Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.6K 125 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

39. Ilusi

30 1 0
By luv_ani

Merasakan cahaya matahari yang terik masuk menyinari halaman rumah, Fahrie menggeliat sedikit. Bila dia membuka mata, cahaya terus masuk menerjah.

Automatik tangannya bergerak balas menutup mata sendiri. Fahrie menggeliat lagi sebelum bangun daripada sofa.

Sungguh puas tidurnya semalam.

"Abang, dah bangun?"

Fahrie menoleh. Itu Suraya.

Fahrie tersenyum. "Mama.. dah balik?"

Suraya angguk. "Pergi mandi dan bersiap untuk ke hospital."

"Ho.. hospital? Untuk apa?"

Suraya geleng. "Apalah kamu ni, tidur saja buat kamu dah tak ingat. Nak tengok adik lah, apa lagi? Dia kan kat hospital sekarang."

Fahrie segera berdiri, bangun daripada duduknya tadi. Dia mengusap wajah kasar. "A.. adik dah sedar?"

"Belum.." Suraya berujar lembut. "Tak apalah, kamu tengokkan. Papa dan mama balik sekejap tadi. Nanti kita pergi sama-sama ya?"

Fahrie hanya angguk. "A.. abang mandi dulu lah."

Suraya angguk setuju. Fahrie pantas berlari menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan tertidur. Nyenyak pula tu!

Tapi, dia masih kenal siapa Aariz. Dia masih tahu wajah Aariz bagaimana, suara lelaki itu.. semuanya dia masih ingat.

Fahrie mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu. Dia melangkah perlahan ke bilik air. Masih mamai.

"Aariz.."

Itu nama pertama yang berlegar di fikirannya pagi ini, sebelum Suraya menyebut nama Elfira.

Fahrie tersenyum apabila melihat pantulannya di cermin bilik air. Bermakna.. Aariz hanya bergurau tentang hilang ingatan itu.

Kerana buktinya, Fahrie masih ingat.

Padahal Aariz mengatakan bahawa nama dia tidak akan pernah disebut atau didengar oleh semua orang.

Oleh itu, Fahrie berucap syukur di dalam hati.

Bab 39: Ilusi

Fahrie hanya berdiam diri di koridor hospital. Sudah hampir setengah jam dia berdiri di situ. Dia termenung sendirian. Wajah Aariz masih segar di fikirannya, sungguh jelas.

"Abang,"

Fahrie berpaling.

"Kenapa abang duduk di sini?" Soal Syiraz seraya berdiri di sisi Fahrie. Dia juga menongkatkan siku pada koridor.

Fahrie geleng. "Tak adalah, saja. Tak tahu nak buat apa. Bosan."

Syiraz ketawa kecil. "Bosan, ya?"

Fahrie menatap sisi wajah lelaki yang muda dua tahun daripadanya itu. Ini kali pertama Syiraz ketawa selepas apa yang berlaku. Fahrie kira Syiraz dan Zayn bakal menyelam dalam kesedihan.

"Nak tanya,"

"Hem? Tanya aje lah." Ujar Syiraz. Dia menunggu pertanyaan itu.

"Aariz tinggal di mana dulu?"

Syiraz menoleh. Dia terdiam.

"Selepas dia berpisah dengan kakak dia, dia diambil oleh ibu kandung dia semula, kan?"

Fahrie tiba-tiba merasa bersalah bila Syiraz hanya bungkam. Tetapi raut wajah Syiraz ketika itu hanya selamba dan penuh keliru.

"Maaf, ini sensitif sedikit. Aku tak sepatutnya.."

"Siapa Aariz?"

Bila Syiraz memotong percakapannya, Fahrie terkedu.

Siapa.. Aariz?

Mengapa.. Syiraz melontarkan soalan itu?

"Apa.. punya soalan ni.." Fahrie masih keliru. "Aariz.. ad.. adik tiri kau.."

Jantungnya berdegup kencang bila Syiraz menggeleng laju dan mengatakan, "Adik tiri? Sejak bila?"

"Ka.. kawan?" Fahrie masih belum berputus asa. Dia yakin lelaki itu hanya bergurau!

"Kawan?" Syiraz berfikir sebentar. "Mana ada kawan Raz nama begitu."

Fahrie menelan liur.

"Habis itu, apa yang terjadi sehingga Elfira tak sedarkan diri?" Soal Fahrie lagi. Dia perlukan kepastian sejauh mana Syiraz tahu.

"Hidung El kan berdarah." Syiraz menjawab. "Itu aje lah yang Raz tahu."

Fahrie tidak sedar bahawa dia semakin berundur. Dia takut. Takut jika apa yang dikatakan Aariz ialah benar belaka.

"Syiraz?"

Mereka berdua menoleh. Pemilik nama itu kemudian tersenyum.

"Mak,"

Fahrie memandang seraut wajah Raudhah yang masih muda dan berseri-seri. Jika benar Aariz ingin mengubah Takdir, mengapa Syiraz masih memanggil Raudhah sebagai 'mak'?

"Iraz, dah masuk tengok Elfira?"

Fahrie melihat tangan kekar milik Adib itu memeluk bahu isterinya. Jadi.. mereka tetap berkahwin walaupun Syiraz tidak ingat akan Aariz?

"Ini.. siapa? Oh.. abang angkat Elfira ya?" Raudhah kini memandang Fahrie. Dia hanya angguk.

"S.. saya nak tanya, Elfira ada adik-beradik lain, kan?"

Raudhah mengerut kening sebelum memandang suaminya. "Tak ada.."

Deg!

Waktu terasa berhenti seketika.

Jika benar Aariz tidak wujud kerana ingin Syiraz tidak merasa keluarganya hancur, mengapa Raudhah masih bertemu dengan Adib?

"Mari, mak nak tengok Elfira dulu. Jom tengok dia sama-sama." Raudhah menarik tangan suaminya, diikuti dengan Syiraz. Mereka bertiga masuk ke bilik Elfira.

Tangan Fahrie mula bergetar. Dia menggeleng beberapa kali. Tidak mungkin..

Dia segera berlari ke arah blok lain. Blok tempat Zayn menjaga Bondanya yang sakit. Dia tidak kira sejauh mana pun dia harus berlari, sekuat mana pun dia harus bernafas.

Dia hanya kira.. Aariz pasti wujud dalam dunia Zayn. Pasti.

"Zayn!" Ujar Fahrie tertahan sebelum melutut di depan lelaki yang dicarinya. Mencari nafas yang terbuang.

Zayn memincingkan mata. Pelik. "Ini kenapa pula?"

"Kau ada kawan bertiga, kan, dulu?" Tanpa aba-aba, Fahrie terus melontarkan soalan yang bermain di fikirannya.

"Bertiga?" Zayn garu kening. "Kawan bertiga? Sejak bila ni?"

"Sejak.. sekolah rendah!" Fahrie berteriak.

"Huh?" Zayn memandang Fahrie atas bawah. Tiba-tiba tanya soalan tidak masuk akal.

"Ya.. kau.. Syiraz.. Aa.."

"Berdua saja bang." Zayn memintas ayat Fahrie, membuat lelaki itu jatuh terduduk.

Zayn terkejut. Dia segera menyentuh bahu Fahrie sebagai cara menenangkan. "Okey tak?"

"Jangan.. jangan sentuh aku guna tangan kau." Fahrie berbisik. Sungguh serabut kepala otaknya sekarang. Apa yang sudah berlaku?

Zayn angguk faham sebelum menyingkirkan tangannya. Belum sampai sesaat, dia meletakkan kakinya di atas bahu Fahrie. "Oi, okey tak?"

Jangan guna tangan, guna kaki.

Fahrie angkat wajah dan memandang Zayn tajam.

"Tanya ni, okey tak?" Malah, kakinya menekan-nekan bahu lelaki malang itu.

"Kau nampak muka aku okey ke sekarang?" Fahrie mendengus. Sungguh, Zayn semakin menambah beban fikirannya!

"Haah." Zayn menjatuhkan kakinya dan memeluk tubuh sendiri. Dia memandang Fahrie yang terduduk itu. "Kalau okey, pergi dulu lah."

Zayn mula mengatur langkah ingin meninggalkan lelaki itu.

"AKU TAK OKEY!" Teriak Fahrie.

Zayn berhenti dan menoleh. "Jadi?"

Fahrie menjeling. Geram betullah! Cuba tolong bagi semangat sikit!

"Nama apa?"

"Nama apa?" Fahrie keliru dengan pertanyaan Zayn yang tiba-tiba itu.

"Nama kawan hantu orang itu lah. Selama ini kawan baik dengan Syiraz saja, tak pernah tahu ada orang ketiga. Siapa namanya?" Zayn angkat kening.

"Aariz." Fahrie memilih untuk menjawab.

Zayn terangguk-angguk. "Tak pernah dengar nama itu. Tapi tak apa lah,"

Fahrie menunduk, merenung nasib sendiri.

"By the way, Elfira sudah sedar."

Itu membuat Fahrie terbangun dan berdiri tegak. "Serius?!"

Zayn angkat bahu. "Nampak macam bergurau ke?"

Fahrie mengepal penumbuk di sisi tubuh. "Geram lah akuu!" Jeritnya sebelum pergi meninggalkan Zayn di belakang.

Zayn memiringkan kepala, berfikir dengan segaris nama yang Fahrie lontarkan.

"Aariz..?"

+++++

"Adikku!" Fahrie menerjang pintu hospital tanpa aba-aba. Dia terus meluru ke katil Elfira. Gadis itu sudah sepenuhnya sedar.

"Kau ada adik-beradik lain tak?" Itu soalan pertama yang Elfira dengar selepas bangun daripada tidurnya yang lama.

"Ha? Adik? Ha?" Wajah Elfira penuh keliru. Sudahlah baru bangun, tiba-tiba perlu berfikir.

"Cepat lah! Adik-beradik kandung!"

"Mana adalah!" Kerana Fahrie meninggikan suara, Elfira pun turut sama.

"Aku serius!"

"Tak ada lah!" Elfira memegang kepala sendiri. "Abang ni, orang baru bangun!"

"Jujur saja lah!" Fahrie malah menekan, membuat Elfira semakin serabut. Dia mengenggam erat tudung yang membalut auratnya.

"Tak. Adik anak tunggal!!"

Fahrie terdiam.

"Puas hati?!" Elfira memukul-mukul kepalanya. "Sakit!"

Di saat gadis itu merintih kesakitan, Fahrie malah termenung.

Dia mula mengerti bahawa Aariz mengorbankan diri agar dia tidak pernah bersahabat dengan Syiraz. Oleh itu, Raudhah dan Adib tidak akan bertemu. Mereka berdua tidak akan berkahwin.

Selain itu, Elfira tidak akan susah-payah mencari keberadaannya yang sudah meninggal. Jadi, dia labelkan diri sudah tidak wujud. Maka, Elfira menjadi anak tunggal. Tidak ada adik kembar.

Zayn pula hanya berkawan baik dengan Syiraz. Tidak ada istilah bergaduh kerana kematian Aariz lagi, kerana pada dasarnya nama itu tidak wujud.

Tetapi Aariz lupa satu perkara, bahawa Takdir tidak akan berubah walau sejauh mana pun dia mencuba. Ia hanya akan berubah jika Allah perkenankan doa.

Raudhah dan Adib tetap bertemu. Kerana mereka jodoh.

Elfira tetap susah-payah mencari keluarga kandungnya.

Zayn dan Syiraz tetap bergaduh kerana tidak ada orang yang mampu mendamaikan mereka.

Terlihat tidak adil, namun inilah Takdir.

Kala itu, Fahrie mula sedar bahawa hanya dia yang hidup di dalam ilusi.

Seperti kata Aariz, dia bakal menjadikan diri sendiri sebagai ilusi semata-mata. Tidak ada realiti.

Nothing is real, it's just an illusion.

NOTHING.

IS.

REAL.

IT'S.

JUST.

AN.

ILLUSION.

"AARIZ!"

Fahrie terbangun daripada tidur. Rambutnya berserabut, begitu juga dengan kepala otak. Tubuhnya menggigil halus.

Dadanya berombak laju.

Dia takut.

Dia sungguh takut.

"Fahrie?"

Fahrie menelan liurnya yang terasa kesat. Tekaknya kering. Dia menoleh dengan mata yang memerah.

"Kenapa dengan Aariz?" Suara itu serba-sedikit dapat menenangkan dia.

Fahrie menggeleng laju.

"Mimpi ke?"

Fahrie hanya angguk. Dia mengusap wajahnya pelan. Bibir mengucap banyak istighfar.

"Oh.. Fahrie.. tadi ada orang call."

"Siapa?"

"Ibu Fahrie, kut. Saya angkat, dan saya beritahu Fahrie tidur di sini."

Fahrie terbangun daripada sofa. Dia menatap sekeliling.

"Sejak bila.. saya.. ada di sini?" Fahrie ternganga. Apa yang dia buat sampai tertidur di sini?

Jannah bungkam.

Fahrie menekup mulut sendiri. "Maaf sangat kak! Saya pun tak sedar saya datang ke sini! Maaf buat akak tak selesa! Saya tak tahu macam mana saya boleh tertidur.."

"Tak apa." Jannah memotong. "Saya pun tak tahu bila awak datang. Tiba-tiba saja ada. Lagipun awak tidur kat luar tadi."

"Huh? Kat luar?"

Jannah angguk. "Budak-budak yang tolong angkatkan, sebab itu ada atas sofa sekarang."

Fahrie menebalkan muka. Sungguh, dia malu. Aish, macam mana aku boleh tertidur kat luar? Batinnya berbisik.

Jannah pun hanya bungkam sebelum mengatur langkah ke dapur.

"Akak,"

Jannah berhenti bila dia mendengar.

"Saya.. nak tanya. Aariz.. akak kenal, kan? Aariz Hafiz."

Fahrie menunggu jawapan dengan rasa gementar.

"Kenal." Jannah menjawab singkat. "Adik Elfira, kenapa?"

Fahrie bernafas lega. Jadi, ini semua hanya mimpi?

"El.. Elfira sudah kenal kan adik dia?" Soalnya lagi.

"Pasti." Jannah berbicara. "Oh, tak ingat nak cakap.. tadi ibu awak suruh datang ke hospital untuk tengok Elfira. Akak tanya juga sebabnya."

"..sampaikan salam akak kepada mereka." Mata Jannah tersenyum sebelum dia bergegas ke dapur.

Fahrie terkedu.

Ternyata, mata juga boleh mengukir senyum.

_________

Syiraz masuk ke dalam kedai runcit berdekatan dengan rumahnya. Malam ini, hanya dia dan Adib yang ada di rumah. Raudhah memilih untuk menjaga Elfira.

"Tolong! Saya takut kucing!"

Syiraz yang baru saja keluar daripada kedai runcit, tiba-tiba mendengar jeritan itu. Dia menoleh.

Gadis itu berdiri jauh daripadanya, sedang memohon pertolongan agar ada yang menyelamatkannya daripada kucing. Sementara itu, kucing itu pula sengaja menggesekkan bulu di kaki gadis itu.

"Itu.. bukan ke.."

"Janganlah dekat!" Qaseh cuba menjauh. "Jangannn! Nak bagi whiskas saja! Makanlah, jangan gesekkan bulu!"

Padahal dia sudah memberi makan. Mungkin kucing itu ingin mengikuti orang sebaik dia.

Lagipun, siapa yang memandang kucing jalanan? Mungkin ada, tapi tidak semua.

"Kucing!"

Syiraz berlari kecil, namun tidak sempat.

Qaseh menyelamatkan kucing itu sebelum motor melanggar kucing tersebut. Di bawah alam sedar, dia memeluk kucing itu erat ke dada. Dia sungguh bersyukur makhluk ini tidak dilanggar.

"Kau tiba-tiba tak takut kucing?"

Qaseh berpaling. Automatik wajahnya tegang. Ini kali pertama dia disapa oleh mantan ketua pengawas!

Sudah mantan.

"A.. itu.. bila takut pula?" Qaseh mengugut. Dia melepaskan kucing tersebut.

Makhluk bulus itu kini mengelilingi kaki Syiraz pula, membuat sang pemilik nama terkekeh geli.

Mangsa terbaru kucing!

"Come, come here.." Syiraz mengambil kucing itu dan meletakkannya di dada. Dia mengusap kucing itu lembut.

Qaseh berundur selangkah. Dia memandang Syiraz atas bawah.

"Betul ke apa yang aku tengok ni?" Qaseh berbisik. Dia sentiasa diabaikan oleh lelaki itu jika ada perbualan di antara mereka selama ini. Dan sekarang, Syiraz suka kucing?

Penyayang rupanya. Ingat ke.. hati batu!

"Done?"

Qaseh tersedar bila Syiraz menegurnya.

"Perempuan boleh ke tengok lelaki macam itu?" Soalan pula dilontarkan sebelum tangannya meletakkan kucing tersebut.

Lidah Qaseh kelu.

"Rasanya, kau suka kucinglah." Syiraz tiba-tiba menukar topik. "Cuma tak sedar."

Qaseh menggeleng. "Allergic dengan bulu! Bukan tak suka!"

"Oh.." Syiraz terangguk-angguk. "Jadi, kain kau itu.. kena samaklah, kan?"

Qaseh memandang kainnya. Dia merengek kecil.

"Inilah tak suka! Penuh bulu kucing melekat!"

Syiraz tersenyum tipis sebelum pergi meninggalkan Qaseh yang masih merengek sendirian. Dia mengibas kainnya agar bulu kucing tersingkir.

Beberapa saat berlalu, Qaseh baru tersedar bahawa dia sudah ditinggal. Dia berpaling ke belakang.

Ternyata, tidak semudah itu Syiraz ingin melepaskan diri daripada kecomelan kucing. Rupanya, Syiraz sedang memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan yang lain.

"Wahai kucing sekalian, doakan Syiraz ya."

Suara Syiraz samar-samar, tetapi Qaseh tetap mendengar. Dia semakin menajamkan telinga.

"Semoga SPM batch Syiraz.. semuanya cemerlang. Semoga urusan Syiraz dan orang lain.. dipermudahkan. Tolong doakan, tau, kucing.."

Bila suara itu berubah menjadi lembut, tidak sekasar tadi, membuat Qaseh terperanjat. Punya lah bercakap tadi aku kau, dengan kucing.. guna nama!

"Hei, Syiraz!"

Syiraz menoleh.

Qaseh berjalan laju ke arahnya. "Ni.. makanan ni ambil mana? Ambil kat sana, ya?"

Syiraz melihat ke arah yang ditunjuk Qaseh. Dia angguk.

"Kau yang letak makanan-makanan itu?" Bukannya menjawab, Syiraz malah menyoal kembali. Benar, dia ambil di situ.

Qaseh menegakkan tubuh. "Bukan. Tengah tunggu juga ni siapa yang rajin sponsor makanan kucing. Tinggal kita je bagi. Free. Baik sangat, sesiapa pun itu!"

Syiraz memandang sekeliling.

"Dengar-dengar, sudah menjadi rutin orang itu meletakkan makanan kucing di situ. Tepat pukul 10 pagi tak silap."

"Dengar dari mana?" Soal Syiraz.

Qaseh menjeling. "Akak cashier kat kedai tadilah. Dia cakap begitu. Lelaki pula tu!"

Syiraz hanya mengiyakan saja. Dia pun menunggu sambil melihat kucing-kucing mula beredar selepas mengenyangkan perut. Memang kawasan di sini penuh dengan kucing jalanan.

"Sudah tepat pukul 10," Syiraz melirik jam tangannya. "Mana lelaki itu?"

"Wah, nak tahu juga?" Qaseh tersenyum miring. "Em, rasanya dia pasti.."

Qaseh menekup mulutnya sendiri. Ayatnya terpotong dek kerana matanya melihat seseorang.

Syiraz turut melihat.

Di kawasan yang disediakan makanan-makanan kucing percuma, seorang lelaki menghampiri dan meletakkan seraga makanan berpek.

Mata Qaseh berbinar. Dia masih belum sepenuhnya move on dengan Ryan.

Apatah lagi jika Ryan membuat kebaikan seperti ini! Semakin mencuit hati.

Qaseh berasa terharu.

Syiraz memincingkan mata. Ada nota yang terlekat di setiap pek makanan itu. Plastik makanan yang dia beri kepada kucing tadi dilirik kembali.

Di sini pun ada nota. Bermakna, Ryan sengaja meletakkan nota di setiap pek.

Sungguh kecil tulisan itu, namun Syiraz tetap cuba untuk baca.

'Untuk manusia yang memberi, serta kucing yang menikmati.. semoga Ryan dan gadis yang dicintainya straight A. A+!'

Syiraz angkat wajah lagi. Itu memang benar Ryan. Dia tidak salah orang.

"Qas, cuba kau tengok nota kat pek makanan yang kau beri kepada kucing tadi." Syiraz meminta.

Qaseh melirik pek itu di genggamannya. Memang ada! Sangat kecil, sehingga dia tidak perasan!

"Untuk manusia yang memberi, serta kucing yang menikmati.. semoga Ryan dapat abadikan dia yang namanya bermula huruf E.. di dalam hati." Qaseh membaca dengan suara yang melantun.

Syiraz faham. Sungguh faham apa yang ingin disampaikan.

Qaseh menunduk, dan mengenggam erat nota itu. Dia memang tidak ada peluang untuk memiliki cinta Ryan, kerana lelaki itu cinta mati dengan Elfira.

Syiraz sedar akan itu.

"Kenapa?"

Qaseh menggeleng. "Tulusnya cinta dia. Tapi sangat menyedihkan.. bukan Qas yang dicintai."

Syiraz tergamam.

Ingin saja dia mengulang kembali ayat-ayat itu.

Kerana mereka berdua di posisi yang sama. Sama-sama menyukai, sama-sama tersakiti.

"Ini sakit," lirih Qaseh.

"Apa yang sakit?"

"Menjadi pilihan kedua seseorang."

Syiraz terdiam. Qaseh mula angkat wajah, memandang Ryan dari jauh. Sungguh, memang hanya dapat melihat dari jauh.

"Kau tahu apa yang lebih sakit?" Syiraz bersuara pula.

Qaseh berpaling. "Apa?"

"Tak menjadi pilihan seseorang."

Kali ini, Qaseh yang tergamam. Dia merasakan ayat itu masuk lurus ke dalam hati. Ke dalam titik yang mana.. dapat mengepam rasa sakit itu ke seluruh tubuh.

Dia tidak tahu, bahawa Syiraz juga turut tertikam dengan kata-kata sendiri.

Syiraz sengaja menjaga jaraknya daripada Elfira kerana dia tahu dia tidak dapat memiliki juga.

Daripada jatuh terlalu dalam, lebih baik menjauh secara paksa.

"Sudah ikhlas?"

Qaseh berkutik bila ditanya soalan itu. Tindakannya hanya angguk.

"Jadi, kenapa masih tak boleh lupakan dia?" Syiraz berpeluk tubuh. Dia inginkan kepastian yang mendalam. Kerana menurutnya, segala pendapat Qaseh akan benar-benar menepati apa yang dia rasai.

Qaseh terdiam. Dia menatap Ryan yang berdiri jauh di sana. Sesekali, lelaki itu tersenyum sambil membaca nota-nota yang ditulis sendiri di paket makanan kucing.

Qaseh menghela nafas berat. Dia memang dari awal sudah mengikhlaskan Ryan. Tetapi.. dia masih.. menaruh harapan.

"Mengikhlaskan dan melupakan tak sama," bicara Qaseh dengan alunan suara yang lembut. Mata dia dan Syiraz masih tertacap pada Ryan.

Seperti, mereka berdua mengagumi orang yang sama. Qaseh kagum dengan etika lelaki itu, manakala Syiraz kagum dengan ketertarikan lelaki itu.

Ketertarikan.. yang mampu memikat hati Elfira.

"Saya hanya kata saya sudah ikhlas. Saya tak kata saya sudah melupakan dia."

Sambung bicara Qaseh itu, ternyata mampu menghadirkan rasa remuk dan redam di hati Syiraz.

Tiba-tiba Qaseh meminta diri untuk pergi. Syiraz tidak menanggapi, hanya menatap sahabat baiknya dari jauh.

Bila perasaan ingin tahu Syiraz muncul, maka bersiap sedialah untuk dicungkil.

"Kenapa?" Soal Qaseh. Dia memang sedar dari tadi lelaki itu menatap Ryan.

"Aku ingin baca semua nota yang dia tulis di setiap pek," tuturnya tanpa jeda.

"For.. what?"

"Untuk tegaskan diriku, bahawa cinta yang aku alami sekarang.. ialah cinta terlarang." Ucapnya sebelum memandang Qaseh. "Biar hatiku sakit membaca semua nota itu, aku tak boleh biarkan diriku semakin terseksa."

Tatapan Qaseh melembut.

"Nak join?" Syiraz menghulurkan bantuan. Biar Qaseh pun turut move on!

"Toksey!"

Syiraz ketawa kecil, membuat gadis itu kaku. Sungguh.. indah.

"Hensem," bisiknya, membuat Syiraz terdiam.

"Aku dengar," Syiraz berujar tegas, membuat Qaseh cuak. Tangan terus membentuk pangkah.

"Ah.. tak.. bukan!"

"Kalau betul apa yang kau kata itu.. kenapa benda itu tak dapat memikat dia juga?"

Qaseh tergamam bila Syiraz tiba-tiba memotong sebelum pandangannya dialihkan.

Mereka berdua sama-sama berdiam diri. Usai beberapa detik, Qaseh dapat menangkap kilau basah di sudut mata jejaka itu.

Jika kerana rupa Syiraz mampu memikat semua orang, kenapa ia tidak menjadi kepada gadis yang dicintai?

"Kerana dia bukan hanya memandang rupa," jawab Qaseh.

Syiraz memaksa seukir senyum. "Kerana itu.. aku suka dia."

Qaseh menunduk. Syiraz dan Ryan tulus mencintai gadis yang sama.

"Oh, Ryan sudah pergi! Mari.. kita ke sana!" Syiraz tiba-tiba menjerit perlahan dan segera berlari.

Mahu atau tidak, Qaseh hanya ikut.



"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 74 5
Aku... Areena Imilya. Pernah terlibat dalam kemalangan dua tahun lalu hingga hilang ingatan. Kebanyakan memori yang datang seimbas lalu hanyalah laut...
638K 24.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
564K 19.3K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
149K 13.6K 200
ุจูุณู’ู…ู ุงูŒู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงูŒู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงูŒู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู โ– โฎ ุงูŒู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงูŒู„ูŽู‘ุฐูู‰ ูˆูŽู‡ูŽุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงูŒู„ู’ูƒูุจูŽุฑู ุฅูุณู’ู…ูŽุนููŠู„ูŽ ูˆูŽุฅูุณู’ุญูŽู‚ูŽุŒ ุฅูู†ู‘ูŽ ุฑูŽุจู‘ูู‰ ู„ูŽุณูŽู…ููŠุนู ุงูŒู„ุฏ...