Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.9K 128 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

35. Serupa, tetapi bukan

34 1 0
By luv_ani

Elfira mengeluh perlahan.

"El, tikar-tikar untuk muslimat semuanya sudah hampar?"

Amir datang, dengan rida' yang berada di atas bahunya. Muslimin-muslimin lengkap dengan kopiah dan berjubah putih, serta rida' yang diletakkan di tempat mengikut keselesaan masing-masing seperti bahu ataupun membalut kopiah.

Sementara itu, muslimat pula dikehendaki memakai jubah hitam, atau baju kurung berunsur warna hitam. Dilengkapi dengan tudung bulat.

Hari ini tetap belajar, tetapi bezanya berpakaian tidak formal. Pembelajaran akan dimulakan pada pukul 9 pagi. Masa belajar juga akan berganjak-ganjak, supaya pelajar tidak ketinggalan.

"Sudah." Elfira angguk. Dia sedikit terkejut dengan pemakaian Amir. "Yang muslimin? Ada apa-apa yang kurang?"

"Rasanya.. tak ada. Cumanya, kau ada nampak tak si Syiraz Petra ni?"

"Tak ada lah pula." Elfira menggeleng. "Tapi dia datang hari ini. Baru saja tadi aku terima arahan dia melalui budak-budak. Katanya, Syiraz yang suruh."

"Jadi kau tak tengok dia juga?" Amir mengerut bingung. "Aku pun sama. Yang suruh hampar tikar ni Danial, tapi Syiraz yang suruh dia untuk bagi arahan kepada aku."

"Tak apalah. Mungkin dalam tandas?" Elfira teragak-agak.

"Ya kut." Amir angguk faham. "Betul ni yang muslimat tak ada masalah? Bermula pukul 7.50 ibu bapa akan mula berpusu-pusu datang. Aku harap tak ada masalah."

"Tak ada, Mir. Apa-apa, aku yang tanggung."

Amir ketawa kecil. "Bukan kau seorang, Ayuni.. dan Syuhada pun patut tanggung. Barisan majlis tertinggi."

Terasa berdesing telinga Elfira mendengar nama pertama itu. Dia memaksa senyum. "Aku memahami."

"Eh, kenapa tu?" Elfira berpaling ke arah yang ditunjuk Amir. Ramai pelajar berpusu-pusu untuk berkumpul di situ.

Apabila mereka menyipitkan mata, rupanya ada tiga buah kereta mewah datang masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Ketiga-tiga kereta tersebut ada logo emas.

Elfira dan Amir tetap membeku sempurna saat ketiga-tiga kereta itu berhenti tepat di hadapan mereka. Sengaja.

Seterusnya, turun sang pemilik kereta pertama, lengkap dengan pakaian kerja, dan sang isteri memeluk lengan kanannya.

"Pengetua! Pengetua!" Pelajar lelaki mahupun perempuan bersorak riang.

"Isteri pengetua datang juga!"

Di sebelah tempat pemandu, pintu kereta dibuka pula. Mereka semua sudah boleh agak siapa gerangan itu.

Kaki yang berbalut kasut hitam megah itu mula keluar daripada pintu kereta. Mereka semua ternganga.

Jubah putih, layaknya seperti orang lain. Rida' dililit di kopiah, dan wajah kelihatan suci bersih dengan senyuman manis mengalahkan gula. Lebih menakjubkan!

Elfira tidak sedar bahawa dia tidak dapat melarikan pandangannya.

Sungguh.. sempurna ciptaanMu.

"Ryan, Ryan!"

"Hensemnya! Maa syaa Allah!"

Tanpa memandang orang lain, Ryan Haikal lebih dulu memandang wajahnya. Mata mereka bertembung, membuat mata Elfira terasa bersinar dengan cahaya.

Namun, perhatian gadis itu dirampas oleh kereta yang berada di belakang. Pemandu kereta keluar memakai uniform polis yang lengkap dengan lencana-lencana emas. Di bahagian penumpang pula turun seorang pelajar yang lengkap dengan seragam sekolah. Tetapi baju tidak tuck in.

Ini kenapa tak pakai jubah?!

Elfira mula mendengar bisikan-bisikan di belakang.

"Zayn! Itu ketua polis yang selalu keluar di berita, kan?!"

"Aku ingat Syiraz tadi!"

Tidak cukup dengan itu, penumpang kereta ketiga pula keluar. Pertama, seorang pelajar yang berjubah putih layaknya seperti..

"Macam budak tahfiz!"

"Aku boleh pengsan kalau macam ni!"

Elfira meneguk liur.

Syiraz kemudiannya memberi tangan kepada seseorang yang berada di dalam kereta. Elfira dapat melihat kasut yang dipakai seseorang itu sangatlah mewah dan berkilat.

Apalagi bila seseorang itu keluar daripada perut kereta, tersenyum manis kepada alam semesta.

Dato' Adib Petra murah senyuman.

Kemudian, keluar pula seorang wanita yang terlihat muda.

Itu Raudhah, berpakaian cantik nan mewah. Tetapi kekal menutup aurat.

Ketiga-tiga anak beranak itu memimpin tangan masing-masing dan kini, Syiraz yang berada di tengah.

Lelaki itu tersenyum. Tulus.

Bab 35: Serupa, tetapi bukan. •

"Apa yang saya boleh ucapkan, ialah.. selamat maju jaya." Ujar si ketua pengawas. Semua mata ralit memandang ke arahnya, seakan-akan dia itu seorang makhluk daripada alam lain.

Sangatlah enak untuk dilihat.

"Ingatlah, tawakkal itu memerlukan usaha yang kuat. Apa yang saya harapkan, semoga kita semua.. termasuklah saya.. dapat target peperiksaan kali ini. Sangat penting, tetapi jangan sampai abaikan kesihatan awak-awak semua."

Solat hajat sudah berjaya dilaksanakan.

"Soft-spoken nya.. awak-awak.." Seorang pelajar perempuan meracau sendirian.

Dan entah mengapa, Syiraz mampu mendengar itu. Dia berdehem.

"Itu sahaja, terima kasih." Syiraz pantas turun daripada pentas tanpa mengharapkan apa-apa balasan, dia segera berlari ke belakang pentas.

"Menakutkan," Syiraz menghela nafas panjang. Jika bukan daripada Elfira, itu menakutkan.

"Raz, kau okey tak?"

Syiraz berpaling.

"Okey, biasalah.." Bibirnya melengkung senyuman hangat. "Ryan,"

"Ha?"

"Ibu bapa Fira tak datang?" Soalnya, membuat Ryan terkedu seketika.

"Aku tanya aje,"

"Tak tahu." Ryan angkat bahu. "Ibu bapa dia asyik sibuk saja. Jadi, tak pelik kalau mereka tak datang."

Syiraz angguk faham. Jauh dari sudut hatinya, mungkin Ryan tidak tahu asal-usul Elfira yang sebenar. Lagipun, siapa Ryan untuk tahu?

Cumanya, Syiraz tidak pernah bertemu dengan kedua ibu bapa angkat gadis itu. Mendengar cara Ryan menjelaskan, dia dapat simpulkan bahawa Elfira bukanlah anak yang dimanjakan.

Tiba-tiba suara pintu belakang dewan dibuka. Mereka berpaling.

"Ah, sorry.. aku tertinggal barang,"

Ryan segera menoleh, tidak ingin bertatap mata dengan gadis itu.

"Raz, aku pergi dulu ya." Ryan meminta diri. Syiraz sempat bingung, namun dia hanya mengiyakan.

"Ibu bapa kau tak datang, Fira?"

Mungkin dengan pertanyaan daripada Syiraz itu, Ryan tiba-tiba membeku.

Elfira yang ingin mencapai telefon bimbitnya hanya tersenyum. "Sekejap, aku nak tengok mesej aku dibalas atau tak."

Elfira membuka telefon bimbitnya dan menekan notification WhatsApp di atas. Papa sudah balas!

Papa datang tak hari ni?

Tak. Sibuk.

Sekelip mata, riak wajah Elfira berubah kecewa. Memanglah program hari ini tidak begitu penting, tetapi siapa tahu kerana solat hajat hari ini.. menabalkan dia sebagai pelajar cemerlang lagi?

Sesungguhnya, redha Allah itu terletak di redha ibu bapa.

"Macam mana?" Syiraz bertanya lagi.

Dia hanya tersenyum tipis. "Macam biasa. Tak apalah, menyusahkan mereka saja."

"Tak menyusahkan pun, Fira." Syiraz cuba memujuk. "At least mak datang?"

Elfira tertawa. Lembut.

"Ya-" Ayatnya terpotong apabila matanya bertemu dengan sepasang mata koko seseorang.

Baru Elfira perasan, lelaki itu ialah Ryan Haikal.

Lelaki itu memberi jelingan maut sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.

"A.. aku pergi dulu, eh." Elfira pula yang meminta diri, meninggalkan Syiraz berseorangan.

Syiraz termenung.

"Mereka ni memang tak bercakap sejak hari itu lagi ke?"

___________

"Abang memang jadi bestie dengan Hanan ke apa sampai bawa dia datang ke sini?" Elfira berbisik.

Fahrie hanya ketawa, pandangannya jatuh kepada Hanan yang melihat para pelajar mengemas tikar-tikar kerana program sudah tamat.

"Ya, kenapa?"

Dan dia hanya mengiyakan. Tangan meluncur masuk ke dalam poket seluar dan mengeluarkan dompet eksklusif.

"Wah, dompet baru?" Mata Elfira berbinar. "Eh, jam tangan baru juga?" Dia melihat jam yang dililit di tangan abangnya.

"Ya, mama bagi pagi tadi sebelum datang sini." Fahrie menjawab.

Elfira mencebik. "Abang saja dapat?"

"Kesia kau. Di anak angkat kan." Fahrie ketawa kecil. Elfira menyampah.

Dia hanya bungkam sebelum bertutur kembali. "Ramai ingat orang ada adik lagi, sebab Hanan datang. Cukuplah hari itu abang datang."

"Lah, tak ada keburukan pun kalau aku datang." Fahrie mencemuh. "Untuk pengetahuan kau, aku datang paling awal tau, semangat nak solat hajat untuk kau."

Elfira menjeling. "Ya lah, Mama dan Papa tu kan sibuk, mungkin mereka tak ada waktu untuk datang. Terima kasih lah."

Fahrie tersenyum. "Sebab tu aku sayang kau."

"Ha, apa?" Elfira terasa mendengar sesuatu.

"Tak ada lah." Fahrie ketawa kecil sebelum menjauh untuk mencapai tangan Hanan.

Fahrie duduk untuk menyamai ketinggian mereka.

"Ini Hanan ke.."

"Saya." Benda itu pantas memotong. Fahrie angguk faham.

"Abang.."

"Ya?"

Elfira pula hanya memandang mereka berdua dari jauh.

"Syiraz dan Zayn,"

Fahrie memandang ke arah yang ditunjuk oleh Aariz. Ada tiga orang jejaka berkumpul di situ.

Selebihnya Ryan.

"Rindunya.. mereka bahagia, kan? Syiraz akhirnya dapat bahagia lagi, kan? Saya sudah tak menghancurkan dia, kan?.."

Fahrie menelan liur. Dia menatap Hanan kembali.

"Zayn pula.. bagaimana dia boleh ada di sini? Bukannya dia pindah ke luar negeri kerana ikut ibu bapanya?" Hanan menggaru pipi. "Pelik. Saya pelik."

"Riz.."

"Dia benar-benar sudah dewasa. Kali terakhir kami bertemu pada umur 12. Sekarang.. 17.." Hanan ketawa kecil. "Lima tahun berlalu."

Fahrie hanya bungkam.

"Abang, lihat!" Sekali lagi, Hanan menuding jari. Fahrie melihat.

Tempat yang sama.

"Senyuman mereka begitu tulus! Jadi, mereka tak pernah bergaduh selama saya pergi. Bagusnya.." Dia tersenyum sehingga menampakkan sebaris gigi.

"Tak nak jumpa mereka kah?" Soal Fahrie, membuat Hanan bungkam.

"Mereka pasti tak mengenali saya,"

"Tunjukkan dirimu."

"Mereka pasti takut."

Fahrie tertegun.

"Takut kerana tak nyata?"

Hanan angguk.

"Abang pun masih belum lihat muka sebenar.."

"Abang,"

Fahrie dan Hanan menoleh. Sekelip mata benda itu menghilang, hanya menyisakan Hanan yang sebenar.

"Papa dan Mama memang tak datang?" Elfira berpeluk tubuh.

"Abang tak tahu." Fahrie hanya menggeleng. "Sudahlah, jangan fikirkan benda itu. Mungkin mereka ada masalah untuk datang."

Elfira hanya bersangka baik. "Ya, positif."

"Okeylah, abang pulang dulu. Dah nak dekat pukul 9, nanti kau kena sambung belajar juga, kan?"

Elfira angguk. "Terima kasih sebab datang, bang."

"Kalau tak nak sama-sama, boleh tak?"

Elfira menjeling.

"Aku mesti dah gila," Fahrie ketawa terbahak-bahak. "Boleh ke seseorang itu masih cantik walaupun beri jelingan kepada kita?"

Elfira tidak menanggapi, hanya menatap Hanan penuh lekat.

"Hanan, terima kasih sebab datang. Ni makin sayang ni.."

Hanan tersenyum kecil. "Hanan suka! Hanan suka!"

"Nanti kak El belanja strawberi lagi, tau?"

"Okey, kakak!" Hanan melompat teruja.

Elfira terkekeh.

"Eh kak, nak tanya!" Hanan meminta izin. "Kenapa abang-abang tu asyik tengok kita aje?"

"Abang-abang.." Elfira dan Fahrie menoleh ke belakang.

Ryan, Zayn, dan Syiraz tiba-tiba memandang ke arah lain. Nampak sangat cuba untuk cover!

"Woi!" Fahrie menjerit, membuat Elfira dan Hanan tersentak kecil. "Korang datang sini cepat!" Tangan diayun-ayun.

Ketiga-tiga jejaka itu memandang satu sama lain.

"Datang sini!" Fahrie bercekak pinggang. "Tengok-tengok, kang aku cabut mata tu baru tahu!"

Mereka bertiga hanya berjalan serentak, mendekati Fahrie. Sesekali, Syiraz di depan. Sesekali, Ryan di depan. Mereka bertiga saling menolak untuk berada di depan.

"Kalau minat adik aku tu, jangan tunjuk sangat, boleh tak?" Fahrie mendengus. "Abang dia ada tau kat sini."

Syiraz menggaru lehernya yang tidak gatal. Ryan pula berusaha untuk tidak bertentang mata dengan gadis itu. Zayn pula hanya bungkam.

"Ke korang ada mengumpat dia?"

Elfira berbisik keras. "Abang!"

"Jawablah, aku tanya." Fahrie menekan.

"Bukan sebab itu.."

Suara Syiraz muncul.

"Lepas itu?"

"Sebab ini," Zayn pula bersuara, menuding jari ke arah Hanan.

Ryan pula? Ikutkan hati, dia memang ingin menuding jari juga.. tetapi bukan ke arah Hanan atau Fahrie. Melainkan fokusnya memang sentiasa melekat pada Elfira saja.

Hati dan fikirannya penuh dengan gadis itu. Tetapi dia sekarang dalam fasa, tidak ingin bertemu.. dan ingin menjauh.

Mereka semua serentak memandang Hanan.

"Apa?" Hanan terkebil-kebil.

"Kenapa pula?" Fahrie mula rasa tidak sedap hati, dia tahu mereka ada kaitan dengan sesuatu yang berada di dalam tubuh Hanan. Sebelum Aariz tidak terkawal, dia segera menutup Hanan dengan berdiri di depannya.

"Dia.. siapa?" Ryan memberanikan diri untuk bertanya.

"Namanya.. Hanan," Fahrie menjawab. Dia takut jika Hanan bersuara, yang muncul ialah suara berupa remaja.

"Mata itu.." Syiraz menatap iris Hanan. "..sangat serupa dengan seseorang."

Hanan kini menatapnya dengan lembut. Seakan-akan dia ingin bersuara, tetapi ada sesuatu yang menghalang.

Mata itu kemudian berair.

Terasa jantung Syiraz digoncang kuat apabila melihat iris berair itu. Dia tidak tahu apa sebabnya.

"Ke.. kenapa tu.. bang?" Syiraz menatap Fahrie. "Ha.. Hanan.. dia menangis!"

Fahrie berpaling ke belakang. Segera dia peluk budak itu.

"Ab.. abang..,"

Mendengar bisikan kecil tepat di telinganya, Fahrie hanya mampu angguk. "Ya, kita pergi."

Zayn pula menatap Hanan atas bawah, seperti dia cuba mengesan sesuatu. Sungguh, budak itu terasa tidak asing.

Tanpa meminta diri, Fahrie terus pergi sambil memimpin tangan si kecil itu. Tiga orang lelaki itu tersinggung.

Elfira tiba-tiba kekok. Dia kemudian berpaling ke arah bertentangan dan pergi meninggalkan mereka.

Syiraz dan Zayn membeku.

"Mata.. siapa?"

Mereka berdua menoleh.

Ryan mengangkat kening. "Mata siapa?"

Syiraz dan Zayn menatap satu sama lain.

"Mata si Aariz?"

Mereka berdua tertegun.

"Antara korang berdua, hanya ada Aariz. Aku hanya agak,"

"Kau tahu?" Zayn menyoal. Rasanya, dia tidak pernah cerita sedikit pun hal itu kepada Ryan.

Melihat Ryan yang tiba-tiba bungkam, Zayn mula mengerti bahawa dia juga rapat dengan Syiraz.

Menurutnya, Syiraz yang cerita.

"Mata itu.."

Ryan dan Zayn menatap sang jejaka yang berada di antara mereka.

"..bertukar warna saat dia menangis."

Bulu roma mereka menegak.

"Aku lihat juga,"

"Betul."

Jawapan Zayn yang disahut oleh Ryan itu, semakin membuat Syiraz berdebar. Tubuh membahang rasanya, dia mula merasakan satu perasaan aneh.

Perasaan yang mustahil,

iaitu mengharapkan dia agar kembali.

+++++++

Ryan tidak senang duduk bila melihat perempuan itu sudah datang ke sekolah pada hari ini. Hukuman yang ia beri sudah lunas dilaksanakan, membuat dia mengepal penumbuk erat di bawah meja.

Oleh kerana mejanya berada di belakang Dahlia yang merupakan di sebelah meja Elfira, dia hanya dapat meliriknya dari belakang, namun tidak dapat melihat reaksi yang ditayangkan gadis itu.

Dia sedar seseorang melihat. Matanya mengerling tajam.

Zuhaira Adlin.

Meja Zuhaira berada tepat di sebelah meja Ayuni.

"Apa?" Mulut Ryan bergerak. Zuhaira hanya tersenyum nipis sebelum memutuskan pandangan mereka.

Dia faham akan wajah lelaki itu.

Ryan menjeling.

Setelah 1 jam setengah kelas berlalu, akhirnya tiba waktu rehat untuk pelajar-pelajar menengah atas.

Semua murid berpusu-pusu keluar daripada kelas. Sebahagian daripada mereka menuju ke kantin, manakala sebahagian lagi menuju ke perpustakaan.

Elfira merupakan salah satu yang menuju ke perpustakaan. Di tangannya ada beberapa buku mata pelajaran. Wajahnya bersinar sebelum itu, sehinggalah dia masuk ke perpustakaan.. wajahnya berubah.

Perpustakaan masih sunyi saat ini, mungkin ramai yang ingin pergi mengisi perut dahulu.

Elfira menarik satu kerusi yang tersusun kemas di bawah meja panjang. Dia kemudian duduk dan meletakkan buku-buku tersebut.

Tenang.

Nyaman.

Nafas dihembus sebelum buku diselak dan penutup pen dibuka. Di soalan yang pertama pun, dia tidak memerlukan sesaat untuk berfikir. Tangan terus membulat jawapan.

A.

"A.."

Seketika, matanya terkunci pada jawapan A itu.

"Jawapannya A."

"Soalan semudah itu, tak boleh jawab?"

Kata-kata Zayn saat hari mereka menjawab trial tiba-tiba muncul di benak fikirannya.

"Pasti Papa kau bangga,"

Wajah Ryan pula muncul, mengatakan segaris ayat yang kekal menjadi mimpinya.

Mimpi, yang masih kekal mimpi.

"Aku taknak kau macam ini..."

Elfira mulai mengerti pada hari yang sama.. terlalu banyak sesuatu yang terjadi.

"Tolonglah.. sekurangnya kerana aku..."

Bahagian dia memohon agar Ayuni berhenti melukakan diri pun, tiba-tiba bermain di fikiran. Dadanya terasa dihempap sebongkah batu apabila mengingat kejadian itu.

Dia pernah bahagia kerana dapat menjawab soalan-soalan dengan mudah, namun dia juga pernah jatuh sejatuhnya kerana pengkhianatan seseorang yang dianggap sahabat.

Gagal itu sudah menghasilkan luka yang besar, tetapi ternyata tidak dapat menandingi sakitnya dikhianati.

"Sepatutnya dia minta maaf," Elfira berbisik. "Dia sepatutnya merasa bersalah."

Bibirnya mula bergetar. "Dia tak sepatutnya jauhkan diri begitu saja, dia yang sepatutnya dihantui.."

"..tapi sekarang.. kenapa aku yang malah fikirkan dia?" Gadis itu menghembus nafas lelah. "Ya Allah.."

Betapa kuatnya rasa sayang yang dia sertakan dalam persahabatan itu.

"Kenapa aku masih harapkan dia.. walaupun dia dah khianat aku?" Elfira menunduk. "Kenapa.."

"Kenapa.. Ayuni?" Dia mengemam bibir sebelum kembali membetulkan postur tubuh. Pen digenggam erat, mata mula membaca soalan.

Jangan biarkan kesedihan berlarutan, terlebih lagi di tempat awam seperti ini.

Tanpa pengetahuan dia, ada seseorang yang mendengar, bersembunyi di sebalik pintu perpustakaan.

Ayuni Natasya.

Dia sebenarnya ingin lari daripada ramainya orang agar tidak diejek. Seluruh sekolah sudah tahu perkara jijik yang dia lakukan.

Tetapi malah, si pusat dunia berada di dalam perpustakaan. Dia tertegun saat mendengar namanya.

Minta maaf..

"Memang aku yang sepatutnya," batinnya dalam hati.

Dia ingin sekali berkomunikasi dengan gadis itu, tetapi dia takut. Dia segan. Dia malu. Sebahagian besar hubungan mereka tidak akan kembali seperti dulu lagi.

Semuanya tidak akan berhasil jika tidak ada komunikasi.

"Lihatlah,"

Ayuni menunduk. Mendengar nada itu pun, dia sudah tahu pemiliknya siapa. Datang entah daripada mana.

"Gadis ceria itu.. masih mengharapkan kau walaupun kau.." Sosok itu berhenti. Dia tidak ingin menyambung lagi, biarlah Ayuni tahu sendiri.

"Aku cabar kau,"

Ayuni meneguk ludah.

"Untuk cari tahu tentang dia. Kerana kau masih belum cukup mengenal dia."

Ayuni menggeleng. Dia sedikit takut dengan aura yang dibawakan oleh atlet sekolah itu.

"Aku jamin."

"Aku jamin kau akan lihat sisi dia yang berbeza.. dengan apa yang kau lihat sekarang." Sambung Ryan.

"Tak penting," balas Ayuni, perlahan.

Ryan tersenyum kecil. "Elfira itu bijak. Walaupun dia baik dan pemaaf, dia tak sepolos itu. Dia tak akan biarkan kepalanya dipijak berkali-kali. Kalau menurutnya kau bersalah, dia masih mengharapkan kau untuk minta maaf dan jalankan hubungan seperti biasa. Tapi kalau tak ada juga kata itu, dia yang akan berdiam diri kerana menurutnya diam itu pilihan terbaik. Dia nak jaga lisan dia elok-elok. Jika dia hancur pun, dia tak tunjuk. Dia hanya jalankan harinya seperti biasa seakan-akan kau itu hanya angin yang lalu sedetik. Simple, tapi susah kalau kau ego."

Ryan mengangkat sebelah kening, menatap gadis yang hampir ketakutan itu.

"Minta maaf, atau kau nak aku buang kau daripada sekolah ini terus?"

Dan Ayuni dongak.

"Jadi.. kau yang.."

"Ya, aku." Ryan ketawa kecil. "Aku yang jatuhkan hukuman itu."

Ayuni berundur selangkah.

"Kau cari masalah dengan dia, bermakna kau cari masalah juga dengan aku. Simple." Dia tersenyum manis. Senyuman yang dapat membuat semua orang terpesona.

Ayuni kaku.

"Dan aku dianggap kawan baiknya." Ayuni memotong. "Mahu bagaimanapun, aku lebih penting daripada kau."

"Aku." Ryan memintas. "Lebih lama."

"Sebenarnya, perasaan kau kepada dia.. bagaimana?" Soalan itu meluncur laju daripada bibir Ayuni. "Terlihat seperti cinta, tapi kau hampir 10 tahun dengan dia. Tak mungkin jatuh.."

"Shut up." Pintasnya. "Ini bukan soal perasaan, ini soal empati! Kau tak rasakah satu rasa yang buat kau ingin hentikan semua ini?"

Ayuni bungkam.

"Kau juga kawan aku, Ayuni."

Mungkin, itu yang membuat dia terpegun. Dia tidak pernah menyangka..

"Kau ingat aku sukakah dapat buat begini kepada kau?" Ryan menghembus nafas lelah. Suaranya dikawal agar Elfira tidak mendengar. "Aku hanya ingin memberi pengajaran. Tapi nampaknya.. sikit pun kau tak sedar,"

"Aku memang marah, sebab Fir kerah seluruh tenaganya untuk mendapatkan markah penuh sehingga aku sanggup kerah tenaga juga. Aku siapkan beberapa surat untuk barisan PK sekolah supaya terima tawaran hukuman aku untuk kau. Aku siapkan perjumpaan dengan PK HEM hari itu juga, paksa diri untuk berani.. asalkan nasib Fir terbela. Semuanya tak mudah walaupun ayah aku pengetua. See?"

Ayuni tidak tahu harus memberi reaksi apa.

"Aku hanya nak kata, semua orang ada usaha masing-masing. Even kau pun rancang banyak hari untuk berjayakan pengkhianatan itu." Ryan akhirnya menoktahkan dialog.

"Ingat, kawan tak makan kawan." Sambungnya sebelum beredar daripada situ, meninggalkan Ayuni yang dari tadi berdetak laju jantungnya.

"Kawan.." lirihnya pilu.

________

"Abang! Elfira mesti sedih kita tak dapat pergi ke sana." Suraya mendengus.

"Fahrie kan dah wakilkan."

"Abang ada sorok benda ke daripada saya?" Mata Suraya mengerling tajam. "Saya rasa abang sorok benda!"

"Ish, sayang!" Daud menggeleng. "Barang yang saya beli tu.. awak dah bagi kepada Fahrie dan Elfira?"

"Awak cuba nak tukar topik ke?" Suraya bercekak pinggang. "Ya, saya dah bagi. Fahrie saya bagi depan-depan sebelum dia ke sekolah adik tadi. Adik pula.. tak sempat nak bagi. Saya letak atas meja dia."

Daud angguk faham.

"Adaa benda sorok ni!!!" Suraya memukul bahu suaminya berkali-kali. Topik asal diulang kembali. "Kalau tak, kenapa abang call saya suruh datang rumah padahal kita dah di tempat kerja? Bukankah abang dalam perjalanan nak ke sekolah adik tadi?"

Daud bungkam seketika.

"Saya dah agak!"

"Ya, saya nak pergi tadi.." Daud menghembus nafas lelah. "..sekejap, adik tak balik lagi, kan?"

"Pagi-pagi macam ni mana balik lagi. Dia selalunya balik lepas Zuhur."

"Saya tadi.." Daud bungkam sejenak. "Saya.. tayar kereta.. pancit."

Suraya tercengang.

"Jadi saya pergi dulu isi angin. Lepas itu saya sambung perjalanan, tiba-tiba minyak pula tak ada. Masa itu, saya sudah stres." Daud menjelaskan. "Tiba-tiba El mesej tanya saya pergi tak.. bila saya tengok jam rupanya sudah lewat. Solat hajat pun sudah habis, masa belajar pun dah bermula. Saya pun.. rasa tak sempat. Saya katalah saya sibuk untuk pergi."

"Padahal dah dekat untuk sampai?"

Daud angguk.

"Awak ni!" Sekali lagi, satu pukulan mendarat di bahunya. "Cakap sajalah benda yang sebenar!"

"Tak perlu," Daud hanya menunduk. "Dia akan faham, lagipun saya selalu guna alasan sibuk jika dia ajak datang ke sekolah."

"Kalau dia masih terasa dengan alasan itu?"

Kali ini, Daud bungkam.

"Kalau dia masih saja tak nak faham?"

"Su.."

"Kalau dia mengerti, kalau dia dah terbiasa.. dia tak akan tanya awak datang atau tak.. kalau betullah dia tak berharap, kenapa dia masih mesej walaupun solat hajat sudah tamat?"

Daud mengeluh panjang mendengar teguran isterinya.

"Bukan satu kali, bukan dua kali. Sudah banyak kali awak lakukan benda ini. Awak cuba untuk pergi bila dia ajak awak, tapi asyik bertindih dengan masalah. Awak bagi alasan sibuk, padahal sikit pun tak. Awak hanya tak mahu dia tahu susah awak,"

"Awak tak pernah rendahkan ego untuk anak." Suraya bangun daripada sofa. "Sudahlah, kita kena pergi kerja semula. Naik kereta saya lah kalau kereta awak ada masalah. Saya okey saja, lagipun memang kita pergi sama-sama setiap hari."

"Suraya.."

"Cepatlah, bang." Suraya tidak menoleh lagi, hanya menuturkan kalimat itu sebelum membuka pintu utama rumah.

Daud memejam mata erat sedetik, menyambut ketenangan untuk dirinya.

Benarlah itu.

Dia tidak pernah rendahkan ego untuk anak.

Dia juga.. tidak pernah memberitahu perkara yang sebenar kepada anak. Alasan yang sama tetap digunakan. Sibuk.

Padahal setengah mati, dia ingin sekali menunaikan solat hajat berjemaah di sekolah itu untuk memohon kejayaan buat sang anak.




"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

152K 5.3K 66
Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu...
199K 8.6K 80
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
34K 3.3K 4
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
661K 38.2K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...