlahan.

Lain macam pula permintaan Tasha hari ini.Minta jadi teman dia pula untuk pergi ke majlis kahwin.

"Ouh.."Emiir bersuara selepas agak lama diam berfikir.

"Abang baru ingat.Abang kena pergi Kelantan next weekend.Pasang khemah."Emiir senyum nipis.

Laju kepalanya mencipta alasan.Bukan niat untuk sombong atau apa tapi dia bukan jenis lelaki yang suka beri harapan pada mana-mana perempuan.

Bukan dia tak perasan atau faham setiap gerak geri dan bahasa badan Tasha selama ini.Gadis muda itu memang banyak kali bagi hint yang jelas mahu ada hubungan yang lebih istimewa dengan dia.Namun,dia memang anggap Tasha cuma sebagai adik sahaja.

"Ouh yeke.."Tasha dah tayang muka kelat.

"Tak apalah kalau macamtu.."Bibir Tasha dah memuncung bila permintaannya ditolak mentah-mentah.

"Sorry.."Emiir meminta maaf.Serba salah juga bila Tasha membuat wajah kecewa itu.

"It's okay.Mana tahu lain kali kita boleh tengok wayang ke.Dating ke?"Tasha senyum ke arah Emiir.Masih tak putus asa.

Emiir hanya senyum janggal.Tak tahu nak membalas apa.Rasa dah cukup jelas selama ni layanan dia pada Tasha memang berbatas.

"Okaylah.Tasha turun dulu ya.Thanks tau abang.."Pintu kereta dibuka dan Tasha turun dari kereta tanpa menunggu balasan daripada Emiir.

Tangan dilambai ke arah Jeep merah yang berlalu pergi itu dengan senyuman.

'Tasha akan pastikan Abang Emiir pandang juga Tasha nanti.'Getus hati Tasha.

.

.

.

EMIIR berjalan menuruni anak tangga satu persatu.Dia berjalan melewati ruang tamu untuk ke pintu utama rumah banglo mewah milik keluarganya itu.

"Emiir?Nak pergi mana?"Datin Alya yang baru keluar dari dapur membawa dulang berisi teko dan cawan menegur.

Langkah Emiir terhenti dan dia menoleh ke arah mamanya.

"Main futsal,ma."jawab Emiir.Memang rutinnya begitu.Setiap hujung minggu dia mesti akan keluar bermain futsal bersama Firdaus dan kawan-kawan lamanya dari kolej dulu.

"Cuba lekat dekat rumah sehari.Seminggu dah penat kerja.Orang jadi boss duduk diam dalam bilik ada aircond.Kamu gigih berpanas pasang khemah dengan pekerja kamu.Lepastu main futsal pulak.Cuti pun badan tak rehat."Datin Alya membebel sambil berjalan melepasi Emiir menuju ke arah sofa di ruang tamu itu.

Emiir hanya menggaru belakang lehernya bila dileteri oleh mama.

"Biarlah,Datin.Anak bujang."Suara Datin Riana,mama kepada Tasha yang sedang duduk atas sofa panjang di ruang tamu itu mencelah.

Memang keluarga mereka rapat dengan keluarga Datin Riana.Jadi tak hairan kalau mama sering menjemput Datin Riana sekeluarga untuk makan malam.Cuma hari ini hanya Datin Riana dan suaminya yang datang.

"Nanti dah jadi suami orang.Lekatlah dia dekat rumah.Kan,Emiir?"Datin Riana memandang Emiir.Berkenan betul dia dengan anak bujang Datin Alya itu.

Tinggi lampai orangnya.Berwajah tampan.Pandai buat kerja.Ada perniagaan sendiri.Senang hatinya kalau jadi suami Tasha.

Emiir hanya membalas dengan senyuman.Malu juga bila dileteri mama depan tetamu.

"Emiir pergi dulu ya,ma.Datin..saya minta diri dulu."Emiir berpamitan dan berjalan keluar.

"Tengoklah tu..mama dia dah membebel pun tetap keluar juga."Datin Alya menggeleng kecil sambil menuangkan air teh panas ke dalam cawan untuk Datin Riana.

"Biasalah tu.."Datin Riana tersenyum.

"Emiir tu dah ada calon ke?Kalau belum..bolehlah Datin mula carikan.Tak adalah Datin susah hati dah."Datin Riana berseloroh.Niat hati mahu turut merisik tentang Emiir sama ada sudah berpunya atau belum.

"Tak tahu saya.Gaya macamtu belum rasanya.Dunia dia memang kerja dengan futsal saja,Datin.Kuat kerja.Macam papanya."Datin Alya tertawa halus.

"Saya pun tak ada nak carikan.Jodoh ni biarlah Emiir sendiri yang tentukan.Siapa yang dia berkenan..InshaAllah saya terima."Datin Alya senyum memandang Datin Riana.

Datin Riana membalas senyuman Datin Alya sambil mengangguk.Dia mengangkat cawan berisi teh panas tadi dan dihirup perlahan.Melihatkan gaya Datin Alya,Datin Riana tahu bahawa Datin Alya bukan jenis orang yang suka menjodohkan anaknya tanpa persetujuan.Walaupun hati Datin Riana berkenan tak ada juga sampai dia nak mengajar Tasha jadi perigi mencari timba.

Andai mereka berjodoh biarlah perkara itu terjadi sendiri tanpa paksaan sesiapa.

.

.

.

TUALA kecil yang tergantung pada lehernya ditarik sedikit untuk lap wajah yang berpeluh.Siku ditopang pada meja dibelakangnya.Nafas diatur semula setelah permainan futsal mereka selesai.

"Apahal hari ni pancit?"Firdaus yang baru keluar dari gelanggang futsal itu memukul perlahan lengan Emiir dengan tuala kecil dalam genggamannya.

"Penangan nasi kandar petang tadi ni.."Emiir menepuk perlahan perutnya yang leper.

Firdaus hanya ketawa.

"Balik dulu geng!"Beberapa kawan mereka berpamitan sambil menggalas beg.

"Alright!"Firdaus menyahut.Emiir mengangkat tangan dan mendongakkan kepala sedikit.

"Eh..majlis tunang kau bila?Aku lupa.."Emiir bertanya Firdaus yang sudah duduk di atas bangku disebelahnya.

"Bulan 10.Lagi 2 bulan.Kau jangan lupa pulak!Masuk dalam jadual tu.."Firdaus mengingatkan semula.

"Haa okay..okay."Emiir mengangguk.

"Majlis kau pulak bila?Jangan kerja je..nanti masuk angin.Kita ni lagi setahun dah tiga series dah.."Firdaus saja mengusik Emiir.

Emiir ketawa terbahak-bahak dengan usikan Firdaus itu.

"Calon pun tak nampak bayang lagi."Emiir membalas malas.

"Aik..habis si Tasha tu?Takkan sikit pun kau tak sangkut?Sikit punya caring,manja.Kalah makwe.Family korang pun kenal rapat dah."Firdaus bertanya lagi.

Dia tahu tentang Tasha pun sebab cuma gadis itu saja yang rajin menghantar mesej dan menelefon Emiir kalau mereka keluar lepak.Walaupun Emiir selalunya membiarkan panggilan atau mesej dari gadis itu tak berbalas.Pernah juga gadis itu datang menonton perlawanan futsal mereka.Itupun setelah mama Emiir memujuk Emiir untuk bawa Tasha sekali.

"Tu aku anggap macam adik dah.Tak lebih."jawab Emiir.

Firdaus menjuihkan bibir dan mengangguk.

Kahwin dengan tianglah kawan aku ni lama-lama..

"Kau kahwinlah dengan adik aku nak?Ada suami agaknya elok sikit perangai.Kalau tak langkah panjang semedang.Baru-baru ni kena bebel dengan mama aku pergi konsert Ella senyap-senyap."Firdaus membebel bercerita tentang adik perempuannya.

"Masin mulut kau tahulah.."Emiir hanya ketawa kecil.

Dee..dah lama dia tak dengar tentang gadis itu.Berjumpa pun tiga tahun lalu.

"Geli tak gelilah kalau fikir.Tapi elok jugak daripada entah lelaki siapa-siapa nanti dia bawak balik kenalkan dekat mama aku."Selamba Firdaus menuturkan.

"Merepek je lah kau ni.."Emiir dah berdiri.Beg sandangnya dicapai dan digalas.Emiir mula mengorak langkah.Badan pun dah sejuk.

"Lepak mamak jom!"Firdaus melaung sambil turut bangun dan berjalan menyaingi langkah Emiir yang sudah ke depan dulu.

Continue Reading

You'll Also Like

11.4K 205 60
Naura Afifah terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya dan Izz Hazri menemui nokhtah selepas 4 tahun berkahwin. Tak terbayang olehnya perkara seperti...
424K 11.2K 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seor...
119K 3.7K 70
my 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak...
5.1M 115K 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Saf...
Wattpad App - Unlock exclusive features