Senja Terakhir [COMPLETE]

بواسطة luv_ani

1.6K 125 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... المزيد

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

33. Rindu

24 2 0
بواسطة luv_ani

Zayn lengkap dengan jubah hitam. Semuanya serba-serbi hitam. Dia juga membawa payung berwarna hitam untuk melindunginya daripada bahang cahaya matahari.

Memandangkan kawasan itu sudah tidak lama basah dengan air hujan, melainkan dengan air mata.

Dengan bantuan motor yang dikendarainya, dia akhirnya sampai ke destinasi tersebut.

Kubur.

Sudah lama dia tidak jejakkan kaki ke sini. Zayn mengeluh perlahan. Matanya meliar mencari kubur seseorang dari jauh.

Tiba-tiba guruh terdengar, dan tidak sampai sedetik hujan pun turun renyai-renyai. Zayn tersentak.

"Se.. sejak bila pula.. hujan.."

Dia segera mencapai payung hitam di dalam raga motor meskipun dia kebingungan.

Apabila dia turun daripada motor, hujan semakin lebat mengguyur dirinya di sebalik payung. Zayn memandang datar.

Kakinya mengorak langkah masuk ke kawasan kubur tersebut. Hanya memerlukan beberapa langkah untuk sampai ke tempat tinggal seseorang itu.

Aariz, aku datang.

Tiba-tiba dia melihat ada seorang gadis yang fokus membaca Yaasin di kubur itu. Tubuhnya diguyur oleh hujan yang lebat. Zayn mendengus saat dia melihat wajah itu.

"Nak demam gamaknya,"

Dia melangkah ke situ. Langkahnya mungkin tidak terdengar kerana suara hujan yang deras. Elfira kini membenamkan wajah di atas kedua-dua lututnya yang disatukan.

Tangannya mengalihkan payung tersebut untuk melindungi gadis itu. Kini, tubuh Zayn pula basah.

Memerlukan beberapa minit untuk Elfira sedar akan tindakannya. Bila gadis itu berdiri dan memandangnya, jantungnya berdetak laju.

Tatapan yang meluluhkan.

Zayn kaget saat wajah gadis itu penuh dengan air mata. Yang mana itu pertama kali Zayn lihat.

Dia yang dulu ingin sekali melihat gadis itu hancur dengan air mata, tiba-tiba merasa simpati dan bersalah walaupun kini gadis itu bukan menangis kerana dia.

"Sudah lama tanah di sini kering-kontang.. aku tak sangka hari ini akan hujan."

Zayn kesulitan untuk bernafas normal kerana kesejukan. Tubuhnya menggigil halus, rambut basahnya jatuh menutupi dahi.

"..atau seseorang yang ditunggu oleh arwah akhirnya datang."

Elfira lah yang ditunggu oleh Aariz, untuk bertahun-tahun lamanya.

Dia tidak pernah menyangka yang dia akan berkomunikasi dengan gadis ini lagi. Lebih-lebih lagi, di sini.

Elfira tidak menjawab, dan pergi meninggalkan dia. Gadis itu berlari dalam kehujanan.

Saat Zayn menoleh, dia mendapati ada sebuah kereta yang parking di luar kawasan kubur.

Yang lebih mengejutkan lagi, ada Raudhah yang kini memeluk Elfira, dan Syiraz yang sedang memayungkan mereka berdua.

Syiraz berjubah putih. Tika itu, Zayn baru teringat akan satu pesanan Aariz yang tertulis di dalam nota kecil Al-Qur'an.

'Kalau aku tak ada, janganlah pakai jubah hitam macam suram sangat kubur aku, baca Yassin jangan lupa ya biar aku tenang sikit nak jawab exam.. soalan KBAT. Aku dah cuba study hehe. Lepas itu jangan nangis teruk sangat.. aku sedih nanti tak tenang pula.'

Sejenak, tatapan Syiraz dan Zayn bertemu.

Bab 33: Rindu

"Kak, jangan pergi tanpa mak lagi, okey?"

Raudhah terpaksa meminta bantuan Syiraz untuk menghantarnya ke kubur. Sudah sehari suntuk dia tidak melihat Elfira, dia risau.

Elfira memuncungkan bibir, tubuhnya menggigil halus. Rambut basahnya kini dikeringkan oleh Raudhah menggunakan tuala kecil.

Mereka berdua berada di bilik tetamu.

"Sejuk lagi?"

Elfira angguk.

"Kalau macam itu, nak guna pengering rambut tak?"

"Ada ke?"

Raudhah tersenyum sambil mengusap rambut anak perempuannya. Dia bersyukur Elfira mula bersikap manja bersamanya. Seakan-akan mereka tidak pernah terpisah.

Raudhah angguk dan bangun daripada katil.

Tiba-tiba terasa pergelangan tangannya dicengkam lembut oleh seseorang. Raudhah menoleh.

"Mak nak pergi?"

"Mak nak ambil pengering rambut."

"Di mana?"

Raudhah bungkam seketika. Dia menahan sebak.

"Di bilik adik kakak."

Elfira tergamam.

"Mak nak pergi ni, sebentar saja. Nanti mak kembali." Raudhah melirik pergelangan tangan. Dia sedar, anak perempuannya semakin mengeratkan cengkaman.

"Kakak?"

"Jangan pergi."

Raudhah tersenyum nipis. "Mak pergi sebentar.."

"Jangan tinggalkan kakak lagi." Mata Elfira mula berkaca. "Adik dah pergi.. mak jangan pergi.."

"Mak tak.."

"Janganlah.."

Ayat Raudhah terpotong saat anak itu merayu.

"Ya, mak tak pergi." Raudhah duduk kembali dan meletakkan satu tangannya di rahang Elfira. Bahang panasnya mula mengalir. Ibu jarinya mengusap pipi lembut itu.

"Mak tak akan pergi lagi."

Elfira mencebik. "Kenapa.. mak buang kakak?.."

Raudhah terkesima.

"Kenapa, mak.."

Mata Elfira semakin berkaca. Raudhah menelan liur.

-

"Apa gunanya kau simpan anak itu?! Aku masih belum bersedia jadi ayah!" Rafi teriak.

Pulang saja daripada kerja di luar negeri selama hampir 1 tahun, dia dikejutkan dengan perut Raudhah yang membuncit. Hampir sakit tekaknya menyuruh isterinya menghilangkan anak itu 9 bulan yang lalu.

Tetapi Raudhah tidak pernah melakukan itu.

"Anak ini.. tak bersalah." Raudhah kekal membela dirinya. Tangan naik mengusap perutnya dengan nafas terengah-engah. "Saya gendong anak ini selama 9 bulan. Dan awak senang saja kata begitu?"

"Gugurkan."

Raudhah memandang suaminya tidak percaya.

"Saya tahu kita kahwin paksa.." Raudhah melirih. "..tapi saya tak pernah bayangkan awak sekejam ini, Rafi.."

"Gugur, atau kau nak kita cerai?"

"Cerai!" Raudhah berteriak keras. "Daripada mendapat dosa dari bunuh nyawa yang tak bersalah, baik kita bercerai.."

"Okey, jika itu pilihan kau." Rafi mendekat.

Raudhah mengemam bibirnya yang mula bergetar. Tidak mungkin Rafi akan..

"Nur Raudhah Adani binti Mohamed Nasir,"

Raudhah meneguk liur.

"..aku ceraikan kau dengan talak satu."

Kemudian, Rafi pergi meninggalkannya.

Raudhah jatuh terduduk. Mengapa semudah itu..?

"A.. argh.." Dia mula merasakan sesuatu yang menjalar di dalam tubuhnya. Dia pandang ke bawah.

Seluar yang dia pakai mula bertukar merah.

Matanya meluas. Jangan kata..

"Abang! Sakit!!" Panggilnya.

Namun tiada sahutan.

Dia segera mencapai telefon bimbitnya yang tidak jauh. Nombor keluarga didail.

"Ya Allah.." rintihnya perlahan.

-

"Saya mohon, ambillah anak-anak ini. Jaga mereka dengan baik."

Raudhah menggigit bibir perlahan. Terasa sakit lepas melahirkan masih ada. Dia sudah sediakan semua keperluan bayi.

Dia membuat keputusan untuk meletakkan anak-anaknya di sini. Kerana hati terlalu remuk, keputusan di luar kotak diambil. Dia sentiasa menangis selepas melahirkan. Emosinya tidak stabil, terlebih lagi tanpa peranan suami.

"Mereka kembar. Ini namanya Aariz Hafiz, manakala yang perempuan namanya Elfira Amelia.."

"P... puan.." Bunga, yang merupakan ibu kepada Jannah tiba-tiba kehilangan kata-kata. "Puan.. jangan begini.."

"Di sini rumah anak yatim. Khusus untuk anak yatim, bukan.. anak yang masih utuh dengan keluarga.." Jelas Bunga.

"Mulai sekarang, mereka anak yatim."

Bunga tersentak.

"Jaga mereka, ya?" Raudhah tersenyum perit. Matanya mula berair. "Saya dah hilang semuanya. Saya hilang arah. Saya taknak hilang anak-anak saya lagi.."

"Jadi puan patut jaga mereka.."

"Tak." Raudhah menggeleng. "Saya akan datang kembali.. saya tak layak jaga mereka. Banyak benda saya tak tahu. Sementara saya pergi belajar untuk menjadi ibu, pegang lah kata-kata saya."

Bunga membuka mulut untuk menjawab, tetapi tidak sempat, tangannya dipimpin erat oleh seorang kanak-kanak.

"Ibu, itu.. siapa?"

Raudhah memandang anak kecil itu.

"Jannah.. masuk." Arah Bunga.

"Kenapa makcik letak mereka di sini?"

Raudhah tergamam dengan soalan anak sekecil Jannah itu.

"Jannah.."

"Macam mana makcik tahu nama saya?" Jannah tersenyum teruja, dia melepaskan tangan ibunya dan mendekati raga yang berisi dua bayi itu.

Raudhah memandang Jannah yang datang mendekat.

"Comelnya!" Jannah menepuk tangan sekilas. Sesekali tangannya menyentuh pipi gebu bayi-bayi itu.

"Jannah.. nak jaga mereka?" Soal Raudhah. Bunga mengeluh.

"Nak!" Jannah bersorak riang.

Raudhah tersenyum seraya melirik Bunga. Tatapan mereka bertemu.

"Tolonglah.."

Bunga mengeluh perlahan.

"Isikan segala biodata dalam fail." Ujar Bunga sebelum masuk ke dalam diikuti dengan Jannah.

"Jom, makcik!"

Raudhah menelan liur sebelum memandang anak-anaknya buat kali terakhir.

"Maafkan umi..."

-

"Selepas tujuh tahun berlalu, mak baru sedar akan kesilapan mak.." Raudhah menunduk dan menangis. Tangannya masih kekal di rahang Elfira.

"Dan semuanya dah terlambat. Kakak diambil oleh keluarga Daud. Hari-hari mak cari, tapi tetap tak jumpa. Mak hilang arah lagi.. tapi hidup tetap perlu diteruskan. Mak jaga adik, tapi mak hanya mampu mendoakan kakak dari jauh.."

Elfira naik mengusap tangan Raudhah yang berada di rahangnya. Lembut.

"Ayah kakak kembali.." Raudhah berhenti sejenak. "Setelah lapan tahun mak jadi ibu tunggal, Adib hadir mewarnai kembali hidup mak. Tiba-tiba, ayah kakak datang.. nak rujuk balik. Dia kata mak tak akan terlepas daripada dia."

Elfira tergamam.

"Mak tak faham dengan dia, kak.."

Elfira dapat melihat ibunya kembali menangis.

"..kenapa dia nak bunuh Syiraz dulu.. mak sungguh.. tak faham.."

Suaranya bergetar.

"Tapi Aariz datang selamatkan Iraz. Mak tak tahulah apa yang adik akan rasa jika dia tahu ayah dia sendiri buat dia tuli."

"Semuanya sudah berlalu, mak.." Elfira menurunkan tangan ibunya dan genggam lembut.

"Mak tahu." Raudhah angguk setuju.

"Mak.."

"Kakak tahu kenapa adik pergi?"

Elfira tergamam. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Zayn dan Syiraz, dia tahu. Tetapi.. apa salahnya jika dia mendengar daripada ibunya?

"Ke.. napa?"

Raudhah bungkam seketika.

Elfira mula berdebar. Adakah Raudhah tahu segalanya?

"Kerana.."

Perlahan, genggaman mereka semakin erat.

"..Aariz ada kanser darah. Leukemia."

Elfira tergamam.

"Tak ada yang tahu tentang ini selama dia hidup. Dia menyembunyikannya, dia rasakan sakit itu sendirian.. mak tahu Syiraz tak bersalah walaupun semua tuduh dia.. mak tahu sebulan selepas adik pergi.. mak sedih sangat.."

"Dia jatuh, kerana tak sedarkan diri ketika berada di hujung balkoni. Dia pergi kerana dia mengikuti Takdir, bukan kerana dia yang melawan Takdir." Sambungnya, dengan suara bergetar.

Elfira berfikir dalam diam. Bermakna, semua ini tidak ada kena mengena dengan Syiraz.

Lelaki itu hanyalah mangsa keadaan.

Mangsa keadaan.

"Sepatutnya mak pantau dia.. tapi.. ya Allah.." Raudhah menunduk lagi, dan berusaha menyeka air matanya.

"..tak terbayang macam mana dia cuba untuk selamatkan dirinya seorang diri. Tenggelam dalam luasnya lautan, dan berteriak untuk diselamatkan.."

"Sakit, kakak.." Raudhah menangis. Lagi dan lagi.

Elfira kaku sejenak sebelum kembali bertutur.

"Dia telah diselamatkan."

Raudhah angkat wajah. Sembab.

"Mak jangan risau.. Syiraz sudah selamatkan dia dengan dua kalimah yang mulia."

Sedikit sebanyak, Raudhah mula tenang.

"Biar kakak yang ambilkan pengering rambut itu. Kakak nak masuk bilik adik, mak.."

Raudhah tersenyum, dan mengesat air matanya. Dia angguk.

"Jom."

Setelah sampai di hadapan pintu bilik yang sudah lama dibiarkan itu, Elfira mengeluh perlahan. Raudhah yang berada di sebelahnya, tiba-tiba sebak.

"Mak tak pernah masuk ke sini.. sebab mak tak kuat.." Vokal ibu itu pecah.

"Maafkan mak.." Bibir dia bergetar. "Kakak masuk dulu ya? Mak.. mak tunggu di dalam bilik tetamu.."

Belum sempat Elfira menahan, ibunya terus berlari kecil masuk ke bilik tadi. Dia menutup pintu. Elfira gundah, pastilah seorang ibu sedih jika memori anaknya yang sudah tiada kembali.

Mahu atau tidak, Elfira ingin masuk ke sana. Hakikatnya, rambut dia sudah kering, dan sudah ditutupi dengan hijab labuh. Dia hanya datang untuk melihat bilik adiknya.

Dia membuka pintu perlahan. Dia terkejut saat pintu itu terbuka, tidak terkunci.

Elfira mula menapak masuk ke dalam. Suasana di dalam sangat nyaman, dan peliknya, kipas siling bergerak laju seakan-akan ada orang di dalam bilik ini.

Ada beberapa gambar Aariz yang di-frame, serta gambar keluarga. Gambar berdua dengan Syiraz juga ada. Dan.. gambar mereka bertiga.

Zayn, Aariz, dan Syiraz. Di sudut gambar itu tertulis tahun gambar itu diambil.

2018.

Bermakna, lima tahun yang lalu.

Elfira menekup mulut sendiri, hatinya remuk dan redam melihat wajah-wajah yang berusia 12 tahun tika itu.

Ternyata, dia pernah bertemu dengan adiknya sewaktu peperiksaan kemasukan tingkatan satu. Seandainya dia tahu itu Aariz, pasti dia bakal meluahkan segala rindunya. Seandainya mereka mengenali satu sama lain waktu itu, dia pasti melindungi adiknya.

Maka Aariz tidak akan pergi.

Tetapi itu hanya andaian.

Seandainya.. saja.

Meja belajar terlihat kemas, tetapi penuh dengan buku. Bilik ini juga ada papan kenyataan mini, dan rak-rak yang dipenuhi buku cerita nabi-nabi.

Papan kenyataan mini itu mengandungi ayat-ayat Al-Qur'an seperti doa seribu dinar, doa ibu bapa, dan doa-doa untuk belajar. Jadual belajar dan ayat-ayat motivasi juga ada.

Ada wishlist yang terlekat di situ.

Elfira berganjak untuk melihat wishlist tersebut secara dekat.

Perancangan tahunan 2021:
Cari kakak. ☹️
• Cari ayah. 🥲
• Pergi ke pantai dengan Syiraz dan Zayn. 😎🌊
• Belajar, dapat nombor 30. 🧠
• Jadi orang baik. 🙈
• Peluk ibu setiap hari. 🫂
• Bersalaman dengan ayah Syiraz. (minta izin dengan Raz dulu) 🤝
• Bersyukur. 🤲




• Hidup.

Buku lima digenggam erat di sisi tubuh.

Sedikit menyakitkan bila semua wishlist itu mengandungi emoji tertentu yang dilukis, kecuali hidup. Bahkan, hidup itu menjadi pilihan terakhir.

Dan cari kakak ialah pilihan pertama.

Elfira mengamati setiap penjuru bilik itu. Tiba-tiba dia tersedar bahawa salah satu almari yang berdekat dengan katil itu terbuka. Baju-baju yang dilipat terurai. Kaki mula melangkah ke sana.

Bila dia mula mendekati katil, apa yang dia lihat ialah rambut.

Ya, rambut hitam.

Dia semakin mendekat.

Elfira melihat penampakan sosok tubuh seorang lelaki sedang duduk di sisi katil dengan tubuh yang menggigil halus. Dia menggigit sehelai baju agar esakannya tidak terdengar manakala tangannya mengenggam erat sehelai baju lagi. Lelaki itu juga cuba untuk menyorokkan wajah.

"Syi.. Syiraz?"

Suara Elfira timbul tenggelam.

Tubuh itu tiba-tiba berhenti menggigil. Dia tetap tidak ingin berpaling.

"K.. kau buat apa kat sini?" Soal Elfira.

Hening.

Sedetik kemudian, lelaki itu menjawab selepas melepaskan giginya daripada baju itu.

"A.. aku.. rindu.."

Rindu yang tidak terbalas.

"..rindu dia.."

Mungkin, rindu itu semakin kuat apabila dia datang melihat Aariz dari jauh, di tempat tinggal yang entah nyaman atau tidak.

"..ya Allah.. rindu sangat.."

Vokal itu pecah.

"Kau tak bersalah, Raz. Serius. Aku serius." Elfira ingin menjelaskan semuanya tetapi tiba-tiba..

"Iraz.."

Kali ini, Syiraz menoleh ke arahnya. Elfira juga menoleh ke sisi.

Raudhah datang.

"Itu baju.. adik.."

Barulah Elfira sedar bahawa baju yang dipegang Syiraz itu ialah baju arwah uminya dan adiknya. Mungkin, lelaki itu ingin melepaskan rindu.

Dan tanpa disangka, tangisan Syiraz kembali pecah namun tidaklah terdengar. Sengaja lelaki itu menangis dalam diam. Dia menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan seraya menunduk.

Layaknya seperti seseorang yang merindukan ibu dan adiknya.

__________

"Abang,"

Fahrie menoleh.

"Abang dah nak pulang?"

Fahrie angguk seraya duduk di hadapan budak itu.

"Ya, abang dah siap susun-susun meja. Untuk apa lagi abang berada di sini?"

"Untuk Hanan."

Fahrie hanya mampu tersenyum. Tangannya naik membelai rambut Hanan.

Tiba-tiba Fahrie mengangkat dagu Hanan agar mata mereka bertembung.

"Nan, ni abang."

"Tahu."

Fahrie terkekeh. Bukan itu yang dia maksudkan. Dia cuba untuk teguh.

"Bercakaplah dengan abang angkat Elfira."

Hanan terdiam.

"Saya memaksa." Ujar Fahrie, yang mana dia mampu amati wajah Hanan berubah kuyu.

"Saya.."

Sudah dia maklumkan, sesuatu itu dapat mengambil alih tubuh Hanan dalam sekelip mata.

"..saya rindu kakak.."

Jantung Fahrie berdetak laju. Lututnya terasa lemah. Tidak seberani tadi. Rasanya, ada sedikit penyesalan mula datang kerana memanggil benda itu.

Tetapi sungguh, dia tidak sangka benda itu akan hadir secepat mungkin. Memahami dengan penuh fokus layaknya seperti manusia.

"Boleh saya panggil awak abang?"

Fahrie angguk perlahan. Nada suara itu tidak semanja Hanan, tetapi seperti lelaki yang sudah remaja.

"Abang Fahrie.."

Fahrie menelan liur sebelum melepaskan sentuhannya pada dagu Hanan.

"Apa tujuan datang ke sini?" Soal Fahrie. "Apa tujuannya masuk ke tubuh budak ini?"

Dalam hati, dia setia membaca kalimah-kalimah suci untuk melindungi diri.

"Selepas orang yang saya tunggu datang jenguk saya, saya rasa bebas untuk sementara waktu.."

Fahrie angguk tanda faham.

Hanan menunduk, dan bermain dengan jari-jemarinya.

"..saya hanya dapat meluahkan perasaan saya melalui tubuh Hanan, bang. Hanya dia yang dapat melihat saya."

Fahrie tiba-tiba rasa gementar. Dia juga tidak dapat melihat, tetapi dia dapat mendengar.

"Sampaikan rindu saya kepada kakak."

"Siapa kakakmu?"

Hanan bungkam sejenak.

"Elfira?" Fahrie menyoal kembali. Hanan pernah mengatakan bahawa dia merindui gadis itu.

Dan.. Hanan angguk.

"Aa.. Aariz?" Fahrie sontak berdiri dari duduknya. Dia menatap Hanan tidak percaya.

"Itu saya." Ujarnya. "Saya rindu."

Jujur, Fahrie tidak memahami bagaimana roh ini masih berkeliaran.

"Sebelum saya dijemput, saya mohon.. dia ingin bertemu saya. Dia yang memanggil saya. Saya mohon.."

Fahrie menghela nafas berat.

"Bagaimana, Aariz?" Soalnya. Meskipun takut, dia sedikit simpati dengan apa yang terjadi antara dua beradik ini.

"Melalui Hanan, abang." Ujarnya, membuat Fahrie seribu bungkam.

___________

"Terima kasih, Ayuni sebab bantu aku lunaskan bil hospital sedikit. Semoga Allah membalas jasa kau dan kawan-kawan yang lain."

Ayuni tersenyum tipis. Dia sedikit rindu mendengar suara sahabatnya, Dahlia.

Perempuan itu baru saja memanggilnya menggunakan telefon bimbit.

"Sama-sama, Lia."

Hening.

Tidak ada percakapan antara mereka berdua selepas itu.

"Tak apa lah aku.."

"Lia,"

Ayuni memotong percakapan Dahlia.

"Ya?"

"Semoga terus kuat."

Dahlia tersiagap.

"Kau pun.."

Ayuni mengerut kening. Bingung.

"..semoga berubah."

Kali ini, giliran Ayuni tersiagap.

Tiba-tiba Dahlia meletakkan panggilan itu, padahal Ayuni tidak sempat memberi jawapan apa pun.

Ayuni duduk di atas katil dan menghela nafas berat. Selama seminggu ini, terasa hidupnya begitu sunyi dan tidak tenteram. Seperti hari di mana dia mula menulis nama Elfira di atas kertas yang sebahagian besar dijawab salah.

Tika itu, dia sentiasa gelisah dan gusar. Dia tidak dapat bertenang, walaupun dengan melukis. Dia fikir perasaan itu akan berakhir jika dia meluapkan segala rasa yang terbuku kepada Elfira. Bahkan orang lain seperti Ryan, Zayn, Dahlia dan Amir. Mereka semua menjadi pendengar secara terpaksa. Mereka yang melihat Ayuni berubah menjadi karakter yang berbeza.

Villain.

Tetapi lain yang jadi, malah perasaan itu semakin tertambah. Dia semakin gusar dan gelisah. Dia semakin sedih, dan hampir kemurungan kerana terpenjara di dalam rumah. Dia digantung sekolah untuk sementara waktu, membuat keluarganya kecewa, dan mengkhianati sahabatnya.

Hidupnya tidak pernah tenang selepas mengkhianati Elfira, yang menurut Zayn ialah pusat dunia.

Dia sedikit rasa bersalah, kerana Elfira begitu tulus bersahabat. Tetapi perasaan dengki nya lebih berkuasa.

"Apa yang aku buat ni.."

Ayuni mengepal erat penumbuk. Ada satu mimpi yang mula menghantui dirinya tiga hari berturut-turut.

"..betul atau tidak?"

Mimpi di mana seseorang meminta dia untuk memohon maaf.

"Minta maaf kepada orang-orang yang telah kau hancurkan satu kebahagiaan mereka, Ayuni Natasya."

Tetapi Ayuni tahu mimpi itu bukan untuk Elfira, melainkan untuk orang-orang yang begitu menyayangi gadis itu.

"Hanya mimpi." Ayuni terangguk-angguk. Ya, hanya mimpi.. permainan tidur.

"Tapi.. orang-orang.. mereka.."

Bagaikan teka-teki, kata nama yang merujuk kepada ramai itu membuatnya ragu sehingga menimbulkan beberapa pertanyaan singkat.

Seberapa ramai yang menyayangi gadis itu?

Dan.. seberapa banyak orang-orang tersebut menyayangi gadis itu sehingga dia harus memohon maaf?



"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

3.1K 92 12
Lirik selawat/syair/qasidah/doa beserta terjemahan dan lirik arab yang berbaris untuk memudahkan bacaan 💕 Komen atau mesej untuk request lirik selaw...
1.1K 91 13
"sometimes someone who helps you to heal your wounds is the person who will make your wounds even deeper in your heart. So do not easily give your he...
294K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...