OAK VALLEY'S SECRET [halilint...

By -ayrain

4.8K 662 1.9K

❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa e... More

OAK VALLEY'S SECRET
prologue + ros merah
1 + putera ros merah
2 + hantu sesat
3 + sakura
4 + kenyataan pahit
5 + masa lalu
6 + lelaki dari atlas
7 + bersiar-siar
8 + oak valley
9 + bertahan hidup
10 + roti hangat
11 + gula-gula strawberi
12 + ibu
13 + bilik muzik
14 + harlett rosenberg
15 + hidup dan mati
16 + hospital
17 + hukuman
18 + pertemuan pertama
19 + nenek beruban
20 + hidup seperti boneka
21 + bermain pedang
22 + bodoh dan cengeng
23 + cahaya yang indah
24 + tawaran
25 + lemas
26 + atuk jerung
27 + melihat masa depan
28 + kematian
29 + para syaitan
30 + penyamaran
31 + tong sampah
32 + terlambat
33 + terima kasih
34 + bekas ketua
35 + cuti sekolah
TAMAT SEASON 1
SEASON 2
37 + ulang tahun
38 + cinta
39 + ahli baru
40 + kawan 'sementara'
41 + kawasan perempuan
42 + mimpi buruk
43 + lari rumah
44 + kad jemputan
45 + tonton
46 + kamar sakura
47 + kata-kata menyakitkan
48 + kecantikan tak terlihat
49 + mengamuk
50 + lelaki itu
51 + rahsia terungkap
52 + luahan perasaan

36 + tomato

72 8 41
By -ayrain

36 + tomato

❝ Kau tak sendirian, kan ada kami ❞

CUTI sekolah dimulai.

"Mel, jom pergi sana!" ajaknya riang. Melantha yang dari tadi menyilangkan tangan, memandang jengkel wajah Thorn.

Tiba-tiba Thorn menarik tangannya agar Melantha mengikuti dia. Melantha sudah menduga citarasa Thorn, tetapi seharian ini Thorn terus membawanya ke kebun! Rasa lelah menyelimuti diri Melantha kini.

Panas terik.

"Pak cik, apa kami boleh makan tomato ni?" soal Thorn. Kebun ini merupakan milik pak ciknya iaitu Tuan Theodore.

Theodore hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Aku dan isteri yang jaga kebun ni. Kau anak buah aku, jadi makanlah sepuasnya." Mendengar itu buat Thorn tersenyum lebar.

Melantha mula mengipaskan dirinya menggunakan tangan sahaja. Boleh terbakar kulitnya jika lama-lama dijemur matahari. Dia juga tidak dapat menolak ajakan Thorn kerana Thorn sepertinya suka dengan semua ini.

Thorn yang sedang makan tomato sempat diperhati Melantha. Sempat lagi makan.

"Tomato pak cik memang terbaik! Saya nak bawa pulang!" pinta Thorn dengan mata bersinar-sinarnya. Melantha tersentak, kenapa dia dapat rasakan telinga Thorn seperti telinga arnab?

Comel! Laju Melantha menggelengkan kepala. Dia tidak boleh sampai memuji Thorn, sedarlah Mel! Thorn itu abang yang terlalu baik kepadanya sampai membuat Melantha kesal. Namun tingkah abangnya benar-benar buat Melantha tidak tahan.

Dia tidak boleh jadi adik yang menganggap abangnya comel!

Krak!

"Kami tak perlukan tomato pak cik." Tanpa sedar Melantha telah menghancurkan separuh tomato Theodore buat Theodore dan Thorn tercengang.

Melantha tersentak. Apa yang telah dia lakukan? Dia tidak sengaja menghancurkannya. Melihat air mata Theodore mula mengalir menyentakkan Melantha. Ah, tomato pak cik!

"Baby... darling... sweet... heart... honey... huhu!" Nama-nama untuk tomatonya yang sudah hancur itu disebut buat Melantha berkerut dahi.

Kenapa tomato diberi nama? Keluarga ini gila!

"Pak cik jangan nangis... Mel tak sengaja," pujuk Thorn sambil menangis bersama Theodore. Dia memang tidak boleh melihat air mata orang lain, automatik hatinya turut berasa sebak.

Melantha seakan-akan menjadi orang yang paling jahat di tengah-tengah. Dia tahu bahawa hati Theodore amatlah lembut. Sebab itulah Melantha tidak menyukai keluarga ini, mereka tahu menangis sahaja! Memang keturunan betul.

Namun ini salahnya. Dia telah menghancurkan tomato kesayangan Theodore.

"Ja... jangan nangis!" teriak Melantha mengejutkan Theodore dan Thorn. Mata mereka berdua berkaca-kaca menatap Melantha yang memasang wajah garang.

"Ja... jangan marah... huhu." Tersentak Melantha. Apa dia terlihat memarahi mereka berdua?

Sudahlah Melantha tidak pandai dalam bab memujuk ni. Air liur ditelan. Apa yang harus dia lakukan? Kerana ibulah dia jadi mendapatkan kuasa ini. Melantha memang ambil sebiji perangai ibunya.

"Aku tak marah!"

"Huwaa!"

Dasar...

Melantha mula membelakangi mereka berdua. Jari digigit, dia telah membuat Theodore dan Thorn menangis secara tidak sengaja. Apa dia minta maaf sahaja? Melantha tidak pernah memaafkan orang lain kerana dia rasa tidak perlu.

Baginya, minta maaf ialah perkara yang melukai harga diri seorang Melantha. Namun sekarang situasinya begini.

Ugh.

"Aku..."

Theodore dan Thorn angkat kepala memandang Melantha yang masih membelakangi.

"Aku tak tahu apa-apa! Aku kan tak sengaja, jangan nangis lagi!" Ah, minta maaf itu sukar sekali. Dengan langkah kesal Melantha pergi meninggalkan kebun Theodore.

Sedangkan Melantha cuba untuk minta maaf, tetapi tidak dapat juga.

Terkebil-kebil Theodore dan Thorn mendengarnya. Thorn mula mengeluarkan sapu tangannya lalu diserahkan kepada Theodore buat Theodore memuncungkan bibirnya. Ingin menangis apabila Thorn amat mengertinya.

"Saya akan cakap dengan Mel, pak cik. Pak cik tahu kan Mel memang macam tu?" pujuk Thorn. Theodore hanya tersenyum kecil.

Stroot! Hingus dikeluarkan menggunakan sapu tangan Thorn. Usai mengeluarkan hingusnya, sapu tangan tersebut dihulurkan ke arah Thorn semula. Thorn lantas menolak.

"Pak cik boleh simpan," kata Thorn buat Theodore terharu. Thorn memang anak baik.

"Nanti kalau Mel dah membaik, ajak dia makan malam kat sini. Mel kan suka masakan mak cik," beritahu Theodore mendapat anggukan daripada Thorn.

Thorn mula berlari mencari di mana keberadaan Melantha. Nama adiknya dilaung sekuat hati.

"Mel! Mana Mel?"

Terhenti langkah Thorn saat tidak sengaja melihat Melantha duduk di atas rumput berhadapan tasik. Kelihatan gadis itu sibuk membaling batu ke dalam tasik menarik senyuman di bibir Thorn. Syukurlah adiknya tidak pergi terlalu jauh.

Melantha ialah adiknya, tetapi berlainan ibu. Ayah kahwin dua kerana ibu Thorn yang menginginkannya. Ibu Melantha yang merupakan kawan ibu Thorn pernah mencintai ayah secara diam-diam tetapi tidak pernah mendapat kesempatan kerana sikapnya yang kasar.

Tetapi ibu Thorn menyedarinya dan memberi kesempatan kepada ibu Melantha. Ibu Thorn amat baik, kerana itu banyak orang menyukainya. Keluarganya bahagia meskipun ayah berkahwin dua, kerana ayah seorang yang adil.

Dia juga harus melindungi Melantha kerana Melantha satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Meskipun Melantha terlihat tidak suka dengannya.

"Mel!" Ternaik kedua-dua bahu Melantha saat namanya diseru. Lantas Melantha berpaling.

Thorn sedang berlari mendekatinya buat Melantha tergamam. Bagaimana Thorn boleh menemuinya?

"Kenapa kau ada kat sini?" soal Melantha hairan. Baru sebentar tadi Thorn menangis seperti bayi.

"Abang nak jumpa Mel, heheh."

Selalu seperti ini. Thorn yang terlalu baik buat Melantha tidak menyukainya. Sifatnya itu mirip dengan Isadora, ibu Thorn. Melantha menyambung membaling batu ke dalam tasik, anggap sahajalah Thorn angin.

Melantha sedar dia selalu membuat abangnya menangis.

"Mel, abang minta maaf. Sedangkan hari ni abang nak buat Mel boleh bergembira sepuasnya," ucap Thorn mula duduk di sebelah Melantha, cepat-cepat Melantha menjarakkan diri sejauh mungkin.

Melantha yang perasan wajah Thorn mulai sedih, berasa serba salah. Telinga arnab Thorn menunduk buat Melantha mengemam bibirnya.

Comel sekali! Tidak, tidak! Kenapa dia malah membayangkan Thorn seperti arnab? Melantha menampar kuat kedua-dua pipinya menyentakkan Thorn.

"Mel okey?" soal Thorn sedikit khawatir. Siapa je tidak pelik melihat adik sendiri tiba-tiba tampar pipi.

Melantha menggeleng laju buat Thorn tidak ubah seperti batu. Terkaku mendengarnya. Dang! Ap... apa Melantha membencinya? Thorn mula menggenggam dada sendiri yang mulai sakit, tidak sedar air matanya sudah deras mengalir.

"Kenapa kau nangis?" Terkejut Melantha apabila Thorn sudah menangis. Apa dia buat salah lagi? Bagaimana? Kenapa? Sebenarnya apa salahnya kali ini?

Boleh stress Melantha kalau begini terus.

"Maaf abang tak boleh jadi abang yang baik... huhu. Jangan benci abang..."

Siapa yang membencinya? Apa Thorn sedang salah faham? Hati abangnya benar-benar dibuat daripada tisu.

"Ja... jangan minta maaf!"

"Hiks."

+++

"CIK Alette setiap hari kirim hadiah untuk tuan muda bila tuan muda ulang tahun."

Selama ini Halilintar hanya mengenalinya melalui nama. Tidak pernah terdetik di hatinya untuk bertemu tunangan sendiri. Dia sudah mengajak tunangannya bertemu sesuai disuruh Hayes, namun ini terlalu mendadak.

Hayes menyuruhnya tidak menutup dahi. Gaya rambut belah tengah. Mata merahnya melilau kiri dan kanan, mencari mana kelibat tunangannya. Sudah dia tidak kenal wajah tunangannya, bagaimana ingin mencari?

Halilintar buntu.

"Hai!" Tiba-tiba terasa lengannya dirangkul dari belakang buat Halilintar tersentak.

Dia lengkap dengan gaun putih, rambut diikat ekor kuda menggunakan reben merah jambu. Itu pertama kali dia melihat seorang gadis yang tidak disukainya mengenakan pakaian yang tidak biasa, selalunya seragam sekolah.

Nenek.

"Kenapa kau ada kat sini?" soal Halilintar lantas menepis Alette. Alette tersentak.

Bukan Halilintar yang mengajaknya?

"Awak yang ajak saya, kenapa tanya?" Terangkat kening Halilintar. Bila masa?

Alette menghembuskan nafas berat. Sah, Halilintar masih tidak mengetahui dialah tunangannya. Tanpa ragu-ragu pergelangan tangan Halilintar ditarik buat Halilintar terkejut. Ke mana Alette ingin membawanya?

"Lepaskan aku."

"Saya tunangan awak, Hali."

Terdiam Halilintar mendengarnya. Tidak mungkin Alette berkata bohong, tatapan mata sakuranya tidak menunjukkan niat untuk menipu. Dia tidak sangka selama ini dia sudah mengenali tunangannya sendiri.

Tangan Alette yang masih menggenggam tangannya dilirik Halilintar.

"Kau boleh lepaskan tangan aku?" pinta Halilintar buat Alette mengangkat kening.

"Kenapa? Bila tahu saya jadi tunang awak, awak terus tak suka?"

Terbatuk-batuk Halilintar mendengarnya buat Alette semakin tidak mengerti. Sakitkah? Alette mula melepaskan tangan Halilintar seraya cuba meredakan batuk Halilintar.

Bukan tidak suka, cuma Halilintar masih tidak dapat menyangkanya. Dia tidak membenci Alette, cuma perasaannya terhadap Alette teramat zero. Dia tidak mahu Alette terlalu berharap.

"Aku tak kata aku tak suka," balas Halilintar usai meredakan batuknya.

Alette merenung sepasang iris merah itu. Halilintar bahkan sanggup bernampilan lain daripada yang lain untuk bertemunya. Angin yang bertiup lembut meniupkan rambut Alette, wajahnya tersipu-sipu merah tanpa sedar.

Hujung kain pergelangan tangan Halilintar ditariknya menarik perhatian lelaki itu.

"Ha... Hali."

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^

Tyy sudi tunggu season 2 ! 🐰💖 okey tak bab kali ni? Maaf kalau kurang memuaskan, apapun tyy sudi baca, vote dan comment. Saya hargai sgt ii ❤️❤️

Finished on Tuesday, 2 April 2024
Published on Friday, 19 April 2024

1333 words

Continue Reading

You'll Also Like

42.6K 3.9K 100
Boboiboy tiba-tiba mati dan dilahirkan ke dunia lain. Dunia penuh magis dan fantasi yang bakal ditempuhi. Nama anime yang author gunapakai untuk fanf...
1.4K 157 6
[complete] kim hongjoong leader ateez abang kepada adik beradiknya hongjoong akan berkorban untuk adik beradiknya dan selalu berkerja keras siapa saj...
3.8K 296 35
Selepas Kematian kedua Akibat Pertarungan terakhir dia dan Rudy yang menghancurkan planet bumi mereka Ali kini dihidupkan kembali didalam badan seora...
25.7K 556 32
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :