Endyna Daisha: HER REVENGE [C]

De nradlnaa_syh

28.1K 1.7K 310

ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agen... Mai multe

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 61 ( End )
SPECIAL CHAPTER (1)

BAB 60

489 24 13
De nradlnaa_syh


               Dyna tiba di sebuah bangunan usang selepas 20 minit pemanduan. Kelihatan dua orang lelaki berbadan tegap sedang menunggunya bersama senjata di tangan mereka.

Selepas memarkir motornya, Dyna terus menghampiri dua orang lelaki itu.

" Mana orang tua tu?" Soal Dyna, mendatar.

Lelaki-lelaki itu tidak menjawab, mereka hanya memberi isyarat kepada Dyna untuk mengikuti mereka.

Dyna dibawa naik ke tingkat paling atas bangunan itu, iaitu rooftop.

Setibanya dia di atas, kelihatan Dee terikat dengan keadaan badannya yang lemah. Ada juga beberapa orang lelaki bersenjata. Tuan Suhaimi terus memandang Dyna selepas Dyna menghampiri mereka.

" Lepaskan dia." Arah Dyna, mendatar.

" Hahaha kau ingat senang-senang ke aku nak lepaskan? Tunggu aku bunuh kau dulu. Itu pun aku tak janji la aku lepaskan dia atau tak." Kata Tuan Suhaimi, sinis.

" Apa yang kau nak sebenarnya ni?" Soal Dyna.

" Bunuh kau. Bunuh semua orang yang ada kena mengena dengan kau." Jawab Tuan Suhaimi, sinis.

" Kenapa kau nak bunuh dia sangat hah?!" Tengking Dee.

Seorang lelaki terus melempang pipi Dee sehingga membuatkan pipinya kemerahan.

" Berani kau lempang aku?! Jaga la kau! Aku tunggu kau dekat padang mahsyar!" Marah Dee, tidak berpuas hati selepas dirinya dilempang.

" Tutup mulut dia. Bising." Arah Tuan Suhaimi. Lelaki itu terus melekatkan pita pelekat di mulut Dee.

Dyna memandang tajam ke arah lelaki yang melempang Dee tadi. Senyuman sinis terus terukir dibibir Dyna.

" Aku perlukan penjelasan. Alasan yang kukuh, kenapa kau nak sangat bunuh aku? Dan kenapa kau nak bunuh orang yang ada kena mengena dengan aku?" Soal Dyna, mendatar.

" Semuanya salah ayah kau. Edwan Malik." Kata Tuan Suhaimi.

" Apa yang dia buat?" Soal Dyna.

" Disebabkan dia, abang aku mati. Dia tak sepatutnya bagi kantoi perbuatan abang aku." Jawab Tuan Suhaimi.

" Ohh, ok aku dah faham." Kata Dyna.

" Abang kau.. uncle Sufian yang acah baik tu eh? Yang banyak memberi sumbangan dekat orang yang memerlukan tapi dari hasil jual dadah Haram dia tu? Am I right?" Soal Dyna, sinis.

Tuan Suhaimi mengempalkan tangannya. Dia marah. Dia tidak berpuas hati selepas mendengar soalan Dyna.

" Kenapa diam? So.. betul la kan? Hihihi pandai aku meneka. Maksudnya... Darwish tu anak Sufian lah kan? Wah, like father like son. Nampak baik, tapi jahat." Kata Dyna, selamba.

" Baik kau diam." Kata Tuan Suhaimi.

" Kenapa? Belum habis lagi eh? Ha apa sebab yang lain?" Soal Dyna.

" Eiman. Kalau bukan disebabkan dia, mesti sekarang aku dah jadi ketua polis untuk SPAJR." Kata Tuan Suhaimi.

" Disebabkan dia, pasukan aku dulu siasat tentang Black Haisumi. Sikit lagi aku nak kantoi. Tapi, misi gagal. Aku taktau pula lepas aku bunuh dia, misi pasukan tu terus gagal. Tapi, ada bagusnya juga, kalau Eiman bagitau orang lain, mesti aku dah dalam penjara. Hahaha tak sia-sia aku bunuh dia." Sambungnya lagi.

" So, kau mengaku lah kau bunuh dia?" Soal Dyna.

" Hahaha, ya.. seronok tau bunuh orang. Lagi seronok bila kau polis, boleh bunuh orang sesuka hati. Semua orang percayakan kau." Kata Tuan Suhaimi.

" Tapi kan, apa perasaan kau bila diri kau sikit lagi nak kantoi? Takut? Gelabah?" Soal Dyna.

" Kenapa nak takut? Takut dengan kau? Tak mungkin. Kelemahan kau cuma satu. Kalau aku sentuh orang yang kau sayang, itu dah bermaksud aku dah jatuhkan kau." Kata Tuan Suhaimi, yakin dengan jawabannya.

" Contohnya macam ni.." kata Tuan Suhaimi sebelum dia mencapai pistol dari tangan lelaki di sebelahnya lalu menembak bahu Dee.

Dee mengerang menahan kesakitan. Air matanya jatuh membasahi pipinya.

Belum sempat Dyna ingin menghampiri Dee, seorang lelaki sudah terlebih dahulu menyepak Dyna sehingga membuatkan dia jatuh terduduk.

" Jangan nak bergerak. Kalau kau bergerak, aku tembak kepala kawan kau ni." Kata Tuan Suhaimi sambil mengacukan pistol ke arah Dee.

" Aku belum habis bercakap. Kau nak tahu tak macam mana aku bunuh Eiman? Haha sedih sangat aku tengok muka dia waktu tu. Berharap untuk kau datang dan berada disisi dia sebelum dia mati." Kata Tuan Suhaimi lagi.

" Kalau kau nak tahu, lepas aku tembak dia, aku terus lari, aku pura-pura taktahu tentang tu. Aku tipu semua orang, aku fitnah dia yang dia dah khianati pasukan dia. Aku fitnah dia dibunuh oleh musuh yang dia bekerjasama. Haha, semua orang percaya. Nasib dia lah sebab ikut arahan aku waktu tu. Kalau dia tak datang untuk misi, mesti dia hidup lagi. Tapi, aku tak kesah dia mati." Ujar Tuan Suhaimi.

" Kau ugut Fendy juga kan?!" Tengking Dyna.

" Yaa, aku ugut dia supaya dia tutup mulut. Kalau dia bagitau, orang lain takkan percayakan dia. Orang lain akan ingat dia bersubahat sekali dengan Eiman. Aku juga ugut, kalau dia bagitau, aku akan bakar keluarga dia depan muka dia sebelum aku bunuh dia." Kata Tuan Suhaimi.

" Dasar syaitan bertopengkan manusia! " Tengking Dyna.

Tuan Suhaimi terus melempang muka Dyna. Dia juga menumbok muka Dyna sehingga membuatkan cecair merah terkeluar dari mulut Dyna.

" Manusia memang macam ni. Manusia akan lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri. Aku tak pernah rasa bersalah lepas bunuh Eiman. Aku rasa bahagia sangat. Oh ya, sebelum aku terlupa, aku juga yang arahkan orang untuk bunuh ayah kau." Kata Tuan Suhaimi, jujur.

Dyna mengempalkan tangannya. Menahan dirinya dari merosakkan rancangannya. Dyna menarik nafasnya perlahan-lahan sebelum dihembuskan.

Tiba-tiba, Dyna ketawa sebelum senyuman sinis terukir di wajahnya. Dia bangun semula dari duduknya.

" Kenapa kau gelak?" Soal salah seorang lelaki.

" Hahaha, bagus lah kau dah mengaku semuanya. Senang kerja aku." Kata Dyna, sinis.

" Say hai to world. Aku yakin, satu Malaysia akan kenal kau. Suhaimi, bekas ketua geng dadah terbesar. Ops, aku sebut bekas eh? Betul tak Darwish?" Soal Dyna sambil memandang ke arah pintu yang menjadi laluan untuk naik je rooftop bangunan itu.

Kelihatan Darwish sedang berdiri tegak sambil memandang mereka. Dia sudah lama berada di sana memerhatikan Dyna dan Tuan Suhaimi.

Dyna tersenyum sinis.

" Darwish! Say hai to world! " Jerit Dyna agar Darwish dapat mendengar.

Darwish terus mengerutkan keningnya. Dia pelik.

" Kau tak payah acah psycho lah! Kau ingat orang akan takut?!" Tengking Tuan Suhaimi.

" Hahaha, aku tak suruh kau takut. Kau nak tahu apa kelebihan di sebalik kelemahan aku?" Soal Dyna, sinis.

" Aku ada family, keluarga yang sentiasa berada di sisi aku. Yang sentiasa menyokong aku. Dan sanggup lindungi aku. And that's Edwan Malik's children. Perkenalkan, abang aku nama dia Sam. " Kata Dyna sebelum satu tembakan yang tiba-tiba datang, lalu terkena tepat pada bahagian kepala lelaki yang melempang Dee tadi.

Mereka yang di sana terkaku selepas tembakan dilepaskan. Mereka terus menundukkan kepala mereka lalu mengacukan senjata mereka untuk mencari arah tembakan dilepaskan.

" Itu, sebab kau lempang muka kawan aku." Kata Dyna sambil melihat mayat seorang lelaki terbaring selepas ditembak.

" Apa yang kau buat ni hah?!" Soal Tuan Suhaimi.

" Aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma berdiri tegak dekat sini.  Lepas aku sebut Edwan Malik's children dan perkenalkan salah seorang abang aku, lepastu terus musibat tu mati." Kata Dyna.

Sekali lagi, tembakan dilepaskan lalu terkena pada setiap lelaki berbadan tegap di sana. Satu persatu orang mati ditembak tepat dibahagian kepala mereka.

Yang tinggal sekarang hanyalah, Dyna, Dee, Tuan Suhaimi dan Darwish.

Dyna mengangkat tangannya sambil menunjukkan thumbs up.

" Sekarang tinggal kita aje. Apa kata macam ni.. aku bagi peluang, korang mengaku kesalahan korang dan memohon maaf untuk semua rakyat Malaysia. Aku janji lepas korang cakap, korang takkan mati macam musibat-musibat ni semua." Kata Dyna.

Tuan Suhaimi tidak menghiraukan kata-kata Dyna, dia terus mencapai senjata yang berada di atas lantai untuk menembak Dyna. Tetapi, tangannya pula ditembak sebaik sahaja dia memegang senjata itu.

" Jangan bergerak, nanti kena tembak. Tepat di kepala tau." Kata Dyna.

" Apa yang kau buat ni Dyna?" Soal Darwish.

" Ohh lupa nak bagitau. Kita tengah live sekarang ni.. ramai juga la yang masuk, lebih kurang 3 million lebih macam tu... Ramai juga yang dengar pengakuan kau tadi." Kata Dyna sambil melihat Tuan Suhaimi yang berlumuran darah.

Darwish dan Tuan Suhaimi mengerutkan kening mereka.

Dyna menunjukkan rantai yang dipakainya.

" Rantai ni, ada kamera tersebunyi. Aku dah suruh Fahrin buat live, supaya satu negara tau perbuatan korang. Dan sekarang, diorang dah tahu." Kata Dyna, jujur.

" Korang boleh datang." kata Dyna.

Tiba-tiba sekumpulan polis dari unit khas terus menghampiri mereka sambil mengacukan senjata ke arah Darwish dan Tuan Suhaimi. Beberapa orang dari unit khas itu juga membawa Dee beredar dari sana untuk mendapatkan rawatan.

" Korang kena ingat, walaupun beribu orang tuduh aku jahat, tapi masih ada orang yang percayakan aku. Kehidupan ni macam roda, kalau kau di atas, kau juga akan merasakan pengalaman jatuh ke bawah. Dan, setiap perbuatan jahat, pasti akan ada balasannya. Cuma kita tak tahu bila." Ujar Dyna.

" So.. nak minta maaf atau tak ni?" Soal Dyna.

" Dyna, aku buat semua sebab nak dapatkan.." belum sempat Darwish menghabiskan ayatnya, Dyna sudah terlebih dahulu memotong.

" Shut shut shut.. aku taknak dengar benda lain selain dari minta maaf. Senang aje. Minta, maaf. Suhaimi perlu minta maaf, Darwish pula perlu mengaku dan minta maaf. Simple. Aku tak minta pun korang tembak diri sendiri." Kata Dyna.

Dyna berjalan menghampiri Darwish.

" Oh ya, nak tahu something tak Darwish? Aku tak suka kau. Aku benci kau. Apa perasaan kau bila orang yang kau cintai membenci kau? Rasa hampa kan? Hehehe" bisik Dyna kepada Darwish.

Darwish terus mengeluarkan pistol lalu mengacukan pistolnya kearah Dyna.

" Tembak lah." Kata Dyna.

" Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun takkan dapat! Jom mati bersama-sama! " Tengking Darwish.

" Kau pergi la mati sorang-sorang." Kata Dyna sebelum satu tembakan dilepaskan lalu terkena tepat pada bahagian kepala Darwish.

Darah Darwish terpercik sedikit lalu terkena pada muka Dyna. Dyna mengelap muka menggunakan tangannya.

" Euw.. disgusting." Kata Dyna.

Darwish jatuh terbaring. Darah yang keluar dari kepalanya mengalir laju.

" Kan aku dah cakap, jangan bergerak." Kata Dyna.

Dia terus berlalu pergi.

Pihak polis yang lain terus menghampiri Tuan Suhaimi lalu menggarinya.




Dyna turun ke tingkat bawah bangunan itu, kelihatan Fahrin, Rezza, Ayie, Sarah dan Tuan Suhaimi sedang menunggu di bawah.

Dyna menayangkan senyuman ke arah mereka. Rezza melambai Dyna sambil tersenyum lalu berlari menghampiri Dyna.

Bang! Bang!

Dua tembakan tiba-tiba sahaja dilepaskan lalu terkena pada tubuh Rezza.

" Rezza ! " Jerit Fahrin.






Akan bersambung...


Continuă lectura

O să-ți placă și

1.7K 163 10
✧⁠*⁠。 ⁠♡~NOAH DARIEAN & DAHLIA AURORA ~✧⁠*⁠。 ⁠♡ 5 Tahun lalu telah berlaku peristiwa hitam bagi Dariean. Dia dikhianati oleh teman wanitanya Bella I...
5.5K 208 77
( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎 ) Black Dragon's Series Book #1 Dia, Tengku Aadyan Noah. Dia, jejaka beriris hazel. Senyuman menawannya menyembunyikan identiti g...
669K 27.7K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...