Bahagia Milik Kita✧

By cc4stleangle

538 48 0

Harraz yang tidak suka dibebankan atau membebankan orang. Dingin dan tak berperasaan. Seorang workholic, dia... More

| 0
| 1
| 2
| 3
| 4
| 5
| 6
| 7
| 8
| 9
| 10
| 11
| 13
| 14
| 15
AUTHOR'S NOTE
| 16

| 12

18 1 0
By cc4stleangle

Seminggu telah berlalu, alergik Mawar semakin membaik. Harraz juga memberitahu Achik Kiah, untuk tidak menghidangkan sebarang makanan laut. Mulanya Mawar menegah, sebab dia juga tidak akan makan makanan laut. Tapi Puan Diyanah juga berpendapat sama. Dan begitu juga dengan Haura.

Mawar melihat kecermin. Tudungnya dibetulkan sedikit sebelum mengoleskan sedikit lip balm pada bibirnya. Sentuhan terakhir untuk menampakkan seri diwajahnya.

Malam ini mereka mengadakan Family gathering.  Mawar mengenakan Abaya berwarna hijau zamrud dipadankan dengan tudung shawl berwarna putih.

Keluarga kerabat Harraz akan berkumpul di Mansion ini. Mawar menghembus nafas sebelum kembali menilik penampilannya dicermin. Kemudian dia membawa langkah pergi ke bawah

Bunyi suara budak-budak semakin jelas di pendengarannya. Nampaknya, kali ini dia akan berjumpa dengan semua ahli keluarga Harraz. Kerana semasa hari perkahwinan mereka, tidak semua ahli keluarga Harraz dapat hadir pada majlis mereka.

Mawar bergerak memunculkan diri pada wanita-wanita yang berkumpul di ruang tamu. Mereka nampak galak bercerita.

Tiba-tiba satu suara menyampuk buat semua memandangnya..

"Dah muncul dah pengantin kita ni..." Kata seorang wanita sebaya dengan makciknya di kampung. Wanita itu tersenyum suka. Mawar hanya tersenyum malu.

Semua wanita yang berada di situ teruja. Ada yang menariknya suruh duduk disamping mereka. Ada yang hanya tersenyum sambil memangku bayi ditangan.

"Ni, Mawar... kenal kan, ni Kak long.." Makcik yang menariknya untuk duduk tadi mula memperkenalkan Wanita yang ada disitu. Mawar mengangguk perlahan.

"Hi, Mawar. Akak Haryna..Panggil aje Kak long. Sorry sebab tak datang wedding kamu haritu. Husband akak busy.." Kata Haryna a.k.a Kakak kepada Harraz dan Haura.

Mawar menggeleng sambil tersenyum ramah. "Eh, takpe lah kak, Mawar faham."

Tidak cukup dengan itu Makcik yang bernama Dayana tadi  memperkenalkan lagi seorang perempuan yang duduk di situ. "Ha yang ni Eryna, anak Mak long.." Mawar diam sekejap kemudian senyum ramah menyapa Eryna.

Kejap. Jadi Makcik ni Kakak Mama Harraz lah kan. Mawar terdiam seketika.

"Sorry tak sempat nak tegur haritu... saya pun terpaksa ikut Husband saya  outstation.." Kata Eryna sambil tertawa ramah.

Sedikit sebanyak, semua ahli keluarga Harraz semua sudah berkahwin yang membuatkan dia sedikit terkejut. Maksudnya, Harraz dan Haura diantara paling termuda di kalangan ahli keluarganya.

Mereka rancak berbual. Ada juga yang mengajukan soalan untuknya. Lagi-lagi soalan yang hangat.

"Ni Mawar... Macam mana kamu boleh kahwin dengan Harraz?.. korang bercinta eh?.. Takde lah setahu akak, adik akak sorang tu mana maunya nak bercinta... Akak pun terkejut dengar dia nak kahwin haritu.." Kata Haryna sambil menepuk-nepuk bayinya perlahan.

Semua kembali fokus padanya, menunggu balasan dari Mawar.

Mawar teguk air liur. "Sebenarnya, Mawar tak pernah pun bercinta dengan Harraz... Mama yang pinangkan Mawar untuk Harraz.." Kata Mawar. Kemudian, salah seorang dari mereka memetik jari dengan kuat.

"Ha tengok.. aku dah cakap dah. Mak ngah yang kahwinkan korang tak percaya cakap aku..." Mawar terdiam melihat wanita yang tiba-tiba datang menyampuk perbualan mereka. Wanita yang berambut pendek dengan seluar jeans dan baju t-shirt baggie datang menghampiri mereka lalu duduk.

"Amboi, Zah... Dah takde adab sopan ke main terjah macam tu." Tegur Mak Long disampingnya.

"Haih, Mak long pu  tak tahu ke.. Takkan Mak ngah tak bagitahu.." Kata wanita yang dipanggil Zah tadi. Mawar hanya diam.

"Mana nye Mak long tak tahu... Hey, aku ni yang Lead merisik tau.." Kata Mak Long buat semua tergelak disitu. Mawar juga buat-buat gelak tapi tidak terlalu ketara.

"Apala Zah, potong cerita..." Sampuk Eryna pula.

Wanita berambut pendek itu hanya menjeling kemudian dia kembali melihat ke arah Mawar. Mukanya tenang sebelum bibir tersenyum sengih pada Mawar..

"Hehehehe, Hi Mawar.. Saya Eryzah... panggil Zah pun takpe.." Kata Eryzah dengan menayangkan sengihannya.

Mawar terkebil-kebil. Ingatkan Eryzah itu tidak menyukainya. "Oh.. hi.." Kata Mawar kekok.

Kemudian Eryzah berdiri dari duduknya. Tangan sempat mengambil kacang dibalang kaca itu.

"Okay lah guys, Zah nak balik.. bosan la duk kat sini.."

"Weh, kau jalan tu elok-elok sikit jangan nak merempit malam-malam buta macam ni." Kata Eryna dengan menyelit sedikit amaran.

Eryzah tayang muka toya. "Yelah, aku tahu..dahlah.. Bye Mawar.." Dia mengenyitkan matanya ke arah Mawar. Mawar senyum kekok.

Tiba-tiba, seseorang memanggil namanya. Tidak lain dan tidak bukan orang itu adalah Haura.

Haura berlari laju menerpa memeluk Mawar. Dia tersengih sedikit. Mawar hanya senyum membalas pelukan Haura.

"Amboi Haura.. awak tu dah besar... kejap lagi nak kahwin. Jangan asyik nak berkepit aje kerja.."  kata Mak Long, mengusik.

"Apelah Mak long ni... Buat apa ada kakak ipar kalau tak bermanja dengan dia.. betul tak kak?.." Kepala diangkat melihat muka Mawar. Mawar senyum mengangguk.

"Ape-ape ajelah, Haura..." Kata Mak Long kemudian berjalan menuju ke dapur.

"Ni, Mawar... dab sebulan lebih kahwin takde rase apa-apa ke?.. mual ke?... pening ke?.." Tanya Kak Long.

Mawar diam faham maksud Kak Long itu. Hmm mengandung?.. Sentuh pun tak lagi. "Takde lagi.."

"Hmm, takpe.. kejap lagi ada lah tu.." Sambung Eryna dengan senyuman mengusiknya.

"Kalau Mawar nak tanya boleh tak?.."

"Eh apa yang tak boleh.. tanya je.." Kata Haryna diikuti dengan anggukan Haura dan Eryna.

"Hmm, akak cakap Harraz tak pernah bercinta..  kenapa?.."

Kak Long menggeleng lemah. "Haih.. dulu masa Harraz tu umur 18 macam tu ada budak ni syok kat dia. Yang tu nampak normal je tau.  Tapi ada satu part di mana budak tu selalu berada dimana
Harraz berada."

"Budak perempuan tu buat-buat terserampak lah dekat Harraz... Harraz ni dia memang tak layan lah budak tu. Dia layan macam biasa je." Sambung Haryna lagi. Yang lain diam mendengar.

"Lepastu, Harraz ni cakap dua memang dah seram dengan budak perempuan tu. sebab tiap kali dorang terserampak, colour baju budak tu sama macam Harraz.. Bukan tu aje tau. Dipendekkan cerita... Masa tu kitaorang takde kat rumah sebab akak dah kerja masa tu... Papa mama pun dekat office... and masa tu tak silap akak, Achik Kiah pergi kedai dan dihantar oleh Pakcik Mat.." Mawar tekun mendengar. Kadang-kadang bulunya naik menegak. Dia seperti mendengar kisah  budak Psycho.

"Dipendekkan cerita, masa tu Harraz tengah tidur, dan dia tengah nak demam masa tu. Dia cakap dia bukak je mata dia dah kena tindih dengan budak perempuan tu. Senang cerita dia dah kena raba... Harraz kalau sakit memang tak terjaga. So, dah budak tu ada dekat atas badan Harraz dengan senyuman psycho dia, apa lagi Harraz tolak lah budak tu..."

Mawar menutup mulutnya tidak percaya. Ya Allah, budak 18 tahun buat macam tu?..

Haura mengangguk kepala. Dia juga terkejut mendengar cerita ini pada mulanya.

"Lepastu nak tahu apa yang lagi bodoh.." Haryna sengaja menggantungkan ayatnya disitu. Matanya disepetkan.

"Budak tu menangis sambil pegang pisau. Pisau tu dia halakan dekat pergelangan tangan dia. Dia ugut Harraz untuk bertanggungjawab apa yang dia buat dekat dia. Kononnya budak ni playvictim la dekat sini. Dia cakap apa tau.. dia cakap macam ni..."

Haryna berdehem perlhan sebelum mula memasuki wataknya sebagai budak perempuan. tadi. "Awak tak sayang saya ke Harraz?.. tapi kenapa?!... AHAHAHAHHAHA awak kena bertangungjawab atas apa yang awak vuat dekat saya Harraz!.. kalau tak saya kelar diri saya..!"

Haryna menggeleng kepalanya laju.. "Tahu tak, budak tu cakap sambil ketawa pastu dia menangis balik... Dia macam orang gila.. Jujur akak memang tak percaya arr. Tapi akak rasa lawak dalam pada yang sama.." Haryna tertawa lucu sebelum menghabiskan cerita nya.

"Kak, orang cakap, dia kalau gelak tak habis cerita jadi tak lawak tau.." Sampuk Haura buat Haryna berhenti dari gelak. Dia berdehem kemudian menyambung ceritanya semula.

"Reaksi Harraz waktu tu, dia stunned tau. Dia tak bergerak. Mungkin masa tu dia tengah demam kan, so dia shock plus takut masa tu so dia hanya mampu diam je.."

"Ouh, pastu apa jadi kat perempuan tu." Tanya Mawar setelah beberapa minit Diam.

"Budak tu lari melalui tingkap... lepas je budak tu lari, Harraz dah jatuh terduduk dah. Tak silap akak dia pengsan waktu tu. Nasib Achik kiah datang cepat... mungkin bunyi kereta kat luar buatkan budak tu lari. Nasib budak tu tak psycho sepenuhnya... kalau tak hmm tak tau la apa yang jadi waktu tu... Teruk jugalah demam Harraz waktu tu. Mama risau sangat sebab Hampir 2 minggu jugaklah demam dia tak kebah.."


Mawar mengangguk Faham. Baru di faham kenapa Harraz bersifat dingin. Bagi dia itu adalah Trauma yang sakit.






Continue Reading

You'll Also Like

153K 9.9K 32
Adam Hirdy | Azalea
392K 13.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
64.2K 3.7K 61
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...