MR PIRATE [Complete]

By CIK_ZALIKHA

4.2M 347K 68.5K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
TAMAT

84

47.9K 4.5K 1.1K
By CIK_ZALIKHA

YA TUHAN, nervousnya!

Husna hanya mampu menjerit di dalam hati. Tak sangka hari begitu pantas berlalu, pagi ke petang, petang ke malam, tahu-tahu sudah tiba ke hari yang amat penting baginya. Gemuruh yang Husna rasakan semakin menjadi-jadi. Bilik yang agak luas dijadikan ruang solekan pengantin perempuan sudah pun sejuk dengan penghawa dingin 23 darjah Celsius. Makin bertambah sejuk Husna apabila Mia beritahu majlis akan bermula lagi 5 minit.

"Sabar, Husna. Bertenang! Kau nak kahwin, bukannya berperang." Kata Mia, pening kepalanya melihat Husna yang ke hulur ke hilir berjalan di hadapan meja solek. Hari ini Mia cuma memakai baju kurung moden berwarna biru langit. Sekadar mahu mengikut tema. Blue ocean.

Manakala wajah Husna disolek sekadar menaikkan seri, tidak terlalu tebal dan berat. Dikenakan pula dengan kebaya songket tradisional berwarna biru gelap pilihannya sendiri. Sulaman klasik batik yang sangat cantik daripada atas hingga ke hujung kainnya yang labuh mencecah lantai. Dan ada veil sulam yang sama warna menutup kepala yang bertudung.

"Aku tahu, tapi aku takut. Tak tahulah takut nak kahwin atau takut nak naik pelamin. Yang aku tahu, aku tengah takut. Aku rasa nak pengsan." Luah Husna, dia menunduk memandang kedua belah tapak tangan yang mula berpeluh-peluh. Siap bergetar lagi.

"Oh, no. Please! Jangan pengsan sekarang. Kau nak pengsan, pengsan lepas akad nikah okay? Sekarang, no!" Tegas Mia. Dia pula yang cuak apabila Husna kata hendak pengsan. Mana tidaknya jika majlis tinggal beberapa minit sahaja hendak mula dan Husna pula mahu buat hal.

Laju Mia meraih kedua belah tangan Husna. Menggenggam tangannya dengan erat. Semerta pergerakan Husna terhenti. Konon dengan cara ini dapat menenangkan sahabatnya.

"Aku tak boleh..."

"Calm down okay." Pujuk Mia. Anak matanya merenung tepat ke iris coklat milik Husna. Cuba memberi semangat.

Malahan kepala Husna menggeleng. Tak! Dia tak boleh nak bertenang seperti yang Mia arahkan. Jantungnya berdegup begitu laju sekali. Rasa macam nak terlompat keluar daripada badan pun ada.

"Aku rasa baju ni ketat sangat. Tak boleh nak bernafas!" Ada sahaja alasan yang keluar dibibir Husna. Padahal sudah tiga kali dia cuba menyarung pakaian songket ini sebelum tiba ke hari pernikahan. Semuanya elok terletak di badan. Tidak sendat malah tidak melekap di badan. Jadi tiada istilah baju ketat.

"Mana ada ketat. Baju tu longgar. Kau sendiri yang pilih, kan?"

Ya tak ya. Dia sendiri yang pilih pakaian ini. Tangan Mia ditepis lembut. Husna geleng kepala lagi. Dia pun tak faham dengan diri sendiri. Perkara biasakah jika pengantin perempuan gemuruh sebelum akad nikah bermula? Bagaimana dengan pasangan lelaki? Dia pun akan rasa perasaan yang sama atau relax sahaja?

Husna berpaling menghadap ke luar tingkap. Dari sini dia dapat lihat tetamu mula dijemput masuk ke dalam rumah. Tan Sri Raqib yang menyambut kedatangan mereka bersama ayahnya.

"Boleh tak kalau dia lafaz aje akad tanpa aku naik ke pelamin? Aku nak duduk dalam bilik ni aje. Barulah tenang sedikit!" Soal Husna. Dia tahu permintaannya agak merepek. Tapi kalau boleh ditunaikan elok juga.

"Kau merepek apa ni, Husna? Jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak? Kau kena ada di pelamin! Nanti orang ingat pengantin perempuan lari pula. Jangan risaulah... aku duduk sebelah kau."

"Aku tahu kau teman sekali dengan Orkid. Tapi entahlah, aku tetap rasa gementar. Macam mana kalau aku buat hal atas pelamin nanti?"

"Tak ada apa akan jadi, Husna. Itu perasaan kau aje tu. Biasalah, semua orang akan nervous sebelum akad nikah."

"Tapi..." Husna berpaling ke belakang memandang Mia semula. Baru hendak buka mulut, tiba-tiba pintu bilik ditolak oleh seseorang daripada luar. Serentak mengalihkan perhatian mereka berdua ke arah Orkid yang menjenguk kepala di sebalik pintu.

Jantung Husna automatik diserang debaran kuat. Walaupun Orkid belum bersuara tetapi naluri hatinya seakan tahu apa yang bakal keluar. Tolonglah, jangan cakap yang...

"Majlis akad mau mula sudah tu. Awantang (kacak) gila bah Lanun hari ni! Ko patut tinguk sendiri." Tersengih-sengih si Orkid berbicara. Dia pula yang cair melihat ketampanan Raf di ruang tamu. Bahkan, mata-mata tetamu turut tertarik ke arah pengantin lelaki. Bukan kerana terpukau dengan pemakaiannya, akan tetapi dua biji mata yang sangat memukau jiwa si pemandang.

Aduh, majlis dah nak mula!

Semakin tak keruan Husna jadinya. Macam mana ni? Dia tak boleh kawal perasaan gementar, gemuruh dan resah yang merasuki badannya tika ini.

"Hei, Husna. Ko dengar sini!" Bahunya ditarik oleh Orkid. Memusing menghadapnya. Bahkan pandangan Orkid begitu serius sekali. Tergamam Husna sejenak.

"Pastikan majlis kahwin ni berjalan dengan lancar. Ko tahu endak berapa lama sa tahan mau makan ambuyat sama nasi minyak? Sa endak pernah makan nasi minyak seumur hidup di Sabah! Jadi... ko kena kuatkan semangat. Faham?!"

Terkulat-kulat Husna angguk kepala. Entahlah itu ugutan atau kata-kata semangat. Tapi bicara Orkid berjaya buatkan perasaan gemuruh tadi reda sedikit. Benar, dia patut kuatkan semangat! Ini adalah hari penting. Sekali seumur hidup. Dia tak boleh rosakkan sekelip mata hanya kerana perasaan tak terkawal sendiri.

"Bagus! Kalau ko endak bulih buat demi Lanun, ko kena kuat demi sa! Ingat, ramai orang kampung diluar sedang lapar mahu makan nasi minyak. Sekarang, ko ambil bunga tu. Kita keluar ke pelamin." Arah Orkid, dia menunding jari ke arah kipas tangan yang dihiasi bunga mawar palsu berwarna putih. Untuk dipegang di atas pelamin. Jika solekan terasa cair, terus halakan sahaja bunga itu ke muka. Tidak perlulah susah-susah pengapit tolong kipaskan.

Husna angguk kepala dengan separuh semangat yang cuba dikorek keluar. Bunga kipas itu dicapai. Digenggam penuh erat. Tidak mahu terlepas dek kerana tangannya yang terasa licin.

Fuh!

Husna menghembus nafas kuat-kuat. Cuba mengusir perasaan negatif yang mengawal fikirannya.

"Baiklah, jom kita keluar." Husna akhirnya menyerah. Moga-moga majlis berjalan dengan lancar sahaja. Harapnya begitu.











SEBAIK sahaja keluar daripada bilik pengantin, Husna diiringi terus ke pelamin yang dihiasi bunga tema putih dan biru. Dia melabuh punggung di situ penuh sopan dan ayu. Sedar terlalu banyak mata yang memandang ke arahnya, perasaan gementar kembali menerpa ke sanubari. Mujurlah Orkid dan Mia ada di sisi kanan dan kirinya berbisik memberi semangat.

Sekejap anak mata Husna mengerling ke arah tengah ruang tamu, melihat Raf berbaju melayu warna sedondon dengannya, bersamping biru, rambut putihnya yang disisir penuh gaya. Kemas dan segak. Duduk penuh yakin di depan ayahnya, Dato Idris yang memakai baju Melayu coklat.

Kemudian, dia mengerling memandang Datin Khadijah yang duduk di sebelah kanan. Mukanya tak gembira seperti tetamu lain. Bukan main keruh lagi air muka.

Ah, itu bukan masalahnya sekarang! Husna kembali menoleh memandang Raf.

Adakala wajah Raf nampak gelisah saat dia mula berjabat tangan dengan wali hadapannya. Mungkin baru diserang perasaan gemuruh. Manakala Tan Sri Raqib yang duduk di sampingnya memberi tepukan dibahu seakan-akan cuba menenangkan anaknya.

Tak lama kemudian, Husna mula mendengar ayahnya bersuara jelas dan kuat. Nama penuhnya disebut berserta mas kahwin sekaligus.

Sempat lagi Husna menjeling memandang tetamu, mata mereka tampak terbeliak dan terkesima mendengar mas kahwin yang disebut. Tak dinafikan, Husna juga terkejut saat mengetahui pemberian harta karun yang Raf serahkan itu adalah...

"Aku terima nikahnya Puteri Husna binti Mohamad Idris dengan mas kahwinnya sebuah lamborghini yacht 63 tunai." Sebaris lafaz disebut dengan lancar oleh Raf. Kemudian, saksi di kiri dan kanan Dato Idris mula mengesahkan, maka berubahlah sudah status Husna hari ini. Semerta menjadi milik Andikha Rafael yang sah.

Rasa nak nangis pun ada. Mungkin kerana terharu apabila teringatkan kembali kisah permulaan mereka daripada mula hingga ke hari ini. Terlalu banyak rintangan yang mereka harus lalui dan selepas ini mereka akan meredah ombak dan badai lautan bersama-sama.

Selamanya.

Majlis diteruskan dengan sesi pembatalan air sembahyang. Dan tatkala Raf mula bangkit dan menggantikan tempat duduk Mia disebelahnya tadi, jantung berdegup dengan laju.

Allah...

Husna jadi tak tenang apabila jarak Raf terlalu dekat. Sesak nafas dibuatnya. Namun, dia cuba untuk kekal tenang. Jenuh dipaksa bibir untuk tersenyum lebar apabila jurukamera mula menangkap gambar mereka.

"Tangan, koupusan..." Pinta Raf lembut. Dia menghulurkan tangan, menanti Husna menyerahkan jari jemarinya untuk disarungkan cincin apabila Husna kaku tak berkutik daripada tadi.

Husna sedikit tersentak. Tak sedar Raf meminta tangannya. Automatik wajah Husna berbahang malu, cepat-cepat jari-jemari tangan kanannya dihulur. Menggigil usah cakaplah.

Dapat Husna menangkap suara Raf yang tergelak kecil saat memegang tangannya. Jelas kelihatan barisan gigi putihnya Raf yang tersengih kacak. Makin kuat tangan Husna menggigil.

Aduh, janganlah sengih macam itu! Sengaja buat dia nervous!

"Tangan abang pula." Laju sahaja Raf menghulurkan jari-jemarinya meminta Husna menyarungkan cincin kepada dia pula.

Husna kaku sejenak. Dia tak salah dengarkah?

"Husna, cincin tu..." apabila suara Mia berbisik di telinga barulah Husna tersedar kembali ke realiti. Oh, dia kena sarungkan cincin pula. Kelam-kabut Husna mencapai cincin yang dihulur oleh pengapitnya, Mia. Kemudian disarung perlahan-lahan ke jari Raf penuh menggigil. Nasiblah berjaya masuk ke jari manis Raf.

Kemudian, Husna tunduk perlahan-lahan menyalami tangan Raf. Tunduk dan cium. 15 saat juga dia harus bertahan dalam posisi itu kerana jurukamera memberi arahan sementara gambar diambil, kemudian barulah Husna angkat wajah semula.

Tiba-tiba terasa kedua belah tangan Raf naik melekap lembut di pipi kiri dan kanannya. Menarik dengan perlahan. Mata Husna sudah terbeliak luas tatkala bibir Raf semakin mendekat dengan dahinya.

Jantung berdegup kencang. Turun dan naik dadanya tika ini. Tenang Husna! Tenang! Kawal perasaan. Jerit Husna di dalam hati berkali-kali. Namun, semakin lama semakin kuat debaran dirasakan. Darah berderau sampai ke kepala.

"A... awak... tunggu sekejap..."

Raf menghentikan pergerakannya sebentar apabila mendengar suara Husna menyebut sesuatu. Kepalanya menunduk. Menatap Husna dengan pandangan begitu redup dan kerisauan tatkala menyedari perubahan muka pucat Husna.

"Kenapa ni, hmm?" Soalnya lembut, pipinya disentuh lembut. Semakin tak terkawal degupan jantung Husna dibuatnya.

"Sa... saya..."

"Saya apa?" Kening tebal Raf berkerut. Sekejap dia tunduk memandang tangan Husna. Menggigil begitu teruk. Lantas dia terus menggenggam tangan itu seerat-eratnya.

"Saya nak pengsan." Usai menyebut sebaris ayat itu terus Husna rebah ke belakang. Mujur ada Orkid dan Mia di belakang menahan tubuhnya daripada terlentang ke lantai.

Suasana terus bertukar haru-biru. Sipi-sipi telinga Husna dapat menangkap suara tetamu yang terjerit-jerit meminta air untuk disapukan ke wajahnya. Malah Orkid pula cepat-cepat mencapai dulang yang berdekatan, dijadikan kipas sementara si Mia mengambil kipas mini yang lebih laju di bilik pengantin.

"Kipas kuat sikit, Orkid!" Suara Arjuna menjerit lantang beri semangat buat Orkid mengipas.

"Ya Allah, macam mana boleh pengsan ni?" Suara Dato Idris kedengaran penuh risau.

"Biasalah. First time kahwin. Waktu aku kahwin dulu pun macam ini. Tapi bukan isteri akulah. Aku yang pengsan." Sampuk Tan Sri Raqib. Dia mencekak pinggang sambil kepala tergeleng-geleng.

Ah, tak mengapalah jika Husna pengsan sekarang. Asalkan selepas akad nikah seperti yang Mia katakan. Dah menjadi rekod kali kedua dia pengsan dihadapan Raf. Dahulu kerana dilamar, sekarang kerana dinikahi.

Husna... Husna...

Continue Reading

You'll Also Like

120K 12.2K 44
Do you suffer from social anxiety? This book is only for people who suffer from social anxiety. Kalau rasa diri tu normal tapi jenis menganjing, sil...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
237K 10.4K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
135K 8.3K 32
"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama...