ZAR

By tihatti

311K 19.7K 2.7K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43

BAB 30

7.1K 446 94
By tihatti

Warning: Fizikal Abuses, harsh languages,

Recommended song: Nisan Cinta


Aduh, hang slow la sikit!”

Zar mengaduh kesakitan, lengan yang rabak dek luka itu ditarik kasar. Dijeling sekilas ke arah Qaid, langsung tidak berlemah lembut. Sudah lah lukanya itu agak dalam, habis kulit tersiat dan menampakkan isi merah namun si Qaid ini boleh pula dengan selamba badak nya menekan kawasan  itu dengan kasar.

“ Ceh, tekan sikit je, yang melebih dah kenapa?”

“ Sebab hang tak kena, cuba kalau hang kena mau menjerit serupa pondan!”

Qaid gulingkan mata ke atas, malas mahu melayan sifat drama si Zar ini. Team leader yang satu ini nampak sahaja tegas, kahaq, tapi hakikatnya dalam kumpulan mereka sahaja yang tahu betapa lembut nya hati insan bernama Zar Uzair ini. Terlalu lemah- lembut malah adakalanya sifat itu membawa padah.

Macam sekarang ini.

Luka di lengan itu Qaid perhatikan, nafas dihela. Hari ini ketika mana mereka berempat sedang enak menjamu selera di warung yang terletak tidak jauh daripada kawasan base mereka, Zar bertindak untuk melakukan sesuatu yang gila.

Semata-mata ingin menyelamatkan seekor kucing yang nyaris dilanggar oleh kereta yang dipandu laju, dirinya tercampak ke jalan, ditambah pula lengan kanan nya itu terseret di atas jalan tar. Berbakul-bakul kata makian, dan nasihat dilemparkan kepada Zar ini namun jawapan yang diberikan sangat menyirapkan hati.

“Sebab kucing ni pun makhluk tuhan jugak, takkan Aku nak biaq saja?”

Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Siap package mereka bertiga yang ditarbiah oleh Zar ini.

Qaid menggeleng kepala, dilihat lelaki di hadapan nya ini. Degil, ikut sangat kata hati. Dan bukan dia sahaja, Endika dan Arthar juga sama. Risau serkiranya sifat yang ada di dalam hati insan ini memakan diri satu ketika nanti, Zar...lelaki yang sanggup korbankan hatta diri dan jiwa raga demi insan yang lain.

Langsung tidak memikirkan perasaan sendiri. Qaid adakalanya naik hairan, bagaimana anak yang terlalu baik ini sanggup dibenci oleh bapa sendiri?

Kematian Hawa bukanlah satu kesalahan yang harus dipikul oleh bahu Zar, itu ketentuan illahi. Disimpan kotak pertolongan cemas itu kembali.

“ Lain kali kalau kau buat macam ini lagi, Aku doa kau straight terus ke syurga, berani tak kena tempat”.

“ Ya,, ya dah yang hang duk beletiaq serupa opah Aku ni pasaipa? Patut lah tak dak aci nak dekat hang, semua pakat lari habis”

“ Setidak nya, Aku tak payah makan hati tengok wanita pujaan kahwin dengan lelaki lain”. Sinis Qaid membalas. Puas hatinya apabila melihat Zar Uzair mencebik bibirnya.

“ Assalamualaikum”

Salam diberi, dari muka pintu itu tersembul wajah Endika dan Arthar, kedua-dua nya kelihatan berpeluh-peluh. Seperti baru sahaja menyelesaikan larian sepuluh pusing, namun hakikat nya di tangan masing-masing adanya plastik hijau berisi kuih.

Makan petang.

“Nasib baik hari ni Mak Cik Midah tu bukak kedai kuih dia, kalau dak kebuloq Aku nak makan kuih lapis ni ha”

Plastik itu diletakkan di atas meja berhadapan Zar dan Qaid. Memang menjadi rutin apabila ada nya masa yang sedikit lapang, gerai kuih yang terletak tidak jauh daripada base itu akan menjadi pilihan hati.

Sudah lah murah, sedap pula itu.
Zar lihat sahaja rakan-rakan nya mula menjamu selera. Luka di lengan juga masih terasa pedih. Nasib la badan, siapa suruh berani tidak kena gaya? Bangku ditarik, dan dia lihat Endika mengambil tempat di sebelahnya.

“ Ni hang pasaipa mai duduk tepi Aku ni? Dengan gaya bersimpuh atas kerusi bagai, dan macam pondan dah Aku tengok”

Namun Endika tidak melenting. Lagi naik hairan dibuatnya, secara tiba-tiba dia menarik senyuman hingga ke telinga. Plastik yang satu lagi dia hulurkan ke arah Zar. Walhal dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kecut nya hati Endika sekarang ini.

Hendak memikat adik, kena ambil hati abang dahulu!

“Abang...ni Aku ada beli lepat ubi, mai la rasa”

Terus kejung tubuh badan Zar, bulu roma terasa menegak apabila secara tiba-tiba sahaja Endika Ukasyah membahasakan dirinya sebagai abang.

Secara automatik tangan yang luka dek terseret di atas tar tadi terus melempang wajah Endika Ukasyah. Tidak kuat namun cukup membuatkan wajah Endika terteleng ke kiri.

Masing-masing tergamam. Arthar yang baru sahaja membuka lepat ubi juga terhenti.

“ Weh, pasaipa hang tampaq Aku, sakit hang tau dak!” Meninggi suara Endika, terasa seperti gigi ingin bersepai ke lantai walaupun tamparan itu tidaklah kuat mana!

“ Haa duk Abang sangat dengan Aku, dah macam bapuk Aku tengok. Hang ingat Aku ni jenis lagutu ka? Hang jangan sampai Aku lepuk hang pakai lepat ni!” Garang Zar membalas. Mintak dijauhkan la daripada perkara yang satu itu.

Dosa besar!

“ Orang bukan nak kat dia pun, orang nak kat adik dia” Gumam Endika perlahan. Cukup perlahan supaya telinga lintah Zar tidak mampu mendengar apa yang dia katakan.

“ Hang kata apa?”

“ Ehehehe mana ada, Aku kata haa lepat ni sedap, mai la makan”

Zar geleng kepala. Endika Ukasyah, berumur dua puluh lima tahun namun mentaliti tidak ubah seperti sepuluh tahun. Malang betul siapa yang menjadi isteri nya. Sedang enak mereka menikmati kuih muih, telefon yang diletakkan di dalam kocek seluar berdering. Panggilan daripada adiknya Dahlia.

“ Hello, hang pasaipa call Aku?”

Telefon bimbit dibawa melekap di cuping telinga, mendengar butiran ayat daripada si adik. Seminit, dua minit tangan itu dikepal kuat. Urat-urat di leher dan lengan kelihatan tegang, wajah pula semakin memerah. Mata mencerlung tajam.

Adwa...

Aku terduduk, seluruh tubuh terasa lemah. Air mata yang merembes keluar juga Aku biarkan. Sakit ini ibarat bom masa yang bila-bila sahaja akan  meletup membunuh Aku. Pintu rumah terbuka, hujan lebat membasahi bumi dan langit malam yang langsung tiada bintang.

Tuhan...katakan ini hanyalah mimpi. Tolong sesiapa sahaja bangunkan Aku daripada mimpi ngeri ini. Aku mohon.

Pasu, trofi dan segala benda perhiasan yang ada di depan mata Aku lempar semahu-mahunya ke dinding. Dada berombak-rombak, bunyi kaca pecah dan serpihan tajam itu berterabur merata-rata di lantai.

Tadi, tuhan tunjukkan Aku satu kebenaran. Kebenaran yang seperti khayalan pada mata yang melihat. Ibarat lembaran filem yang dihampar luas-luas untuk menyedarkan Aku, bahawa dia bukanlah seperti yang Aku bayangkan. Apa yang dikatakan Dahlia semuanya benar belaka. Tiada langsung pernipuan!

Rumah ini baru sahaja beberapa jam yang lepas bahagia dengan gelak tawa Aku dan Zafran, namun kini gelap tiada langsung cahaya yang menyinari, mati seperti Aku. Zafran Anaqi, hari ini dia benar-benar telah berjaya membunuh Aku!

Tanggisan yang menggila itu semakin menjadi-jadi. Tiada suara yang terkeluar daripada anak tekak. Yang ada hanyalah bunyi sedu sedan yang menemani. Sungguh, apa yang paling sakit adalah tanggisan yang terlalu dalam luka dan nanah nya, namun tiada raungan mahupun suara yang mampu dituturkan.

“ Pa...pa mama...along...” Rintihku perlahan. Pandangan juga semakin kabur dek air mata yang semakin basah di pelupuk mata. Aku...adakah ini akhir nya antara Aku dan dia? Aku tidak mampu memaafkan dia setelah melihat perkara jijik di kelab tadi. Benar, cinta Aku terhadap nya ibarat cinta melebihi nyawa sendiri, tetapi kalau Aku berikan dia kesempatan yang lain...

Adakah Aku benar benar wanita tolol?

Tidak tahu! Aku benar- benar tidak tahu! Segala perasaan negatif ketika ini sudah bercampur baur. Akhirnya Aku baringkan badan ini di tengah-tengah ruang tamu, pandangan yang terlalu kosong dihala ke arah siling putih rumah ini. Kejap-kejap bibir ini terketar-ketar ingin melafazkan sesuatu.

Namun gagal. Aku pejam erat mataku, dan entah ke berapa kali Aku hemburkan tanggisan sekali lagi.

“ Sa...sakit... Ya Allah...sakit...”

Dada dipukul berkali-kali, cuba menghambat rasa sedih yang menghinggap ke segenap ruangan jiwa. Namun hampa, gagal segagal nya!. Lama Aku berkeadaan seperti itu sebelum Aku mendengar bunyi ngauman enjin di perkarangan rumah.

Dia...Zafran Anaqi.

“Assalamualaikum sayang, kenapa rumah gelap sangat ni? Tadi waktu Zafran keluar semua ok je, ada apa-apa yang berlaku ke?”

Dia melangkah masuk ke dalam rumah kami, suis lampu ditekan lalu segenap ruangan ini mula terang benderang. Melopong dirinya apabila melihat Aku terkapar di tengah-tengah ruang rumah ini. Cepat-cepat dia pangku tubuhku, bertalu-talu soalan dia lemparkan.

“ Sayang, kenapa ni? Ada orang pecah masuk rumah ke? Adwa cakap dengan Zafran, kenapa ni?” Jelas panik nada suaranya.

Ingin Aku hembur ketawa sepuas-puasnya. Geli hati mendengar soalan yang penuh dengan kepura- puraan itu. Boleh pula dia berlagak selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku walhal dia baru sahaja melakukan sesuatu yang jijik? Munafik!

Dia Munafik! Rasa sedih yang Aku rasakan tadi berubah menjadi amarah yang menggila. Aku tolak kuat badan nya hingga dia ke belakang terjelopok ke lantai ini.

“ Sayang kenapa ni?”

Mata Aku tajam mencerlung ke arahnya, badan pula menggigil-gigil menahan amarah yang semakin memuncak, Jijik, Jijik Aku rasakan apabila melihat riak wajah yang konon nya suci itu walhal dia adalah iblis bertopengkan malaikat!

“ Kau penipu!, Sanggup kau buat Aku macam ini jantan?” Akhirnya terluah juga apa yang Aku pendam, tinggi oktaf nada suaraku. Gigi terkacip-kacip, kalau ikutkan hati Aku sekarang ini, ingin sahaja Aku tikam si dia, biar mati dan menuju ke neraka terus!

“ Sayang, kenapa ni, Zaf ada buat salah ke? Kenapa macam ni?” Zafran masih lagi cuba memujuk diriku, bertanya seolah-olah dia kisah mengenai Aku, tangan Aku diraih lalu dicuba untuk memeluk Aku namun dengan kasar Aku menolak nya.

“ Kau tanya Aku? Kau memang jantan tak guna lah sial, kau memang sial lah. Aku menyesal kahwin dengan kau, Aku menyesal kenal dengan kau, Aku benci kau Zafran!” Tangan milik Aku laju menumbuk dada bidang nya tidak henti-henti.

Aku benci dia! Aku benci dia!

“ Adwa Naila!” Lantang dia menjerkah, badan Aku pula dia kunci dengan memegang erat kedua-dua belah pergelangan tangan. Dengan jelas urat jantan mula timbul di lehernya dan dahi, hidung mula kembang kempis menahan rasa geram.

“ Kenapa tipu Adwa?”

“ Kenapa buat Adwa macam ni? Apa salah Adwa dekat Zaf? Apa yang Adwa dah buat sampaikan Zaf buat macam ini dekat Adwa? Adwa tak cukup baik ke? Adwa tak layak jadi isteri Zaf ke?”

Bertalu-talu Aku tanyakan soalan kepadanya dan setiap soalan itu membuatkan kerutan di dahi dia semakin bertambah lapis demi lapis.

“ Sayang, kenapa ni?”

Lihat...dia masih cuba selindungkan najis yang dia sembunyikan, walhal bau busuk itu sudah dapat Aku hidu.

“ Tadi...Adwa ikut Zaf, yes Zaf jumpa kawan Zaf...tapi dekat kelab? Depan mata Adwa, Adwa tengok semuanya yang...suami Adwa...”

Setitik demi setitik air mata tumpah kembali, hati Aku kuatkan untuk tuturkan ayat yang seterusnya. Tuhan...adakah ini hukuman kerana khilaf Aku di masa lalu?

“Yang suami Adwa...bukan macam lelaki yang lain...yang suami Adwa...suka sesama jenis, yang suami Adwa bercumbu dengan lelaki lain...depan mata Adwa?”

Yaa, hal yang membuatkan Aku terus berlari keluar daripada kelab itu, yang membuatkan jantung Aku terhenti dan asbab mengapa Aku hancur seperti ini adalah kerana itu. Di kelab tadi, Aku melihat dia, Zafran Anaqi, suami yang Aku cintai memeluk dan khayal bersama insan sesama jenis nya.

Keras badan nya Aku rasakan, rentak mata itu juga berubah tajam dan dingin sedingin nya. Tubuh Aku dia hempaskan kasar ke lantai, Aku mengaduh kesakitan. Terasa seperti tulang punggung ku retak menerima impak daripada perlakuan nya.

“ Jadi Adwa ikut Zaf?”

Tidak membalas, air mata yang setia menenami dari tadi menjadi jawapan kepada persoalan nya. Perlahan demi perlahan, sedikit demi sedikit riak wajah yang risau tadi bertukar menjadi sinis sekali. Dia...sedang mengejek Aku.

Zafran tundukkan badannya supaya menyamai paras badan Aku, lalu jari jemari nya menyentuh lembut rahang wajahku. Automatik Aku tepis tangan nya.

“Kenapa? Tak suka? Sebelum ini kau yang paling sukakan sentuhan Aku, kenapa jijik dengan Aku?” Kasar dia memegang wajahku supaya menghadap mata miliknya kembali. Tajam dan sinis sekali mata itu. Tiada lagi kata nama Adwa dan Zaf, melainkan Aku dan Engkau.

“ Adwa...sayang, curiosity can killed the cat, kalau kau tak ikut Aku, Aku takkan terfikir nak buat macam ni. Kita boleh hidup macam biasa tapi kau perempuan degil!” Berdesis kesakitan Aku dibuatnya apabila rambutku direntap kuat.

“ Kenapa...Zaf kahwin, cinta dengan Adwa selama ni kalau Zaf nak buat macam ni? Tolong...tolonglah cakap yang Zaf tak buat semua benda yang berdosa tu...tolong” Aku, wanita tolol yang masih mengharapkan bahawa dirinya hanya bercanda, bahawa ini adalah satu lawak jenaka yang selalu dia lakukan.

Dia cium lembut dahi Aku, perlahan-lahan turun ke pipi dan leher, lalu bibir itu dibawa tepat ke sebelah telinga Aku. Dan dia berkata...

“ Selama tujuh tahun kita bercinta Adwa, tak pernah terlintas walaupun sekali hati Aku sukakan kau. Nak tahu kenapa Aku sanggup berpura-pura cinta dan kasih kan kau? Kenapa Aku sanggup kahwin dengan kau, sentuh kau walaupun nafsu Aku dekat tempat yang lain?”

Makin meleret senyuman sinis itu. Hancur berkecai hati Aku saat ini. Jadi segala rasa cinta, memori manis antara Aku dan dia hanyalah dusta semata-mata?

Ya Tuhan...

“ Sebab Aku nak jadikan kau kambing hitam. Nak tutup segala aib Aku.” Satu persatu dia ungkapkan kebenaran itu. Allah, Ya Allah sungguh, terasa lembik satu badan ini. Aku renung wajahnya, mengharap lagi dan lagi namun tiada
langsung harapan yang tersisa.

“ Ka...kau..” Terketar-ketar Aku ingin tuturkan kata. Jadi selama ini dia hanya memandang Aku sebagai perempuan bodoh? Jadi selama ini dia sia-siakan rasa cinta yang Aku berikan padanya?

Selama ini, dalam tempoh tujuh tahun Aku hanyalah boneka bagi Zafran untuk menutupi segala aib mengenai nafsu songsang nya?

Aku bodoh! Aku perempuan paling bodoh! Mengapa Aku langsung tidak menyedarinya. Melihat dia yang sedang ketawa mengejek terhadap diriku sekarang ini membuatkan rasa amarah yang terpadam tadi menyala kembali,

Pantas Aku menendang kuat perut nya hingga dia terundur setapak dua tapak.
Aku harus segera larikan diri daripada syaitan ini, entah apa pula yang akan dia lakukan terhadap diriku!

Secepat kilat Aku membuka langkah seribu. Pintu utama rumah ini menjadi sasaran Aku, dijerling sekilas ke arah Zafran yang masih menunduk menahan pedih akibat tendangan Aku tadi. Namun nasib buruk bertimpa-timpa menimpa wanita malang ini, kaki Aku terpijak kaca yang pecah berderai dek amarah Aku yang menggila sewaktu Aku tiba di rumah ini.

“ Arghhhh” Jerit Aku kesakitan, tersadung Aku ke lantai marmar ini. Darah pekat mula mengalir deras daripada luka tusukan itu, habis merah berdarah baju ini. Bibir pula Aku ketap semahu- mahunya untuk menahan rasa pedih yang mencucuk-cucuk.

Dia...Zafran Anaqi menghampiri Aku, dengan lagak yang bersahaja.

“ Adwa...jangan jadi isteri derhaka”

Tuturnya dengan nada yang lembut. Persetankan segala itu, yang Aku tahu sekarang ini, dia bukanlah lelaki yang sama Aku jatuh cinta. Sekarang ini, di hadapan Aku tidak ubah jangan kaparat yang layak menerima neraka jahanam sebagai balasan setimpal!

“ Kau jantan paling binatang kau tahu tak!”

“ Ceraikan Aku, Kau ceraikan Aku!”

Menjerit-jerit Aku dibuatnya, kesakitan di kaki Aku hiraukan, kalau hendak dibandingkan dengan perkara yang dia telah lakukan, tusukan kaca ini hanyalah hama yang kecil.

“ Aku takkan ceraikan kau, sampai mampus kau milik Aku Adwa”

Mengesot-ngesot Aku ke belakang apabila dia mengambil tali pinggang miliknya. Aku tidak bodoh untuk memahami apa yang bakal dia lakukan. Memori pada malam itu, ketika mana buat pertama kalinya dia mengasari Aku kembali menerjah ke kotak fikiran,

“ Kau nak pukul Aku kan? Kau pukul! Kau pukul! Kau lelaki paling dayus, jantan berhati binatang!” Hembur Aku padanya, terteleng wajah ke kiri dan kanan menerima tamparan daripadanya, terasa darah mengalir dari dalam mulut lalu mengalir di tepi bibir.

Diheret diriku menuju ke bilik tidur kami, dihempas kuat badan ku ke katil. Ditindih diriku dan dicengkam kuat batang leherku. Tercungap-cungap Aku dibuatnya. Saat ini, cinta Aku, yang Aku sangkakan cinta hingga ke syurga bersama Zafran telah mati, mati ketika mana dia lafazkan kebenaran yang tidak mungkin Aku mampu terima.

Jika cinta antara Aku dan dia berakhir seperti ini, tiada yang lebih Aku harapkan melainkan Tuhan menghukum dirinya, dan menghantar seseorang untuk menyelamatkan Aku.

“ Kau milik Aku Adwa, sampai bila-bila!”

“ Kau binatang Zafran!” Rontaan Aku semakin lemah, apalah sangat hendak dibandingkan dengan kudrat wanita Aku. Malam ini, bersaksikan tanggisan yang setia menemani, Aku tidak redha akan setiap perlakuan dirinya terhadap Aku.





Marital rape

-  When the husband forces his wife to have sexual intercourse without her consent, it should be treated as a rape for which the wife deserves a legal protection. This kind of rape is commonly known as marital rape; a rape taking place inside the marriage institution.

Continue Reading

You'll Also Like

7.6K 260 16
๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡๐Š๐€๐ " ๐™๐š๐ซ๐ข๐ž๐ฅ ๐‹๐ฎ๐ญ๐Ÿ๐š๐ง: ๐‡๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐œ๐ซ๐ž๐ญ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž " Rahsia. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ini pa...
3.3K 361 10
Ini adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... Si diva merupakan pembunuh lelaki tanpa bayang. Sekali dia kenyit mata, semua boleh tunduk...
3.2K 158 9
Astra Humaira, seorang penyanyi wanita di dalam Luna Band. Gaya hidupnya seperti selebriti-selebriti di negara barat. Tiada satu pun rukun Islam yang...
154K 10K 32
Adam Hirdy | Azalea