ZAR

tihatti

261K 17.1K 2.3K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... Еще

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41

BAB 32

5.1K 419 58
tihatti

Itu.... Ahh Aku ingat lagi kejadian itu, dimana Aku jatuh tersungkur ke dalam bendang siap pakej lumpur dan selut, tidak ubah seperti nangka busuk dan semuanya gara-gara Zar Uzair. Lama mata Aku terpanah pada arah itu sebelum bahu Aku ditepuk perlahan dari arah belakang.

“ Termenung apa?” Soal Zar curiga, kepala pula dia jengah kan sedikit ke arah hadapan untuk melihat apa yang ada di hadapan mata Aku. Aku ketawa kecil.

“ Takde apa” Balasku senada. Beg galas yang terletak elok di seat belakang Aku keluarkan, betul-betul definisi seperti orang yang lari daripada rumah. Tidak banyak yang Aku bawa, hanya beberapa helai baju, keperluan diri dan Aku bawa juga perasaan duka yang berbakul-bakul daripada rumah.

“ Hang tipu, duk tengok bendang lagutu mesti ada benda, habaq la kat Aku, hang pikiaq apa?” Dia masih lagi tidak berputus asa.

“ Saya tengah teringat ada ni haa, mamat biul sewel pernah sergah saya dekat situ sampai saya terjelopok jatuh, bukan nya dia nak mintak maaf. Punya la kurang ajar mamat tu, dia siap baling high heel saya masuk reban ayam, kurang asam betul!”. Aku balas pertayaan dirinya dengan nada mengusik.

“ Cehh” Dia mencebik perlahan, tahu sangat bahawa apa yang Aku katakan itu ditujukan kepada dirinya.

“ Jahat-jahat Aku pun, Aku kutip balik high heel cabuk dia tu, siap Aku basuh elok lagi” Bebelnya perlahan, bibir pula sudah memuncung seperti mulut anak itik.

“ Ya Allah, lama opah tak tengok hang, mai sini opah nak peluk”

Aku dan Zar pusingkan badan ke arah belakang, dari tangga rumah kampung itu dengan jelas Aku mampu lihat Nek Khadijah tergopoh-gopoh menuruni anak tangga, dan sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Aku, tubuh Aku didakap erat. Tangan tua itu mengelus rambut Aku dengan penuh kasih.

Allah...ingin sahaja air mata jatuh ketika ini. Kebaikan apa yang Aku lakukan hingga didampingi orang yang baik seperti keluarga Zar?

“ Opah dah tau. Zar dah cerita semua dekat opah, Adwa mai duduk dengan opah yaa, selama mana yang Adwa nak”

Pelukan dilepaskan, dan tangan tua itu turun lalu menyentuh kesan-kesan lebam dek dipukul oleh suami jahanam, lembut elusan nya dan mampu Aku lihat sepasang mata itu merenung sayu ke arah Aku. Simpati mungkin?

“ Terima ...kasih opah, sebab bagi Adwa stay sini untuk dua tiga hari, Adwa janji tak akan susahkan Opah...Adwa” Kata- kataku laju dipintas Nek Khadijah, kepala pula dia gelengkan perlahan.

“ Aippp apa kata lagutu, Adwa ni dah serupa cucu opah, mai sini bila-bila pun opah tak kisah, Adwa bukanya orang luaq, dah mai masuk opah dah masak semua dah, beg apa semua tinggai tauk lagutu, satgi Zar angkut naik”

Ditarik tangan Aku untuk mengikuti langkah nya, Aku palingkan seketika wajahku ke arah belakang dan Zar...sedang tersenyum lembut memandang ke arah kami berdua.
Senyuman yang cukup lembut.

Terima kasih Zar...kerana selamatkan Aku daripada terus patah dan mati.

Aku intai kepalaku ke arah dalam bilik, baru sahaja Aku selesai menolong Nek Khadijah hidangkan makan malam, dia menyuruh Aku untuk memanggil Zar, entah apa yang dia lakukan sekarang ini. Di balik muka pintu ini, Aku lihat dia sedang mengemas barang milik Aku, dipasang cadar, disusun baju milik Aku dan...kipas angin juga dipasang lebih daripada satu.

“ Zar”

Dia pandang ke arahku, tangan miliknya mengesat peluh di dahi dan dia bertanya mengapa.

“ Awat, pasaipa hang nak apa?”

“ Nek Khadijah panggil makan”

“ Haa sat sat sikit ja lagi ni, satgi Aku turun” Dan tangan itu kembali lincah mengemas. Aku gelengkan kepala, kenapa dia perlu susahkan diri semata-mata demi orang lain?

Sungguh Aku tidak memahami Zar Uzair.

“ Takpe barang saya tu, nanti saya kemaskan awak tak payah susah-susah laa”

“ Takpa, hang duduk jaa, Aku tolong hang”

“ Zar saya cakap tak payah lah, tu barang saya, saya boleh kemaskan sendiri, jangan risau lah” Masih Aku cuba untuk memberontak, cuba untuk hentikan perbuatan diri dia dan akhirnya dia berhenti. Zar berdiri tegak di hadapan Aku dan sekali lagi, pandangan yang lunak itu dia lontarkan  padaku.

“ Tu, dekat pipi, dekat lengan dengan bibir hang, lebam sana sini, luka koyak sana sini hang ingat Aku biul? Hang ingat luka lagutu tak sakit? Doktor sendiri cakap yang hang kena rehat, tak boleh buat kerja hat berat-berat kalau dak sampai bila luka tu nak baik? Aku takmau hang sakit lagi. Setakat susun barang, alih sana sikit bukanya hal besaq pun, Aku boleh buat untuk hang jadi tolonglah Adwa sayang jangan laa ketegaq lagi, duduk dekat situ tunggu Aku”

Panjang lebar dia membebel sampaikan lidah Aku terkelu. Melihat wajahnya yang tiada erti main-main Aku iyakan saja, Aku labuhkan punggung di birai katil sambil menanti dia selesaikan kerjanya. Ralit Aku memerhati wajah itu hingga dia berkata,

“Nanti kalau kita dah kahwin, hang nak tenung muka Aku sampai siang ke malam, malam ke siang pun takpa Adwa” Spontan dia berkata seperti itu dan membuatkan wajah Aku berona merah. Siapa yang nak berkahwin dengan dia?

“ Eleh perasan, mana ada saya tenung muka awak” Dia ketawa mengekek, dikerling Aku sekilas. Tangan Aku pula mula mengipas wajah yang terasa panas membahang.

“ Hang ingat Aku ni buta ka? Mengaku ja la hat Aku ni handsome, seratus juta kali elok dari laki lain” Terselit nada angkuh di ayatnya.

“ Dah laa, Saya turun dulu, melayan awak ni, sampai kesudah tak habis” Aku mula bangun dari duduk ku, melangkah menuju ke ruang dapur dan telinga masih menangkap sisa ketawa nya.

Aku ini masih isteri orang. Isteri Zafran walaupun hanya pada nista yang menutupi hal sebenar. Agaknya sekarang ini Zafran sedang lakukan apa? Adakah dia mula bertingkah gila? Kerana semenjak semalam nombor telefon miliknya Aku block. Pesanan mesej daripada mama dan papa juga Aku abaikan. Along Amsyar juga tidak henti-henti menelefon Aku bertanya mengapa dan mengapa.

Dan jawapan Aku ringkas, Aku ingin lari buat seketika. Perihal Aku dipukul oleh Zafran juga masih tidak Aku khabarkan kepada mereka, biar Aku simpan buat dua tiga hari ini.

Sesungguhnya Zafran Anaqi harus menerima hukuman yang setimpal atas perbuatan yang dia lakukan terhadap Aku!

“ Haa Adwa, mana Zar, dia buat apa lagi tu?” Soalan daripada Nek Khadijah menyetakkan Aku daripada lamunan yang seketika, Aku tersenyum tipis,

“ Dia cakap yang dia ada kerja sikit opah, nanti dia turun” Balasku pendek.

“ Biaq pi kat dia, ni haa Adwa takpa ka kalau opah tanya sikit ni”

“ Tanya lah Opah” Aku tarik bangku lalu Aku duduk di sebelah Nek Khadijah. Menanti soalan daripadanya.

Lama Nek Khadijah berdiam diri, terselit riak bersalah di wajahnya. Terlihat dia kelihatan bersalah ingin ajukan soalan kepada Aku, tidak terkeluar ayat di lidah wanita tua ini. Dan Aku dapat menangkap inti pati soalan itu.

“ Opah nak tanya...kenapa suami Adwa buat macam ni ke?” Lambat-lambat Nek Khadijah mengangguk, Aku pamerkan senyuman, senyuman yang langsung tidak ikhlas.

“ Sebab suami Adwa...bukan macam suami orang lain, dia bukan lelaki yang seperti lelaki lain opah, sebab tu dia tumbuk Adwa, pergunakan Adwa dan layan Adwa tak ubah seperti kain buruk” Jelas ku ringkas, laju sahaja Nek Khadijah menangkap maksud Aku.

“ Astaghfirullah” Istighfar Nek Khadijah, dada diurut perlahan, sepi mula menguasai kami sebelum bunyi tangga kayu dipijak kedengaran. Aku toleh ke arah tangga kayu itu dan terlihat Zar sedang melangkah menuju ke arah kami.

“ Laa pasaipa tak makan lagi?”

“ Tunggu hang la Zar oii, lambat sangat. Buat apa laa kat ataih tu?”

“ Takdak apa aihh opah, ni ha tadi ada lipas terbang jadinya Zar kena silat sikit atas tuu, dah dah jom makan” Selamba sahaja dia menipu Nek Khadijah, dan mata itu sempat dia kenyitkan sebelah kepada Aku.

Hari ini Nek Khadijah sediakan lauk- pauk kampung semuanya. Aku ingat lagi, mula-mula Aku datang ke sini bersama Dahlia, bukan main pilih kasih lagi tekak Aku ini terhadap makanan seperti ini, namun sekarang semuanya membuatkan Aku kecur air liur.

“ Takpa Aku suap hang”

Terhenti perbuatan Aku, kening Aku kerutkan, Nek Khadijah juga sama. Sudah kenapa Zar Uzair ini ingin menyuap Aku makan? Walhal tangan Aku masih lagi ada dan sihat walafiat.

“ Hang ini buang tabiat ka lagumana?” Soal Nek Khadijah dan Zar tayang riak wajah polos.

“ Dak la Opah, opah cuba tengok dia ni, dah serupa mayat hidup, lagipun haritu doktor pesan kat Zar yang dia ni kena rehat elok-elok, baru laa luka dia sembuh baik, bukanya Zar nak suap guna tangan. ni camca kan ada”

Terlongo Aku dibuatnya, lebam akibat dipukul itu di wajah, memang la di tangan juga ada namun Aku bukanya patah tulang, yang dia ini melebih-lebih sudah kenapa?

“ Haipp, hang ngan dia bukanya halal, takpa kalau doktor kata lagutu mai opah ja yang suap dia”

“ Kalau lagutu opah, kita halalkan ja laa, Zar dah ready nak jadi suami dia”

“ Zar Uzair, Adwa ni bini orang!” Terus tangan Nek Khadijah kuat meluku kepala Zar,  mengaduh kesakitan si dia. Tangan mengusap-usap kepala yang mungkin akan benjol. Aku ketawa mengekek, padan muka! Gatal sangat.

“ Boleh opah suapkan Adwa?”

“ Haa boleh-boleh, Adwa nak lauk apa?”
Aku jeling ke arah Zar, senyuman mengejek Aku hadiakan kepadanya. Nampak sangat dia tidak berpuas hati dan riak wajah milik Zar Uzair mencuit hati milik Aku.

Untuk ke seratus kalinya, Aku hembuskan nafas kasar, pesanan mesej daripada Along membuatkan Aku merasa bebal. Tidak henti- henti dia menghantar pesanan yang mengatakan bahawa Zafran sedang mencari Aku seperti orang gila.

Kalau sudah seperti orang gila, Aku doakan dia betul-betul menjadi tidak siuman.

Tingkap yang ada di dalam bilik ini sengaja Aku buka, jam di dinding kayu Aku kerling sekilas, baru pukul sepuluh malam dan rumah Nek Khadijah sudah terasa sunyi. Mungkin disebabkan hanya ada kami bertiga. Nek Khadijah sedang menonton televisyen di ruang tamu sambil mengait alas meja, dan Zar? Dia cakap dia hendak membeli sesuatu di kedai runcit sana.

Suasana malam yang cukup dingin namun mendamaikan hati yang gundah gulama, lama Aku memandang langit malam sebelum Aku disapa Zar.

“ Adwa” Panggil nya lembut, Aku toleh ke arahnya dan di tangan dia adanya kotak first aid.

“ Jom turun kat pangkin bawah tu”

Tanpa banyak songeh Aku ikuti langkah dia, pintu rumah dibuka luas-luas dan lampu luar juga dibuka, terang benderang kawasan rumah Nek Khadijah, Aku labuhkan punggung di sebelah dirinya.

“ Mai sini tangan hang tu”

“ Buat apa?”

“ Nak tukaq hang punya kain luka tu laa, satgi kalau tak bukak ada jangkitan pulak,”

Aku mengangguk mengiyakan diri dia, luka di lengan Aku perhatikan sesaat, kesan luka akibat tusukan kaca yang pecah berderai hari itu, tidak terlalu dalam namun cukup untuk mengakibatkan jangkitan kuman.

Bebola mata Aku melihat dia mula memakai sarung tangan. Seolah-olah tahu apa yang Aku fikirkan dia berkata...

“ Sebab Aku tak halal lagi untuk hang, satgi batai ayaq sembahyang Aku”

Dengan penuh lembut dia buka kain kasa itu, berhati-hati dia letakkan ke tepi dan dengan jelas Aku mampu melihat luka itu. Kening bertaut kembali, kalau hanya luka kecil akibat tusukan kaca, kenapa harus teruk seperti ini? Bau hanyir nanah mula menusuk ke dalam hidung hingga meloyakan anak tekak Aku, ingin Aku tarik kembali tangan milik Aku, risau kalau Zar tidak selesa namun tangan itu dia gengam erat.

Dia...langsung tidak merasa jijik.

“ Esok Aku bawak hang pi klinik desa, nampak teruk ni”

Dia cuci kesan luka itu, disapu antiseptik dan ubat-ubatan yang seharusnya, dan akhir sekali dia balut luka itu kembali. Dan apa yang membuatkan Aku terkesima, luka di lengan itu dia hembus perlahan,

“Shuhhh segala luka-luka sila pi main jejauh, jangan hinggap kat Cik Adwa Aku” Katanya dan sepasang mata itu dia tetap menatap Aku. Pantas Aku menoleh ke arah lain, Gila!

“ Malu laa tu, Aku ingat hang ni serupa aci bimbo makeup sepuluh inci, taktau malu rupanya ada jugak nohh”

“ Awak cakap dengan cermin ke Zar?”
Dia ketawa kuat, kepala menggeleng-geleng, diletak kotak first aid ke tepi dan dia dekatkan sedikit jarak duduk antara kami berdua.

“ Hang ingat dak dulu hang pernah rawat luka Aku kat sini?”

Otak mula memproses kata-katanya, cuba dikorek memori yang dia katakan namun hampa, Aku tidak ingat.

“ Alaa hat Aku jatuh basikal sebab berumba dengan budak kampung, ingat dak?” Aku pandang wajahnya, lama sebelum Aku mengangguk.

“Yaa yaa saya ingat, yang awak balik dengan basikal tua yang entah serupa besi buruk tu ke? And Dahlia nonstop membebel dekat awak tu kan? Alright alright saya ingat”

“ Haa hat tuu, macam mana kalau Aku kata yang Aku sengaja buat lagutu”
Entah ke sejuta kali buat hari ini Aku kerutkan dahi dan kening, tidak mampu menangkap maksud yang dia ingin lontarkan.

“ Maksud awak?” Lama dia diam sebelum dia bertindak jujur terhadap Aku.

“ Aku saja buat lagutu, saja berumba dengan budak-budak tu padahal Aku tau basikal tu tinggal hari nak mampus, saja nak dapat attention hang. Maklumlah Aku ni jenis kurang dapat perhatian, last-last dekat sini, pangkin ni hang ubat luka Aku, jadinya Aku tak kisah kalau Aku jatuh banyak kali pun asalkan hang rawat Aku”.

Tidak tahu ingin tergelak ataupun ingin menampar dirinya sekarang ini, jadinya hari itu dia sengaja jatuhkan diri semata-mata demi Aku? Ya Allah, lelaki jenis apa dia ini?

“Gila lah awak ni Zar”

“ Haa, Aku gila bayang sebab hang”
Sama-sama merenung langit malam, angin bayu lembut menampar wajah kami berdua,

“ Saya ni isteri orang tau Zar”

“ Bakal janda, jadinya Aku boleh la selit masuk highway kan?” Hampir tersedak Aku dibuatnya, dia ini terlalu jujur! Aku cubit lengan nya kuat hingga dia mengaduh kesakitan. Haaa geram Aku dengan dia ini.

“ Aduhh sakit la Adwa!”

“ Lain kali merepek lagi! Kalau laaa lidah awak tu saya boleh cubit, dah lama saya cubit, potong bagi ayam dalam reban belakang ni makan tahu tak!”

Tapi akhirnya Aku tergelak jua, ada benarnya kata si dia. Diimbas kembali apa yang telah dilakukan Zafran kepadaku, dan ianya sudah cukup memberikan asbab untuk Aku tidak ingin bersama dengan dia lagi. Wanita itu bukanya tempat untuk lempiaskan rasa marah.

“Nanti awak cakap thanks dekat Danisya tau”

“ Pasaipa pulak?”

“ Sebab drawing yang dia lukis haritu, cantik” Balasku jujur.

“ Kalau kat Aku pulak hang nak cakap apa?”

Aku jongketkan bahu, tangan mengutip batu kerikil di atas tanah lalu dibaling ke dalam sawah padi yang ada di hadapan pangkin ini, percikan air terhasil dan Aku tersenyum kecil. Perkara yang remeh- temeh seperti ini adakalanya secara tidak kita sedari mampu buatkan kita ukirkan senyuman.

“ Adwa pandang Aku”

Lambat-lambat Aku toleh ke arahnya. Dia pegang erat hujung bajuku. Ditarik nafas dalam-dalam dan adanya riak gementar terselit di bening mata si dia.

“ Kahwin dengan Aku, after hang dengan dia dah selesai semua hal, Aku boleh tunggu seberapa lama yang hang nak”

Aku terkejut, terkedu, terkesima dan terasa degupan jantung juga berhenti berdegup. Masa seakan terhenti apabila mata si dia menikam dalam ke anak mata milikku lalu tembus ke hati.

Zar Uzair...adakah dia baru sahaja melamar Aku menjadi isteri dia?

Продолжить чтение

Вам также понравится

TUANKU DAEEN MATEEN (ON GOING) P

Любовные романы

496K 24.1K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
DETIK BAHAGIA KITA 🦋

Любовные романы

83.8K 8.2K 44
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
199K 13.5K 73
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
273K 10.5K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...