𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑡 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OG

Por Nrnarsya

19.4K 1.3K 95

(slow update) Luqman Rafael x Rifa Irdina Kedatangan seorang ceo di universiti mereka tidak lah menarik perha... MΓ‘s

ππ‘πŽπ‹πŽπ†
𝟎𝟏
𝟎𝟐
πŸŽπŸ‘
πŸŽπŸ’
πŸŽπŸ“
πŸŽπŸ”
πŸŽπŸ•
πŸŽπŸ–
πŸŽπŸ—
𝟏𝟎
𝟏𝟐
πŸπŸ‘
πŸπŸ’

𝟏𝟏

827 57 14
Por Nrnarsya

             BAGASI itu ditarik kasar oleh Bella. Dia melabuh punggung di kerusi yang terletak elok di ruang tamu. Tangannya disilangkan seraya bersandar pada kerusi. Lama pula Rifa bersiap. Jangan kata, dia tidak bangun lagi sudah.

Dah berkali-kali Bella cuba mengejut Rifa. Namun, hanya sekadar balasan 'hmm' yang ringkas sahaja.

"Rifa Irdina! Cepat lah! mana kau ni?! Aku kejut dari pukul lapan tau tak?! sekarang ni  dah dekat pukul sembilan!" Panggil Bella dari tingkat bawah.

Ya, bilik Rifa memang terletak di bahagian tingkat atas. Nak pula paling hujung.

"Ish! mana dia ni? aku malas lah nak naik atas balik. Beli rumah pun sampai dua tingkat, yang duduknya sorang sahaja. Untung aku tinggal sini sekali, kalau tak dah macam gua rumah ni." bebel Bella seorang diri.

Telefon pintar miliknya dikeluarkan dari beg tangan. Nombor Rifa di dail. Kini, hanya tinggal menunggu Rifa mengangkat nya sahaja.

Rifa yang masih nyenyak tidur tiba-tiba terbangun. Bunyi kuat yang datang dari telefonnya menganggu dia untuk berehat.

Telefon itu diambil. Dilihat nama pemilik yang membuat panggilan dengannya. Nama Bella naik pada skrin telefonnya.

"Hm, apa dia?" Soal Rifa setelah mengangkat panggilan telefon daripada Bella. Tenang sahaja suaranya bertanya seakan tiada apa yang berlaku.

"Apa dia apa nya? hey! bangun lah! kau kata nak balik rumah mak kau. Dah pukul berapa dah ni Rifa oii. Pergi bersiap cepat!" Marah Bella.

Rifa menjauhkan telefon itu dari telinganya. Boleh pekak aku kalau aku dekatkan pada telinga. Setelah selesai sahaja Bella membebel, terus dia matikan panggilan.

Dia menghela nafas berat. Malas pula dia ingin bangun saat ini. Rasanya dia sudah tidur awal semalam. Namun, rasa mengantuk masih menghantui dirinya.

Matanya masih berat. Layu. Seakan pekerja yang tidak dapat tidur yang cukup.

Rifa memasang muka cemberut. Dia menjuih bibir. Terus dia bangkit daripada katil itu lalu bergerak menuju ke bilik mandi. Tuala di belakang pintu dicapai.

"Pagi-pagi dah kena bebel. Cuba lah bagi aku tidur lama sikit." songeh Rifa seorang diri.

Pintu bilik mandi itu ditutup rapat lalu dikunci daripada sisi dalam.

Bella sibuk membelek-belek telefon pintar miliknya. Nak kata bosan memang ya, tapi apa dia boleh buat?

Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia tinggalkan Rifa bersendirian. Namun, lokasi yang dia ingin pergi hari ini adalah ke rumah Puan Hasna, ibu kepada Rifa.

Setelah hampir setengah jam Rifa ditingkat atas, akhirnya dia turun ke bawah. Hampir sahaja dia ingin terjatuh dari tangga setelah melihat Bella berada tepat di depan tangga tingkat bawah.

Nak tercabut jantungnya melihat Bella dengan muka serius. Rasa macam ada masked killer weh! Nasib baik kenal, kalau tak memang aku dah lempar pasu bunga dekat kepala dia.

"Siap pun! lambat betul! cepat lah! kau drive, aku malas." ujar Bella.

Rifa menjeling. Beg tangannya dicampak ke arah Bella. Tangannya disilangkan ke dada. Geram.

Bella melihat Rifa atas bawah sambil bercekak pinggang. Gayanya persis seperti seorang ibu memarahi anak.

"Amboi? Beg mahal macam ni baling gitu je? lain kali jangan baling dekat aku. Tu, kau nampak tong sampah dekat luar sana? Besar kan? kau campak lah beg kau dalam tu." Marah Bella.

Panas pula hatinya melihat kerenah Rifa di pagi hari. Awal-awal lagi sudah buat darahnya panas.

"Mahal lah sangat.." Balas Rifa selamba sambil mengatur langkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

"Mahal lah! beg pun jenama Charles & Keith. Air mineral evian tu kau kata mahal pula. Tak pandai bersyukur kau ni. Tengok lah siapa yang menyesal buat duit jadi tisu nanti." sambung Bella.

Rifa menjuih bibir. Terus dia bergerak ke pintu keluar rumah. Enjin kereta dihidupkan. Bella masih tenang berjalan dengan selamba.

"Tadi siapa yang kata nak cepat huh?" perli Rifa.

"Kau tak nampak aku bawa banyak barang? Ni beg ni. Tiba-tiba boleh menyelit baju kau sekali kenapa?"

"Siapa yang kemas? kau yang terus masukkan baju-baju aku dalam tu."

Ini lah jadi bila anak kedua lawan dengan anak kedua. Tak mahu kalah! Dua-dua ego.

"Eh kalau Kak Rien kau tu ada di sini, memang aku tak susun sekali lah baju kau! mengada! Entah-entah dia pun dah penat dengan perangai kau ni. Suka melawan!" Marah Bella lagi.

Rifa hanya menjeling. Tak mahu dia membesarkan hal lagi. Cukuplah dia yan berhenti. Kalau tiada yang berhenti, memang sampai kesudah tak akan habis.

Lantas, kereta itu bergerak meninggalkan kawasan rumah milik Rifa.








           DI sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya senyap tak berkata apa-apa. Masing-masing sepertinya masih lagi menyimpan perasaan marah.

"Maaf." satu ayat ringkas yang keluar daripada mulut Rifa secara tiba-tiba memecahkan suasana sunyi itu.

Bella tidak memandang Rifa. Hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta.

"Hm." Balas Bella ringkas.

"Aku minta maaf sebab mulakan. Maaf sebab buat kau marah. Aku janji takkan jadi nila dah." Ujar Rifa.

Perkataan 'nila' itu membuat Bella pelik. Terus dia berpaling kepala ke arah Rifa yang sedang memandu.

"Nila? Maksudnya?"

Rifa tertawa kecil.

"Ya lah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga."

Bella tidak dapat menahan tawanya, terus pecah tawanya di situ juga.

"Apa yang lawaknya, betul la kan?"

Rifa pelik melihat Bella sudah ketawa terkekeh-kekeh. Entah apa yang membuatkan hati nya geli saat ini.

Bella mengesat titisan air matanya.

Amboi? sakan betul gelakkan orang? apa yang lawaknya sampai keluar air mata?

"Ya lah Fa, betullah." jawab Bella. Masih lagi tertawa tidak berhenti.

Dia tahu apa yang Rifa katakan itu tidak tepat sebenarnya.

"Entah apa yang kau ketawakan. Sudahlah, baik kau diam. Kita nak sampai dah ni."

Bella mengangguk.






           SETELAH beberapa jam memandu sejak dari rumah milik Rifa, akhirnya mereka sampai ke rumah milik Puan Hasna.
Ibu kepada Rifa.

"Fa, tolong lah bawakan beg ni!"

Rifa memandang Bella yang sedang memegang banyak barang bersama. Tambah lagi pula dengan bagasi milik mereka. Dah macam naik kapal terbang pula.

"Ya, ya. Maaf. Meh bagi aku bawa luggage tu." balas Bella sambil menghulur tangan untuk mengambil bagasi itu.

Mereka membuka langkah ke hadapan pintu rumah milik Puan Hasna itu.

Bella memandang rumah itu biasa sahaja. Tiada reaksi. Anak dengan mak mesti lah sama kan? Rumah mesti dua tingkat.

Pintu rumah itu diketuk.

"Assalamualaikum mama! Efa balik ni!" panggil Rifa.

Bella memandang Rifa atas bawah.

"Kau ketuk pintu ni? kau tak ingat kata laluan pintu ni ke?"

"Ya lah. Mesti lah ketuk dulu. Sekejap, aku rasa aku ingat."

Kod laluan dimasukkan pada tombol pintu canggih itu.

Terbuka!

"Yes! alhamdulillah ingat." sebut Rifa usai membuka pintu rumah itu.

"Sebelum ni kau tak ingat ke?" Soal Bella.

"Pernah ingat, tapi aku lupa. Biasalah short memory. Dah jom masuk."

Masuk sahaja mereka ke rumah itu. Keadaan sekeliling terlihat begitu sunyi. Seperti tiada siapa yang ada di rumah.

"Mana mama aku ni?"

Bella menjongket bahu. Mana lah dia tahu keberadaan Puan Hasna. Apa Rifa ingat dia ni ahli sihir ke apa?

"Eh akak!" panggil satu suara.

Kedua mereka memandang empunya suara.

"Eh Muaz! Mana mama?"

Ya, Muaz Farhan. Anak terakhir daripada tiga beradik dalam keluarga Puan Hasna dan Tuan Raez.

Muaz berjalan ke arah Rifa. Tangan Rifa di salam.

"Mama ada dekat dapur, tengah makan."

Rifa mengangguk faham.

"Kak Rien?"

"Kak Rien pergi keluar sekejap. Katanya nak jumpa kawan dia."

"Oh, Muaz dah makan?"

"Dah kak. Eh, hai Kak Bella!" sapa Muaz ceria.

"Ya, hai juga Muaz."

"Akak Bella sihat?"

"Sihat alhamdulillah, Muaz?"

"Alhamdulillah sihat. Jom lah makan sekali dengan mama. Meh Muaz letakkan beg Kak Fa dengan Akak Bella dalam bilik." pelawa Muaz.

"Nanti Muaz letak tepi meja dalam bilik tu je tau." arah Rifa.

Muaz mengukir senyuman. Dia mengangguk.

"Muaz pergi letak dulu ya?" pamit Muaz sebelum meninggalkan mereka berdua.

"Dah jom, kau kata nak makan masakan mak aku kan? Rindu kan?"

"Eh haah! jom, jom."

Terus mereka bergerak menuju ke ruangan dapur. Puan Hasna kelihatan sedang sibuk menyuap makanan ke mulutnya. Tidak dia perasan bahawa anak keduanya ini sudah pulang ke rumah.

"Assalamualaikum puan, saya dari hospital bla bla bla, ingin memberitahu bahawa anak puan bernama Rifa Irdina terlibat dalam satu kemalangan." Beritahu Rifa secara tiba-tiba setibanya di belakang Puan Hasna.

Puan Hasna mendongak ke atas terpinga-pinga. Setelah dia sedar wajah Rifa, terus dia berasa lega.

Rasa panik yang seketika memerangkap dirinya terus hilang. Puan Hasna menghela nafas lega.

"Efa ni kan, biasa eh? suka kenakan mama macam ni. Nak balik sini pun tak ada bagi tau mama."

"Ala, biasa lah. Efa nak buat surprise untuk mama. Ni, Efa bawa Bella sekali. Rindu mama katanya. Tapi lebih kepada masakan lah." beritahu Rifa sambil memandang Bella yang sudah tersengih.

"Laaa, Bella pun ada ke? baguslah. Jom makan sekali, Makcik baru je masak tadi. Masih panas lagi ni." pelawa Puan Hasna.

"Eh ya, ya. Terima kasih Aunty."

"Tetiba sopan pula..." bisik Rifa sambil memukul ringan lengan Bella.

Bella hanya menjeling. Malas pula dia mahu layan perangai Rifa. Dah rasa macam jaga budak-budak tadika.

"Efa lama betul tak balik jumpa mama eh? Ingat kan dah lupa mama." ujar Puan Hasna seraya bangun daripada kerusi untuk  mencuci pinggan.

"Eh mana ada Efa lupa mama. Efa cuma sibuk je. Belajar itu ini, lepastu lecturer pula banyak bagi kerja. Jadi setiap kali cuti Efa buat kerja-kerja tu semua. Tu yang tak sempat nak jenguk mama." terang Rifa sambil menarik kerusi untuk dijadikan tempat dia melabuh punggung.

"Duduk lah Bella, kau tercengang apa? taknak makan? kalau taknak aku habiskan. Sedap ni tomyam versi mama Hasna."

Bella tertawa kecil.

"Ya, nak duduk lah ni. Wah, mama kau pun dah ada nama tomyam eh?"

"Jangan dengarkan sangat Efa tu, dia bab mengusik mama dia memang nombor satu." sampuk Puan Hasna.

"Eh mama ni, seronok apa ada orang mengusik. Tak ada lah mama sunyi aje. Tambah pula, anak mama yang cantik, comel, pandai ni sorang je yang selalu dengan mama."

"Banyak lah Efa. Dah makan dulu, mama nak pergi tengok tv."

"Tengok K-drama ke ma?" usik Rifa lagi.

"Tak ada masa lah! mama mana layan cerita-cerita korea ni. Mama nak pergi tengok drama melayu ni. Dah, makan cepat." Bebel Puan Hasna.

Rifa ketawa terkekeh-kekeh. Bella yang berada disamping nya sudah sibuk makan makanan yang dimasak Puan Hasna.

Rifa menggeleng kepala.

Nasi di dalam bekas itu dikaut lalu diletakkan di atas pinggannya. Kuah tomyam itu dicurah ke atas nasi.

"Hmm... sedapnya bau! tak sabar nak makan."

"Aku dah makan dulu. Memang sedap gila!" puji Bella.

Rifa tertawa kecil. Bibir automatik mengukir senyuman.

Alhamdulillah, dia bersyukur dikurniakan seorang kawan yang sentaisa bersamanya. Mahu banyak mana pun mereka bergaduh, tapi pasti akan berbaik semula. Ya lah, gaduh pun, hanya manja manja sahaja. Tak mungkinlah dia akan mengambil serius tentang pergaduhan.

Makanan itu dinikmati bersama dengan rasa penuh bersyukur. Allah telah memberikan mereka rezeki yang tak semua orang boleh dapat. Bayangkan sahaja, orang-orang susah diluar sana, pasti jarang, atau sangat susah untuk mendapatkan rezeki sebegini nikmat.

Jadinya, nikmatilah, dan hargailah segala rezeki daripada Allah. Meski banyak ataupun sedikit.










Dah boleh nampak clue ke tidak tuu

Seguir leyendo

TambiΓ©n te gustarΓ‘n

3.4M 218K 93
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
7.1K 557 21
[The Zandero's Family] [Stand Alone Series] Lima tahun lalu, lima tahun yang cukup sukar baginya. Dalam tempoh lima tahun itu, dia menempuh pelbagai...
93K 4.2K 162
THE WORK IS NOT MINE, FOR OFFLINE PURPOSES ONLY Title: ε’¬δΊ†ε₯³δΈ»δΈ€ε£οΌŒζΆζ―’ε₯³ι…ε˜AδΊ†[η©ΏδΉ¦] [Atypical abo, female a without organs] Jiang Xuenian wore a book, and dres...
73.9K 3.6K 44
In editing progres!!!! "Kau. Aku nak kau" -π‰πžπ›πšπ­ π‰πšπ―π’πžπ§ "Maaf Encik, saya jual brownies bukan jual diri" -𝐌𝐚𝐰𝐚r π„π¬π‘πšπšπ₯ "I miss...