OAK VALLEY'S SECRET [halilint...

By -ayrain

5K 669 1.9K

❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa e... More

OAK VALLEY'S SECRET
prologue + ros merah
1 + putera ros merah
2 + hantu sesat
3 + sakura
4 + kenyataan pahit
5 + masa lalu
6 + lelaki dari atlas
7 + bersiar-siar
8 + oak valley
9 + bertahan hidup
10 + roti hangat
11 + gula-gula strawberi
12 + ibu
13 + bilik muzik
14 + harlett rosenberg
15 + hidup dan mati
16 + hospital
17 + hukuman
18 + pertemuan pertama
19 + nenek beruban
20 + hidup seperti boneka
21 + bermain pedang
22 + bodoh dan cengeng
23 + cahaya yang indah
24 + tawaran
25 + lemas
26 + atuk jerung
27 + melihat masa depan
28 + kematian
29 + para syaitan
30 + penyamaran
31 + tong sampah
32 + terlambat
34 + bekas ketua
35 + cuti sekolah
TAMAT SEASON 1
SEASON 2
36 + tomato
37 + ulang tahun
38 + cinta
39 + ahli baru
40 + kawan 'sementara'
41 + kawasan perempuan
42 + mimpi buruk
43 + lari rumah
44 + kad jemputan
45 + tonton
46 + kamar sakura
47 + kata-kata menyakitkan
48 + kecantikan tak terlihat
49 + mengamuk
50 + lelaki itu
51 + rahsia terungkap
52 + luahan perasaan
53 + dulu terasa bahagia

33 + terima kasih

90 11 52
By -ayrain

33 + terima kasih

Beberapa tahun yang lalu,

"GEMPA, jaga dan lindungi Hali baik-baik, ya? Dia tiada sesiapa selain kita."

Ibu memohonnya. Gempa yang berusia 14 tahun dengan rambut pendek, mengangguk mendengar itu. Pada awalnya semua terasa indah dan damai. Marianna, ibunya mula mengusap hangat rambut Gempa buat Gempa tertawa kecil.

"Percayakan saja kat Gempa, heheh."

Dia tidak tahu masa depan. Hari-hari Gempa selalu indah ditemani keluarga tercinta. Lama Gempa menatap Halilintar yang sibuk dengan bunga mawar merahnya. Adiknya terlalu obses dengan mawar merah. Bibir perlahan-lahan tersenyum.

Jom kacau adik!

"Bah! Terkejut tak?" soal Gempa sengaja menarik kedua-dua belah pipi Halilintar yang tembam, mesti banyak makan ni.

Halilintar mula berpaling memandang Gempa yang tidak lekang dengan senyuman manisnya.

"Abang baru balik sekolah?" Gempa memuncungkan bibir, tangan yang tadi menarik pipi Halilintar dilepaskan.

Reaksi Halilintar tidak best langsung. Tetapi Gempa sudah terbiasa, dia mula melihat Halilintar ralit merangkai bunga. Adiknya suka menghabiskan masa dengan ros merah. Kedua-dua bahu Halilintar mula digoncangnya berkali-kali.

"Jom main sorok-sorok," pinta Gempa sambil mengelipkan matanya berulang kali. Acah comel di hadapan Halilintar.

Tidak padan dengan usia 14 tahun.

Tangan Halilintar ditariknya buat Halilintar terpaksa mengikuti permintaan Gempa. Bunga ros yang dipegangnya tadi jatuh menyembah lantai. Gempa yang riang hatinya, seperti matahari. Terlalu menyilaukan.

"Kau rasa kenapa bunga ada yang layu, ada yang mekar?" soal Gempa sambil membaringkan tubuh atas rumput, penat bermain sorok-sorok dengan Halilintar.

Halilintar melabuhkan duduk di sebelah Gempa, berpaling memandang abangnya.

"Kenapa?" Halilintar hanya melayan sahaja. Gempa menaikkan tangannya ke atas, menghalang cahaya matahari yang menyilaukan pandangan.

Perlahan-lahan bibirnya tersenyum. Terangkat kening Halilintar tatkala Gempa berpaling menatapnya.

"Kerana tiada yang kekal di dunia ni. Begitu juga bunga, bunga tak semestinya kekal mekar indah, lama-lama dia akan layu dan ditinggalkan. Tapi apa kau nak tahu sesuatu, Hali?"

Cerita Gempa. Halilintar setia mendengarnya. Mungkin kerana rasa ingin tahunya.

"Aku akan sentiasa cuba jadi bunga yang mekar selalu supaya kau tak tinggalkan aku. Kau juga janji dengan aku, jangan tinggalkan aku, okey? Walaupun kau dah menginjak dewasa, kau dah tua dan berkedut menunggu ajal. Janji?" Jari kelingking disuakan ke arah Halilintar buat Halilintar ragu-ragu.

Perlahan-lahan Halilintar tautkan jari kelingkingnya buat Gempa tersenyum lebar. Entah sebesar apa rasa sayang Gempa terhadapnya, Halilintar tidak tahu. Apa dia begitu berharga bagi Gempa?

Halilintar fikir dia bukanlah sesiapa bagi orang lain. Ketika kesunyian selalu menemani Halilintar, Gempa selalu menariknya keluar agar tidak terus sendirian. Mengajaknya bermain bersama seperti budak-budak, memperlihatkan Halilintar bahawa dunia kadang terasa indah.

"Kalau abang atau aku yang mati dulu, macam mana dengan janji kita?" Halilintar menyoal tiba-tiba buat Gempa tergamam mendengarnya.

Tiba-tiba kedengaran tawa terletus daripada Gempa menarik perhatian Halilintar. Apa yang kelakarnya?

"Kalau macam tu, aku akan pilih jadi hantu supaya aku boleh bersama kau. Kita abang dan adik yang tak boleh dipisahkan tau? Hahah."

Ternyata Gempa benar-benar menganggapnya keluarga. Halilintar tunduk menatap rumput, dia ingin kekal begini. Namun kerana keserakahannya tidak rela Gempa berubah buat hubungan mereka berdua gelap tanpa cahaya.

Andai sahaja dia tidak dipungut oleh Grandville.

Shrak! Shrak!

Gempa menyaksikannya, ibu dan ayah yang diikat leher dan digantung di hadapan mata. Bulu romanya menegak, tubuh menggigil hebat buat peluh semakin banyak keluar. Gempa merasakan nafasnya tidak cukup.

"Ibu... ayah?" Kepala ibu dan ayahnya seakan dibelah. Anehnya, otak mereka berdua yang diambil.

Tanpa sedar air matanya menitis jatuh. Tubuh jatuh terduduk melihat kedua ibu ayahnya dibunuh di hadapan mata. Dihamburkan tangisannya bagaikan anak kecil. Jika ini mimpi ngeri, bangunkanlah dia dari mimpi ini.

"Hah... hah..."

Gempa tidak dapat menerimanya. Kenapa harus ibu ayah? Lelaki dengan sepasang iris matanya berwarna coklat, sebelah matanya ditutup dengan rambut. Menatap Gempa yang menangis sampai terduduk.

"Mana Hali?" soalnya buat Gempa tersentak. Perlahan-laham dia angkat kepala menatap lelaki di hadapannya.

Bawah bibir diketap, lelaki itu telah membunuh ibu ayahnya. Gempa cuba bangkit, tangannya siap sedia memasang tangan golem. Cuba menyerang lelaki tersebut namun tidak berhasil.

Tangan golemnya sekelip mata hancur.

"Ke... kenapa? Jangan kacau adik aku!" Cukuplah, dia tidak ingin Halilintar pergi meninggalkannya pula.

Namun lelaki itu tidak mendengarkannya. Dia melewati Gempa buat Gempa terpempan. Terhenti langkah lelaki itu tatkala Gempa menarik kedua-dua kakinya, agar tidak menemui Halilintar. Untuk apa lelaki ini mengganggu adiknya?

"Lepaskan aku selagi aku masih baik-baik."

"Hali tak bersalah! Dia satu-satunya adik aku... aku minta sangat-sangat jangan ambil dia daripada aku. Tolonglah..." rayu Gempa, masih erat memeluk kedua-dua kaki lelaki itu.

Lelaki itu mengeluh berat. Dia tidak tertarik dengan lelaki yang bakal menjadi pewaris Grandville, kerana yang dicarinya hanya Halilintar. Tangannya dikotori dengan darah kerana terpaksa, mereka telah menghalangi jalannya.

Apa dia bunuh sahaja Gempa?

"Apa kau betul-betul kenal siapa Hali? Aku jaga dia selama ni, tapi dia lari daripada aku. Aku bagaikan dikhianati bila tahu dia dah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga ni. Hali milik bos, bukan kau mahupun keluarga ni."

Laju Gempa menggeleng. Apapun diri Halilintar yang sebenarnya, dia tidak kisah. Dia sudah menyayangi lelaki itu seperti adik kandungnya sendiri, mana mungkin dia mampu melepaskan Halilintar.

Jangan rampas miliknya lagi.

"Dia ada sesuatu yang berharga yang tak dimiliki semua orang. Apa kau nak tahu apa sesuatu yang berharga tu?"

"Jangan mengarut! Adik aku sama macam manusia lainnya, dia lari sebab kau tak pernah anggap dia macam keluarga. Aku kenal Hali, walaupun aku tak tahu masa lalu dia. Dia hanya perlukan keluarga," jelas Gempa tidak mahu mengalah. Kesal hatinya.

Lelaki itu terdiam seketika. Dikatakan berulang kali pun Gempa tidak mahu mendengarkannya. Rambut Gempa ditariknya buat Gempa terpaksa berdiri. Dapat dirasakan lelaki itu sedang membisikkan sesuatu di telinganya.

Gempa tergamam. Ditolak tubuh Gempa buat Gempa berundur sedikit.

"Kalau sahaja ibu ayah kau tak kutip dia, ibu ayah kau masih hidup. Dia tak layak bahagia kerana semua mati kerananya. Kau mengerti, kan?"

"Lain kali aku akan datang ambil Hali. Bila masa tu tiba, jangan halang aku kalau kau tak nak mati."

Jatuh terduduk tubuh Gempa mendengarnya. Mata emasnya menatap lantai, melihat beberapa titis air mata yang jatuh. Dada digenggamnya sesak, membiarkan sahaja tangisannya berterusan. Apa yang harus dia lakukan setelah mendengarnya?

Kedengaran langkah yang mula mendekatinya buat Gempa mengangkat kepala. Kelihatan Halilintar baru sahaja bangun tidur terdengar bunyi bising.

"Kenapa abang menangis?" Bergetar hebat bibir Gempa.

Tersentak Halilintar apabila Gempa tiba-tiba memeluknya erat. Halilintar tidak tahu apa harus membalasnya. Mata merahnya secara tidak sedar terpandang dua tubuh yang digantung. Untuk seketika jantungnya berhenti berdegup.

Kematian.

"Ibu ayah dah tak ada Hali... mereka dah pergi tinggalkan kita."

Halilintar terdiam tidak bersuara. Membiarkan sahaja Gempa menangis sepuasnya. Hatinya kosong, tidak merasakan apa-apa. Sudah ratusan kali dia melihat orang mati.

Namun, kenapa sekarang hatinya berasa sakit?

+++

"GEMPA..."

"Bangun sayang, sekarang tak apa-apa."

"Gempa boleh ikut kami."

"Tak apa-apa."

Putih. Gempa memandang kiri dan kanannya, dari mana arah suara tersebut? Apa dia sudah mati? Kalau dia benar-benar mati neraka pasti menantinya. Dosanya terlalu besar, dia hidup menyebabkan banyak orang terpaksa berhadapan dengan kematian.

Gempa mengetap bibir. Lebih baik begini.

"Gempa, mari sayang..."

Terangkat kening Gempa. Suara yang dirindukannya. Perlahan-lahan Gempa melangkah cuba mendekati suara tersebut, mata berkaca-kaca tatkala wajah ibu dan ayah sedang tersenyum melihatnya. Bukan mimpi?

"Ibu... ayah... pergi mana selama ni? Kenapa tinggalkan Gempa?" soal Gempa sedikit terasa. Tiba-tiba tubuhnya dibawa ke dalam pelukan oleh ibu.

Gempa menggenggam erat gaun putih yang dikenakan ibu sambil membalas pelukan. Tanpa sedar air matanya laju mengalir tiada henti. Dapat dirasakan kepalanya diusap lembut oleh ayah yang berada di sebelah ibu.

Kalau ini mimpi, Gempa tidak mahu bangun.

"Gempa nak ikut kami? Betul?" Ibu cuba memastikan buat Gempa perlahan-lahan meleraikan pelukan.

Kepala mengangguk kecil. Dunia terlalu kejam untuknya. Dia tidak mahu hidup kerana rasa dendamnya, mati begini lebih baik. Ayah mula tersenyum memandang Gempa, kedua-dua tangannya memaut bahu Gempa.

Gempa mengangkat keningnya.

"Gempa, dengar sini. Ibu dan ayah takkan halang untuk Gempa ikut kami berdua, tapi Gempa ada dua pilihan. Apa Gempa nak bersama kami atau bersama Hali? Kami dah tiada, Gempa. Keputusan di tangan Gempa," kata ayah buat Gempa terdiam.

"Tak apa, Gempa. Kalau anak ibu pilih untuk bersama Hali, ibu dan ayah takkan kecil hati. Ibu teringin nak tengok Gempa dan Hali rapat seperti sebelum ni. Tapi kalau permintaan ibu sangat mustahil, ibu juga tak boleh berharap."

Kedua-dua pipi Gempa mula diusap ibu buat Gempa tergamam. Bawah bibir diketap Gempa.

"Masih ada yang menunggu kamu kembali, Gempa."

Kepalanya tunduk, membiarkan air mata deras mengalir. Laju Gempa menyeka kasar air matanya.

"Maafkan Gempa... ibu ayah... Gempa harus kembali, kan?"

Dia tidak boleh egois. Halilintar dalam bahaya, bila-bila masa adiknya dibawa pergi. Gempa sudah berjanji kepada ibu untuk sentiasa melindungi Halilintar.

Bunyi kipas yang memutar malas kedengaran. Perlahan-lahan Gempa mencelikkan mata, tanpa sedar air matanya mengalir sendiri. Hal pertama yang dia lihat ada bunga matahari di sebelahnya.

Ternyata dia masih hidup.

"Abang dah bangun?" Ternaik kedua-dua bahu Gempa tatkala Halilintar sedang berdiri di sebelahnya.

Tingkap yang kelihatan gelap, pasti sudah malam. Hanya ada Halilintar yang sanggup tidak tidur demi menemaninya. Sekarang Halilintar sudah kembali ke tubuh asalnya semula.

"Dah beberapa hari abang tak sedarkan diri, aku ingat abang benar-benar dah tiada harapan. Thorn yang selamatkan abang, abang ingat?"

Thorn? Gempa tunduk memandang bunga matahari semula, ternyata Thorn sempat menyiapkan penawarnya. Kalau terlambat, dia pasti sudah mati.

"Maaf, aku tak dapat lindungi kau," kata Gempa sambil menggenggam erat selimut. Rasa bersalah kian menyelubungi diri.

"Aku tak cedera," balas Halilintar biasa.

"Aku betul-betul minta maaf. Sesuai permintaan kau, aku akan hentikan pembunuhan. Aku akan berhenti sekolah, jadi sekolah akan damai tanpa aku, kan?" Suasana jeda seketika. Hanya angin malam yang lalu.

"Kenapa abang perlu buat sampai macam tu sekali? Abang ada sebab, kan? Sedangkan abang boleh bunuh aku dan makan jantung aku."

Tergamam Gempa mendengarnya. Halilintar sudah tahu? Bagaimana?

"Tapi abang lebih memilih kumpul otak manusia."

Gempa menggeleng laju. Dia menyesalinya. Alasan Gempa terobses dengan otak manusia kerana selain mendapat kekuatan, dia boleh mengalahkan lelaki yang membunuh ibu dan ayah. Kerana Gempa tidak mahu membunuh Halilintar semata-mata ingin mendapatkan kekuatan, jadi dia guna cara mengumpul otak manusia sebanyak yang mungkin.

"Lelaki tu bisik kat aku bila seseorang makan jantung kau, mereka akan memperoleh kekuatan yang luar biasa. Syaitan juga boleh berubah jadi manusia jika mereka memiliki jantung kau. Tapi aku sayang kau Hali, aku tak sanggup bunuh kau. Aku benci kau sebab aku rasa kau penyebab ibu ayah mati, tapi kau tak salah apa-apa. Aku yang salah. Seharusnya aku tak ikut kata hati untuk balas dendam. Aku gagal jadi abang yang baik untuk kau, Hali," luah Gempa.

Halilintar mula mengambil bunga matahari di sebelah Gempa. Ditunjukkan bunga matahari tersebut ke arah Gempa buat Gempa terkebil-kebil. Gempa sama seperti matahari, terlalu bercahaya. Mataharinya Halilintar.

Kalau mataharinya tidak mampu lagi, siapa yang mampu menerangi setengah kegelapan yang menemani hidup Halilintar?

"Aku tak pernah tinggalkan abang. Bahkan jika abang atau aku mati dulu, kita tetap bersama. Dalam wujud apapun."

Andai Gempa tahu isi hatinya. Betapa Halilintar ingin menangis kerana akhirnya ada seseorang yang menganggap dia sebahagian keluarga. Hanya Tuhan yang tahu betapa banyaknya pendam Halilintar sampai tidak mampu meluahkannya.

"Abang tak boleh menyerah. Sekolah pasti perlukan abang, jadi minta maaflah kepada semuanya."

Teresak-esak Gempa menangis. Matahari sedang menangis kerana merasa teruk. Semua manusia boleh berubah, entah menjadi buruk atau baik. Kerana itu, Halilintar takutkan perubahan manusia. Namun sekarang tidak lagi.

Entah Gempa berubah jadi jahat atau baik, dia berjanji kepada dirinya agar tidak meninggalkan sang matahari.

"Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku, abang."

Gempa mengangkat kepala saat mendengar Halilintar berterima kasih. Apa kerana dia terlalu menganggap Halilintar boneka, dia jadi melupakan satu hal?

Halilintar yang tersenyum memandangnya. Senyuman yang selama ini dinantikan Gempa selama bertahun-tahun, sebenarnya seberapa teruk masa lalu Halilintar?

Tergamam Halilintar apabila Gempa mula memeluknya erat. Halilintar tersenyum tipis seraya mengusap lembut belakang tubuh Gempa. Membiarkan sahaja Gempa menangis, kenapa abangnya hari ini banyak sekali keluar air mata?

+++

[tambahan]

Abaikan kecacatan yang ada, yang penting hali sy nampak kiyowo 🐰

Finished on Tuesday, 26 March 2024
Published on Monday, 8 April 2024

2001 words

Continue Reading

You'll Also Like

18.9K 1.2K 25
Sambungan dari Misi Ace Aaron kembali lagi dan masih ada dendam yang nak dibalas kepada MATA. Jadi dia cipta satu benda dengan bla bla bla sains. Kom...
18.4K 1.6K 99
Sambungan dari buku Boboiboy: Ark Dimension. kini Boboiboy dan rakannya mencari bintang seterusnya di dimensi baru. Siapa sangka bintang tersebut ada...
7.2K 395 32
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
1.6K 428 52
"Aku mempunyai seutuh kasih yang tidak pernah terusik hanya untukmu." [Not edited]