𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊�...

By CikArdel

35.8K 3.2K 2.6K

𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang an... More

𝑷𝒓𝒐𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆
[ 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒆𝒎𝒖𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝑩𝒂𝒓𝒖
[ 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑻𝒂𝒓𝒈𝒆𝒕
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑨𝒓𝒊𝒛
[ 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑺𝒊𝒍𝒂𝒎
[ 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑩𝒆𝒓𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂
[ 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑩𝒆𝒓𝒃𝒖𝒂𝒕 𝑩𝒂𝒊𝒌
[ 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑨 𝑩𝒐𝒚 𝒂𝒏𝒅 𝑨𝒏 𝑨𝒏𝒊𝒎𝒂𝒍
[ 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑻𝒉𝒂𝒕 𝑮𝒊𝒓𝒍
[ 𝑻𝒆𝒏 ] - 𝑨𝒎𝒂𝒏𝒂𝒉
[ 𝑬𝒍𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑷𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒖𝒉𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒍𝒗𝒆 ] - 𝑻𝒆𝒌𝒂𝒏𝒂𝒏
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑨 𝑺𝒐𝒏?
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑺𝒆𝒍𝒇-𝑺𝒊𝒅𝒆𝒔
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑺𝒖𝒊𝒄𝒊𝒅𝒆
[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑼𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏
[ 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑯𝒂𝒅𝒊𝒂𝒉
[ 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - "𝑴𝒂𝒂𝒇, 𝑵𝒂𝒊𝒓𝒂"
[ 𝑵𝒊𝒏𝒆𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑲𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒂𝒏 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒏𝒈𝒌𝒂𝒑
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 ] - 𝑫𝒊𝒃𝒖𝒓𝒖
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑺𝒂𝒌𝒊𝒕
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑽𝒊𝒄𝒆𝒏𝒕𝒆
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑲𝒆𝒍𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑴𝒊𝒎𝒑𝒊
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑲𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒖𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑹𝒆𝒗𝒆𝒏𝒈𝒆
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒖𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏
[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒓𝒏𝒊𝒌𝒂𝒉𝒂𝒏
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 ] - 𝑺𝒆𝒎𝒃𝒖𝒏𝒚𝒊
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏𝒂𝒏
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑭𝒐𝒃𝒊𝒂
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑻𝒆𝒓𝒋𝒂𝒈𝒂
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑩𝒖𝒍𝒖𝒔
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑰𝒏𝒈𝒂𝒕𝒂𝒏
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑬𝒙
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑺𝒄𝒂𝒓
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑩𝒐𝒅𝒚𝒈𝒖𝒂𝒓𝒅
[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑴𝒖𝒔𝒕𝒂𝒒𝒊𝒎
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 ] - 𝑯𝒊𝒔 𝑻𝒓𝒖𝒆 𝑭𝒆𝒆𝒍𝒊𝒏𝒈𝒔
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑹𝒖𝒎𝒂𝒉 𝑨𝒈𝒂𝒎
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑭𝒂𝒕𝒉𝒆𝒓 𝒂𝒏𝒅 𝑺𝒐𝒏
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒔𝒊𝒐𝒏
𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧!
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑻𝒂𝒏𝒅𝒂
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑯𝒂𝒕𝒓𝒆𝒅
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒆
[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒎
[ 𝑭𝒐𝒓𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑪𝒆𝒎𝒃𝒖𝒓𝒖
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 ] - "𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒂𝒎𝒖"
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑵𝒆𝒆𝒅 𝑻𝒊𝒎𝒆
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑴𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑹𝒆𝒍𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑴𝒂𝒓𝒄'𝒔 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑨𝒅𝒓𝒚'𝒔 𝒃𝒊𝒓𝒕𝒉𝒅𝒂𝒚
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑲𝒆𝒓𝒊𝒔𝒂𝒖𝒂𝒏
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑾𝒐𝒓𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒚𝒔 𝒏 𝑺𝒖𝒔𝒑𝒊𝒄𝒊𝒐𝒏𝒔
[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑩𝒐𝒏𝒅𝒂
[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 ] - 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒂𝒕
[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑻𝒉𝒆 𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉
[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑹𝒆𝒅 𝑺𝒉𝒐𝒆𝒔

[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑹𝒚𝒂𝒏'𝒔 𝒉𝒆𝒂𝒍𝒕𝒉

232 17 21
By CikArdel

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Dalam cahaya lembut pagi, Naira terjaga apabila mendapati suaminya sudah tiada. Dia menoleh, katilnya kosong.  Kemudian, dia terus bersiap untuk bekerja dan turun ke tingkat bawah. Di ruang tamu, bonda sedang menonton televisyen.

Aku memandang sekeliling. Kelihatan rumah begitu sunyi. Di mana suamiku?

Aku mendekati bonda.

"Bonda."

Bonda kelihatan terkejut, tangannya secara refleks menyentuh dadanya. "Oh, Naira. Haih..." dia mengeluh.

Aku tersengih.

"Maaf bonda, Naira nak tanya.. erm.. mana Ryan?"

Kening bonda sedikit berkerut.

"Kan dia dengan abah pergi kerja sebab kamu nak memandu sendiri. Bukan ke kamu yang kata begitu?"

Aku terdiam. Aku tak pernah kata begitu. Memang sepatutnya harini dia hantar aku ke tempat kerja. Tapi kenapa Ryan cakap macam tu?

"Pukul berapa diorang pergi, bonda?" Soal aku.

Bonda melihat jam di dinding.

"Sejam lalu, diorang dah gerak. Abah kata ada patient awal-awal pagi ni."

"Ouh. Ok lah bonda. Naira gerak dulu."

"Bawa lah makanan tu sekali Naira. Si Ryan yang buat. Awal pagi lagi dia dah bangun. Bonda pun terkejut. Haih, Ryan tu.. bonda dah cakap jangan buat kerja rumah, dia buat jugak," bebel bonda di pagi hari.

Aku hanya tersenyum lalu memandang sarapan pagi di atas meja. Hati aku rindu ingin meluangkan masa bersama Ryan. Tetapi mengapa Ryan kata begitu pada bonda? Apa suaminya mengelak berjumpa dengannya? Tapi, kenapa?

Naira mengambil bekas kosong dan memindahkan nasi goreng yang masih hangat ke dalamnya sebelum menyalami bonda.

"Hati-hati bawak kereta," pesan bonda.

"Baik bonda."

Aku terus keluar dari rumah menuju ke kereta aku. Aku mahu menelefon Ryan, tetapi adakah ia akan mengganggu kerjanya?

"Naira." Aku menoleh.

"Abang Marc?"

Abang Marc yang tadi seperti menunggu terus melangkah ke arahku.

"Naira nak pergi kerja ke?"

Aku mengangguk.

"Naira ingat abang dah pergi."

"Belum, abang tunggu Naira. Abang nak tanya Naira pasal Ryan."

"Ryan? Kenapa abang Marc?"

Marc terdiam lama. Apa Naira masih tidak perasan perubahan sikap Ryan?

"Naira... tak rasa pelik ke dengan Ryan?"

Naira terdiam lama.

"Pelik macam mana tu abang?"

Marc menggaru belakang kepala.

"Erm.. macam mana eh nak cakap."

"Tapi Naira rasa akhir-akhir ni, dia cuba jauhkan diri dari Naira. Naira tak faham."

Marc mengerutkan alisnya. Bukan itu yang dia maksudkan.

"Naira ada buat apa-apa salah ke?" Soal Marc.

Naira menggeleng laju.

"Sebab, kalau Ryan macam tu, Naira mesti ada benda tak bagitau dia. Abang kenal Ryan macam mana, kalau tak, dia takkan buat macam tu," jelas Marc.

Aku terdiam. Berfikir lama.

Disebabkan lama diam, Marc bersuara.

"Takpe lah, nanti bincang dengan dia elok-elok. Lagipun abang cuma risau kesihatan dia saja. Apa-apa pun Naira, jangan berahsia dengan dia. Ryan tak suka orang berahsia dengan dia lagi-lagi yang paling rapat dengan dia. Kalau tak, jadi macam ni lah. Asyik jauhkan diri tak nak tegur. Abang tahu adik abang tu. Dia keras kepala sikit tak nak bersuara untuk menegur."

Aku mengangguk faham. Bila difikirkan kembali, tak pernah pula aku berahsia dengan suamiku. Adakah... sebab aku pulang lewat sangat semalam?  Hatiku mulai berasa bersalah kerana itu.

"Ok lah abang pergi kerja dulu." Baru saja dia ingin pergi aku memanggil dia semula.

"Abang Marc." Marc menoleh.

"Ya?"

"Apa maksud abang Marc risau tentang kesihatan Ryan?" Soal aku. Aku perasan abang Marc seakan menyembunyikan sesuatu dariku.

"Erm.. takde apa lah. Tengok-tengok Ryan ya." Abang Marc terus beredar.

Aku hanya memandang abang Marc menaiki kereta dan keluar dari perkarangan. Aku membuka telefon dan menelefon suamiku. Tidak dijawab. Aku mencuba lagi, masih tidak diangkat. Aku mengeluh pendek lalu masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari perkarangan rumah menuju ke tempat kerja.

᪥᪥᪥

Pesakit tiba di pejabat doktor untuk pemeriksaan rutin. Pembantu doktor, Ryan, menyambut pesakit itu dan mengiringinya ke bilik pemeriksaan.

Ryan mengambil tanda-tanda vital pesakit itu seperti tekanan darah, suhu dan berat badan. Dia juga mengemas kini sejarah perubatannya dalam sistem rekod kesihatan elektronik (EHR). Seterusnya, seperti biasa Ryan akan bertanya kepada pesakit itu tentang sebarang kebimbangan atau gejala khusus yang dia alami dan merekodkan maklumat ini untuk doktor.

Sebaik sahaja doktor kamal tiba, Ryan menyerahkan fail pesakit dan menyediakan sebarang peralatan perubatan yang diperlukan untuk pemeriksaan. Semasa pemeriksaan, Ryan membantu doktor dengan memberikan instrumen, memegang peranti perubatan, dan memberikan sokongan kepada pesakit mengikut keperluan.

"Ryan ambil darah ni hantar ke ujian makmal." Doktor Kamal menghulurkan botol kecil itu. Disebabkan huluran tak bersambut, dia memandang anaknya.

Anak lelakinya sedang termenung lama.

"Ryan?"

Dia tetap masih termenung.

Doktor Kamal memandang pesakitnya yang memerhati Ryan di situ.

"Maaf ya, sekejap." Doktor Kamal menghampiri anaknya. Dia memegang kedua-dua bahu Ryan.

"Ryan?"

Ryan terkejut.

"Y-ya abah?"

"Kamu kenapa? Okay tak?"

Ryan tiba-tiba ingin menangis.

"Eh kenapa ni Yan?"

"A-abah marah Yan."

"Eh abah tak marah. Kenapa abah nak marah? Abah cuma tanya kamu kenapa. Kamu asyik termenung saja tadi. Kenapa ni? Bagitau abah."

Ryan mengelap air mata.

"Oh, Ryan ingat abah marah Yan hehe.." Ryan terus tersengih-sengih. Cepat berubah moodnya.

Doktor Kamal terdiam seketika.

"Yan okay ke?"

"Okay abah."

Doktor Kamal melihat Ryan hanya senyum. Tatapan mata Ryan yang dilihat bukanlah diri Ryan sebenar. Matanya seakan-akan kosong. Benar-benar.. seakan.. dia tidak mahu teringat Kytor yang dulu.

Disebabkan kerja yang banyak, dia tiada masa untuk berfikir mahupun bertanya. Dia mengambil ujian darah tadi lalu menghulurkan pada Ryan.

"Ni, bawa ke ujian makmal."

Ryan mengangguk dan mengambilnya. Dia terus beredar membawa darah ke ujian makmal, kemudian dia masuk semula menyediakan preskripsi dan menjadualkan janji temu susulan.

Sepanjang proses itu, Ryan memastikan bahawa pesakit itu berasa selesa, memberikannya sebarang maklumat yang diperlukan tentang lawatannya dan menjawab soalannya dengan sebaik mungkin.

Doktor Kamal hanya memerhati diri Ryan. Disebabkan itu, dia tidak sempat untuk bertanya kerana perlu bertemu ramai pesakit.

Pada waktu petang, cahaya senja memancar akhirnya tiba. Setelah selesai kerja, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

Di dalam kenderaan, Datok Kamal melihat Ryan yang dalam tersengguk-sengguk ingin terlelap.

"Yan."

Kytor tersedar lalu menoleh sebelah.

"Ya abah?"

Datuk Kamal memandang Ryan.

"Kamu okay ke?"

"Okay, kenapa abah?"

"Kamu tak cukup tidur ke? Ada apa-apa abah tak tahu? Kamu ada masalah ke?" Soal Datok Kamal bertubi-tubi.

"Ta.. takde abah. Mungkin sebab yan fokus kerja sangat kot," sengih Kytor. Dia seakan terlupa apa ada sesuatu berlaku sebelum ini?

Datuk Kamal senyum tetapi dia berasa tidak sedap hati apa yang berlaku semasa kerja tadi.

"Iya lah."

Sesampai rumah, Ryan dan Datuk kamal melangkah masuk. Ryan terlihat bonda membuat kerja di dapur.

"Eh bonda. Biar Yan tolong. Bonda rehat je."

Kytor menyinsing kedua-dua lengan baju. Mengambil alih tugas bondanya.

"Eh kamu ni, bila sampai? Tak perasan pun. Biar lah bonda buat."

"Dah bagi salam kat pintu takde yang jawab. Mana Ina?" Soal abah sambil memandang sekeliling.

"Ina kat bilik, tidurkan Ary. Eh Yan, kamu baru balik berehat lah dulu. Bonda nak buat pencuci mulut ni."

"No, bonda rehat. Biar Yan buat kerja. Bibik bantu bonda pergi bilik," arah Ryan kepada bibiknya.

"Eh tak perlu lah. Ryan..."

Datuk Kamal menggeleng senyum.

"Biar lah dia tolong awak. Awak berehat lah, sayang."

Datin Liyana melepaskan keluhan.

Dia mencapai lengan suaminya, ingin menanyakan sesuatu.

"Abang, Ryan tahu sesuatu ke?" Bisik Datin Liyana.

"Sesuatu? Pasal apa?"

"Awak nampak sendiri kan, dia macam mana. Semua kerja saya nak buat dia tak bagi. Pagi tadi pun sama, dia buat kerja sendiri. Saya rasa dia tahu saya ada penyakit jantung."

Datuk Kamal terdiam.

"Macam mana dia boleh tahu? Setahu abang, Ryan dulu pun tak tahu awak sakit."

"Itu yang saya pelik. Kenapa sikap Ryan tu jadi lain? Saya risau pula."

"Takpe-takpe.. nanti abang tanya si Mustaqim. Awak rehat lah, jangan banyak fikir sangat."

"Yelah, tu jangan bagi yan buat banyak kerja. Abang tengokkan, saya risau dengan dia."

"Iya, nanti abang tengok. Awak pergi rehat."

Datin Liyana dibantu bibik melangkah masuk ke bilik. Kemudian, datuk Kamal melangkah ke dapur.

"Yan, nanti dah sudah terus berehat tau. Jangan buat apa-apa kerja."

"Ok abah."

Datuk kamal melangkah ke luar. Dia bertanya bodyguard di situ menanyakan jika mereka tahu keberadaan Mustaqim.

Mereka mengatakan Mustaqim masih di luar kerana urusan. Datuk Kamal baru saja ingin masuk, terlihat kereta Marc masuk ke perkarangan rumah.

Marc terus keluar dan menyalami abahnya.

"Macam mana kerja? Okay?" Soal abah.

"Okay abah, jom masuk."

"Sekejap, abah nak tanya."

"Tanya apa abah?"

"Kamu tahu tak kenapa Ryan lain akhir-akhir ni?"

Marc terdiam.

"M.. maksud abah?"

"Kamu nampak kan dia macam mana? Ryan tak pernah bersikap macam tu tau. Rajin semacam, pastu tak bagi bonda buat kerja. Kamu tahu apa-apa ke?"

"Erm.."

Bunyi kereta masuk ke perkarangan mereka. Itu Mustaqim. Mustaqim mematikan enjin, kemudian keluar dari kereta dan melangkah ke rumah.

"Datuk, Encik Marc,"senyum Mustaqim, walaupun tampak ada beberapa luka kecil yang ditutupi dengan plaster di wajahnya.

"Mustaqim dari mana?" Soal Datok Kamal hairan melihat keadaan diri Mustaqim.

"Marc masuk dulu ya abah." Marc mencelah dahulu lalu masuk ke rumah. Datok Kamal memandang Mustaqim kembali.

"Dari rumah bos. Saya baru habis kerja tadi," jawab Mustaqim.

"Ada sesuatu terjadi ke? Nampak kamu macam baru kena belasah. Daniels okay ke?" Soal Datok Kamal kerisauan. Dia tahu tujuan Daniels duduk di sini sehinggakan memanggil Mustaqim membantu dia di sana. Tetapi Datok Kamal tidak menyangka akan jadi seperti ini.

"Saya baru nak bincang pada Datok hal ni. Tapi bukan kat sini. Sebab tuan Ryan ada. Kita bincang kat luar boleh, Datok?"

"Ok, boleh-boleh. Saya pun ada nak bincang dengan kamu pasal Ryan."

Datuk Kamal memandang anaknya di dapur.

"Yan, abah keluar kejap. Lepas ni terus berehat tau. Jangan buat banyak kerja." Laung Datuk Kamal.

"Ok abah," jawab Ryan.

Datuk Kamal dan Mustaqim terus meluru ke kereta. Dan bergerak keluar dari perkarangan rumah.

Ryan memandang kereta yang semakin menghilang. Hairan. Mengapa abah dan Mustaqim keluar waktu begini?

Dia menggeleng kepala. Apa-apa je lah. Baik terus dia masuk bilik bawa pencuci mulut tu.

Katanya dalam hati dengan perasaan menahan teruja.

Kytor mengambil sedikit pencuci mulut. Selebihnya dia menyimpan kembali dalam peti sejuk. Dia mengambil beg galasnya, sebelah tangan lagi memegang piring berisi buah-buahan.

'Jom. Mama sudah tunggu.'

Langkahnya deras naik ke atas dan masuk ke bilik. Dia terlebih dahulu mengunci pintu dan melangkah ke arah mamanya.

Mamanya sedang duduk merenung luar jendela.

"Mama."

Wanita itu menoleh. Wajah mamanya terlihat pucat, dengan darah kering di mulutnya. Kytor senyum.

Dia duduk di lantai, dan meletakkan piring di sebelah mamanya. Kepalanya dilabuhkan di atas riba mamanya.

"Harini, Kytor kerja baik mama."

Wanita itu tersenyum sambil mengusap kepala anaknya. Dia tidak banyak cakap, tetapi cukup buat hati Kytor tenang dan gembira. Dia tahu mama sentiasa berada di sisinya.

Sentiasa..

Perlahan-lahan matanya terlelap keletihan.

Tok, Tok.

Kytor terjaga. Dia mengangkat kepala mamanya sudah tiada. Dia melihat buah-buahan tidak terusik langsung.

Tok, Tok.

"Ryan."

Kytor memaling ke pintu biliknya. Dia cuak. Buah-buahan itu diambil dan disorok di sebalik rak-rak buku. Kemudian, dia melangkah ke pintu dan membukanya.

Kelihatan abangnya di depan pintu.

"Apasal lama sangat kau buka? Kau buat apa?"

"Err.. yan tidur tadi." Kytor menggaru belakang kepala.

"Ni bonda panggil. Turun bawah." Kata Marc.

Kytor ingin menoleh dalam biliknya. Ingin berjumpa sosok itu.

"Buat apa tercegat lagi tu. Dah jom turun." Tanpa berbasa-basi Marc menarik perlahan tangan adiknya untuk turun. Dia tahu Ryan pasti bercakap seorang diri lagi.

Kytor menoleh ke belakang.

'Mama, kytor turun dulu ya,' ucapnya dalam hati.

Setelah mereka turun, kelihatan bondanya di sofa menonton televisyen. Marc melepaskan tangan Ryan. Ryan melangkah ke arah bonda.

"Ya bonda?"

Datin Liyana mengangkat wajah. Dia menepuk sebelah sofa.

"Meh duduk sini."

Kytor menurut dan duduk.

Datin Liyana mengusap perlahan kepala anak lelakinya. Marc terus beredar, Ryan melihat Marc pergi. Marc sebenarnya tidak pergi lagi, dia duduk jauh sedikit memerhati diri adiknya.

"Lama tak manja dengan yan. Yan dah tak rindu bonda ke? Hm?" Lembut nada Datin Liyana kepada anak lelakinya.

Selalunya, Ryan suka bermanja dengan Datin Liyana. Nak saja berkepit sana sini. Tetapi, sudah empat hari, Ryan seperti semakin jauh dengan Datin liyana. Apa Datin liyana saja yang merasa begini?

"Hehe.. Yan dah besar lah bonda. Mana boleh manja lagi." Tersengih Kytor.

Datin Liyana senyum.

"Tapi yan tetap anak kecil..

"mama"

"bonda."

Kytor terdiam. Apa mama yang kata tadi? Apa tadi itu suara mama? Kytor memandang aras atas.

"Ryan?"

Kytor tersedar dari lamunan.

"Y-ya bonda?"

"Kamu okay ke?"

"Okay bonda. Hehe.. erm.. Yan masuk bilik dulu ya. Yan letih lagi ni bonda."

"Hm.. ye lah. Jangan lupa mandi tu."

"Ya bonda." Kytor terus bangun dan menaiki tangga deras. Datin Liyana hanya memandang anak lelakinya pergi dan menghilang. Mungkin dia perlu terima bahawa Ryan sudah tidak dulu lagi kerana dia sudah pun beristeri.

Marc di situ berdiri diam. Dia melihat raut wajah bonda yang kesedihan. Dia berasa bersalah sekarang ini. Perlahan-lahan dia menaiki tangga menuju ke bilik adiknya.

Baru saja ingin memulas tombol, terdengar suara adiknya dari dalam.

"Mama risaukan kytor ke? Maaf mama, Ryan tak berniat nak abaikan mama." Ryan seakan memeluk lutut mamanya yang sedang duduk.

Dia terlupa pula untuk mengaktifkan semula telefonnya. Sengaja dia off, supaya tiada sesiapa mengganggunya bekerja.

Baru saja membuka, dia mendapat banyak notifikasi missed call dari isterinya. Ah, dia berasa bersalah pada isterinya. Baru saja ingin menelefon isterinya.. bertubi-tubi mesej masuk. Dahinya berkerut. Dia membuka, terpampang beberapa foto isterinya dengan pekerja lelaki itu lagi. Hatinya semakin sakit dan perit. Perit yang dirasa tak mampu diucapkan.

"Isk! Kenapa.." Ryan menggengam telefonnya dengan geram lalu mencampak telefonnya ke dinding. Telefonnya pecah berderai.

Kytor memukul kepalanya sendiri dengan geram. Kemudian, dia melangkah ke arah sosok itu memeluk kaki sosok tersebut.

"Mama jangan tinggalkan Kytor seperti mereka. Kytor takkan lupakan mama. Kytor sayang mama.. isk!"

Kytor berasa diusap kepalanya, bisikan itu menjengah telinganya yang hanya dia dengar. Kytor tersenyum mendengarnya, lama-kelamaan matanya memberat diulit mimpi.

Setelah senyap begitu lama, perlahan-lahan Marc memulas tombol pintu, dia menolak daun pintu dan memandang Ryan tertidur memeluk lutut sendiri di hujung pepenjuru.

Hati Marc dilanda sebak.

Dia melangkah perlahan dan bertinggung di hadapan Ryan. Kepala menoleh sebelah, telefon adiknya yang pecah. Jadi, ini yang bunyi adiknya baling tadi?

Kenapa dia pecahkan telefon dia? Dia memandang Ryan kembali.

Perlahan-lahan dia menyentuh kepala Ryan dan diusap lembut.

"Abang.. sayang yan. Abang minta maaf apa abang cakap dekat Yan sebelum ni."

Marc tidak mahu adiknya terjaga, lalu bangun, mengutip telefon pecah tersebut dan menutup pintu.

-
-
-
-

Vote & Comment. Thank you! ❤️

I don't know if my story is good or not. You can comment in this chapter, so I boleh betulkan apa yg salah 😊

Continue Reading

You'll Also Like

3M 171K 63
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ...
3.5M 179K 103
Pengenalan singkat Ain Amani dengan Andrea Az Zahra Rislea membawanya kepada kehidupan yang penuh dengan misteri. "Tadi aku nampak macam ada orang k...
7.7K 512 53
What's mine will forever be mine 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 𝐬𝟏 : 𝐨𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 Bad bm probably. In editing
30.8K 989 17
Romance • Obsessive [ UNEDITED ] " Kan seronok ada lelaki yang terlebih ambil berat pasal kita. Penyayang. Setia. Mudah cemburu " -Aria Melissa ...