I Love You, Miss Cupcake [C]

singlelove_

261K 13.7K 709

Raja Dylan Zayder 💓 Dahlia Zenia Raja Dylan Zayder nama diberi atau lebih dikenali sebagai Dylan. Seorang CE... Еще

PROLOG
ILYMC : 01
ILYMC : 02
ILYMC : 03
ILYMC : 04
ILYMC : 05
ILYMC : 06
ILYMC : 07
ILYMC : 08
ILYMC : 09
ILYMC : 10
ILYMC : 11
ILYMC : 12
ILYMC : 13
ILYMC : 14
ILYMC : 15
ILYMC : 16
ILYMC : 17
ILYMC : 18
ILYMC : 19
ILYMC : 20
ILYMC : 21
ILYMC : 22
ILYMC : 23
ILYMC : 24
ILYMC : 25
ILYMC : 26
ILYMC : 27
ILYMC : 28
ILYMC : 29
ILYMC : 30
ILYMC : 31
ILYMC : 32
ILYMC : 33
ILYMC : 34
ILYMC : 35
ILYMC : 36
ILYMC : 37
ILYMC : 38
ILYMC : 39
ILYMC : 40
ILYMC : 41
ILYMC : 42
ILYMC : 43
ILYMC : 44
ILYMC : 45
ILYMC : 46
ILYMC : 47
ILYMC : 48
ILYMC : 49
ILYMC : 50
ILYMC : 51
ILYMC : 52
ILYMC : 53
ILYMC : 54
ILYMC : 55
ILYMC : 56
ILYMC : 57
ILYMC : 58
ILYMC : 59
ILYMC : 60
ILYMC : 61
ILYMC : 62
ILYMC : 63
ILYMC : 64
ILYMC : 65
ILYMC : 66
ILYMC : 68
ILYMC : 69
WATAK!!!

ILYMC : 67

2.6K 158 4
singlelove_

Selesai saja Raja Dylan memasukkan semua beg pakaian ke dalam bonet kereta. Kini, Raja Dylan berjalan mendekati keluarga mertuanya yang berdiri di depan pintu rumah.

Dilihat isterinya sedang bermanja di dalam pelukan Puan Aminah. Sedari tadi tubuh Puan Aminah dipeluk oleh Dahlia. Katanya tak nak lepas. Kalau boleh nak bawa mak nya balik Kuala Lumpur.

Biar tinggal Encik Fahmi dan Danish di kampung. Kerana Dahlia hanya memerlukan Puan Aminah sahaja. Abah dan adiknya, dia tak nak. Haha. Dasar anak derhaka dan kakak durjana. Sanggup dia buat macam tu.

"Dah?" Tanya Encik Fahmi kepada Raja Dylan apabila melihat menantunya berjalan ke arah mereka anak-beranak.

"Dah, abah. Sekarang tinggal nak bawa anak abah ni je. Susah betul." Jawab Raja Dylan seraya mengepit hidung Dahlia.

Merah hidung isterinya sedangkan Raja Dylan tidak mengepit secara kuat pun. Hanya perlahan saja. Tapi kulit Dahlia ni memang cepat naik merah.

Berkerut hidung Dahlia selari menjeling manja kepada suaminya. Raja Dylan hanya menghiraukan saja. Biar. Selepas itu, Raja Dylan menghulurkan tangan kepada Encik Fahmi.

"Jaga anak abah. Dia memang nakal. Bukan sikit, banyak. Abah tahu mesti susah nak jaga dia. Tapi abah minta banyakkan bersabar dalam nak membimbing anak abah." Pesan Encik Fahmi sembari memandang anak perempuannya yang kini sudah bergelar isteri dan tidak lama lagi bakal menjadi seorang ibu.

Bersyukur Encik Fahmi melihat kebahagiaan anaknya sekarang. Alhamdulillah. Raja Dylan dapat menjaga Dahlia sebaik yang dia jaga. Bahkan jauh lebih baik.

Mencebik bibir Dahlia apabila mendengar bicara abah nya. Encik Fahmi ni memang nak buat Dahlia menangis ke? Asyik bagi ayat sendu saja.

Lantas Dahlia melepaskan pelukannya pada Puan Aminah lalu memeluk Encik Fahmi. Hatinya dihurung rasa pilu tatkala mendengar ayat abah nya barusan.

Encik Fahmi membalas pelukan Dahlia dan membelai kepala Dahlia. Dikucup juga puncak kepala si anak penuh sayang. Raja Dylan sekadar tersenyum melihat keakraban antara Encik Fahmi dan Dahlia.

Setelah selesai sesi menguras air mata dan bersalaman. Sekarang Dahlia dan Raja Dylan sudah pun berada di dalam kereta. Dahlia membuka tingkap kereta lalu melambai ke arah Encik Fahmi, Puan Aminah dan Danish.

"Assalamualaikum. Bye abah, mak dan Nish. Jaga diri elok-elok." Ucap Dahlia seraya berpesan.

"Waalaikumussalam." Balas mereka bertiga serentak.

"Hati-hati bawa kereta." Kali ini, Puan Aminah pula yang meninggalkan pesan.

Raja Dylan membunyikan sebanyak tiga kali. Usai itu, kereta yang dipandu memandu keluar dari halaman rumah dan terus memandu membelah jalan raya.

Dahlia memasukkan kepalanya dan menaikkan tingkap kereta. Muram saja wajahnya. Dahlia menyandarkan badannya ke kerusi. Sebelah tangan dia naik mengusap perutnya yang sudah menampakkan bentuk.

Raja Dylan yang perasan akan tindakan isterinya mula mengusap lembut pipi Dahlia. Mesti isterinya tak puas. Tapi nak buat macam mana? Esok Raja Dylan dah mula masuk kerja.

"Rindu abah dan mak lagi ke?" Tanyanya dan dibalas anggukan oleh Dahlia.

"Abang minta maaf sebab kita tak boleh lama. Nanti abang ambil cuti, kita duduk rumah mak dan abah lama sikit. Okay?" Pujuk Raja Dylan sambil tetap fokus memandu. Sesekali matanya pasti akan mencuri memandang wajah jelita sang isteri.

Dahlia duduk bersila dan menghadap suaminya. Tangan Raja Dylan yang mengenggam tangannya dibawa ke bibir lalu dicium. Selepas itu, Dahlia meletakkan sebelah pipinya di atas tangan kekar sang suami.

"It's okay. Sayang faham kerja abang. Abang jangan rasa bersalah." Kata Dahlia selari mencium lagi tangan kekar suaminya itu.

Raja Dylan tersenyum melihat tingkah isterinya yang manja. Dahlia memang agak manja sekarang sejak mengandung. Tapi Raja Dylan lagi suka. Bukan rasa terbeban nak melayan kerenah manja isterinya ini.

"Abang.." Meleret manja suara Dahlia menyeru suaminya.

"Iya, cupcake." Sahut Raja Dylan sambil bibirnya terus mengukirkan senyuman. Tak dapat dia mahu meneutralkan wajahnya kerana Dahlia terlalu comel baginya.

"Em.. sayang rasa nak.." Dahlia menghentikan bicaranya. Digaru hidung dia. Malu pula nak cakap.

"Nak apa?" Tanya Raja Dylan ingin tahu.

"Nak.." Raja Dylan mengerling isterinya sekilas. Pasti ada mahunya.

"Apa sayang?" Tanya Raja Dylan lagi.

"Nak ikan sepat masak berlada. Macam sedap je." Terliur Dahlia bila membayangkan dirinya yang sedang makan ikan sepat masak berlada itu. Sampai terpejam matanya kerana membayangkan dirinya yang sedang menikmati makanan tersebut.

Terbit senyuman di bibir seksi Raja Dylan apabila melihat reaksi isterinya. Saja lah nak mengusik sekejap.

"Tak payah lah. Abang tak minat ikan sepat. Sayang makan benda lain eh? Ikan sepat tu busuk. Abang tak suka." Terus berubah muram wajah Dahlia bila mendengar kata-kata suaminya.

Melengkung ke bawah bibir Dahlia. Matanya mula bergenang dengan air mata. Tapi Dahlia mengelipkan matanya beberapa kali agar air matanya tidak jatuh mengalir ke pipi. Tangan Raja Dylan yang memegang tangannya dilepaskan.

Selepas itu, Dahlia duduk menghadap hadapan. Dia tak nak tengok muka suaminya. Nak merajuk. Matanya dipandang ke luar tingkap. Badannya dirapatkan ke pintu. Kepalanya disandarkan pada tingkap kereta.

Raja Dylan yang melihat tingkah isterinya begitu mula melakarkan senyuman. Alahai.. comelnya. Saja nak mengusik. Rupanya macam ni reaksi isteri dia. Merajuk sakan lah ni.

"Lambat lagi abang tak tunaikan permintaan sayang. Abang saja gurau. Jom kita cari ikan sepat masak berlada yang sayang nak tu." Pujuk Raja Dylan seraya mengusap paha isterinya.

Nak pegang tangan. Tangannya dah disorokkan. Pegang paha saja lah. Tapi itu lah.. Dahlia menepis tangan besar suaminya yang sedang memegang pahanya. Raja Dylan tidak terasa pun. Dia sekadar menyunggingkan senyuman nipis kerana tahu yang isterinya sedang merajuk.

"Tch. Tak payah." Berdecit Dahlia tidak mahu.

Dahlia masih lagi menahan air matanya. Hampir-hampir nak mengalir dah tu. Tapi dia cuba sedaya upaya agar tidak mengalir.

'Kau jangan nak mengalir air mata. Jangan menangis, Dahlia Zenia.' Getus hati Dahlia mengarahkan supaya dirinya tidak menangis.

Tapi hakikatnya.. kata-kata dia sungguh berlawan. Air mata dia tetap jua mengalir ke pipi. Pantas Dahlia mengelap kerana tidak mahu Raja Dylan perasan. Nanti suami dia ingat di ciwek hanya kerana tak dapat ikan sepat masak berlada saja.

Berkerut sedikit dahi Raja Dylan apabila melihat tindak-tanduk isterinya. Lagi-lagi bila melihat Dahlia seakan sedang mengelap air mata.

Pantas Raja Dylan memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu menarik isterinya agar menghadap dirinya.

Bingo.

Dahlia menangis. Tanpa menunggu sesaat, tubuh mungil Dahlia sudah dipaut di dalam pelukannya. Tepi kepala Dahlia dicium penuh sayang. Belakang badan Dahlia diusap dengan lembut.

Dahlia tidak dapat lagi menahan air matanya. Dia langsung menghamburkan air matanya di dada Raja Dylan dan menangis di dalam pelukan sang suami.

"Shh.. abang minta maaf, sayang." Ucap Raja Dylan selari masih setia memujuk si belahan hati.

"Abang jahat.." Menggogoi Dahlia. Dada Raja Dylan dipukul perlahan.

"Ya.. abang tahu. Sorry. I'm really sorry, baby." Pujuk Raja Dylan. Bibirnya dilabuhkan di tepi kepala isterinya bertalu-talu. Tak jemu Raja Dylan memujuk kekasih hatinya ini.

Setelah agak lama Dahlia menangis. Sekarang Dahlia merenggangkan pelukan dan mendongak memandang suaminya. Tersebik bibirnya.

Tersungging senyuman Raja Dylan melihat wajah sembap isterinya. Kena usik sikit sampai menangis. Haih.

Tangan kanannya naik mengelap air mata Dahlia. Diseka lembut air mata yang berada di pinggir tepi mata cantik isterinya. Usai itu, Raja Dylan mencium dahi Dahlia. Terpejam seketika mata Dahlia.

"Nak ikan sepat.." Merengek Dahlia mahukan ikan sepat masak berlada.

"Ya, ya. Kita cari ikan sepat masak berlada sayang tu. Saja je abang nak usik sayang tadi. Tak tahu pula sayang sensitif sangat masa mengandung. Abang minta maaf, okay?" Dicium lagi dahi Dahlia.

"Sayang maafkan lepas dah dapat ikan sepat masak berlada tu." Menjuih bibir Dahlia.

"Okay." Akur Raja Dylan. Mahu tak mahu. Dia mesti dengar. Siapa suruh usik? Diri sendiri kan? Padan muka.

Setelah itu, Dahlia membetulkan duduknya dan Raja Dylan pun memula memandu. Sekarang misinya adalah mencari ikan sepat masak berlada yang dimahukan Dahlia. Ini kalau tak dapat mungkin merajuk sampai minggu depan.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

Продолжить чтение

Вам также понравится

IMANAFFAN💞 [COMPLETED] RafaMikael🍄

Любовные романы

1.4M 40.5K 84
~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihat...
Marah-marah Sayang Nurul Iman

Любовные романы

74.8K 2.2K 63
Tengku Qalif-Seorang yang mempunyai rupa yang digilai oleh perempuan malah mempunyai syarikat yang ternama di malaysia. Sebut sahaja namanya.. membua...
Beautiful Heartbeat ✔️ fAWs

Любовные романы

607K 16.3K 54
Dia, Laith Zahran. An annoying guy yang tiba-tiba masuk dalam hati ini pastu tak reti-reti nak keluar. Ah sudah! Parah laa gini. Hello abang polis...
98.5K 5.1K 70
BOOK 04 [completed]✅ Start : 13 Oktober 2021 End : 25 Januari 2022 ✨ 𝖪𝗇𝗈𝗐𝗇 𝖺𝗌 Hey Awak ! Jodoh Saya ? ✨ ♡︎ Adrian × Ayrose ♡︎ " I'm strong , b...