OAK VALLEY'S SECRET [halilint...

By -ayrain

4.8K 666 1.9K

❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa e... More

OAK VALLEY'S SECRET
prologue + ros merah
1 + putera ros merah
2 + hantu sesat
3 + sakura
4 + kenyataan pahit
5 + masa lalu
6 + lelaki dari atlas
7 + bersiar-siar
8 + oak valley
9 + bertahan hidup
10 + roti hangat
11 + gula-gula strawberi
12 + ibu
13 + bilik muzik
14 + harlett rosenberg
15 + hidup dan mati
16 + hospital
17 + hukuman
18 + pertemuan pertama
19 + nenek beruban
20 + hidup seperti boneka
21 + bermain pedang
22 + bodoh dan cengeng
23 + cahaya yang indah
24 + tawaran
25 + lemas
26 + atuk jerung
27 + melihat masa depan
28 + kematian
29 + para syaitan
30 + penyamaran
31 + tong sampah
32 + terlambat
33 + terima kasih
34 + bekas ketua
35 + cuti sekolah
TAMAT SEASON 1
SEASON 2
36 + tomato
37 + ulang tahun
39 + ahli baru
40 + kawan 'sementara'
41 + kawasan perempuan
42 + mimpi buruk
43 + lari rumah
44 + kad jemputan
45 + tonton
46 + kamar sakura
47 + kata-kata menyakitkan
48 + kecantikan tak terlihat
49 + mengamuk
50 + lelaki itu
51 + rahsia terungkap
52 + luahan perasaan
53 + dulu terasa bahagia

38 + cinta

83 7 44
By -ayrain

38 + cinta

"SELAMAT menjadi ketua semula, Gempa!"

"Uwah, idola!"

Party popper ditiup serentak oleh Taufan, Blaze dan Thorn. Gempa terkebil-kebil memandang kek yang berada di tangannya, sedangkan hari ini Gempa tidak ulang tahun.

Pada akhirnya, Gempa jadi ketua kerana dipaksa Blaze.

"Kenapa kau juga ada kat sini?" soal Gempa seraya berpaling melihat lelaki beriris merah di sebelahnya. Kening lelaki itu terangkat.

Kini Hayes dalam tubuh Halilintar tersengih-sengih menatap wajah Gempa. Mesti Gempa pelik kenapa dia ada di sini sedangkan bukan ahli Sakura. Halilintar yang merupakan hantu diam di sebelah Hayes sambil merenung kek.

Air liur diteguk Halilintar.

"Potong kek! Potong!" sorak Hayes tanpa mempedulikan soalan Gempa. Mendengar sorakannya, yang lain ikut bersorak kecuali Ice dan Solar.

Gempa terkaku. Apa dia ada berbuat salah?

"Kek ni dilukis besar-besar muka Gempa oleh aku dan sebelah Gempa ada aku," beritahu Blaze buat mereka semua jadi menatapnya tajam.

"Kenapa kek tu ada gambar dua orang? Sepatutnya satu, kan? Kedatangan kau tak payah diraikan!" Party popper diketuk atas kepala Blaze buat Blaze mengaduh sakit.

Blaze mula mengejar Taufan saat Taufan berbuat begitu.

"Kau, apa masalah kau dari tadi, hah?" marahnya kesal. Taufan ketawa janggal, aduh.

Namun belum sempat Taufan berlari lebih jauh, rambut lelaki itu ditarik sekuat hati oleh Blaze. Mahu botak kepala Taufan dibuatnya.

"Lepas, lepas! Sakitlah, gila!"

"Wah, kau tahu sakit? Biar aku buat lebih sakit!"

Curi-curi Hayes mengambil isi kek di tangan Gempa. Mulut mengunyah kek perlahan, keningnya terangkat. Gempa yang perasan Hayes mencuri sebahagian keknya memandang tidak percaya. Bahkan dia belum potong kek lagi.

"Kek ni sedap," puji Hayes selamba. Gempa mengeluh berat.

Sabar sahajalah. Hayes mula melirik ke arah Halilintar yang dari tadi terliur melihat kek, bibir tersenyum tipis. Lantas piring yang berisi kek ditunjukkan ke arah Halilintar buat Halilintar terkebil-kebil.

Hayes menyuruh Halilintar mendekat agar dapat berbisik.

"Jom keluar, kita makan kek sama-sama," bisiknya.

Halilintar angguk kecil.

"Kau bisik kat siapa, Hali?" soal Gempa berasa merinding tiba-tiba. Siap bawa piring kek sambil berbisik. Siapa je tidak rasa pelik?

Ternaik bahu Hayes mendengarnya.

"Huwaa, Gempa! Tolong aku!" Laju Taufan menyorok di belakang Gempa, erat tangannya memeluk tubuh Gempa dari belakang.

Tercungap-cungap nafas Blaze mengejar langkah Taufan. Dia menatap Taufan yang berlindung di belakang Gempa, sempat lelaki beriris biru langit itu menjelir lidah tanpa sedar menaikkan amarah Blaze.

Gempa cuba melepaskan dirinya.

"Taufan, apa kau buat ni?" soalnya geram. Laju Taufan menggelengkan kepala, tangisan palsu sudah mengalir dahulu. Merayu Gempa agar melindunginya.

"Blaze nak serang aku! Hiks... aku tak ada salah apa pun."

Blaze menjegil.

"Kau jangan nak berlakon sekarang! Gempa, dengar cakap aku. Dia yang mulakan dulu, kalau tak adanya aku macam ni!"

"Gempa, Blaze cuma bohong. Jangan percaya!"

Tajam Taufan dan Blaze merenung antara satu sama lain, berlawan mata. Thorn yang cuba menghentikan mereka berdua tidak mampu membuka langkah, berasa takut tiba-tiba.

Gempa menghembus nafas berat. Dia tidak boleh marah, kalau marah tiada gunanya. Lagipun dia banyak salah dengan mereka semua, Gempa sedang cuba berubah menjadi ketua yang lebih baik. Senyuman cuba dipamerkan.

"Mari akur. Kau orang dah besar, bukan kecik lagi. Minta maaf sekarang." Gempa meleraikan pelukan Taufan terhadap belakang tubuhnya.

Ditarik paksa tangan Taufan dan Blaze agar bersalaman.

"Minta maaf, sekarang." Tegas Gempa berkata buat mereka berdua tidak sedar terteguk liur.

"Ma... maaf." Melebar senyuman Gempa mendengarnya. Manakala Taufan dan Blaze sudah mengetap gigi sambil memandang tajam antara satu sama lain.

"Peluk damai."

Tersentak Taufan dan Blaze mendengarnya. Pe... peluk?

"Tapi... Gempa."

"Ini perintah." Ah, Gempa menggunakan kekuasaannya sebagai ketua sesuka hati!

Akhirnya mereka berdua terpaksa berpelukan. Ice yang dari tadi melihat hanya memandang jengkel. Matanya mula beralih ke arah pintu yang sedikit terbuka, jelas-jelas adik Gempa sudah pergi.

Memang pergi ke mana dengan membawa piring kek?

+++

"AYAH suka?"

Laju Halilintar mengangguk. Tidak sangka dia berpeluang untuk memakan kek. Hayes hanya tertawa kecil, ayah sepertinya amat menyukai kek selain mawar merah. Mulut Halilintar penuh dengan kek, sepatutnya Hayes membawa lebih banyak potongan kek.

"Hah, sekarang baru aman." Hayes membaringkan tubuhnya atas rumput, di bawah pohon sakura yang indah bermekaran.

Pohon sakura ini tetap bermekaran, mungkin kerana kuasa yang dimiliki Oak Valley. Mata dipejam sekejap, tidak lama itu mencelikkan mata. Cahaya matahari kelihatan begitu silau, lantas Hayes menghalang cahaya tersebut mengenai matanya menggunakan tangan.

Halilintar yang sedang memakan kek melirik ke arah Hayes. Bibirnya tersenyum tanpa sedar.

"Kenapa ayah pandang aku macam tu?" soal Hayes tatkala sedar akan tatapan Halilintar. Halilintar hanya menggeleng mengundang kerutan di dahi Hayes.

Mata itu, mirip dengannya.

"Aku ingat waktu itu. Aku pernah cuba bunuh diri, hanya kerana surat yang menyuruh aku mati. Awal-awal aku nak mencuba saja, tapi kau hadir dalam hidup aku." Terangkat kening Hayes.

Hayes jadi menyedarinya, sejak akhir-akhir ini Halilintar sering tersenyum.

"Terima kasih. Aku tak tahu apa tujuan kau datang ke dunia ni, tapi aku nak berterima kasih. Aku tahu kau pasti orang baik."

Senyuman Halilintar dibalas Hayes. Tidak sangka Halilintar boleh berbicara begitu. Hayes mula menatap langit biru yang dihiasi awan dan burung berterbangan.

"Ayah, aku nak bahas tentang cinta."

Tiba-tiba?

"Di dunia aku, ada seseorang yang aku suka. Dia cantik, pandai menari, setiap kali aku lihat dia bersinar di atas panggung, jantung aku berdebar-debar. Aku tahu aku tak dapat memilikinya, tapi ayah tahu tak? Aku cukup dengan menyokong dia agar terus bersinar, walaupun dia tak pernah tahu perasaan aku."

Halilintar tidak tahu apa maksud yang sebenarnya 'cinta' itu. Perasaannya terhadap Hayes, dia rasa itu cinta. Tetapi lama-lama, cinta itu semakin pudar. Halilintar mengira bahawa lelaki dan perempuan itu sama sahaja.

Kerana ketika masih kecil, cintanya telah mati. Dia menyaksikannya, mereka yang sering memberikan cinta terhadap Halilintar terpaksa berhadap dengan kematian.

Warna ros merah, sama seperti tempat tinggalnya.

"Apa yang aku nak beritahu, ayah berhak bahagia. Cintailah seseorang yang buat jantung ayah berdebar-debar. Aku tak dapat miliki orang yang aku cinta, tapi aku yakin ayah boleh. Jangan biarkan dia sendirian, kejar dan tarik dangan dia. Katakan bahawa dialah kebahagiaan ayah."

Ibu melahirkannya sendirian. Keluarga ibu tidak menganggap ibu sebagai sebahagian keluarga kerana Hayes merupakan anak luar nikah. Meski begitu, ibu tak pernah merasakan kelahirannya sebuah kesalahan.

Saat menghadap kematian, ibu menggenggam tangannya dan tetap tersenyum.

"Suatu hari nanti, ayah akan jatuh cinta. Bila masa tu tiba, berjanjilah."

"Ayah takkan tinggalkan dia, dalam wujud apapun."

+++

CINTA. Ketertarikan terhadap lawan jenis. Berus catnya menari pada kanvas lukisan, bibir perlahan-lahan tersenyum saat gambaran seorang lelaki mulai terbentuk. Tanpa sedar, hatinya telah dicuri lelaki itu.

Sejak hari di mana lelaki itu datang menyelamatkannya bagaikan hero.

Dia ingin menyapanya jika bertemu, namun kerana rasa malu yang berlebihan. Jantungnya berdetak kencang seakan-akan tidak lama lagi bakal meledak.

Namun ada yang berubah, lelaki itu mula menegurnya saat tidak sengaja bertemu.

"Harlett, halu!"

Harlett yang sedang memeluk buku lukisan terus wajahnya membahang. Lelaki itu mengingatinya? Sungguh? Gadis gemuk seperti dia.

"Macam dah lama tak jumpa kau, kan? Aku sibuk sikit. Mereka dah tak ganggu kau, kan? Betul, kan? Kalau mereka masih ganggu, beritahu aku! Aku akan belasah sampai salah satu anggota badan mereka hilang!" Panjang lebar Blaze mengatakannya. Jarang-jarang dia nak lalu kawasan di mana kelas perempuan ditempatkan.

Taufan kata di sini syurganya lelaki. Blaze sanggup ponteng kelas semata-mata ingin melihat perempuan cantik. Taufan dan Thorn yang ikut bersama Blaze hanya melihat Blaze sibuk berbual dengan seorang gadis gemuk.

Thorn hanya senyum canggung, kenapa dia boleh berada di sini? Sedangkan Thorn masih berada di kelas, tiba-tiba Blaze mengheretnya keluar. Ini kan ponteng kelas namanya!

"Ta... tak. Mereka... tak ganggu... la... lagi." Tergagap-gagap Harlett membalas Blaze.

Terangkat kening Blaze. Belakang kepala digaru Blaze sambil menatap wajah Harlett. Baru sedar Harlett lebih pendek daripadanya. Buku lukisan yang terus dipeluk Harlett menjadi perhatian Blaze.

Waktu menyelamatkan Harlett, dia melihat lukisan gadis itu dihancurkan.

"Psst, Blaze! Mana kau kenal senior gemuk ni?" Tanpa bertapis Taufan menyoal. Blaze tersentak.

Se... senior? Harlett ialah seniornya? Apabila dilihat semula, name tag Harlett berwarna lain. Automatik memerah wajah Blaze, sebentar tadi dia sesuka hati memanggil gadis itu dengan nama sahaja!

Blaze menunduk sedikit. Malu.

"Kak... aku dan kawan-kawan ada urusan sebentar. Kalau kakak nak jumpa aku, datanglah ke kamar Sakura, heheh." Blaze tersengih-sengih memberitahu Harlett.

Harlett hanya angguk kecil. Blaze yang melambai ke arahnya diperhati Harlett, kelihatan Blaze senang bersama kawan-kawannya. Apabila tidak dirasakan lagi kehadiran Blaze, Harlett mula jatuh terduduk.

Hampir jantungnya bakal melompat keluar.

Finished on Saturday, 6 April 2024
Published on Tuesday, 23 April 2024

1396 words

Continue Reading

You'll Also Like

9.9K 537 5
[COMPLETE] A VERRRRRYYY SHORT STORY HaliGem of course! Damn yaoi! MPreg! Ya' gonna cursing for me after this. uwu idc Cover book by : Pinterest
39.1K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
1.6K 515 39
GENRE (SHORT-STORY/TEEN-FICTION/FRIENDSHIP) 📌XROS SERIES📌 Sebuah kumpulan pop yang terdiri daripada tujuh orang jejaka kini berhadapan dengan misi...
69K 345 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...