𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑡 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG

By Nrnarsya

20.7K 1.3K 101

(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perha... More

ππ‘πŽπ‹πŽπ†
𝟎𝟏
𝟎𝟐
πŸŽπŸ‘
πŸŽπŸ’
πŸŽπŸ“
πŸŽπŸ”
πŸŽπŸ•
πŸŽπŸ–
πŸŽπŸ—
𝟏𝟎
𝟏𝟏
πŸπŸ‘
πŸπŸ’
πŸπŸ“

𝟏𝟐

866 66 5
By Nrnarsya

             SUASANA pada pagi itu sungguh menyenangkan. Orang-orang mula keluar bekerja untuk mencari rezeki. Burung-burung mula berterbangan menghiasi langit pagi. Pagi-pagi itu lah Puan Hasna kedatangan seorang tetamu.

"Assalamualaikum ma." sapa Luqman setibanya menjejak kaki ke dalam rumah rumah Puan Hasna.

Puan Hasna menghadiahkan senyuman.

"Waalaikumsalam, ada apa Luq datang pagi-pagi ni?" soal Puan Hasna pelik. Kalau hendak diikutkan, memang jarang sekali Luqman datang ke sini pada waktu pagi.

Luqman tersengih.

"Erm...Luq nak minta mama tolong jaga Ara sekejap boleh? harini Luq balik lambat sikit. Yan pula ada hal katanya. Jadi tak ada siapa yang boleh jagakan Ara." terang Luqman.

Puan Hasna mengangguk faham. Bibirnya dibentukkan seperti huruf 'O' tatkala mendengar penjelasan Luqman.

"Boleh je, mama pun tak ada lah sunyi sangat nanti. Efa pun balik macam tak balik aje. Tidur memanjang." Ujar Puan Hasna.

Luqman tertawa kecil. Bibirnya dalam diam mengoyakkan senyuman.

"Bila dia datang ma?" Soal Luqman ingin tahu.

"Dua hari lepas, esok nak balik dah katanya. Minggu depan ujian sem terakhir dah mula." Jawab Puan Hasna tenang.

Luqman mengangguk.

"Duduk lah dulu Luq, mama buatkan air dulu." pelawa Puan Hasna.

"Eh tak apa lah ma, Luq dah nak pergi kerja dah ni. Tunggu sekejap, Luq nak ambil Ara dalam kereta." pinta Luqman.

"Kamu tinggalkan dia seorang je ke dalam kereta?" Soal Puan Hasna. Daripada reaksi wajahnya, Luqman dapat lihat betapa risau nya Puan Hasna.

"Tak ada lah. Dia ada dengan Yan dalam tu."

"Aik? kata Yan ada hal harini?"

"Ya, memang ada. Tapi lepas hantar Luq ke office sekejap lagi ni."

"hmm, ya lah. Pergi lah ambil Ara dulu."

Luqman mengangguk. Langkahnya dibuka menuju ke kereta BMW yang berwarna hitam kepunyaannya.

"Ara? Bangun sayang. Ara duduk rumah tokma ya harini?" Beritahu Luqman dalam nada yang lembut.

"Hmm..." hanya itu respon daripada Ara.

Nampak gayanya, Ara masih lagi dibuai mimpi.

"Abang angkat aje lah Ara ni bawa masuk dalam." cadang Aryan.

"Ya lah." ringkas sahaja balasan daripada Luqman.

Tubuh kecil itu dicepung. Luqman kembali menuju ke dalam rumah milik Puan Hasna.

"Eh tak apa, tak apa. Luq nak pergi kerja dah kan? Meh sini bagi Ara pada mama. Nanti nak pakai kasut balik lambat."

"Ish mama ni. Luq bukan budak sekolah lagi nak kena tunggu pakai kasut. Kasut ni boleh terus masuk je tau?"

Puan Hasna tertawa kecil. Tubuh kecil itu bertukar tangan.

Kini, Ara berada dalam cepungan Puan Hasna. Dahi gadis kecil itu diberi satu kucupan.

"Luq pergi dulu lah ya ma?"

"Ya lah. Eh sekejap. Nanti Efa syak apa-apa macamana? Dia dah pernah jumpa Ara?"

Luqman diam. Sedang memikirkan jawapan.

"Mama cakap je lah yang mama memang dah lama jaga Ara. Sebagai pengasuh. Luq nak minta tolong dengan mama, tolong rahsiakan benda ni dulu daripada dia boleh?" soal Luq. Pandangan Luqman juga berubah menjadi sayu.

"Kenapa pula? Sampai bila Luq nak rahsiakan benda ni daripada Efa? Nanti lama sangat apa-apa pun boleh jadi Luq.." soal Puan Hasna pelik. Jujur, dia agak risau dengan keadaan Luqman sekarang ini.

"Belum sampai masanya untuk Luq beritahu. Mama jangan risau, Luq pasti akan bagitahu juga nanti. Tapi tak tahu bila lah. Luq cuma nak minta tolong mama untuk rahsiakan ni daripada dia dulu. Boleh?"

Puan Hasna pandang Luqman lama.

"Ya lah." akhirnya Puan Hasna bersetuju.

Luq tersenyum nipis.

"Luq pergi dulu lah ya? assalamualaikum ma." pamit Luqman.

"Waalaikumsalam..."







         RIFA terbangun akibat dentuman yang agak kuat kedengaran dari luar.  Seperti pintu dihentak dengan kuat. Namun, malas pula dia ingin ambil tahu ataupun masuk campur. Apa yang dia kisahkan sekarang ini hanya tidur. Meskipun waktu sudah agak lewat, tetap juga dia berkeras untuk sambung tidur dibuai mimpi semula.

Nikmat kan...

Bella seperti biasalah, pagi-pagi sudah bangun. Morning bird kan. Kalau diikutkan, selepas solat subuh tadi pagi mereka bercadang untuk pergi berjoging bersama sambil menikmati suasana kawasan persekitaran rumah milik Puan Hasna.

Namun, Rifa terus terlelap selepas solat subuh tadi. Entah apa yang dia lakukan  sehingga penat sangat. Penat mengalahkan pekerja-pekerja yang balik apabila malam sudah pun ingin menjelang. Sudah berkali-kali Bella mengejut, tapi tiada sebarang respon dari Rifa. Jadinya, Bella hanya pergi sendiri sahaja. Jika nak ditunggu si Rifa bangun,memang sampai ke tengahari tak akan terjadi.

Rifa akhirnya bangkit dari tidurnya. Jam yang berada di dinding dikerling sekilas. Pukul 10.30 pagi.

Rifa menggosok mata nya lalu bangun daripada posisi duduknya. Dia menggeliat sebelum bergerak ke bilik mandi.

Hampir setengah jam Rifa berada di dalam bilik mandi. Entah apa yang dia lakukan sehingga mengambil waktu yang begitu lama untuk menyiapkan diri.

Pintu bilik mandi itu seperti diketuk. Tidak pasti pintu bilik mandi atau pintu biliknya yang diketuk. Secara automatik Rifa mengalihkan pandangan pada pintu bilik mandi itu.

"Siapa pula? Bella? Mama?" gumam Rifa seorang diri.

Tuala yang berada di tangan itu dililit pada rambutnya. Dedaun pintu dibuka menampakkan ruangan bilik Rifa yang sunyi.

"Tak ada orang pun? Siapa pula nak ketuk-ketuk pintu aku ni? Jangan-jangan... Hantu!" Teka Rifa seorang diri.

Bulu roma mula menaik. Rifa mula dihantui rasa cemas.

Panic Attack kau!

Lantas, Rifa mengambil pakaian kotor yang berada di dalam bilik mandi tadi untuk dibawa ke tingkat bawah. Ya lah, mesin basuh semua ditingkat bawah. Bukan apa, tapi memang dah tak ada ruang dalam bilik  Rifa jika hendak diletakkan sebuah mesin basuh.

             DENGAN itu, langkahnya dibuka terus ke pintu bilik. Sampai sahaja dia dihadapan pintu itu, sekali lagi bunyi ketukan kedengaran.

"Ish! Nak lawan jom la, apa main ketuk-ketuk pintu orang ni huh?" omel Rifa seorang diri.

Dedaun pintu ditolak. Sekali lagi, tiada siapa-siapa.

'Sah memang hantu!' desis hati Rifa.

Siling rumah dipandang berkali-kali. Matanya dipejam rapat. Tanpa sebarang tindakan, terus dia melangkah keluar dari biliknya tanpa melihat sekeliling.

"Aduh!" satu suara yang cukup dikenali oleh Rifa.

Adakah dia....

Ah! tak mungkin! Siapa pula dia untuk ke rumah Puan Hasna?

Kelopak matanya dibuka. Terbeliak matanya apabila melihat Ara sudah terduduk tepat dihadapan nya sambil memasang wajah cemberut.

"Apa mommy ni! Jalan tu buka lah mata! Kenapa mommy tutup mata? Kan dah langgar Ara. Sakit tau tak!" marah Ara sambil bibirnya dimuncungkan.

Rifa masih lagi berdiri diam di situ. Dia salah tengok kah sekarang ini?

Matanya digosok-gosok. Pandang ke bawah semula, ada Ara. Matanya digosok lagi sekali. Pandangannya dihalakan lagi ke bawah. Memang betul gadis kecil itu berada dihadapan nya! But How?!

"Mommy kenapa? tak percaya ni Ara?" Soal Ara. sambil mengelipkan matanya berkali-kali.

Kepalanya di geleng perlahan. Akhirnya dia bersuara.

"Hey, apa awak buat dalam rumah mama saya ni huh? Awak pecah masuk eh? Amboi, kecil-kecil dan buat perangai. Pergi balik!" Bebel Rifa sambil mencekak pinggang.

Ara memandang Rifa dengan pandangan kosong. Tak ada rasa takut sama sekali.

"Ini rumah tokma Ara, mestilah Ara ada dalam ni. Daddy yang hantar Ara pergi sini. Mommy mentang-mentang dah masuk school besar, terus mommy lupakan Ara. Taknak sayang mommy!" Ujar Ara seraya tangan disilangkan ke dada. Terus dia mengalih pandangan dari memandang Rifa. Bibirnya dimuncungkan kehadapan.

"Eh eh dia ni? nak merajuk dengan kita pula, awak tu siapa? Bukan anak saya pun? Ada hati nak buat perangai pula. Lagi satu, siapa tokma awak huh? Seingat saya, adik beradik saya semua belum berkahwin lagi. Kakak saya tu baru nak tunang, takkan dah ada anak? Awak ni datang dari mana pula?" Sekali lagi Rifa membebel. Geram pula dia dengan gadis kecil dihadapannya ini.

"Ara ni datang dari hasil mommy dengan daddy lah! Apa punya soalan mommy tanya Ara ni?" jawab Ara selamba.

Pipi rifa membahang kemerahan. Entah mengapa dia rasa seperti sesuatu pula dengan balasan daripada Ara.

Lah blushing !

Hasil what Ara? Repeat it again!

"Hey, awak jangan main reka cerita eh? tak baik fitnah saya macamtu. Baik awak Bunuh jela saya kalau macamtu."

Ara menghela nafas panjang.

"Kalau Ara bunuh mommy, siapa nak jaga Ara? Bagi lah Ara peluang nak ada adik dulu." balas Ara.

"Daddy awak ada kan? dia lah yang jaga awak. Siapa lagi? pergi lah minta dekat daddy awak yang awak nak adik? Minta mommy awak sekali."

Tangan Rifa disilangkan ke dada. Gadis kecil itu dipandang atas bawah.

"Apa tengok Ara macamtu? Mommy lah Ara punya mommy! berapa kali Ara nak ulang?" Beritahu Ara dengan nada yang agak tinggi.

Amboi? tinggikan suara macam bos-bos marah pekerja nampak?

"Tck! bising! Jangan jerit boleh tak? Sudahlah masuk rumah orang! Tu mainan sepah sepah tu siapa yang buat? Mesti awak kan?" tuduh Rifa selamba, seraya jarinya ditunjuk ke arah Kuali kuali yang terlihat agak bersepah di tingkat bawah.

"Hei! Apa dia bising-bising dekat atas tu?" jerit Puan Hasna dari tingkat bawah.

"Tak ada apa ma! Hal kecil je ni!" Rifa membalas. Matanya kembali memandang tajam gadis kecil dihapan nya ini.

"Mata mommy ni dah rosak kut. Itu kuali lah mommy! Tokma yang keluarkan! Sikit-sikit Ara, sikit-sikit Ara. Kenapa tak mommy je?" sambung Ara lagi.

Kening Rifa terangkat. Lah? aku pula yang kena?

"Eee..anak siapa lah ni eh! geram betul aku dibuatnya. Tak mahu kalah!" gumam Rifa seorang diri.

"Mommy jangan cakap sorang-sorang mommy, nanti mommy gila." sampuk Ara selamba.

Rifa tayang muka menyampah.

Cewah! dengan budak kecil pun boleh nak bergaduh!

"Diam lah!" marah Rifa. Makin geram pula dia dengan gadis kecil bernama Efara Zahra ini.

"Taknak, Ara ada mulut jadi kena lah bercakap. Bukan macam mommy, guna untuk marah je."

Rifa memandang Ara atas bawah. Matanya dijeling keatas.

Tiba-tiba satu bunyi kedengaran dari bilik Rifa. Bahagian poket pada seluar ditepuk-tepuk. Mengharap telefonnya sudah dibawa bersama. Malangnya tidak.

Akibat terlalu takit dan ingin cepat sebentar tadi, lupa pula dia ingin membawa telefonnya bersama.

Bak kata Puan Hasna, Setan Gepeng. Sebab apa? sebab melalaikan orang.

Lantas, dia bergerak memasuki ke dalam bilik semula. Telefon itu dicapai lalu panggilan telefon diangkat.

"Ya, waalaikumsalam, kenapa Lara?" Soal Rifa sebaik sahaja mengangkat panggilan.

"Petang nanti teman aku keluar jom? nak tak? esok aku tak boleh keluar dah, aku nak enjoy last day aku dekat flying school. Aku ingat nak pergi kedai yang jual Aircraft model tu. Alah, yang baru buka tu. Saja nak cuci mata sikit." terang Lara panjang.

"Oh, yalah. Pukul berapa?" soal Rifa ingin tahu.

"Dalam pukul 5 macam tu? is that sounds good for you?"

"Okay je, yalah. Nanti petang kita jumpa Eh! tapi kan, aku sekarang dekat rumah mama aku lah."

"Sebab tu aku ajak kau, aku pun ada pergi Johor ni sekali. Aku hantar adik aku masuk asrama dia. Alang-alang tu aku ajak lah kau keluar sekali. Sudah lah, kita jumpa dekat tempat biasa nanti. Telefon aku dah nak habis bateri. Bye!" 

Rifa sudah menggeleng kepala. Tempat yang dimaksudkan Lara itu sudah tentu Pusat Beli Belah yang baru sahaja dibuka beberapa minggu lepas.

Banyak kedai-kedai baharu yang turut berada di dalam pusat beli belah itu. Kebetulan pula, ada kedai yang menjual model-model kapal terbang. Memang habis lah!

Bagi Lara, itu lah racun untuk dirinya. Pantang dia lihat model kapal terbang, pasti dia akan singgah untuk membeli.

Rifa menghela nafas panjang. Untung sahaja Ara tidak menyampuk semasa dia sedang bertelefon tadi.

Rifa menoleh ke kanan, lalu ke kiri. Kelibat gadis kecil itu sudah hilang. Lega juga dia akhirnya.









Sorry slow update dear! Busy pula kebelakangan ni :( If ada salah silap dalam penulisan saya, mohon dimaafkan. Sya ni baru pemula, masih baru lagi. Tak adalah profesional macam writer lain. Do vote this chapter okay? thanks for your support!

Continue Reading

You'll Also Like

76.4K 3.6K 44
In editing progres!!!! "Kau. Aku nak kau" -π‰πžπ›πšπ­ π‰πšπ―π’πžπ§ "Maaf Encik, saya jual brownies bukan jual diri" -𝐌𝐚𝐰𝐚r π„π¬π‘πšπšπ₯ "I miss...
2.6M 150K 48
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
55.1M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...