Aryan: Her Biggest Heartbreak

Por flowerbeandee

2.1K 170 1

Darya menjengket kaki sebelum mengusap rambut Aryan, "Dapatkan dia. Pergi lah. Arya tahu Aryan nakkan dia" "M... Más

Prologué
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22

16

101 8 0
Por flowerbeandee

AKU merenung baju tidur bertali nipis terletak elok didalam beg bagasi aku. Sumpah aku kata, aku lupa. Aku lupa sepatutnya aku pack baju yang sopan. Tapi sebab aku terlalu biasa pakai baju tidur haram, aku lupa harini aku perlu tidur dengan seorang lelaki bernama suami.

Paling teruk sekali suami itu adalah Aryan Hameen. Sumpah dialah makhluk tuhan paling aku nak elak. Balik-balik, dia pula jadi suami aku.

Tch, kelakar betul.

Malas mahu berfikir panjang, aku hanya mengabaikan fakta bahawa kini aku perlu sebilik dengan makhluk berkaum lelaki. Takkan aku mahu buat muka tebal meminta dekat dia untuk pinjam baju dia?

Hell no.

Marah aku dekat dia pun tak habis lagi. Nasiblah, kau tidur hotel Arya. Kalau tidur rumah mertua? Tak ke memasal dapat title menantu hantu kalau macam ni punya perangai?

Aku memandang sekilas Aryan dibalkoni bilik. Entah tengah call scandal mana pun tak tahu. Tipikal Aryan Hameen. Kau expect aku boleh lupa semua?

Pintu bilik air aku kunci serapat boleh. Trust issue aku terhadap Aryan terlampau tinggi. Sampaikan dia sendiri pun entah-entah tak boleh nak jangka! Well, nak tengok juga berapa lama dia boleh hadap dengan 'perangai baru' aku ini.

Pili air dipusing tanpa mengambil kira air panas atau air sejuk. Dan hasilnya berbalik kepada diri sendiri disebabkan manusia seperti aku ini terlalu cuai untuk diri sendiri,

"AUCH!" Bukan sengaja mahu menjerit. Tindakan refleks apabila tangan terkena air panas. Aku menahan maki. Sabar Arya, kata dah tak nak maki hamun. Takkanlah baru jumpa Aryan, iman sudah jadi senipis bawang?

"Sayang, are you okay?!" Aku hanya mendengar nadanya begitu cemas.

Sibuk betul nak risaukan aku pun. Dulu tak mahu risau pula?

"Jangan sibuk hal saya boleh tak?" Laungku dari dalam. Serabut pula aku dengan Aryan ni.

Haish, suami tu! Suara akal mula bermain di fikiran.

Suami pun, dulu dia pernah sakitkan kau. Baru-baru ni pun dia tipu kau! Suara hati pula mula membidas.

Aku membasahkan muka dengan air sejuk. Mahu membuang segala suara negatif dalam diri. Aku tak mahu jadi isteri derhaka tapi cara Aryan mahu memperisterikan aku ini salah. Dia lansung tidak datang berjumpa dengan aku.

Aku hanya merenung biasan cermin memantulkan diri sendiri. Aku? Isteri Aryan? Bekas teman lelaki sendiri? Macam tu? Gila! Tak pernah rasa segila ini. Tidak tahu mahu meletakkan salah pada siapa.

Tetapi, secara teknikalnya ini salah Aryan. Kenapa aku kena rasa bersalah, betul tak? Kalau dia tak curang mungkin kami boleh hidup aman sekarang. Entah-entah sudah mempunyai anak. Tetapi dia sendiri bertindak tidak matang dahulu.

Dan kalau dia berjujur dengan aku mungkin aku tak perlu rasa dikhianati macam ni. Okey, salah Aryan!

Perempuan mana pernah salah.

Aku merendamkan diri kedalam tab mandi tanpa memikirkan terdapat lagi seorang manusia yang belum mandi. Nak kahwin dengan aku, kan? Redha sajalah kalau aku mandi lambat sekalipun! Siapa suruh kahwin dengan aku. Tak malu!

Seronok Qayra tadi apabila nampak aku duduk disebelah abang dia diatas pelamin. Nampak macam dialah kanak-kanak paling bahagia atas muka bumi ni.

Bijak betul budak tu simpan rahsia abang dia, kan? Haih. Nasib comel. Nasib baik budak kecil. Tak ada lah aku nak marah dia sangat. Tak sampai hati!

TOK! TOK!

Aku hanya memandang pintu yang diketuk itu.

"Arya," panggilnya perlahan.

"Nak apa?" Tanyaku malas. Dia dengar lah kut suara aku memenuhi ruang tandas ini.

"Aryan.. Aryan.. " Aku mengerutkan dahi. Dah kenapa mamat ni duk ulang sebut nama sendiri.

"Apa benda dia ni?" Tanyaku kasar. Tak ada lah kasar mana, cukuplah menunjukkan nada aku yang tidak suka dia itu.

"Aryan nak kencing.. " Aduh dia ni. Masa-masa ni juga nak kencing pun!

"Saya malas nak bangun buka kunci pintu." Jawabku ringkas.

"Aryan ada kunci! Janji tak pandang Arya, please.. nak kencing.. " macam teruk sangat je bunyinya. Aku pun tak ada lah kejam macam mak tiri. Cuma, yakin ke lelaki ini boleh dipercayai?

Penat berperang dengan diri sendiri. Akhirnya aku membenarkan. Dengan pantas aku menarik langsir, menutup bahagian tab mandi yang sedang aku duduki sekarang. Mata melilau memandang syiling tandas. Mengelak diri dari terpandang perkara tidak sepatutnya.

"Thank you, Arya-" belum sempat dia mahu menghabiskan ayat dengan segera aku memotongnya,

"Go, jangan datang dekat sini. Pergi," meremang bulu roma membayangkan dia datang mendekat.

"Okay, okay Aryan keluar," Aryan mengangkat tangan. Tanda surrender. Pintu tandas ditutup semula setelah dia keluar. Aku kembali memejamkan mata, mencari idea untuk memulakan pertengkaran semula.

Apa dia ingat kalau dah kahwin semua salah dia lesap ke? Tak. Aku nak terus mengungkit sampai dia betul-betul sedar.

Lama aku berendam, kini aku bangun membersihkan diri dari sebarang buih yang melekat di tubuh.

Tidak menunggu lama, aku menyarungkan baju tidur bertali nipis tadi. Sekurang-kurangnya aku masih berbaju. Tak ada lah teruk sangat. Bukan masalah aku kalau Aryan rasa terganggu.

Rambut dikeringkan menggunakan tuala sambil kaki melangkah keluar dari tandas, menghiraukan Aryan sedang duduk dibirai katil sambil bertuala. Mungkin sudah bersedia untuk mandi.

Punggung dilabuhkan di kerusi meja solek. Skincare routine. Nak cantik kena lah rajin jaga muka. Kan?

Satu-persatu skincare aku mula sapu pada muka. Belum sempat aku mahu mengambil serum, pergerakan aku terhenti, apabila merasakan pergerakan aku diperhatikan. Lantas, mata mengerling ke biasan cermin memantulkan Aryan masih terkaku di birai katil memandang ke arahku.

"Tengok apa?" Tanyaku kasar.

"I just.. I get distracted by my wife's beauty."

Ew! Gelinya ayat.

"You lied to me, Aryan. Macam mana saya nak percayakan setiap kata-kata awak?"

Aryan diam.

"Awak tipu saya, Aryan." Ulang aku lagi. Penutup moisturizer ditutup, menandakan sesi memanjakan wajah sudah habis.

"Sumpah demi Allah, abang tak pernah berniat nak tipu sayang. You don't know how much I loves you. Arya tak tahu betapa peritnya abang tunggu masa ni datang balik." Aku mengangkat kening apabila mendengar dia membahasakan diri 'abang'.

Abang?

Seriously, abang?

"My life when I am with you and after you was like a hell, Aryan. Awak dera mental saya. Awak narsistik. Awak lansung tak fikir perasaan saya. Awak selfish. What is going on now? Abang? gelilah saya dengar perkataan tu dari awak, Aryan," jujurku. Tanpa sedikit pun kisah jika ayatku ini telah menggores hatinya.

"Arya, abang-" aku mengangkat tangan.

"I hate you, don't you get it? Are you blind? Awak tak nampak ke.. yang saya betul-betul tolak awak dari hidup saya?" Sinisku. Aryan diam. Pandangan matanya kian redup. Lansung tiada biasan kemarahan.

Seolah redha dengan apa yang aku katakan kepada dia.

Tak, aku benci Aryan versi ini. Sepatutnya dia melawan. Bertindak kejam. Tidak berhati perut. Kenapa dia begitu lembik sekarang menerima setiap kemarahan aku?

"Sekarang ni saya nak tanya, mana Am? Where is he? Hah Aryan? Apa yang awak buat dekat dia?"

Aryan menarik nafas tenang,

"He is me. Am, Hameen. We are the same  person, Arya. Abang tak tipu Arya. Abang tau kalau abang guna nama biasa abang, Arya takkan terima abang."

Aku terdiam. Sedikit sebanyak menyetujui kata-katanya. Namun syaitan lebih bijak bertindak, akal fikiranku terus diracun dengan bermacam akal.

"If you love me then ceraikan saya." Kataku tenang. Aku cakap betul. Jika benar dia 'cintakan' aku, ceraikan aku.

"Not in this situation, Arya. Kita baru bernikah siang tadi. Jangan termakan dengan hasutan syaitan, sayang. Syaitan lagi suka hancurkan hubungan yang dah sah disisi agama," pesannya lembut.

"Sejak bila awak pentingkan agama? Batas pergaulan? You're a great cheater, Aryan. Jangan tutup perangai buruk awak tu boleh tak? Kenapa? Rasa sakit bila saya suruh awak ceraikan saya? Habistu hati saya ni batu ke, Aryan? Masa awak pilih perempuan lain dulu daripada saya? Am I look like a joke to you?" Sembur aku. Tepat ke batang hidungnya. Jika dia terasa, baguslah.

"Was. I was a cheater. Abang mengaku abang curangi Arya berkali-kali. Abang menyesal, sayang. Abang betul-betul menyesal. Abang rasa nak mati bila fikirkan balik perbuatan abang pada Arya dulu. Abang teruk, Arya. Dan abang lagi takut kalau kifarah berbalik kepada bakal anak abang nanti kalau Arya terus bencikan abang. Abang sanggup biar Arya marahkan abang sepuas-puasnya asalkan Arya maafkan abang," Aryan kini mendekati aku.

Belum sempat aku mengundurkan diri, dia tunduk melutut dahulu di hadapan aku.

"Abang harap Arya dapat ampunkan kesalahan abang. Dosa abang dengan tuhan mampu ditebus lagi, tapi dosa abang dengan Arya, semua tu terletak pada tangan Arya. Abang betul-betul minta maaf, Arya." Aku mengetap bibir mendengar setiap bait perkataannya.

Tahan Arya, bukan semudah ini untuk kau cair dengan dia. Bukan.

"Pergi mandi, Aryan." Aku membiarkan dia. Telefon diambil lalu punggung dilabuhkan di katil. Mata menjeling Aryan yang masih tunduk melutut dilantai sambil meraup rambutnya kasar. Tubuhnya diangkat longlai membawa diri masuk ke tandas.

Dengar sahaja pintu ditutup. Aku melepaskan keluhan pendek. Rambut yang terjuntai di dahi ditolak kebelakang.

Kenapa awak jadi macam ni, Aryan?








panjangnya woo

Seguir leyendo

También te gustarán

9.8K 452 8
Update setiap Ahad, pukul 3 petang. "Hazimmmmm!!" "Kokk!" "Tolong akak!" "Kok-kok!" "Ayam gila jauhkan diri kau dari Tuan Puteri Mira!" Bergema...
489K 18.5K 19
1ST SHORT STORY BY _AISYWA Start : 20 October 2018 End : 13 April 2019 [ with special chapters ] SHORT STORY OF THE YEAR 2019 - THE ICE AWARD - WINN...
162K 14.2K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
3.5M 305K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...