Darla Hans

By niksaera

1.4K 173 8

𝐇𝐀𝐍𝐒 𝐅𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒𝐘𝐈 | 𝐊𝐔 𝐇𝐈𝐋𝐘𝐀𝐀 𝐀𝐃𝐋𝐘𝐍𝐄 Siapa sangka disebalik wajah yang tenang... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17

BAB 11

53 7 0
By niksaera

          BADAN direbahkan ke atas tilam. Siling bilik di tatap kejap sebelum Hans memejamkan matanya. Jemari kanannya di bawa ke dahi lalu dia ketuk perlahan.

Sejak dari semalam, kata-kata Lais tidak putus bermain dalam fikirannya sehingga ke hari ini. Dari situ, dia dapat melihat betapa Lais berharap sangat kepadanya.

"Saya akan bertanggungjawab atas apa yang saya buat pada kakak awak," kata Hans terus berterus terang ke tujuan asalnya.

Riak wajah Lais berubah. Matanya terkedip tidak percaya apa yang baru dia dengari.

"Saya nak kahwin dengan Hilyaa. Saya dah ambil risiko ni jadi saya akan bertanggungjawab." Suara Hans lagi. Lebih yakin.

"Hanya disebabkan awak sentuh kakak untuk selamatkan dia, awak nak ambil keputusan untuk kahwin dengan kakak?" soal Lais tidak percaya.

Melihat kebisuan Hans membuatkan Lais tarik nafas dalam. Bukan dia tidak setuju tetapi...

Kenapa dia rasa perkara ini tiba-tiba?

"Kalau awak nak kahwin dengan kakak hanya disebabkan itu, maaf... saya tak rasa awak perlu korbankan apa-apa. Perkahwinan bukan boleh dibuat main. Kalau awak tak cintakan kakak saya, forget it. Saya tak sanggup tengok kakak saya derita lagi," ujar Lais panjang lebar. Dia betul-betul serius dalam katanya.

Lagipun, dia sudah ketahui pasal ini sejak Eijaz menceritakan kepadanya, tetapi dia tak sangka lelaki ini akan ambil keputusan untuk mengahwini Hilyaa.

Betul-betul fikiran di luar kotak.

"Siapa kata saya ambil keputusan ni hanya disebabkan itu?"

Lais angkat wajah. Mata mereka saling berlaga. Bagaikan berkata dalam bahasa mata yang hanya mereka berdua fahami.

"Saya dah lama fikirkan. Ya, mungkin itu salah satunya sebab kenapa saya ambil tindakan ini tapi saya bukan sekadar bertanggungjawab tapi ini juga keputusan dari segala doa saya." Hans tarik senyum tipis. Lais yang dengarkan itu mula tertarik dengan satu ayat dihujung itu.

"Doa?"

"Kalau saya kata sebelum saya buat keputusan ni saya minta petunjuk olehNYA, awak percaya tak?"

Lais kelu. Setiap patah kata yang Hans keluarkan mampu membuatkan dia terkelu seribu bahasa. Anak mata Hans di tatap dalam, mencari segala kata-kata itu disebalik anak mata itu tapi apa yang dia nampak adalah keikhlasan.

Ya, dia nampak anak mata itu.

"Kalau saya minta awak satu benda ni,  boleh?" Suara Lais tiba-tiba. Hatinya kuat meminta dia untuk menyampaikan ini.

Hans kembali duduk tegak usai menyedut minumannya. Wajah Lais jelas kelihatan teragak-agak ingin menyambung bicaranya.

Hans masih sabar menanti sambungan bicara itu.

"Hilyaa satu-satunya adik beradik kandung saya dan dia satu-satunya kembar saya. Saya tak nak kakak saya sakit lagi. Cukup lah dengan apa yang dia alami selama ni." Sedikit demi sedikit cerita pasal Hilyaa di buka. Dia tidak tahu kenapa hatinya menyuruh dia mempercayai Hans sedangkan dia bukanlah seorang yang mudah mempercayai orang lain, lagi-lagi yang baru sahaja berkenalan.

Tetapi dengan Hans ini, dia tidak tahu kenapa dia mudah percaya dan... Dia yakin.

Hans mampu buat segala lebih dari yang dia minta.

"Saya tak minta banyak cuma tolong jagakan kakak seperti mana awak jaga nyawa awak. Pasal papa, nanti saya akan bagitahu dia."

"Tak perlu, saya akan jumpa sendiri dengan Dato." Hans laju menyelit. Lagipun lebih baik dia menghadap dan berbincang dengan Dato Ku Jazman sendiri.

Lais angguk, akur dengan permintaan tersebut walaupun terasa sukar.

Suasana kembali bertukar sepi. Agak lama sehingga Lais kembali bersuara.

"Hans... Mungkin permintaan saya ni agak melampau tapi tolong sayangi kakak saya. Jangan pernah sekali pun lukakan dia sebab dia dah banyak terluka selama ni."

Hans bangunkan tubuhnya. Wajah yang terasa lesu dia usap sebelum dia jatuhkan kaki ke lantai marmar. Menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.

°°°

          "LAIS ke tu?"

Senyuman di tarik ke bibir. Tidak lepas mata Makcik Yuni memandangnya dari atas hingga ke bawah. Wajahnya juga turut terlakar riak tidak percaya.

"Ini Lais lah ni Cik Yuni."

Makcik Yuni menutup mulutnya. Tidak semena-mena tubir matanya terasa panas.

Tak sangka, Lais kini sudah besar panjang. Dari kecil dia menjaga Lais seakan anaknya sendiri kini Lais sudah membesar dengan jayanya. Malah, lelaki itu kelihatan lebih matang dan bekerjaya.

Melihat Makcik Yuni menangis sebegitu, perlahan dia aturkan langkah mendekatinya. Sengaja tangan mendepa ke arah Makcik Yuni.

"Cik Yuni tak nak peluk Lais ke?" usik Lais sengaja bernada manja.

"Tak payah mengada. Dah tua bangka pun manja nak dipeluk," ujar Makcik Yuni sambil mengesat tubir matanya perlahan.

Lais yang dengarkan itu hanya tawa halus. Sengaja dia buat begitu untuk hilangkan kesedihan wanita itu. Makcik Yuni juga turut tertawa.

Syukur, Makcik Yuni sudah mula tersenyum.

"Dah lama Lais tak balik sini. Kenapa balik mengejut macam ni? Papa tahu tak?" soal Makcik Yuni sambil menutup pintu rumah setelah Lais masuk sepenuhnya ke dalam rumah.

Lais geleng perlahan. Anak mata tidak sengaja menatap ruang di dalam rumah ini.

Masih sama, tiada apa yang beza cuma susunan atur barang sahaja kelihatan sedikit berubah.

"Sebenarnya Lais datang sini nak jumpa dengan papa. Ouh ya Cik Yuni, kakak masuk hospital. Cik Yuni tahu tak?" Dihujung ayat itu dia terus bertanya. Namun, dari riak wajah yang terpamer itu membuatkan Lais langsung tidak terkejut.

Dia sudah agak riak ini yang terpancar.

"Hilyaa masuk hospital? Kenapa?!" Suaranya kedengaran cemas.

Hatinya tersentak hebat mendengarkan khabar itu. Lais angguk jujur. Tiada apa yang perlu dia sembunyikan lagi kerana Makcik Yuni juga berhak tahu keadaan sebenar Hilyaa.

"Makcik Yuni tak tahu? Papa tak ada bagitahu?" soal Lais tenang. Makcik Yuni hanya menggeleng kepala.

"Tak ada, keadaan kakak macam mana? Teruk?" Hatinya diterpa kegelisahan. Kalau boleh sekarang ni juga dia mahu melihat keadaan Hilyaa.

"Kakak masih tak sedarkan diri tapi keadaan kakak dah mula stabil. Esok Lais bawa Cik Yuni tengok kakak, ya?" Pujuk Lais dengan nada sederhana.

"Papa ada kat atas?"

Makcik Yuni mati akal. Bibirnya terketar-ketar ingin menutur.

"Ergh... D...dato..." Otaknya dipaksa dikerah. Cuba mencari alasan yang lebih kukuh untuk diberikan kepada Lais.

"Cik Yuni tak perlu berahsia dengan saya. Saya dah tahu semuanya." Lais senyum tawar. Dia dah penat berpura-pura selama ni.

Makcik Yuni pandang Lais dengan muka kaget. Tenang wajah Lais seakan sudah menduga riak ini yang akan dia tunjukkan.

"L...Lais tahu?" Air liur diteguk kesat.

Lais jatuhkan kepalanya perlahan.

"Jangan bagitahu papa yang Lais dah balik sini. Biar Lais  duduk sini sampai papa sendiri muncul. Lais yang akan tunggu papa kat sini," ujar Lais lagi.

Makcik Yuni tunduk sedikit. Dari riak wajah Lais itu pun dia sudah tahu, ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan serius.

Tidak berani menolak, Makcik Yuni hanya terima permintaan itu. Lagipun ini hal dua beranak itu jadi dia tak rasa yang dia patut masuk campur dalam urusan keluarga ini.

"Makcik Yuni masak apa hari ni? Lais rasa lapar lah pula." Topik tadi terus Lais lupakan buat seketika. Kini mood manjanya mula menjelma.

Alah, sudah lama dia tak bermanja dengan Makcik Yuni. Lagipun selepas arwah mamanya pergi, Makcik Yuni yang banyak uruskan dan jaga pakai minumnya bersama Hilyaa.

Lais usap perutnya perlahan. Konon menunjuk perutnya yang sedang melakukan mogak.

Makcik Yuni menjelingnya tajam. "Hari ni Cik Yuni tak masak sedap-sedap. Itu lah, kenapa tak cakap awal-awal nak balik? Kalau tak, boleh Cik Yuni masak sambal terung."

"Sambal terung? Sedapnya! Tak boleh ke masak sekarang untuk Lais?" Suaranya dengan nada sengaja di sedih kan.

Makcik Yuni geleng perlahan. Langkah mula diaturkan ke arah dapur. Lais yang melihatkan itu mula tersengih lebar.

"Ya, Cik Yuni masak demi perut mengada tu. Sekarang ni pergi lah naik atas. Bersihkan badan lepastu turun nanti, kita makan sama-sama dengan Pak Wan," arah Makcik Yuni dengan suara yang semakin menjauh.

Pak Wan ialah pemandu peribadi papanya dan dia juga merupakan suami kepada Makcik Yuni sebab itu Makcik Yuni dan Pak Wan diberikan keizinan untuk menetap di sini. Sejak arwah mamanya berkahwin dengan papanya lagi.

Lais mula atur langkah naik ke atas. Walaupun samar-samar kelihatan biliknya tetapi ingatannya masih kuat.

Lais ingin masuk ke biliknya tetapi tiba-tiba tangannya terhenti. Pintu yang berukiran kayu di sebelah biliknya itu direnung buat seketika sebelum hatinya meronta-ronta seakan menyuruhnya untuk masuk ke bilik itu.

Kaki Lais mula bertukar arah.

Pemegang pintu itu ditolak ke bawah lalu tangan kirinya menolak agar pintu itu terbuka luar. Suiz lampu dicari.

Menyala sahaja lampu di kediaman bilik ini, Lais meliar kan anak matanya. Susunan atur perabot bilik ini tidak pernah berubah membuatkan bibir Lais melakar senyuman tawar. Perlahan dia berjalan ke arah hujung katil lalu dia labuhkan duduk di situ.

Ingatannya kembali berputar pada zaman kecilnya.

"Mama... malam ni Lais dan kakak nak tidur dengan mama boleh?"  Tanya Lais dengan riak polos. Hilyaa yang duduk di sebelah Lais itu turut pandang mamanya.

Puan Adelia senyum tipis. Perlahan kepala dijatuhkan.

"Boleh sayang, siapa kata hero dan puteri mama ni tak boleh tidur dengan mama? Hari ni mama teman Lais dan kakak ya?" Kedua-dua tubuh anaknya dipeluk erat memandangkan dia duduk tengah diantara  anak-anaknya. Terdengar sorakan kecil Hilyaa dan Lais menandakan mereka sangat gembira.

"Sekarang ni kita kena tidur, esok nak sekolah jadi kena cukup...?" Puan Adelia sengaja menggantungkan ayat. Hilyaa dan Lais di pandang silih berganti dengan riak wajah inginkan jawapan.

Hilyaa dan Lais tersengih. "Rehat!"

Puan Adelia tertawa kecil. Jemarinya mula menarik duvet menyelimuti anak-anak kecilnya.

"Dah, sebelum tidur kita kena baca doa tidur. Ikut mama, ya?"

"Okey mama!" jawab mereka berdua serentak.

Tersenyum hiba Lais mengingatkan detik-detik itu. Lais mengusap perlahan permukaan duvet. Duvet yang sama menjadi saksi mereka bertiga bahagia dengan kasih sayang arwah Puan Adelia.

Sejujurnya, dia sangat bahagia. Sangat...

Mama tak pernah gagal menjadi seorang ibu untuk mereka berdua.

Tak pernah...

°°°

         TAJAM mata Lais melihat Dato Ku Jazman dari bawah. Lagi menyakitkan hati  saat matanya tidak semena-mena jatuh kepada kedua-dua tangan yang saling bertaut itu.

Hatinya terasa sebal, namun ditahan.

"L...Lais? Bila balik ke sini?" soal Dato Ku Jazman masih tidak hilang rasa terkejutnya. Air liur diteguk perit.

Wajah dingin Lais itu sedikit sebanyak membuatkan hati tuanya terasa tidak senang. Malah, apa yang dia rahsiakan selama ini terbongkar sebegitu sahaja.

Lais angkat sebelah kening. Saat ini bibirnya cuba ditahan dari melepaskan tawa. Terasa kelakar melihat kedua-dua nya itu kelihatan cuak.

Tertangkap ke tu?

"Ouh, ni bukan kali pertama ya papa bawa balik perempuan ni ke sini?" Suaranya kedengaran sungguh sinis.

Lais membawa tangannya ke tubuh. Dia memeluk tubuhnya sambil menatap  wanita di sebelah Dato Ku Jazman dengan pandangan penuh mengejek.

Air muka Dato Ku Jazman berubah merah. Terpalit riak tegang di wajahnya apabila Lais dengan berani bertutur kata begitu.

Kedengaran biadap sekali.

"Dia ada nama, Nayla dan dia--"

"Papa tak perlu cakap, Lais dah lama tahu." Cantas Lais tanpa membenarkan papanya menyambung bicaranya.

Kerana dia tahu apa yang bakal keluar dari mulut papanya itu akan menyakitkan hatinya kelak.

Dato Ku Jazman terpaku. Melihat riak tenang itu membuatkan dia terbungkam tanpa kata.

"Tapi itu bukan tiket percuma untuk Lais terima perempuan ni sebagai ibu Lais or what can I says... she's  just a parasite who will never be my mother." Sambung Lais tenang. Tiada gentar langsung melihat riak berang milik papanya.

Terasa? Pergi mati dengan semua itu.

Malah, dia terasa puas kerana dapat melepaskan semua ini tanpa perlu menjaga hati sesiapa lagi.

"Ku Lais Adneen!" Jerit Dato Ku Jazman dengan nada seoktaf. Wanita yang bernama Nayla itu mula mengusap perlahan lengan Dato Ku Jazman agar dapat menyurutkan kemarahan lelaki itu.

"Sayang... jangan lah marah-marah macam ni," pujuk Nayla kemain lembut.

Lais gelak sinis. Geli telinganya mendengar nama panggilan dari mulut wanita itu. Terasa mahu sahaja dia menggosok-gosok telinganya kasar.

Tidak lama kemudian senyuman di bibirnya mati.

Tak kuasa dia nak mendengar!

"Papa nak marah? Silakan. Lais dah lama bersabar dengan papa," jawab Lais berani.  Saat ini Lais dapat rasakan apa yang Hilyaa rasakan.

Mungkin begini kakaknya dilayan oleh papanya. Entah-entah lagi teruk dari ini.

"Lais nak tekankan pada papa. Hanya mama dan selama-lamanya mama akan jadi mama Lais. Tiada siapa boleh ganti mama dan untuk itu, papa matikan lah niat tu untuk Lais terima perempuan ni  dalam keluarga kita." Tekan Lais sambil pandangan tajamnya di halakan kepada Nayla yang berdiri tegak di sebelah Dato Ku Jazman.

Nayla meneguk air liurnya kesat. Terketar lututnya melihat pandangan membunuh dari Lais itu. Dia sedikit tunduk agar tidak bertembung mata dingin itu.

Bagaikan bila-bila masa sahaja Lais akan menyerangnya.

"Right now she's my wife... Lais suka atau tidak, papa tak peduli. Please respect her as you respect me." Tekan Dato Ku Jazman. Keras.

"Wife? Papa sedar tak atau papa buat-buat tak tahu?" soal Lais dengan nada sedikit naik. Nafasnya memburu laju menandakan amarahnya betul-betul mencapai limit.

"Papa sendiri yang uji kesabaran Lais. Lais respect papa selama ni sebab papa adalah  papa kandung Lais but sorry papa... only you know who caused me to be like this all this time."

"I never meant to be like this, but you forced me to do things that i didn't want to do."

Lais pejamkan matanya rapat buat seketika sebelum pandangannya kembali dihalakan kepada dua insan di bawah. Hangat di dadanya hanya dia sahaja terasa.

Ini baru dirinya sahaja, kalau Hilyaa?

Dia tak tahu macam mana penerimaan kakaknya nanti andai dia tahu semua ni.

"Papa ingat Lais tak tahu apa yang papa buat kat belakang mama masa mama sakit?" Masa lalu kembali diungkit tetapi nadanya lebih bertukar kepada lirih.

Kecewa.

Dato Ku Jazman terdiam. Jantungnya mengepam laju seakan tahu apa yang Lais akan katakan sebentar nanti.

"Lais dah lama tahu dari dulu lagi. Papa dah lama buat kerja ni kat belakang mama kan?" Lais genggam jemarinya membentuk penumbuk. Hatinya terasa sebal untuk membuka kembali cerita lamanya.

Kerana dia tahu, apabila dia buka sahaja cerita ini. Rasa itu kembali menghentam dia dengan berbagai rasa yang dia tak akan mampu ungkapkan.

Perit.

"Mesti papanya tertanya-tanya macam mana Lais tahu, kan?"

Suasana tiba-tiba terasa sunyi.

Dato Ku Jazman angkat kepala menatap wajah kecewa Lais. Mata Lais merah seakan menahan amarahnya yang bila-bila masa sahaja bakal tercetus.

"Kalau papa nak tahu, dengan mata kepala Lais sendiri, Lais nampak papa curang belakang mama. Lais diamkan semua ni sebab Lais tak nak keruhkan lagi keadaan. Lais tunggu papa berterus terang tetapi end up? Papa buat apa?" Lais tarik nafas dalam.

"Lais tak kisah kalau papa nak kahwin lain lepas mama pergi tapi kenapa perlu waktu mama sakit? Dan... papa salahkan kakak atas punca mama mati? Papa sedar tak tu?"

"Dah memang dia punca! Kamu ingat papa main cakap je ke?!" Tengking Dato Ku Jazman. Marah.

Lais geleng kecewa. Air mukanya tidak dapat dibendung. Terasa hatinya dicarik-carik dengan kata-kata papanya.

"Papa cakap macam kakak tu bukan anak papa tapi hakikatnya kakak tu kembar Lais!"

Lais usap wajahnya kasar. Bibirnya diketap kuat sebelum dia pandang wajah papanya di bawah.

Lama...

"Kenapa papa tak boleh maafkan kakak? Kakak tak minta semua ni jadi, lagipun dia tak sengaja pa..."

Lais turun anak tangga satu persatu. Apabila dia berdiri tegak di hadapan Dato Ku Jazman, pandangan tajam milik papanya dibalas.

"Kalau papa ada rasa tanggungjawab sebagai seorang ayah, papa tengok lah kakak kat hospital. Kakak masih tak sedarkan diri dan Lais nak ingatkan papa..."

Lais jeda seketika. Anak matanya tidak semena-mena bertembung dengan anak mata Makcik Yuni yang sedari tadi memerhatikan tingkah panas dua beranak ini. Air mata Makcik Yuni sudah menitik sambil kepalanya menggeleng-geleng seakan menyuruhnya dia berhenti.

Nafas yang terasa berat dihela lemah.

Dia dah terlalu lelah untuk memujuk hati keras milik papanya.

"Sekuat mana pun benci papa terhadap kakak, kakak tetap anak papa yang hakikatnya papa tak akan boleh ubah. Darah papa tetap mengalir dalam tubuh badan kakak."

Lais kembali berdiri tegak usai berkata. Dengan penuh selamba, dia berjalan melepasi kedua-dua tubuh itu tanpa rasa sekelumit perasaan bersalah pun. Dadanya yang masih terasa panas cuba ditenangkan agar kembali bertenang.

Cukup lah dia terlalu bazirkan masa dan tenaganya di sini selama beberapa jam.

Dia dah cukup penat.

Continue Reading

You'll Also Like

300K 19.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
257K 13.3K 60
[ Karya Pertama ] ♡︎ For her. He signed an agreement promising to be hurts For him. She is attempting to fortify against herself They both fight but...
233K 4.7K 12
[ NEW VERSION || V2 ] ===== Hidupnya yang dipenuhi dengan serba mewah mungkin mengaburi pandangan orang terhadap dirinya. Siapa sangka wanita sepert...
9.3K 627 9
﷽ 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐬𝐚 𝐈𝐫𝐯𝐚𝐧𝐚 𝐟𝐭 𝐔𝐰𝐚𝐢𝐬 𝐀𝐥-𝐐𝐚𝐫𝐧𝐢. Akad nikah yang dilafaz menyatukan dua insan ini. Cinta mereka yang suci dari dasar ha...