Puasa Oh Puasa ( Completed 🎈)

By Nur_purple02

992 182 1.2K

Esok korang semua kena belajar puasa mendengar sahaja penyataan dari papa mereka itu Edlan, Edry, Luqman dan... More

Pengenalan Watak
1
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
author nak talkΒ²
30 +bonus

9

35 6 64
By Nur_purple02

"Menyusahkan!" Jerit anieq itu dan memukul-mukul stereng keretanya

Mereka berempat hanya duduk di tempat duduk belakang itu apabila papa mereka sudah mula mengamuk

Tiada siapa pun diantara mereka yang berani bersuara. Hadif dan Naufal pula bila nampak sahaja anieq memang laju mereka melarikan diri

"Papa suruh korang mengaji bukannya main bola malam-malam buta ni!" Marah anieq lagi

Mereka hanya berdiam diri, tiada siapa pun yang mampu bersuara pada ketika itu

Mereka berdiam diri sehinggalah mereka sampai di rumah. Sampai sahaja di rumah laju mereka semua masuk ke dalam

"Mama!" Zaheen menangis sambil mencari mamanya

"Ya Allah, Zaheen" laju Misha memeluk anaknya itu

"Korang semua ok tak? Ya Allah, risau mama korang semua pergi mana?" Misha memeluk satu persatu anak-anaknya itu

"Diorang ni pergi main bola malam-malam macam ni" anieq yang geram sangat dengan perilaku anak-anaknya itu lantas menarik tangan edlan dan memukulnya

"Pa, sakit pa" adu Edlan. Menangis Edlan jadinya

"Papa sudahlah tu" Edry cuba mencelah di sebalik kekecohan itu

Misha yang melihat perkara sebegitu terkejut jadinya. Lantas ditariknya Luqman agar mendekat ke arah Zaheen dan memegang tangan anieq itu

"Anieq dahlah tu, ni anak-anak saya juga tau" Misha memegang kuat lengan anieq itu

Anieq menggeluh kuat "diorang ni pergi main bola dekat padang tu awak tahu tak?!"

Anieq mencerlung tajam ke arah edlan "Edlan tu sulung tahu tak?! Papa dengan mama ni mengharapkan edlan jaga adik-adik bukan ikut sekali adik-adik kalau nak buat apa je! Kamu tu sulung cuba bertanggungjawab sikit!"

Ditengkingnya edlan itu lagi. Luqman yang melihat hal tersebut memandang Zaheen yang berada di dalam pelukan nya

Dia menarik nafas panjang, pasrah dan redha dengan apa yang bakal dihadapi

"Luq yang ajak" Luqman mula mencelah

Lantas semua mata disitu tertumpu ke arahnya apabila Luqman mula bersuara. Edlan pula sudah menggeleng perlahan

"Along ada larang kitaorang tapi luq yang nak main jadi luq pujuklah abang edlan sampai dapat"

Takut-takut, Luqman mencuba bertentang mata dengan anieq yang sudah menatapnya dengan tajam itu

"Pangg"

Badan Luqman sedikit tersentak ke bahagian kiri apabila dirasakan pipi kanannya dilempang

Luqman menyentuh pipinya itu perlahan. Tidaklah sakit mana lempang dari papanya itu namun lebih kepada terkejut sahaja

"Abang! Apa buat Luqman macam tu?" Laju Misha mendekat ke arah Luqman yang masih memegang pipi kanannya itu

Anieq menggeluh kuat, dipandang satu persatu wajah anaknya yang berada di ruang tamu

"Korang ingat papa ni nak sangat ke pukul korang ni? Tapi korang ni tak sedar tindakan korang tu menyusahkan orang lain! Pergi main bola dekat padang tu! Buat bising apa semua menggangu kejiranan tu lepastu kalau kena culik macam mana!"

"Anieq, dah!" Misha mencelah, anak-anaknya dah menangis-nangis dah tu

Husna pula sedang tidur di atas. Nanti satu hal juga kalau Husna terbangun sekali disebabkan oleh suara tengkingan anieq itu

"Takde apa yang sudah lagi Misha! Budak-budak ni syok je main kat padang tu kalau kena culik macam mana?! Tak tahu ke mama diorang ni dah risau kat rumah?! Papa diorang ni teruk mencari diorang dari taman ke taman!"

"Papa maafkanlah kitaorang" rayu Luqman dengan air matanya yang laju mengalir

Anieq yang melihat anaknya yang menangis-nangis itu menggeluh lemah. Lantas dirinya keluar dari rumah itu

"Alaaa mama, papa nak pergi mana?" Menangis-nangis Zaheen datang ke arah Misha

"Papa...."

"Papa tenangkan diri kot tu, dah Zaheen pergi masuk bilik" pujuk Edry pula

"Korang pergilah masuk bilik dulu nanti mama cakap dengan papa"

~•~•~•~•~•

"Kenapa luq cakap macam tu, eh?" Edry menyapu minyak geliga ke arah bekas luka di tubuh Edlan akibat dipikul oleh anieq itu

"Kenapa pula? Memang betul dia yang ajak kan?" Edlan memegang kuat bantalnya itu, sakit betul lukanya itu apabila disentuh menggunakan minyak panas

"Memanglah, tapi kan mula-mula naufal yang ajak siap bawa bola lagi kenapa tak disebut je nama naufal tu?" Edry bertanyakan lagi hal tersebut

Tak puas hati

Edlan menggeluh "betul juga kan, tapi lantaklahhhh"

Edlan terjerit di hujung ayat apabila Edry menekan lukanya itu. Walaupun, perlahan namun sakitnya terasa juga

"Janganlah tekan, woi"

"Aku tekan sikit jelah bukannya aku tonyoh pun luka kau ni" marah Edry semula

Edlan menggeluh. Edry tu memang takkan rasa apa yang dia rasa kalau dirinya tadi selamat tak kena pukul dengan papa

"Sakit sangat ke? Meh mama buat"

Terkejut edlan dan Edry jadinya. Bila pula mamanya masuk ke dalam bilik ini?

Tulah, fokus sangat rawat luka abangnya tu yang tak perasan mamanya dah masuk tu

"Takpe, biar mama buat. Edry pergi tidur sana" senyum Misha lagi sambil membelai kepala anaknya itu

Edry mengganguk lantas memberikan minyak geliga itu kepada Misha. Edry berlalu ke katilnya dan terus tertidur

"Kesian anak lelaki mama ni" Misha mula menyapu luka Edlan itu

"Tapi kenapa main kat padang tu? Mama dengan papa risau tau"

Edlan menggeluh perlahan "maaflah ma, kitaorang dah lama sangat tak main bola lagi-lagi bulan puasa ni jadi kitaorang ingat nak main sekejap tapi terlama pula"

Edlan menguis-nguis katilnya itu. Perasaan serba salah kerana telah menyusahkan mama dan papanya itu menebal di hati

"Mama faham, anak-anak mama ni semuanya kecil lagi tapi Edlan kena faham juga yang edlan dengan adik-adik tak boleh main je 24 jam" Misha memegang kedua-dua belah bahu edlan itu

Dipusing perlahan bahu anaknya itu agar menghadapnya yang berada di belakang

"Edlan ni anak sulung mama dengan papa jadi kitaorang harapkan edlan untuk jaga adik-adik edlan yang lain bila mama dengan papa takde nanti. Edlan kena pegang tanggungjawab edlan sebagai abang, anak dan pelajar"

Edlan mengganguk perlahan. Dia sedar sebagai anak sulung dia mempunyai lebih banyak tanggungjawab berbanding adik beradik dia yang lain

"Kalau macam tu Along dah tak boleh nak manja-manja dah ke dengan mama?" Edlan memuncungkan bibirnya. Sedihnya kalau dah tak boleh nak manja-manja lagi

Misha menggeleng perlahan, lantas dia mula tersenyum "siapa cakap? Edlan nak manja-manja dengan mama sekarang pun boleh"

Misha menarik Edlan ke dalam pelukannya "Edlan rasa Edlan tak naklah jadi macam papa, sikit-sikit nak marah je" edlan mengembungkan kedua-dua belah pipinya

Misha menggusap kepala edlan itu "Edlan. Bila edlan dah kahwin, dah ada keluarga sendiri ada anak sendiri baru edlan akan faham kenapa papa buat semua ni. Edlan akan faham apa yang papa buat bila edlan dah ada anak nanti"

Misha menutup botol minyak geliga itu dan meletakkannya di atas meja yang berada di tepi katil itu

"Eh, nak juga" secara tiba-tiba Husna mula masuk ke dalam bilik Edlan dan Edry itu

Bersama dengan anak patung berbentuk anak ayamnya itu dipeluk erat

"Husna" edlan bersorak perlahan tanda gembira, ditepuknya tempat kosong yang berada di sebelahnya

Dengan langkah kecilnya itu laju Husna berjalan dan duduk di sebelah edlan. Namun edlan lantas meletakkan Husna di atas pehanya

"Husna, apa kata kalau malam ni Husna tidur dengan abang" Misha membelai perlahan kepala Husna itu

Husna mengganguk teruja. Husna pun dalam ramai-ramai abangnya yang lain memang yang dia paling sayang ialah Edlan

Jadi takkanlah Husna nak lepaskan tawaran ni

"Boleh kan, kalau Husna tidur dengan Edlan?" Misha memandang ke arah Edlan pula

Sebenarnya hal tersebut tidak perlu pun ditanya kepada Edlan. Sebab edlan mesti akan angguk sahaja untuk adik kesayangan dia itu

Edlan mengganguk "boleh je, apa yang tak bolehnya"

Misha mengganguk dan lantas bangun dari katil Edlan itu "mama nak tengok Luqman sekejap, ok?"

"Ok, lagipun tadi edlan nampak macam teruk je Luqman kena tu"

Misha mengganguk dan lantas keluar dari bilik edlan itu. Makinlah takut Misha jika Luqman masih merasakan sakit atau apa

Edlan yang melihat hal tersebut hanya menggeluh lemah. Dengan belakang badannya yang sakit lagi

"Husna pergi baring dulu tau" dialihkan perhatiannya kepada Husna pula

Edlan lantas bangun dari katil dan mula memakai baju. Namun dipakai baju tersebut secara perlahan sahaja kerana luka yang berada di belakang badannya masih terasa bisanya

Husna mengganguk dan lantas berbaring di atas katil Edlan itu. Dilihatnya selimut abangnya yang bergambar kartun itu

"Abang suka betul dengan b-b... eh... Ba- apa eh nama dia?" Husna mengalah akan nama kartun tersebut

Edlan tergelak melihat adiknya itu yang tidak berjaya menyebut nama kartun kegemarannya

"Batman" jawab edlan dengan gelak yang masih tersisa

"Haa, tulah"

"Sebab..." Edlan mula berbaring di sebelah adiknya "entahlah, abang rasa macam gempaklah yang dia tolong orang time malam je tak nak orang tahu. Macam bayang" senyum edlan

Husna mengganguk perlahan. Dia bukannya tahu sangat pun pasal superhero ni tapi kalau dah abangnya minat jadi dia dengar je

"Dahlah Husna bukan faham pun, jom tidur" ditepuk perlahan bahu Husna itu agar dia tidur

"Tapi, boringlah kalau tidur macam ni..." Husna mencebik

"Jadi adik abang ni nak apa?" terbangun balik Edlan jadinya, baru je tadi matanya ni nak terlelap

"Nak bedtime story" Husna tersengih-sengih

Edlan mengganguk perlahan. Namun otaknya sekarang sedang bertukus-lumus memikirkan cerita apa yang nak diceritakan

Bukannya edlan tahu pun cerita pasal princess ni

"Oklah" edlan berdehem perlahan "pada zaman dahulu ada seorang puteri bernama Husna, dia hidup aman dan damai namun tiba-tiba kerajaan nya pula terkena ribut, banjir, tsunami, gempa bumi, kebakaran, kemarau"

Husna mula terlelap di sebelah edlan. Terkejut edlan apabila melihat adiknya yang sudah lena dibuai mimpi itu

"Aku story pasal banjir apa semua tu boleh pula dia tidur. Baru nak bagi plot twist" edlan berbisik perlahan

~•~•~•~•~•

Luqman terduduk di katilnya itu. Zaheen yang sudah lena diulit mimpi itu dipandang seketika

Luqman memegang dadanya yang sakit itu. Ditepuk perlahan bantalnya itu

Perit perut dirinya sekarang ini untuk menghembuskan nafas atau menarik nafas. Makin ditarik nafasnya semakin sakit dadanya

Luqman cuba untuk bersandar pula. Zaheen pula terlalu jauh untuk Luqman minta tolong sekarang

Matanya laju cuba untuk mencari inhalernya. Mana pula dia letak inhalernya ni?

Luqman cuba untuk mengambil bantal dan ingin membalingnya ke arah Zaheen. Kalau boleh Luqman tak nak menggangu Zaheen yang tengah tidur itu namun dadanya terlalu sakit sekarang

"Ya Allah, Luqman" Misha masuk sahaja di dalam bilik anaknya itu terkejut melihat Luqman yang memegang dadanya

"Ma..." Suara Luqman agak sayup-sayup kedengaran

Laju Misha berjalan ke arah meja belajar Luqman. Tahu sangat Luqman suka meletakkan inhalernya di atas meja

Namun pelik, kenapa tiada pula tiba-tiba sahaja ni?

"Luq, inhaler luq mana?" Berkerut Misha jadinya, dahlah Luqman tengah susah bernafas sekarang tu

Boleh pula inhalernya ghaib pada waktu macam ni

Luqman menunjuk ke arah laci meja belajarnya. Laju Misha membuka laci meja belajarnya dan mengambil inhaler Luqman itu

Lantas disuakan ke arah mulut Luqman

Misha membelai perlahan belakang badan Luqman itu "kan mama cakap inhaler tu lain kali letak atas meja biar senang nak ambil kalau benda macam ni berlaku"

Luqman meletakkan inhalernya di atas meja tepi katilnya. Diurut dadanya yang mula berasa lega itu

"Maaf ma, tapi selalunya asma luq ni takdelah selalu kena tapi entah kenapa malam ni macam teruk je"

Luqman menggeluh lemah. Memang dirinya ada asma tapi luqman takdelah selalu kena asmanya itu tapi tak tahulah pula kalau dah kena macam ni bukan main teruk sakit di dadanya itu

"Sebab tu mama dengan papa belikan inhaler ni, luq tu ada asma tau ingat sikit benda tu, selalu kena ke tak ke letak je inhaler ni dekat dengan luq"

Misha membelai perlahan belakang badan Luqman. Takut dirinya tadi apabila melihat Luqman yang sudah terkulai layu di atas katil itu

Luqman mengganguk perlahan, dia mula berbaring di peha mamanya itu

"Sini, biar mama tengok pipi" Misha mula memegang pipi luqman yang dilempang oleh anieq itu

Namun Luqman menggelak dari pipinya disentuh oleh Misha itu "tak payahlah, Luqman ok"

Misha menghentikan tindakannya itu dari menyentuh pipi luqman. Dia menepuk pula belakang Luqman itu

"Kenapa luq pergi ajak abang Edlan main bola kat padang tu? Tahu tak mama dengan papa risau, ingatkan korang kena culik ke apa ke"

"Maaf mama, kitaorang ingat nak main sekejappp... je. Tapi terbanyak lah pula"

Misha menggeleng perlahan. Nak cakap banyak-banyak pun macam malas juga sebab tadi baru je dia bebel kat edlan

"Aduh..." Misha menggeluh perlahan sambil memegang perutnya. Sakit lagi perutnya itu

"Kenapa mama?" Terduduk Luqman jadinya, pelik melihat mamanya yang mengaduh kesakitan itu

Namun dengan cepat Misha menggeleng. Tak nak anaknya itu risau tentang benda yang tak sepatutnya dirisaukan pun

"Takde apalah, mama nak per..." Namun kata-kata Misha terhenti di situ

Nak cakap ke period? Tapi nanti anaknya faham ke? Dahlah anaknya itu lelaki kecil lagi pula tu

"Mama nak cakap apa tadi? Period?" Luqman menduga sendiri

Misha agak terkejut yang anaknya itu boleh meneka dengan betul namun dirinya mengganguk juga sebagai jawapan

"Tak sangka luq tahu" puji Misha, kagum

Luqman sudah tersenyum bangga akan dirinya "mestilah, ustazah luq ada ajar pasal benda ni dia kata nanti senang kalau dah ada isteri" luqman mula tersengih-sengih

"Ada isteri.. amboiii fikir jauh nampak" Misha mula menggelitik anaknya itu. Bukan main lagi dah fikir pasal isteri padahal umur baru setahun jagung

Spender dia pun Misha lagi yang belikan

Tergelak-gelak Luqman disitu "alaa mama ni, fikir pasal masa depan pun salah"

Laju tangan Misha dari menggelitik anaknya itu kepada mencubit pula. Masa depan dia kata..

"Ok ma, dah dah" Luqman menggelap air matanya disebabkan oleh ketawa itu

Lantas Misha menghentikan aksi cubitnya itu. Luqman cakap je lagi pasal masa depan nanti memang confirm kena cubit lagi

mereka terdiam seketika, cuba untuk mengumpulkan nafas kembali. Dah asyik tergelak je memang banyak nafas nak kena pakai

"Mama, first love mama dulu siapa?"

Tersentak Misha jadinya. Dah kenapa pula anaknya itu sibuk tanya tentang first love ni?

"Kenapa Luq tanya macam tu? Tiba-tiba je" terkial-kial Misha hendak menjawabnya

"Yelah, mama dengan papa ni macam langit dengan bumi. Mama ni sweet je tapi papa tu sikit-sikit nak marah" komen Luqman

Tergelak perlahan Misha di situ. Ada pula cakap papa sendiri macam tu

"Papa marah tu sebab papa sayang. Papa bukannya jenis yang sikit-sikit nak marah tapi papa marah kalau anak-anak dia buat salah" tegur Misha

Luqman mengganguk. Betul juga apa yang mama cakapkan tu

"Tapi cerita lah mama, siapa first love mama?" Tanya Luqman lagi

"Eh, sibuk pula luq ni nak tahu ye. Ingat sikit eh, kalau mama tak kahwin dengan papa tu maksudnya luq takde dalam dunia ni tau"

Luq memuncungkan bibirnya. Alaa, baru je dia nak tahu soal kisah percintaan mama dia dulu

"Oklah, kalau mama tak nak cerita pasal tu cuba mama cerita macam mana mama boleh kenal dengan papa" Luqman dah tersengih-sengih

Misha pula sudah menggeluh lemah. Apalah yang agaknya dah sampuk anaknya ni sampai sibuk nak tahu tentang masa lalu dia dah anieq

Misha menggeleng perlahan. Susah kalau nak diceritakan balik ni mungkin _lyli22_  dan -ayrain boleh cerita semula ke?

Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta anieq memasuki kawasan perkarangan rumah

"Dah tidur, mama nak jumpa papa dah ni" Misha mula turun dari katil Luqman itu

"Ok, goodnight mama"

"Goodnight sayang"

Selamat berpuasa semua ❤️❤️❤️

2444 words

Continue Reading

You'll Also Like

88K 4.6K 15
hidup jung ari brubah 100% . disebabkn bpaknya trdesak duit bpknye snggup mnjual nya kpde mafia dan siapa sngka mafia itu jtuh cnta dgn dye. first t...
6.2K 567 23
saya harap buku ni dapat memberi manfaat kepada korang, saya akan update buku ni bila ada masa sahaja. Add la buku ni pergi library korang supaya say...
1.1K 234 13
Story by :. Kim Masyitah Another tittle : Misi menawan hati Cinta pertamaku Cinta yang sukar ditawan kerana cinta pertama terlalu sempurna untuknya...
51.4K 1.6K 16
Natasha , pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Florida berjumpa dengan Syed yang satu sekolah dengannya tetapi tidak pernah bertegur . Natasha , seora...