SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

176K 7.3K 254

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

58

2.1K 75 3
By Mrs_pororo

       ENAM BULAN BERLALU..

"Bang. Dah pukul enam ni." Kejut Aufar. Ariff terjaga dari lenanya lalu memandang jam ditangan. Dia meraup wajah.

"Allahu.. macam mana boleh tertidur ni?.." rungut Ariff seorang diri lalu bangun berdiri dan mengemas barangnya dengan pantas.

"Kau pergi lah balik dulu. Dekat sini aku boleh uruskan. Kesian Aira duduk sorang-sorang dekat rumah." Kata Aufar.

"Thanks bro." Ariff mengambil begnya lalu berlari laju keluar dari officenya.

Enjin kereta dihidupkan usai memasuki kereta tersebut.

Kereta terus memecut laju. Dia menggapai telefonnya lalu mengidupkannya.

Tertara 17 kali misscall daripada isterinya. Dia mendail kembali nombor tersebut lalu menelefonnya.

"Apa!?" Jerit seseorang dari dalam telefon.

"Sayang, jangan lah marah.." ujarnya. Tangan kiri memegang telefon, manakala tangan kanan masih setia memandu.

"Sekarang dah pukul berapa?" Soal Aira. Ariff memandang jam ditangan sekilas.

"6 : 15."

"Habis? Janji nak balik pukul 5. Sekarang dah pukul 6. Ish, malas lah nak kawan awak!" Marah Aira. Atau lebih kepada, merajuk.

"Im sorry. Aku janji aku akan tepati janji lepas ni." Janjinya.

"Kalau awak buat lagi macam mana?" Soal Aira serta mendengus geram.

"Kalau aku buat lagi, aku janji lah lagi. I'm sorry, okay?" Soal Ariff lalu sempat juga dia tertawa kecil.

"Malas lah nak kawan awak ni! Pergi lah cari isteri baru!"

Tup!

Telefon terus dimatikan dari pihak Aira. Ariff menjulingkan anak matanya naik atas.

Cafe terdekat menjadi sasarannya.

Dia membuka pintu lalu berlari keluar dari perut kereta. Sempat juga pintu ditutup kembali.

Dia melangkah kaki masuk kedalam kedai tersebut lalu berjalan mendekati counter.

"Air Matcha dua." Order Ariff lalu membayarnya. Dia berjalan dan duduk disatu meja berdekatan.

Lama menunggu, akhirnya air matcha nya sudah pun dibuat. Dia terus bergegas keluar dari kedai tersebut dan memasuki keretanya.

Enjin kereta dihidupkan lalu memecut laju pergi. Senyuman terukir dibibir.

☜⁠ ☞

"Sayang!" Jeritan Ariff sangat kedengaran ditelinga Aira membuatkan Aira terlompat terkejut.

"Apa benda awak ni?" Soal Aira seraya menjelingnya.

"Aku lambat sejam je, jangan lah sampai nak bunuh diri bagai.." Ariff berjalan mendekati Aira lalu merentap pisau ditangan Aira.

"Mana ada. Saya nak buka tin susu ni lah. Ketat nak mati." Ujar Aira. Ariff menepuk dahi lalu menolaknya menjauhi pisau ditangannya.

"Lain kali tunggu lah aku. Jangan dekat-dekat dengan benda tajam macam ni." Pesan Ariff. Aira hanya tersenyum mengejek lalu memegang perutnya.

Pisau ditangan Ariff diletakkan didalam sinki lalu dia menarik Aira untuk mengikutinya.

"For you." Ariff memberikan bouquet bunga tulip pink kepada Aira bersama air matcha.

"Wahh! Terima kasih!" Aira mengambilnya laju lalu duduk dikerusi. Air Matcha ditangan dihirup laju.

"Minum pelan-pelan. Tak de orang nak rampas air kau pun." Pesan Ariff lalu turut menghirup air matcha ditangannya juga.

Sedapnya. Minum panas-panas pula. Fuhh! Syahdu..

"Awak ingat, awak beli semua ni dekat saya, saya dah maafkan awak?" Soal Aira seraya menjelingnya. Ariff tertawa kecil.

"Sorry lah, baby." Ariff memegang tangan Aira. Lalu dengan pantas Aira merentapnya seraya menjelingnya.

Air Matcha dihirup lagi.

Ariff bangun dari duduknya dan berjalan mendekati kerusi Aira.

Tubuh Aira dipusingkan 360 darjah sehingga berpaling ke arahnya.

Dia mencium pipi tembam isterinya lalu mengusap lembut perut yang kian memboyot itu.

"Hai, baby. Daddy balik." Ujar Ariff kepada perut yang sudah berusia lapan bulan itu.

Aira hanya tersenyum memandang tingkah laku suaminya yang sedang bersembang dengan si bayi seolah-olah si bayi faham.

"Baby pun tak nak cakap dengan awak. Merajuk." Kata Aira. Ariff tertawa lalu mendongak memandang wajah Aira.

"Aloloo. Kesian baby ni. Merajuk dengan daddy yer?" Soal Ariff sambil tersenyum manis.

"Padahal mummy awak yang merajuk. Lepastu main fitnah awak pula. Kan, baby kan?" Soal Ariff lagi sambil menyakat si isteri. Aira hanya mampu menjeling lalu menepis tangan Ariff.

"Tepi. Nak solat." Aira bangun berdiri lalu berjalan mendekati anak tangga.

Ariff juga turut mengikutinya dan memegangnya untuk membantu menaiki tangga.

"Kita solat sesama ehh?" Soal Aira lembut. Ariff mengangguk setuju.

Tangan kanan Aira digenggam erat Ariff manakala tangan kiri memegang besi di tangga.
.
.
.

Tidur Ariff yang sangat nyenyak terganggu dengan rintihan menangis seseorang.

Dia memusingkan badannya memandang figura tersebut.

"Hei.. kenapa ni?" Soal suara serak Ariff. Dia memegang bahu Aira yang sudah terhinjut-hinjut akibat menangis.

"Aw-awak.." Aira memeluknya. Ariff juga turut membalas pelukan itu sambil menyoal.

"Kenapa ni?"

"Saya takut.." balas Aira perlahan.

"Takut kenapa? Hm? Bagitahu aku." Kata Ariff sambil menepuk-nepuk belakang Aira bagi menenangkan gadis tersebut.

"Sa-saya tengok dalam hiks instagram, banyak o-orang yang meninggalkan hiks sebab melahirkan a-a-anak..." Kata Aira tergagap-gagap. Ariff mengeluh lalu mencium ubun-ubun isterinya.

"Tak, sayang.. itu kan takdir diorang. Cuba positive thinking." Pujuk Ariff. Aira hanya mendiam lalu memeluk erat tubuh sasa tersebut.

"Tapi awak.."

"Tak de tapi-tapi. Percaya dengan takdir Allah, okey sweetheart..?"

Aira membalasnya dengan anggukan lalu kembali menenangkan hatinya.

"Dah-dah. Tidur, okey? Esok nak kena pergi check kesihatan baby.." kata Ariff lembut. Tangannya masih setia menepuk-nepuk belakang Aira.

Aira mendiam lalu melelapkan matanya apabila Ariff menenangkannya sambil berselawat.
.
.
.

Usai selesai sahaja check kesihatan bayi, mereka terus menuju ke destinasi seterusnya.

Ariff berlari laju lalu membuka pintu kereta milik Aira membantu Aira keluar dari kenderaan tersebut.

Aira menghulurkan tangannya kepada Ariff sambil tersenyum manis.

Dia dipapah perlahan mendekati tanah perkuburan tersebut.

Kubur Mayah dituju.

"Assalamualaikum, Mayah.." Aira memberi salam kepada kubur tersebut lalu duduk melabuh punggung diatas tikar. Begitu juga dengan Ariff

"Mayah. Bayi lelaki dah nak keluar."

"Lagi berapa minggu Mayah dah dapat anak buah, tau? Mesti Mayah gembira kan?.. Aira pun macam tu juga.." kata Aira dengan nada sedikit sebak menahan diri daripada menangis.

"Padahal.. dulu Mayah yang paling bersemangat nak tengok budak kecik ni.. tapi.."

Aira sudah tidak dapat lagi menahan rasa sedihnya lalu melepaskan tangisannya. Dia memegang tanah tersebut.

"Ma-mayah.. Aira rindu sangat dekat Mayah.. Mayah tak nak balik ke?" Soal Aira sayu.

Ariff menarik kepala Aira. Aira merehatkan kepalanya dibahu jejaka tersebut.

Bahu Aira diusap lembut Ariff.

"Awak.. Mayah mesti hiks benci saya kan?" Soal Aira tergagap-gagap. Ariff menggeleng seraya mengusap lembut kepala Aira.

"Tak, sayang.." pujuk Ariff perlahan.

"Nak jumpa Mayah lagi..." Rintih Aira. Ariff hanya mampu mendiam tidak terkata.

Biarlah isterinya melepaskan rindu seketika.

"Nanti.. lepas Aira bersalin, Aira bawa boboy ni jumpa Mayah. Mayah tunggu tau?.."  Aira mengucup batu nisan yang tertara nama Mayah.

Sungguh rindu hati ini..

Continue Reading

You'll Also Like

24.2K 797 24
Perkahwinan yang diatur keluarga.Perasaan cinta datang secara tiba-tiba tanpa sengaja, tetapi itu semua hanya sementara. "aku nak ingatkan kau. Kita...
280K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
1.6K 142 15
keluarga yang sangat bahagia tapi kemusnahan datang kembali menghantui hidup mereka sekeluarga .keluarga yang musnah begitu sahaja apabila wujud oran...
389K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...