{7}REALITI

By 321OriginalmE

625 33 11

Sila baca. status : New More

A K A N D A T A N G
B A B 1
B A B 2
B A B 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
B A B 7
BAB 8
BAB 9

BAB 10

6 1 0
By 321OriginalmE

     "SELAMAT pagi cikgu!" ucap pelajar di dalam kelas itu sambil berdiri.

"Selamat pagi," Cikgu Zahirah menyahut. Wajahnya suram pagi itu. Tak macam selalunya. Dia juga banyak kali mengeluarkan keluhan. "Duduk," arahnya. Semua pelajar pun terus duduk.

"Cikgu, Cikgu ada masalah ke? Kenapa suram je hari ni?" soal salah satu dariada pelajarnya.

"Sekolah baru je terima khabar tentang berita duka," beritahu Cikgu Zahirah.

"Berita duka?" para pelajar berbisik-bisik.

"Ehsan pelajar kelas Seni didapati terbunuh pagi tadi dekat rumah dia," ujar Cikgu Zahirah lagi.

"Hah!"

Semua pelajar terkejut akan berita tersebut. Mereka pun ada yang mengucap dan mendoakan yang baik-baik untuk arwah Ehsan.

"Cikgu pun tak tahu lah apa nak jadi. Dah tiga orang pelajar dari Tingkatan Enam terbunuh. Apa motif pembunuh tu sebenarnya?" soalnya dengan resah.

"Takutlah Cikgu. Sekolah tetap diteruskan ke kalau dah jadi sampai macam ni?" tanya pelajar yang lain pula.

"Kami Cikgu-cikgu kat sini tak tahu nak buat apa. Kita tunggu jelah keputusan pengetua," ujar Cikgu Zahirah. "Nak mengajar pun tak ada mood. Macam mana nak mengajar kalau terus macam ni?" bebelnya lagi.

"Tulah....Cikgu. Pembunuh tu memang target pelajar Tingkatan Enam je ke?".

"Entahlah, Cikgu sendiri pun tak tahu. Harap kita selamat sepanjang berada kat sekolah ni," doanya.

"Aminn!" semua pelajar menyahut.

"Okay, sekarang Cikgu nak check kehadiran kamu. Berapa orang yang tak hadir hari ni?" soalnya.

"Dua Cikgu," Izzy menjawab.

"Siapa?"

"Xiao Ning dan Hairul Cikgu," kata Izzy lagi.

"Hairul masih kena tahan ke?" tanya Cikgu Zahirah.

"Tak tahu Cikgu. Sampai sekarang langsung tak ada update pasal Hairul," Azif memberitahu.

"Takkanlah Hairul yang betul-betul jadi...pembunuh tu?" Izzy berkata.

"Eh....takkanlah. Merepek apa kamu ni Izzy? Hairul tu kan pelajar yang baik. Kenapa pulak dia nak bunuh mereka?" sangkal Cikgu Zahirah. Maklumlah, Hairulkan pelajar kesayangan.

"Hish! Kau ni Izzy. Betul cakap Cikgu tu. Hairul kan budak baik. Kenapa pulak dia nak bunuh mereka?" Nessa menambah.

"Yelah...kita semua tahu kan mereka tu terlibat dalam kes buli terhadap Hairul. Mungkin Hairul nak balas dendam?" Izzy membuat spekulasi lagi.

"Yang kamu syak sangat Hairul pembunuh tu kenapa, Izzy? Entah-entah kamu pembunuh tu?" Cikgu Zahirah sedikit marah.

"Saya? Mana ada saya bunuh mereka Cikgu. Cikgu janganlah marah sangat, saya cakap je. Bukannya tuduh," Izzy membalas.

"Tahu takut!" kata Nessa.

"Tulah kau ni Izzy. Tak baik tau kau tuduh dia. Hairul tu kan kawan kita," Azif menyampuk.

"Yelah...yelah...aku minta maaf. Puas hati?" Izzy menjeling ke arah Azif dan Nessa.

"Dah...dah...jangan gaduh. Kita nak mula belajar ni." Cikgu Zahirah meleraikan pertengkaran mulut pelajarnya sebelum jadi pergaduhan.

•••••

     "HOI! Bukak lah!" Hairul cuba menendang pintu tersebut. Tapi langsug tak ada kesan. "Ada sesiapa tak dekat luar? Bukak pintu ni!" dia menjerit lagi. Masih tak ada respon.

Hairul menghampiri tingkap. Manalah tau kalau-kalau boleh dipecahkan. Harapan Hairul hampa kerana tingkap yang ada semuanya mempunyai pagar yang menyukarkannya untuk melarikan diri. Dengan perasaan yang hampa dia kembali duduk pada katil single tempatnya tadi. Kemudian, mengusak rambutnya sendiri kerana dia langsung tak idea macam mana dia boleh berada di situ dan terkunci.

"Apa sebenarnya yang kau nak daripada aku ni?" Hairul merintih.

Dua jam Hairul duduk sahaja di atas katil tersebut dan tidak melakukan apa-apa. Hanya keluhan demi keluhan yang kedengaran. Tak lama kemudian, telinganya menangkap bunyi seseorang membuka kunci pintu dari luar. Bunyi tapak kaki berlalu meninggalkan tempat itu dengan cepat.

Tanpa menunggu lama lagi, Hairul terus menerpa ke arah pintu dan membukanya. Terdapat sebungkus plastik berwarna putih tergantung pada luar tingkap yang berisi nasi bungkus bersama nota kecil. Hairul mendapatkannya lalu membaca.

"Hati-hati. Jangan sampai tertangkap. Awak dalam bahaya," dia membaca satu-persatu.

"Apa maksudnya ni?" Hairul berbisik. Tanpa berfikir lagi, dia terus lari dan meninggalkan tempat tersebut. Lebih tepat lagi sebuah pangsapuri yang lama. Nampak seperti dah ditinggalkan selama lebih tiga tahun. Namun, hanya di dalam bilik yang dia tempati semalam yang masih bersih dan terjaga.

Tepat jam lima petang, Hairul sudah berada di dalam rumahnya. Dia tengah mandi di bawah curahan air shower di bilik mandinya. Dia perlu menenangkan fikirannya yang tengah berselirat itu.

Agak lama jugaklah Hairul berada di dalam bilik mandi tadi. Kini dia keluar dengan berbaju putih dan beseluar paras lutut berwarna hitam sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala berwarna kelabu. Sekali lagi keluhannya meluncur keluar daripada bibirnya.

Dia melihat pantulan dirinya melalui cermin rias di biliknya. "Muka aku ni nampak macam muka penjenayah ke?" tanyanya sendiri. Dia menyentuh pipinya. "Takkan? Aku bukannya pembunuh," katanya lagi.

"Tapi...kenapa ayah syak aku pembunuhnya?"

Hairul menundukkan wajahnya. Seketika, air matanya terus menitis ke atas lantai. Awalnya setitik diikuti dua ke tiga titik. Akhirnya, esakkan kecil Hairul kedengaran.

•••••

     AHMAD merengus kesal. Masih terngiang-ngiang kata-kata anaknya malam tadi. Hatinya yang resah sejak pagi tadi belum reda lagi. Dia masih belum dapat menjumpai anaknya itu. Kes pemunuhan Ehsan, baru sahaja diterima pagi tadi. Kali ini sudah tiga orang mangsa pembunuhan tersebut. Akan tetapi, dia masih belum dapat memecahkan kes itu. Pembunuhan Ehsan memang tak ada kaitan dengan anaknya. Tapi, pembunuh itu sangat teliti membuat kerjanya kali ini. Langsung tak meninggalkan kesan.

"Hairul...kamu kat mana nak? Maafkan ayah. Ayah sepatutnya percaya kepada kamu," katanya. Kehilangan anaknya langsung tak diberitahunya kepada anggota polis yang lain.

Setelah lama mencari, Ahmad akur dengan tubuh dan mindanya yang letih. Akhirnya dia membuat keputusan untuk kembali ke rumah terlebih dahulu dan merehatkan diri. Dia manusia. Dan manusia perlukan rehat.

Sampai sahaja ke pakarangan rumah, dia pun memakirkan kereta di garaj. Setelah memastikan keretanya sudah dikunci barulah dia masuk ke dalam rumah. Selepas dia mengunci pintu, telinganya mendengar suara tangisan yang dari bilik anaknya.

Kakinya melangkah perlahan menuju ke bilik Hairul. Betapa lega hati tuanya melihat anaknya tengah berdoa di atas sejadah sambil menangis. Tanpa berfikir panjang, Ahmad terus menerpa ke arah Hairul yang membawanya ke dalam dakapan. Belakang kepala anaknya diusap perlahan.

"Ayah minta maaf Hairul. Ayah minta maaf sebab tak percayakan Hairul. Hairul pergi mana? Puas ayah cari Hairul sejak semalam," katanya.

Hairul yang terkejut akan tindakan ayahnya sebentar tadi, terdiam.

Ahmad melaraikan dakapannya lalu memandang anaknya itu. Jari-jarinya dibawa ke pipi Hairul untuk menyeka air mata yang masih mengalir itu.

"Maafkan ayah Hairul...maafkan ayah sebab tak percayakan Hairul. Hairul jangan pergi mana-mana lagi eh. Ayah takut kehilangan Hairul," ujar Ahmad mendakap anaknya itu semula.

Kali ini, barulah Hairul membalas dakapan ayahnya itu.  Di dalam hatinya dia berasa bersyukur sangat-sangat.

Keesokkan harinya, Hairul pergi ke sekolah seperti biasa. Bibirnya tak henti-henti tersenyum, kerana dia gembira yang dirinya terbukti tak bersalah.

Masuk sahaja ke kelas, dia terus diterpa oleh Izzy, Azif, Nessa dan kawan-kawannya yang lain. Mereka bertanya akan keadaan dirinya. Dia hanya menjawab yang dia tidak terlibat dalam pembunuhan itu. Semua rakan-rakannya turut senang akan hal itu.

"Awak dah tahu ke yang Ehsan dijumpai terbunuh kelmarin?" Nessa bertanya.

"Hah?" wajah Hairul jelas terkejut akan berita yang baru di dengarinya itu. "Ayah aku tak bagitahu aku pun!" katanya.

"Mungkin dia tak nak kau risau kot," balas Azif.

"Kau kenapa tak datang sekolah kelmarin?" Izzy pulak bertanya.

Hairul sedikit terkejut akan soalan Izzy itu. Tapi, dia tidak menunjukkan sangat. "Ada hal yang perlu aku selesaikan kelmarin. Kenapa?" dia kembali bertanya.

"Oh, takde apa. Aku tanya je," jawab Izzy.

Hairul dapat merasakan yang Izzy tengah mengesyakinya sekarang. Tapi, dia tak takut kerana bukan dia pembunuhnya. Dia mempunyai alasanya sendiri untuk tidak memberitahu apa yang dilaluinya kelmarin.

Selepas itu, Cikgu Zahirah masuk ke dalam kelas mereka, seperti biasa untuk mengambil kehadiran. Dia sempat bertanya akan keadaan Hairul. Hairul hanya menjawab dengan jujur. Setelah itu, matapelajaran pertama pun bermula.

Hairul menolak makan bersama-sama kawan-kawannya di kantin tadi kerana dia berasa tak selesa dengan Izzy yang memandangnya berterusan. Sekarang dia dalam perjalanannya menuju ke kelas sambil membawa mee goreng yang dibelinya di kantin tadi.

Namun, kakinya terhenti ketika ingin melintasi stor sukan sekolah mereka kerana mendengar sesuatu jatuh. Dia, tanpa berfikir panjang pun terus melangkah mendekati stor sukan yang terbuka sedikit pintunya itu. Ketika dia membuka pintu tersebut terus terbuntang matanya.

Dia menyaksikan Kumar, seoarang lagi kawan kepada arwah Fitri, terbaring di dalamnya dengan mata yang terbelalak dan mulutnya sedikit terbuka. Hairul terus mendekati jasad Kumar dan melihat bekas cekikan ada di leher Kumar. Dia menutup mulutnya kerana terjekut sangat.

"Hairul? Kau buat apa ni?" suara Izzy yang berada di belakangnya membuatkan Hairul dua kali ganda terkejut. Wajah terkejut dan tak sangka Izzy di pandangnya dengan terkejut jugak.

"Izzy...ak...aku tak buat. Aku tak buat Izzy." hanya itu yang terkeluar daripada mulut Hairul.
















BERSAMBUNG
.
.
.
.
.
Terima Kasih

Continue Reading

You'll Also Like

14.3K 183 70
semua berubah bila sampai waktunya
20.4K 275 6
"Awalnya kau siap." Tegur seorang gadis yang sedang duduk di birai katil sambil mengemas beg sekolahnya. Rakannya yang ditegur tadi berpaling sambil...
Alina By ihidethisapp

General Fiction

1.5M 39.3K 80
The Lombardi family is the most notorious group in the crime world. They rule both the American and Italian mafias and have many others bowing at the...
347K 12.3K 53
Anhay Sharma:- Cold business tycoon who is only sweet for his family. He is handsome as hell but loves to stay away from love life. His female employ...