Tears Of Revenge [HIATUS]

By Naddr12

855 73 24

Raja Navier Aira, perempuan yang dicaci dan dihina oleh ahli keluarga. Kehilangan orang yang paling penting d... More

۵
𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟑 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟒 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟓 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟔 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟕 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟖 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟗 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟑 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟒 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟓 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟔 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟕 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟖 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟏𝟗 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟏 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟑 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟒 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟓 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟔 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟕 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟖 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟐𝟗 𝓓𝓻𝓸𝓹
𝟑𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹

𝟐𝟎 𝓓𝓻𝓸𝓹

20 1 2
By Naddr12

"Nak bawak boleh? Hilang sikit malu kau kalau aku yang bawa." Zafriel berkerut dahi. "Otak kau dah biul, nak bawa motor? Sorryla Raja. Nanti mati kita. Aku atleast nak kahwin dengan kau dulu." dia menghidupkan enjin motorsikal dan sarung helmet.

"Naik cepat. Lambat nanti." aku mendengus sebelum naik ke atas motorsikal. Sedaya upaya aku cuba untuk menahan gelak saat ada budak-budak asyik tunjuk dekat motorsikal yang dinaiki. Sampai di sebuah kedai makan, Zafriel terus menelefon William.

Selepas beberapa sesi perbualan mesra antara mereka berdua, barulah kami masuk ke dalam kedai makan. Beberapa orang memandang Zafriel sambil berbisik. "Mama mama, kenapa rambut orang tu putih? Dia warna ke? Lepastu kulit dia tu pakai merkuri ke? Mata dia merah, macam raksasa."

Pertanyaan itu datang dari meja yang berada tidak jauh dari kami. Zafriel kelihatan seperti sudah biasa. One's appearance really does matter to others who. "Riel, nak tanya." dia tidak pandang aku tetapi memberi isyarat yang aku boleh bertanya.

"Ada gambar waktu kau kecil tak?" dia tiba pandang aku dengan sebelah kening terangkat. "Kau nak santau aku ke apa mintak gambar ni?" dia ni, kalau aku hempuk kekgi. Zafriel menggeleng kepala. "None. I've never keep my childhood photo."

"Then, what about family photos?"

"Raja, there's thing that better for you to not know. Baik kau diamkan mulut tu sebelum kau makan sorang dekat sini." dia menatap mata aku. Mata yang tiada perasaan. Aku mengalih pandangan.

Makanan yang ditempah tadi sampai. "Eh kejap, awak bukan ke anak Dato Raja Nazeem Fakri?" pelayan itu tundik jari ke aku. Memang famous lagi aku rupanya. "Ye, anak yang dia buang." pelayan itu terus pergi begitu sahaja.

Zafriel asyik pandang aje aku dari tadi. "Apa?" dia geleng kepala. Beberapa mata memandang aku selepas mendengar apa yang aku tuturkan tadi. Just ignore those who doesn't concern you at all.

Sambil makan, aku mendapat panggilan dari Encik Fazeel. Dengan muka yang cuak, aku pandang Zafriel. Telefon ditunjukkan. Dia hanya mengangkat bahu dan sambung makan. Rasa macam sneak out pula. "Ye pakcik. Kenapa?" suara agak gementar.

"Navier pergi mana? Pakcik nampak Winter je ni. Dia kata Navier tidur dekat rumah Elara. Betul ke?" kalau aku jawab ye, dia percaya ke tidak eh? Kalau aku jawab tak, mahu aku kena bawa balik rumah dia. "Haah. For a few days sebab Elara kata dah lama tak jumpa."

Tolonglah percaya penipuan ini. Encik Fazeel tidak bersuara buat tiga saat sebelum dia menghela nafas. "Okay. Just take care of yourself ." panggilan ditamatkan. "Pandai kau buat cerita. Well atleast it's a bit believable." dia ketawa lalu menggelengkan kepala.

Ni mesti cakap pasal Safrina ni. Apa cerita eh dengan dia sekarang. Zafriel tiba menghulurkan tisu. "Lap mulut tu. Comot." aku cuba untuk mencari di mana kecomotan itu berada tetapi tiada. "Tipu aku." Zafriel mengambil tisu itu dan tonyoh di bahagian pipi aku.

"Kau, lain kali cari elok-elok. Aku tonyoh lagi nanti." tisu itu digumpal-gumpal lalu dia baling ke dalam tong sampah. Uu masuk! Selepas makan, aku berjalan di satu jalan yang berada di belakang dua barisan bangunan. An art street.

Zafriel berjalan di depan aku. Kalau dia jalan sebelah aku, tak pandang kiri kanan dah kut aku. "Bunga, bunga. Bunga segar!" aku menarik bahagian belakang baju Zafriel ke arah tempat bunga itu. "Nak bunga Riel." dia melihat bunga itu. Dia mula mengambil sejambak bunga lili lalu meletakkan kembali.

Satu kuntum bunga mawar putih diambil dan dibayar. "Nah. Letak dekat bandage tu. Jadi hiasan." aku menumbuk lengan sasa dia dengan kuat. Satu senyuman halus terukir di bibirnya. Tetapi hanya buat seketika waktu. Cukup untuk aku melihat senyuman Zafriel yang cukup mahal itu. Senyuman ikhlas.

Sepanjang perjalanan itu, ada beberapa tempat untuk mengambil gambar dengan mural yang dicat di dinding. Satu mural membuatkan langkah aku terhenti. Mural langit. Lama aku berdiri di situ. Ada sesuatu yang tertulis dihujung mural. 'Her'

Zafriel tiba-tiba berdiri di hadapan aku, menghalang pandangan aku dari mural itu. "Batu ke? Orang jalan lalu lalang kau berdiri tegak sini. Kenapa?" aku cuba menolak Zafriel. Sebuk je la mamat ni.

Aku bergerak ke kanan, dia bergerak ke kanan. Bergerak ke kiri, dia pun gerak ke kiri. "Tepi sikit boleh tak? Menghalang pandangan la jembalang putih ni." Zafriel tidak beranjak tetapi dia sengih. "Nasib jembalang manusia, kalau jembalang hantu? Dekat rumah kau duduk tu ada jembalang. Besar, warna hitam."

Daripada kepala aku yang berbalut, jadi kepala dia yang berbalut dengan bunga atas kepala nanti. Eyy sabar sabar. He's our life savour. The home owner. The one that will help me. Tapi memang perangai dia tu kadang-kadang tak boleh tolerate.

Aku hanya menjeling dia dan sambung jalan. Sesaat dua dia menatap mural itu sebelum dia ikut aku. Dia pun terpegun, ada hati nak marah aku. Propaganda betul Real Riel ni. Tapi mural itu kelihatan istimewa buat pelukis itu.

Longing. Itu apa yang aku dapat bayangkan saat dia melukis mural itu. Kami berjalan sedikit lagi sebelum pulang. Tetapi aku tidak masuk ke dalam bangunan apartment. "Yang kau tercegat dekat sini dah kenapa? Masuk Raja. Malam dah ni."

Eh, kalau bukan sebab kau kata ada jembalang hitam memang dah lama aku masuk okay?! Helmet yang ada di tangan memukul tuan motorsikal hello kitty itu. "Kau ingat aku nak masuk lepas kau kata macam tu? Memang taklah!"

Dia mengeluh. Rambut dikusutkan dan kelip rambut ditanggalkan. "Habistu? Kau nak aku teman kau? Biar tangkap basah, senang. Terus kahwin." sekali lagi helmet ini memeluk Zafriel. Mulut dia ni memang main cakap je. Aku cili jugak nanti!

"Rumah tu aku dah bersihkan dengan air yasin lagi. Tak ada apa-apa. Rumah tu okay je sebab tu aku tidur sini kalau tak boleh tidur dekat rumah aku. Kalau betul ada benda kacau kau, telefon aku. Kau baca ayat kursi banyak-banyak sebelum tidur."

"Allah nombor satu dalam hati kau Raja. Solat isyak lepastu tidur. Dah tak boleh tidur sangat, turun dekat bawah. Aku ada." aku angguk sebelum naik ke atas. Sehingga pukul 1 pagi aku tak boleh tidur. Seringkali telefon di sebelah dilihat. Betul ke eh Zafriel ada dekat bawah?

Aku jenguk ke bawah dari tingkap di dalam bilik dan nampak motorsikal merah jambu itu. Zafriel pula duduk di buaian yang dekat dengan motorsikal dia. Sedang menghisap rokok.

Aku ingat dia main-main. "Zafriel, kenapa kau buat aku macam ni? Kau tak bagi kita jatuh cinta tapi kenapa kau buat aku makin suka dekat kau... Nak turunlah."

›♡‹

"Tak boleh nak tidur?" Zafriel memijak rokok ke tanah dan mengibas tangan ke langit untuk buang asap rokok. Aku angguk lalu duduk di jongkang jungkit di depan dia. "Betul-betul eh kau ada dekat sini. Ingat balik dah." dia senyum dan duduk di bahagian hadapan aku.

"Nak ambil hati kau." ishh mengelirukan betul Zafriel ni! "Kau kan, tak nak aku jatuh cinta dengan kau tapi nak ambil hati aku. Apa masalah kau?" dia hanya ketawa dan mula memijak tanah. Jongkak jungkit itu naik di arah aku.

"Potomu chto mne nravitsya s toboy vozit'sya, chernaya koshka. I potomu chto eto nespravedlivo.(Because I like messing with you, black cat and because it's unfair)"

Aku terpinga-pinga. Makin laju jongkat jungkit itu bergerak. Rasa seram ketika melihat senyuman lebar di bibir Zafriel. Dengan rambut putih dia dan kulitnya yang pucat. Mata dia tajam menatap aku.

"Chernaya koshka, chernaya koshka...."

Dia turun secara mengejut, membuatkan aku terus turun ke bawah. Sikit lagi badan aku hendak hentak ke bawah tetapi ada tangan tarik aku ke tepi. Mata yang dipejam rapat tidak berani dibukakan.

"Tuan Irwan." aku terus membuka mata setelah dengar suara itu. William. "Navier, saya hantar awak balik. Tuan Irwan Zafriel, please go back. I will take care of her." Zafriel tidak beranjak. Dia pusing menghadap aku dan William. Air mata mengalir, mata dia yang merah itu seperti berkaca.

"Tuan Irwan. Stop." Zafriel tiba-tiba senyum. Air mata dikesat. "Kau caralah perempuan ni. Aku nak pergi Mansion." Zafriel terus pergi dari sini tanpa menoleh ke belakang. William menanggalkan kot yang dipakai lalu sarung ke bahu aku.

"I'm sorry Navier. Ni semua salah saya. Saya hantar awak dekat rumah Winter." aku hanya ikut William pergi ke kereta dia. Aku terlelap di dalam kereta William, sedar-sedar sudah berada di atas katil di dalam bilik tidur Winter. Itupun pagi esoknya baru sedar.

Winter kejutkan aku untuk menukar balutan di kepala, aku hanya perlu meletakkan kapas sahaja untuk elakkan pendarahan. Sarapan pagi dihidangkan di atas katil. "William said that you don't have to go to work for the time being. Let your wounds heal first."

Tiga hari berlalu, aku sudah tidur semula di rumah Encik Fazeel kerana luka sudah sembuh. Pada pagi itu, aku mengajak Winter untuk berjumpa dengan Elara kerana dia mengajak aku untuk temannya pergi naik kuda.

Walaupun Winter tidak beberapa setuju dengan cadangan itu tapi aku berkeras untuk pergi. Sampai di rumah Elara, dia terus menarik tangan aku untuk pergi ke biliknya. "Ha nah! Awak pakai baju ni. Sesuai teroks!" satu pakaian aku terus ditukarkan dengan tangan ajaib Elara yang pantas.

Rambut diikat tinggi menggunakan riben scarlet red yang diberi Elara. Kami sampai di tempat tunggangan kuda yang sudah lama hidup. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Aku masuk atas undangan Elara.

Winter juga ikut tetapi dia hanya memakai baju casual sahaja. Aku pernah datang ke sini tetapi sudah lama.

"Awak ajar saya tahu Navier." Elara menarik tangan aku untuk pergi ke ibu bapa dia. Setelah Elara bertengkar lidah dengan ibu bapanya tentang menaiki kuda, Elara kalah. "Navier jangan nak susahkan diri ajar budak ni. Dulu suruh belajar tak nak."

Elara dijeling ibu dia. Aku dibawa ke stabel untuk menaiki kuda yang Elara sudah pilih. Datin Amira terus memeluk aku dengan erat. Belakang digosok lembut. "Navier kuat sangat-sangat. Aunty nak ambil Navier jadi anak angkat aunty tapi papa kamu tak bagi. Tapi sekarang mesti Dato Fazeel tu jaga Navier dengan elokkan? Kalau nak apa-apa, cakap dekat aunty."

"Mujur aunty tak pernah nak berkawan dengan Qistina Aulia tu. Aunty sayang Navier. Kalau Edris ada, dah lama aunty kahwinkan kamu berdua." dahi aku dikucup manis oleh Datin Amira.

Nuqman Edris. Abang sulung Elara yang bekerja di luar negara. Bahu aku digosok dan kami berdua keluar dari stable itu. Ada kuda berwarna putih sudah siap untuk dinaiki. Badan kuda itu dibelai.

"Long time no see Navier." aku toleh ke belakang dan melihat Edris sedang memandang aku dari luar pagar. Elara pula melambai tangan dan tunjuk jari ke Edris. Nahh, don't want to.

Aku hanya membalas senyuman Edris lalu naik ke atas kuda. Entah mengapa, saat aku menundang kuda terasa seperti mata berwarna merah tidak berhenti memandang aku.

"Raja, cantik riben!" Zafriel memanggil kuat nama aku. Edris memandang Zafriel dengan kening sebelah terangkat. Aku menunggang ke arah Zafriel. Kuda itu dibelai dan aku pandang dia.

"Kuda ni pun cantik." Zafriel senyum dan lompat pagar untuk masuk ke dalam. "Turun." aku turun dari kuda itu. Dia pula yang naik kuda putih itu. Kepala kuda digosok lembut.

Dia hulurkan tangan untuk aku capai. "Get on." kau, tadi suruh aku turun. Ni suruh naik pulak. Tingtong kepala Real Riel ni. Aku mencapai tangan dia yang terus menyambar aku naik ke atas kuda.

Mula-mula dia membawa kuda itu dengan biasa, sehingga ada satu kawasan lebih lapang untuk pertandingan. "Riel! Sedar sikit, aku kat belakang!" aku menarik rambut dia yang berikat itu sekuat hati. Dia punya tak ingat dekat orang belakang tu. Sikit lagi jantung nak gugur.

"Kau ada cakap apa-apa ke Raja?" dia ketawa dan mengarahkan kuda itu untuk lompat pagar. Tangan aku laju mencapai rambut dia dan pegang kemas. Selepas selesai, aku terus mencari tandas. Beberapa minit kemudian, Zafriel sedang menikmati air di bawah payung bersama William di sebelah.

Eyy kalau aku tarik rambut ekor kuda dia tu! Aku menghentak kaki ketika berjalan ke arah dia. "Gila apa kau?! Nasib aku tak jatuh!" dia senyum. Gelas yang berisi air ditolak. "Chill la. Kau kan suka benda extreme ni. Tapi, siapa laki tu?"

Aku pandang ke arah yang ditunjuk. Edris sedang memandang ke sini dengan tangan yang disilang ke dada. "Your boyfriend perhaps? But of course, you will be my wife." confident tahap gunung kinabalu betul.

Aku hendak pergi ke Edris untuk berbual dengan dia tetapi Zafriel menarik pergelangan aku. "Eh Riel, aku nak tanyalah. Kau nak apa sebenarnya?"

"Ya khochu tebya. Vse dlya sebya. Tol'ko moy. Chernaya koshka. (I want you. All for myself. Only mine. Black cat.)"

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 29.4K 63
They don't play to win. They play to hurt. Sterling Academy's irresistible reputation all came crashing down last year when a list of the 'top thirty...
10.2M 299K 36
"Don't touch me" He said through gritted teeth, "I don't know what I'll do if you touch me" My heart dropped. "I don't want to see you like this" I...
43.4K 2.8K 22
Just an imaginary story. story of two different souls who cross their path in the word of love and hate.
131K 2.9K 43
a hood love story.💕 - BOOK 2 COMING SOON.