Puasa Oh Puasa ( Completed 🎈)

By Nur_purple02

1K 184 1.2K

Esok korang semua kena belajar puasa mendengar sahaja penyataan dari papa mereka itu Edlan, Edry, Luqman dan... More

Pengenalan Watak
1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
author nak talkΒ²
30 +bonus

7

41 7 35
By Nur_purple02

Edlan melihat ke luar tingkap kelas itu. Alang-alang tiada cikgu dalam kelas sekarang ni jadi edlan mengambil masa itu untuk melihat pemandangan di luar

Terasa seakan-akan watak utama pula. Maklumlah dirinya ini banyak sangat tengok anime kan

Tulah jadi macam ni tu

"Haa!" Adam menyergah Edlan dari tepi. Khusyuk betul kawannya yang seorang itu melihat pemandangan di luar tingkap

Namun edlan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap aksi mengejut Edlan itu. Tolonglah, dekat rumah pun adik-beradik nya yang lain selalu buat sergahan macam tu

Jadi dirinya sekarang ini sudah terbiasa

"Kau ni, tak bestlah" lantas Adam duduk di sebelahnya, ingatkan dapatlah tengok reaksi edlan seperti terperanjat atau apa

Tapi rupanya hampeh, apa pun tiada

"Aku dah biasalah kena sergah macam tu dekat rumah" edlan tergelak perlahan, lawak pula melihat reaksi Adam itu

Namun lantas buku teks sejarah yang berada di hadapannya di buka dan dibaca. Kata cikgunya sejarah ni kena banyak baca

Baru lulus

Namun tiba-tiba fikiran nya melayang teringatkan momen nya di surau bersama Fitriyah itu. Entah kenapa hatinyanya memang berdegup habis

"Adam" panggilnya

"Ha?"

Adam yang sedang bertukus-lumus menyiapkan kerja sekolah matematik itu menjawab tanpa memandangnya

Maklumlah, untuk mata pelajaran sejarah hari ni cikgu tak masuk jadi inilah masanya untuk dia siapkan kerja sekolah matematik semalam sebelum cikgu matematiknya masuk

Dahlah tiru edlan pula tu, harap cikgu tak perasan apa-apalah

"Aku nak tanya ni"

"Tanyalah"

"Boleh, eh?"

Lantas Adam meletakkan pensil nya dan menghadap ke arah Edlan. Kawannya ni saja nak menguji kesabarannya di hari yang mulia ini

"Kau nak tanya apa ni? Cakap jelah" Adam mula merungut, orang nak siapkan kerja matematik tapi dia ni asyik bertanya sahaja

Edlan tergelak melihat reaksi kawanya itu. Sabarlah, orang nak kepastian sahaja

"Macam ni.." edlan mula mendekat ke arah Adam

"Kau pernah tak dekat dengan perempuan tapi tiba-tiba hati kau berdegup kencang?" Takut-takut edlan bertanya

Takut Adam ni buat spekulasi yang bukan-bukan je lagipun otak kawan dia ni memang suka berfikiran jauh

Adam berfikir seketika apabila mendengar soalan dari edlan itu. Dah kenapa pula tiba-tiba kawan dia ni tanya hal macam tu

Namun dirinya mengganguk perlahan

"Kau berdegup pasal apa? Dengan siapa?" Edlan memegang tangan Adam itu, dirinya teruja apabila mengetahui kawannya itu mempunyai perasaan yang sama dengan nya

"Jantung aku berdegup kencang bila..."

Edlan mengganguk perlahan, bila apa ni? Cepatlah cakap sekarang Adam dirinya sekarang ni sudah tidak sabar

"Bila cikgu math masuk dalam kelas tapi aku belum siap kerja dia lagi" Adam kembali melakukan kerja sekolah matematik nya itu

Edlan menggeluh lemah, orang serius nak tahu tapi Adam ni boleh pula buat perkara ni main-main

"Betul-betul lah Adam" edlan mendengus seketika

Orang nak jawapan betul-betul tapi dia ni boleh pula bawa main-main. Tak nak kawan nanti baru tahu

"Oklah, kakak aku pernah rasa perasaan yang sama macam kau rasa sekarang ni" Adam kembali menghadapnya

Terhenti tindakan edlan untuk terus merajuk itu. Kalau Adam tak faham mungkin kakaknya faham perasaan nya

"Kakak aku cakap perasaan berdegup kencang tu jadi bila kita ada suka seseorang tu" terang Adam lantas menyambung kembali melakukan kerja sekolah matematiknya

Edlan terdiam seketika. Suka? Fitriyah? Cinta? Ishh takkanlah

Takkanlah Edlan sukakan Fitriyah.. kan?

~•~•~•~•~•

Luqman banyak kali menggeluh apabila melakukan latihan ulasan yang diberikan oleh cikgu Rozi nya itu

Luqman memanglah tak menyukai mata pelajaran bahasa melayu ini. Dahlah tak suka lepastu ada pula ulasan dan karangan yang panjang berjela-jela itu

Lagilah dirinya ini naik pusing dengan bahasa melayu. Tangan nya pula sudah mulai sakit apabila menulis sahaja sepanjang masa

"Banyak nya menggeluh, rilekslah wei berbuka takdelah lama mana" Ahmad menepuk bahu Luqman itu, kesian tengok member asyik menggeluh sahaja

"Aku menggeluh bukan pasal tu" Luqman menggeluh lagi, dahlah bahasa melayu ni memenatkan otak dan tangan nya

"Dahtu, kau fikir pasal apa?" Ahmad menggaru kepalanya, Luqman ni tak pernah-pernah macam ni tapi kenapa sekarang macam lain sahaja

"Aku fikir pasal adik aku, Zaheen tu"

"Kenapa dengan dia?" Secara tiba-tiba boleh pula nasuha yang berada di hadapan tempat duduk pusing dan menghadap ke arah Luqman

Nasuha memang laju kalau bab-bab macam ni, biasalah perempuan kan

Terkejut Luqman jadinya tapi nak buat macam mana kan sebab dia dan nasuha ni memang dah lama kawan dah. Sama macam Ahmad ni

"Semalam lepas buka, aku baru perasan ada luka dekat siku dia lepastu bila ditanya katanya terjatuh"

Nasuha mula mengganguk perlahan, nampak macam dia faham sahaja apa yang dimaksudkan oleh Luqman itu

"Adik kau kan lelaki jadi mestilah dia lasak sikit. Sekadar terjatuh tu apalah sangat" Ahmad berkerut, dia ada dua orang adik lelaki

Dan setiap seorang dari mereka tu mesti kalau balik je ada yang terluka lah, terkopek lah, berdarah lah

Dah maklum sangat

"Itu aku tahu, tapi Zaheen dia manja tau jadi dia selalunya kalau sakit sikit ke apa ke mesti dia bagitahu mama aku terus, nak minta dibelai lah tu"

Selalunya Zaheen tu dia manja nya memang terlebih. Kalau demam sikit ke apa ke mesti terus diadu nya, minta dibelai lah tu

"Adik kau 6 tahun kan?" Tanya nasuha, dia seakan tahu sahaja apa yang berlaku

Luqman mengganguk "kenapa?"

"Haaa... Aku rasa adik kau kena buli"

"Haa, buli" ucap Luqman dan Ahmad serentak, seram pula bunyi nya tu

Nasuha mengganguk laju "adik perempuan aku pun umur 6 tahun juga, dia cakap ada seorang pelajar lelaki tu nama dia Omar tau. Dia memang suka kacau budak-budak lelaki dekat situ"

"Tapi budak-budak yang kena buli tu tak mengadu ke?" Tanya Ahmad tak puas hati

Sepatutnya kalau dah kena buli tu mengadu lah, takkan diam sahaja

"Aku ada dengar lagi tau yang budak omar tu memang pandai nak ugut-ugut orang ni, aku pernah jumpa budak tu sekali je lepastu aku rasa macam nak cili-cilikan mulut dia tu"

Ahmad mengganguk, budak kecil kan jadi memang senanglah kalau nak kena ugut ni

"Lagipun aku dengar ayah Omar tu dia baran tau, pernah sekali tu ada cikgu mengadu perangai Omar dekat ayah dia lepastu habis wei dibakar keretanya cikgu tu"

Ternganga mulut Ahmad dan Luqman itu "tak kena tangkap ke? Gila wei" Ahmad masih lagi ternganga

Nasuha mengganguk "kena tangkap, lepastu bila dah bebas ayah dengan Omar tu pindah sini pula dahtu bila orang tahu masa lalu ayah Omar tu mestilah macam takut-takut je kan, manalah tahu rumah pula yang dibakar ke"

Luqman menepuk perlahan tangan nya. Nasuha ni kan memang hebat betul lah, semua benda dia tahu

"Hebat kau wei, semua benda kau tahu" puji Luqman, perkara sebegini perlulah dipuji ya

Nasuha mula tersenyum bangga di situ. Dia dah tahu dah yang dirinya memang handal kalau soal cari tahu maklumat ni

"Dahlah tu, ni sekarang macam mana kalau betul adik kau kena buli?" Ahmad mula mengembalikan topik mereka kepada yang asal

Luqman menggeluh perlahan "aku bagitahu jelah papa aku"

Luqman mengganguk perlahan, sepatutnya itu adalah salah satu benda terbaik yang sepatutnya dia buat dari awal

"Tapi" nasuha mula memotong perbicaraan Luqman itu

"Kau perlukan bukti kalau kau nak perangkap ayah Omar tu nanti tak pasal-pasal rumah kau kena bakar pula"

"Aduh..." Luqman menggeluh lemah, dah macam projek apa je yang mereka jalankan ni

"Kau kan ada abang, kau ajak jelah diorang" Ahmad mula memberikan cadangan

"Abang-abang aku tu pun nampak macam sibuk dengan dunia sendiri je, Along aku tu tiba-tiba tersengih seorang diri kalau Angah tu pula sibuk dengan lukisan dia tu" Luqman meraup wajahnya perlahan

Mereka bertiga mula berfikir cara untuk membantu Luqman ini. Kesian pula dirinya itu

"Sekarang Zaheen kat mana?"

"Rumah, dia nampak macam tak nak pergi sekolah je sebab tu lah firasat aku ni kuat menyatakan yang Zaheen tu kena buli tau" Luqman mengganguk laju

Kali ni tak salah lagi, mesti kena buli ni

"Dahlah, baik kita buat dulu kerja BM ni lepastu nanti baru kita fikir pasal hal kau tu" cadang Ahmad dan langsung menyambung kembali membuat kerjanya

~•~•~•~•~•

Luqman memerhatikan sahaja budak Omar itu dari awal sehinggalah akhir. Sepatutnya kawan-kawan dia datang menemaninya

Tapi disebabkan mereka balik awal jadi terpaksalah luqman siasat seorang diri sahaja. Lagipun sebelum balik nasuha sempat tunjuk macam mana rupa budak Omar tu

"Kau buli adik aku eh, siap kau" Luqman berbisik

Kalau dapat budak tu memang dia lunyai habis-habisan

Luqman memerhatikan budak tersebut dari jauh. Nampak macam ok je budak ni lagaknya

Namun, seorang lelaki yang terlihat seakan berusia 30an mula mendekat ke arah Omar

"Mesti ayah dia lah kot" Luqman berbisik perlahan

Gaya Luqman sekarang ni betul-betul macam stalker. Tapi nak buat macam mana, semua ini demi adiknya

Sedang elok Luqman menjalankan misinya itu tapi tiba-tiba sahaja boleh pula luqman dan ayah Omar itu bertentangan mata

"Kau apahal ha?!" Jerit ayah Omar

Terbeliak biji mata Luqman jadinya, baru je bertentangan mata dah dijerit macam tu sekali

"Eh... t-tak ada apa-apa saya cuma tengok je kalau-kalau kereta mak saya dah sampai" senyum Luqman dan lantas berpaling ke tempat lain

Wuishh menakutkan betul

"Luq, kau buat apa lagi dekat sana tu? Mama dah sampailah" tegur Edry yang secara mengejut berada di belakangnya

Lah, dah datang rupanya, tapi Luqman saja je reka cerita tapi tak sangka datang betul-betul pula

~•~•~•~•~•

"Korang macam mana sekolah hari ni?" Misha bertanya apabila anak-anaknya sudah masuk ke dalam kereta

"Boleh lah" Edry menggeluh dan lantas berbaring semula

Haus nya

"Best" Edlan tersenyum, muka kerana teringat akan Fitriyah itu

Namun Luqman hanya memandang pemandangan di luar tingkap kereta itu. Masih rungsing memikirkan tentang Zaheen

"Luq pula?" Misha memandang anaknya itu seketika

Luq hanya mengganguk "macam biasa" dia tersenyum

Misha hanya tersenyum mendengar respon anak-anaknya itu

"Korang pukul 8 malam nanti ada kelas mengaji tau, jangan lupa" Misha mengingatkan kembali

Edry dan Luqman menggeluh, bukannya diorang tak suka mengaji tu tapi masalahnya memang lepas berbuka tu dah tak larat dah

Lepas berbuka tu kalau nak rukuk pun susah, kembung perut jadinya

"Janganlah menggeluh macam tu, mengaji kan elok" pujuk Misha

Tu pun nasiblah Misha yang dengar keluhan diorang tu tapi kalau anieq memang habislah diorang semua kena marah nanti

Luqman dan Edry hanya mengganguk. Nak buat macam mana, dah ini takdirnya

Cehh, macam tajuk drama pula dah

"Papa, dah start kerja ke?"

Misha mengganguk "dah, jadi untuk sementara ni mama yang ambil korang lah"

"Yeayyy, mama ambil" sorak mereka bertiga

Kalau mama diorang yang ambil memang kalau lambat masuk kereta sekali pun mama tak akan kisah punya kalau nak dibandingkan dengan anieq

Selamat berpuasa semua ❤️❤️❤️

Continue Reading

You'll Also Like

20.3K 1.4K 23
~Sambungan daripada cerita 'Adventure to the Strange World' aka 'Pengembaraan Ke Alam Aneh' Selepas 5 tahun berlalu sejak masuk ke alam aneh, Siti Sy...
19K 177 4
ONESHOOT 🐭🐬 [Jisung] βˆ† Dom | SemeπŸ”Ί [Chenle] βˆ† Sub | UkeπŸ”» ⚠️Warning⚠️ 21+πŸ”žπŸ”žπŸ”ž πŸ™ kalau ada Typo ΰ² β—‘ΰ² 
27.6K 1.8K 22
Cahaya putih yang muncul menyebabkan 3 orang gadis dan 3 orang jejaka telah masuk ke alam yang tidak pernah mereka ketahui. Sikap dan perangai mereka...
17.7K 2.2K 23
START: 21/03/2020 END: 19/04/2020 -Yunho ATEEZ -Hyunjae THE BOYZ -Kino PENTAGON -Mingyu SEVENTEEN -Sejun VICTON Thanks to @nureenjun who make this be...