Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)

Galing kay nurflnh

73.6K 3K 96

Nur Safiyyah & Muhammad Zulfan Iskandar Kerana cinta, kisah mereka bermula. Zulfan yang jatuh cinta pada pan... Higit pa

Prolog
TAMD 1
TAMD 2
TAMD 3
TAMD 4
TAMD 5
TAMD 6
TAMD 7
TAMD 8
TAMD 9
TAMD 10
TAMD 11
TAMD 12
TAMD 13
TAMD 14
TAMD 15
TAMD 16
TAMD 17
TAMD 18
TAMD 19
TAMD 20
TAMD 21
TAMD 22
TAMD 23
TAMD 24
TAMD 25
TAMD 26
Salam Ramadhan, semua!
TAMD 27
TAMD 28
TAMD 29
TAMD 31
TAMD 32
TAMD 33
TAMD 34
Not an update
TAMD 35
TAMD 36
HIATUS

TAMD 30

1.4K 58 1
Galing kay nurflnh

" macam mana?" soal Zulfan tiba-tiba. Usai saja aku dengan Najwa makan tadi, tiba-tiba along bagitahu Zulfan nak jumpa aku. aku bersyukur dia panggil, boleh la mengelak dari jawab soalan-soalan makcik bawang kat dapur tu.

" macam mana apa?" aku tanya balik. Tiba-tiba macam mana. Macam mana apanya dia tak faham.

" macam mana rasa jadi tunang saya?" usik Zulfan. Jarak diantara mereka didekatkan. Badannya menunduk sedikit menyamai paras ketinggian Safiyyah.

" rasa apanya, baru je tunang 2 minit lepas." balas aku laju. Aku sembunyi senyum bila Zulfan tanya soalan macam tu. Walaupun soalan dia nampak biasa je, tapi dia rasa macam ada rama-rama terbang dalam perut dia ketika ni.

" tapi saya dah rasa happy walaupun baru je 2 minit. Macam mana ni?" Zulfan betul-betul memaksudkan kata-katanya walaupun terdengar macam tengah mengayat.

" dah la, malas saya nak layan awak ni. Ada apa panggil saya ni?" aku tukar topik. Kalau melayan perangai Zulfan ni silap hari bulan dia pulak yang jadi gila nanti.

" jom tangkap gambar? Saya nak ada gambar kita tunang. Lagipun dalam rumah tu ada dah pelamin." ajak Zulfan.

" saya mana ada upah photographer." ujarku. Lagipun untuk apa upah photographer, mereka hanya bertunang bukan kahwin lagi pun.

" jangan risau, Haziq kan photographer tak berbayar saya." Zulfan dah bagi cameranya pada Haziq tadi sebab dia tahu Safiyyah mesti tak upah mana-mana photographer sebab dia tak suka sangat bergambar.

" ye lah, jom lah. Orang pun dah ramai yang balik senang lah kita nak shoot gambar." aku setuju. Sayang jugak kalau dia tak ada gambar waktu mereka bertunang. Nanti boleh post dekat story, hahahaha.

" jom." Zulfan mengikut masuk ke dalam rumah. Pada Haziq dia menghantar mesej suruh masuk ke dalam rumah Safiyyah.



" ni ke tunang kamu Safiyyah? tadi masa dia dekat ruang tamu tak berapa nampak sangat mukanya." tegur makcik Kiah, jira sebelah kanan rumah aku.

" ye cik kiah." aku mengiyakan. Senyuman diukir buat wanita separuh abad itu. Dulu aku dengan along selalu ke rumahnya main dengan anak-anaknya. Kami rapat dengan keluarga makcik Kiah. Suaminya pakcik Rahman yang menegur along di ruang tamu tadi.

" segak orangnya kalah menantu cik kiah." puji makcik Kiah dengan mata memandang Zulfan atas bawah.

" semua anugerah Tuhan, kak oi." sampuk mama dari belakang. 

" jangan muka ja hensem tapi kurang agama. Esok-esok nak bimbing isteri dengan agama bukan dengan rupa." pesan makcik Kiah. Walaupun terdengar agak pedas tapi kata-katanya ada betul jugak.

" InshaAllah, mak cik. Saya pun masih lagi belajar perbaiki diri saya." balas Zulfan sopan.

" baguih la. Makcik bukan nak perli tapi tu lah hakikatnya. Orang muda sekarang bukannya boleh. Semuanya cari muka segak dulu baru nak buat calon pilihan hati. Dia tak tahu lelaki yang dia pilih tu esok bawak neraka ke syurga. Salah pilih ketua, punah keluarga tu." makcik Kiah menyambung tazkirahnya.

" InshaAllah cik Kiah, tunang saya baik orangnya." aku mempertahankan Zulfan. Aku kenal dia macam mana dan aku yakin dengan dia.

" hmm cik Kiah bukan apa. Cik Kiah sayangkan kamu, dah anggap kamu macam anak sendiri dah. Esok-esok si Iskandar ni buat perangai bagitau cik Kiah, cik Kiah debik dia." makcik Kiah tepuk bahu aku dua kali.

" jangan risau cik Kiah, Muiz yang debik dia dulu." along menyampuk perbualan kami.

" haa Muiz. Lama betul tak nampak kamu kat rumah ni. Selalu cik Kiah lepak dengan mama kamu tak pernah nak ada kat rumah. Sejak-sejak dah berkahwin ni, rumah cik Kiah pun dah tak jenguk." 

Aku menahan tawa. Tanda-tanda along pula yang bakal kena ceramah dengan makcik Kiah. Syukur Muiz datang, boleh la dia dengan Zulfan lari dari makcik Kiah. 

" jom, kitorang nak shoot gambar kejap cik Kiah." aku minta diri. Pada along aku tayang senyuman mengejek.

" bye-bye, long. Selamat kena bebel." tanpa suara mulut aku berkata pada Muiz sebelum pergi. Sempat aku tarik mama ikut kami.

" cik Kiah, Muiz nak pergi shoot sekali dengan adik." Muiz beralasan.

" takde, sini cik Kiah nak sekolahkan kamu. Berani kamu lupakan cik Kiah lepas dah kahwin." makcik Kiah menarik tangan Muiz agar mengikutnya.




" okay, korang nak gambar yang sweet and nampak macam.."

" nak gambar yang nampak sweet tapi jaga jarak." laju aku memotong cadangan Haziq untuk posing kami bergambar.

" haa macam yang Safiyyah mintak, Ziq." Zulfan bersetuju. Nasib depan ruang tamu ni dah lenggang.

" Nak tangkap gambar jugak." sampuk Nuzhan yang baru masuk ke dalam rumah. Naufal di tepi tayang muka pasrah. Macam dia pulak yang bertunang sekarang ni.

" sibuk je kau, dik. Biar la along tangkap gambar dengan akak. Yang kau nak jadi orang ketiga ni kenapa?" bidas Naufal. Kakinya dibawa ke sofa. Penat dia melayan nafsu makan si Nuzhan ni tadi. Macam orang tak makan 10 tahun dia punya melantak tu.

" akak, nak tangkap gambar sama-sama jugak. Boleh la, please?" Nuzhan buat tak peduli dengan abang kembarnya. Tubuhnya dibawa dekat ke pelamin.

" bagi lah along dengan tunang along dulu. Macam kau pulak yang tunang dia. Dah pergi duduk dengan angah dulu. Nanti along panggil." Zulfan menjawab bagi pihak aku.

Aku ukir senyuman. Terhibur dengan perangai Nuzhan yang nampak comel di matanya.

" ye, boleh tapi macam along cakap lah. Nanti lepas kitorang habis shoot berdua, kita tangkap gambar sama-sama sekali dengan family semua. Boleh?" aku pujuk dia. Aku senang dengan Nuzhan, seolah-olah dia melihat dirinya yang dulu ketika majlis tunang Muiz.

" yeay, macam ni lah. Along cuba cakap sopan macam akak, ni tak garang aje kerjanya." sempat Nuzhan memerli Zulfan sebelum dia kembali duduk di sofa.

" ehh..kau dik." belum sempat Zulfan nak habiskan ayatnya, aku menahan.

" betul la apa yang dia cakap tu. Awak dengan diorang garang sangat. Kesian Nuzhan, dia kan anak bongsu. Cepat terasa hati. Lagipun ni kan pertama kali dia terima orang baru dalam hidup dia. Mesti la dia happy." aku membela Nuzhan perlahan. 

" ye lah. Nasib la kakak ipar dia ni baik hati." Zulfan mengalah. 

" eh, korang ni nak menyembang berapa lama. Cepat lah, lenguh tangan aku pegang kamera ni. Berat tau tak?" sampuk Haziq di depan.

" alah, kepochi lah kau. Tau lah jeles. Dah kalau jeles sangat, pergi masuk meminang si Najwa tu." balas Zulfan laju.

" takde masa aku nak jeles. Cepatlah, mangkuk." Haziq panas hati. Tahu lah dah bertunang, dah tak single. Sekarang nak ejek dia pulak.

" okey, okey. One, two, three." Zulfan mula mengira.

" nah, bunga." sempat dia hulurkan bunga pada aku. Tepat tangan aku ambil bunga, bunyi kamera ditekan dari depan.

" fuh, take one pun dah mantap. Kau tengok gambar ni, Is." Haziq berlari anak mendekati kami berdua.

Aku dan Zulfan sama-sama tersenyum memandang gambar yang baru saja diambil. Walaupun nampak simple, dia betul-betul nampak macam candid dan gambar tu seolah-olah hidup. Bukan posing yang macam nampak terpaksa.

Aku dengan senyuman spontan bila nampak bunga, Zulfan dengan mata yang tak lepas memandang aku.

" aku hire kau je lah time kahwin nanti. kan, sayang?" kata Zulfan tanpa sedar memanggil aku dengan panggilan manis tu di depan Haziq.

" op, op. Nak sweet-sweet tak payah depan aku. Cuba hormat orang single terulung ni." Haziq menjauhkan dirinya dari kami.

" tak sengaja. Sorry, Ziq." ucap Zulfan dengan nada sengaja dibuat kesian. Aku hanya tayang senyuman simpati pada Haziq. Nasib badan lah dapat kawan yang suka mengusik macam si Zulfan ni.

" dah, cepat posing lain pulak. Lama-lama jiwa single aku boleh meronta kat sini." balas Haziq laju. Malas dia nak tangkap gambar mereka berdua lama-lama. 







Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

498 57 12
[SLOW UPDATE] Hubungan sebagai adik-beradik indah pada awalnya. "Kenapa abang samakan Lily dengan star? And why are you call me little star?"-Dalily...
631K 24.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
40.5K 3K 61
Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Ba...
231K 16.7K 36
Fleur Sophia dan keluarga besarnya kembali dengan pelbagai telatah yang bakal mencuit hati pembaca. ‼️ PENTING ‼️ ● Story ini dibuat untuk sambung ce...